TERAPI KETAWA
INGATAN KASIH DAN SAYANG DARIPADA :
CIKGU HASLINA
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BERIS LALANG
TERAPI KETAWA
Ketawa, tertawa atau tergelak menggambarkan satu
ekspresi yang boleh dilakukan oleh semua manusia.
TERAPI KETAWA
Cetusan idea Dr. Madan Kataria yang merupakan
pengasas Terapi Ketawa.Definisi ketawa menurut
Dewan Bahasa dan Pustaka adalah penyataan
perasaan gembira dan ditunjukkan melalui perlakuan
ketawa.
TERAPI KETAWA
Lee Berk, seorang pakar perubatan dari University
California, Amerika Syarikat merungkai bagaimana
seseorang boleh memberi kesan kepada
mood
sistem imun dan mempunyai kaitan dengan penyakit
berjangkit. Mereka mendapati bahawa ketawa turut
mempunyai peranan dalam melawan virus, bakteria,
kanser dan penyakit jantung.
TERAPI KETAWA
Dr. Michael Titze, seorang pakar psikologi Jerman
melaporkan secara purata, mereka yang hidup pada
tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini,
kebanyakan kita menghabiskan maksimum 6 minit
untuk ketawa setiap hari. Dalam sehari kanak-kanak
boleh ketawa sehingga 400 kali manakala orang
dewasa secara purata hanya ketawa 15 kali.
MANFAAT KETAWA
(Laughter is The Best Medicine)
1. Ketawa meningkatkan sistem Imun.
Dengan ketawa, hormon stres dapat
dikurangkan dan sebaliknya sistem
pertahanan badan dapat ditingkatkan secara
tidak langsung. Ketawa boleh membantu
menangkis pelbagai penyakit
2. Mengoptimumkan fungsi organ.
Dengan ketawa, sistem organ dalam tubuh
seperti jantung, otak dan paru-paru dapat
bekerja dengan optimum. Apabila saluran
darah dapat berfungsi dengan baik secara
tidak langsung risiko dapat penyakit yang
berkaitan jantung akan dapat dihindarkan.
3. Ketawa dapat menghilangkan
kesakitan.
Ketawa merupakan rawatan secara
semulajadi yang dapat membantu
menghilangkan rasa sakit walaupon bersifat
sementara.
4. Ketawa meningkatkan hormon
endorphine.
Hormon endorphine berfungsi memberikan
rasa lega, tenang, nyaman serta rasa
gembira dan bahagia. Hormon ini
dirembeskan dengan banyak ketika ketawa.
5. Ketawa Mengurangkan Stres.
Ketawa dapat mengurangkan stres yang
dihadapi kerana dapat mengurangkan paras
hormon yang menyebabkan stres. Oleh itu,
ketawalah kerana ia berkesan untuk
mengatasi stres.
6. Ketawa mengurangkan sikap agresif.
Ketawa akan menyebabkan anda menjadi
lebih tenang dan kurang agresif. Ini boleh
membantu anda membentuk perspektif yang
lebih jelas tentang apa yang sebenarnya
berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah
kajian, seseorang yang gemar menonton
video lucu kurang bersifat agresif
berbanding orang yang tidak suka
menontonnya.
7. Ketawa dapat meningkatkan kemahiran
sosial.
Ketawa sebenarnya dapat memudahkan lagi
seseorang untuk berhubung, berkomunikasi,
dan berinteraksi. Seseorang yang mudah
untuk ketawa akan lebih mudah untuk
didekati berbanding dengan orang yang
berpewatakan serius. Perhubungan juga
akan menjadi lebih akrab sekiranya
seseorang ketawa.
Akhir kata daripada cikgu…
#KitaJagaKita
#StaySafe
#StayAtHome
Selamat Belajar dan Selamat Maju Jaya…