KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU Tugasan 1 BMMB1104 NURUL IDAYU ISDRIS 2022292310066 PPISMP BM3
Bawa kereta biarlah selamat, Kereta jenama lamborgini; Berbuat baiklah sesama masyarakat, Agar hidup sentiasa harmoni. Berjalan - jalan ke Gunung Ledang, Jalan bersama Encik Aman; Masalah lalu usahlah dikenang, Mulakan hidup dengan senyuman. Bunganya tumbuh di tempat pencil, Menanti tibanya si kumbang gagah, Perpaduan dipupuk sejak kecil, Ikatan kukuh membawa faedah. Tangan ibu ayah selalulah dicium, Agar hidup mendapat berkat; Rakyat Malaysia berbilang kaum, Alangkah baiknya hidup bermuafakat. Pantun Tema Perpaduan KAUM PANTUN NASIHAT
Maksud Setiap Rangkap Pantun Rangkap ini menerangkan bahawa setiap manusia hendaklah berbuat baik kepada orang sekeliling agar hidup masyarakat harmoni. Oleh itu, akal budi rangkap pantun ini memberitahu nasihat untuk mendidik masyarakat dalam bersikap baik dan sopan tanpa mengira agama dan bangsa. Rangkap ini menerangkan sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah melupakan perkara yang tidak baik di masa lalu misalnya pernah berlaku pergaduhan antara jiran tetangga. Kesimpulannya, kita hendaklah buang yang keruh ambil yang jernih agar hidup gembira bersama orang sekeliling. Rangkap 1 Rangkap 2 Bawa kereta biarlah selamat, Kereta jenama lamborgini; Berbuat baiklah sesama masyarakat, Agar hidup sentiasa harmoni. Berjalan - jalan ke Gunung Ledang, Jalan bersama Encik Aman; Masalah lalu usahlah dikenang, Mulakan hidup dengan senyuman.
Maksud Setiap Rangkap Pantun Rangkap 3 ini menerangkan sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam diri anak-anak agar adat, budaya dan uniti dapat dipelihara untuk generasi masa hadapan. Perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia memberi kekuatan kepada negara agar terus maju ke hadapan. Rangkap ini mengungkapkan tentang kebaikan hidup bermuafakat yang membawa kepada sikap masyarakat yang sentiasa bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa memikirkan ideologi atau fahaman masing-masing. Hidup bermuafakat ini akan melahirkan sebuah masyarakat yang berjaya dan diberkati. Rangkap 3 Rangkap 4 Bunganya tumbuh di tempat pencil, Menanti tibanya si kumbang gagah, Perpaduan dipupuk sejak kecil, Ikatan kukuh membawa faedah. Tangan ibu ayah selalulah dicium, Agar hidup mendapat berkat; Rakyat Malaysia berbilang kaum, Alangkah baiknya hidup bermuafakat.