Mesyuarat
AGUNG PIBG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK CHINCHIN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN
77000 JASIN, MELAKA
18 JUN 2021 / JUMAAT KALI KE
8.30 MALAM
45
SECARA DALAM TALIAN
GOOGLE MEET TAHUN 2021
Dirasmikan Oleh
Pn Norsina Binti Abdul Rahman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chinchin
Sekapur Sireh
YDP PIBG SK CHINCHIN
PROF TS. DR. RABIAH BINTI AHMAD
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
dengan keizinan-Nya, dapat saya menyampaikan sepatah kata dalam buku
program ini sempena Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Chinchin kali
ke-45 untuk Tahun 2021.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK PIBG, ibu bapa dan guru yang telah sama-sama bekerjasama
dan membantu pihak sekolah dalam pelbagai program terutama dalam program
kecemerlangan dan kecerdasan. Saya mewakili semua ibu bapa akan terus
menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu
kecemerlangan murid. Sekalung penghargaan diberikan untuk guru-guru yang
telah berpindah dan bersara pada tahun 2019 hingga 2021 yang telah bersama-
sama menabur jasa mendidik anak-anak SK Chinchin.
Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting
melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing
akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka
sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan
mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-
anak sama ada dalam kurikulum mahupun dalam bidang kokurikulum . Sekalung
tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya membanggakan sekolah
pada tahun ini.
Di samping kemajuan akademik dan kokurikulum, PIBG juga sentiasa
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah
murid. Pihak PIBG mengharapkan agar anak-anak kita selamat meneruskan
kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan
cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita
berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi SK Chinchin.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada guru besar,
Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan guru-guru yang dihormati sekalian. Terima
kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis
kita hari ini. Diharapkan pertemuan ini, kita dapat bersama-sama menyumbang
idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG. Saya menyusun jari memohon
maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya
dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.
Sekian, terima kasih.
1
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Seulas Pinang
GURU BESAR
PN NORSINA BINTI ABDUL RAHMAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia
rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan
anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. Kehadiran ibu bapa amat
dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan
komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi
tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya
kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan
sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.
SK Chinchin sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti
pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan
membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah
diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan
semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua.
Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak
amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan
yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu,
sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi
penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah
banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan
sekolah ini dalam pelbagai bidang.
Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih
kepada Jawatankuasa PIBG dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa
Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 ini kerana telah memberi sumbangan
bakti yang amat bermakna kepada sekolah.
Sekian, terima kasih.
2
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Tentatif Program
18 JUN 2021 / Jumaat
8.00 malam : Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru
8.30 malam : Bacaan Doa
Ucapan aluan YDP PIBG
Ucapan Perasmian
Mesyuarat Agung PIBG bermula
10.00 malam : Cabutan Bertuah
Sesi bergambar / Bersurai
3
Jawatankuasa PIBG
EX-OFFICIO
PN NORSINA BT ABDUL RAHMAN
YANG DIPERTUA PIBG
PROF TS. DR. RABIAH BT AHMAD
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
EN ZARUDIN B ZAID
SETIAUSAHA
PN SITI NOR AZREEN BT OTHMAN
PENOLONG SETIAUSAHA
PN ZULIANA BT AMRAN
BENDAHARI
PN NUR DIYANAH BT MAT JABIL
AJK IBU BAPA: AJK GURU:
EN NAZMI B MD JADI EN ZAHIR ZUBAIRI B ZAINOL
EN MANSOR B MOHAMED EN MOHD AIZAT B ROSELI
PN MAZIAH BT MOHD TAIB PN NORLIZA BT KASAH
PN ALINA BT MAMAT PN SITI SHAREENA BT ABU SAMAH
PN FADZILAH BT OSMAN PN NUR ADILLA BT MUHAMMAD
PN NOR ELYIA BT ABDUL MUTALIB PN SHAKILA BT MOHAMAD
PN ROHANA BT HARIS
PN SALINA BT SAIHAN
PN SHAHRAH BT HUSSAIN
PEMERIKSA KIRA-KIRA:
PN MASLINA BT MAMAT
PN INTAN SHAHRINA BT GZALI
64
Jawatankuasa Kerja
PENASIHAT/GURU BESAR : Pn Norsina Binti Abdul Rahman
PENGERUSI : Prof. Ts. Dr. Rabiah Binti Ahmad –YDP PIBG
N. PENGERUSI : En. Zarudin Bin Zaid - NYDP
SETIAUSAHA : Pn Siti Nor Azreen Binti Othman
NAIB SETIAUSAHA : Pn Zuliana Binti Amran
BENDAHARI : Pn Nur Diyanah Binti Mat Jabil
JAWATANKUASA PELAKSANA
1.PAUTAN DAN PENDAFTARAN 6. BUKU PROGRAM
Pn Norwahida Binti Waris Pn Zuliana Binti Amran
Pn Jamilah Binti Misran Pn Siti Nor Azreen Binti Othman
Pn Norhafiza Binti Mat Hasan Pn Rusedah Binti Md Ruslan
Pn Fazlina Binti Ithnin Pn Nor Elyia Binti Abdul Mutalib
Pn Maziah Binti Mohd Taib Pn Maslina Binti Mamat
2. JURU ACARA MAJLIS 7. CABUTAN BERTUAH
Pn Noremazeah Binti Nordin Pn Noni Maryana Binti Ishak
Pn Rohana Binti Amat Anas Pn Siti Shareena Binti Abu Samah
Pn Alina Binti Mamat
3. BACAAN DOA Pn Fadzilah Binti Osman
Ustaz Muhammad Hanif Bin Mazlan
8.SIARAYA/MULTIMEDIA
4. PENCATAT MINIT Ustaz Zahir Zubairi Bin Zainol
Pn Nurul Safura Binti Rosli En Mohd Aizat Bin Roseli
Pn Norliza Binti Kasah En Junaidi Bin Said
Pn Shakila Binti Mohamad En Mansor Bin Mohamed
Pn Norfatimah Binti Yusof En Nazmi Bin Md Jadi
Pn Zahidah Binti Suboh
9. SERANTA/SURAT MENYURAT
5.FOTOGRAFI /DOKUMENTASI Pn Siti Nor Azreen Binti Othman
Pn Nur Adilla Binti Muhammad Pn Salina Binti Saihan
Pn Faiza Binti Zahari Pn Rohana Binti Haris
Cik Norhaslinda Binti Hamzah
Pn Intan Shahrina Binti Gzali
5
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Aktiviti & Program 2019
GOTONG-ROYONG BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM
MELAKA
MOTIVASI KEIBUBAPAAN
6
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Aktiviti & Program 2019
SUKAN TAHUNAN 2019
MESYUARAT AGUNG KALI KE 44
7
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Aktiviti & Program 2020
GOTONG-ROYONG SEINDAH KASIH, SEIKHLAS BUDI
8
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Aktiviti & Program 2020
9
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Agenda Mesyuarat
AGENDA 1: Ucapan Yang Dipertua PIBG
AGENDA 2: Ucapan Penasihat PIBG
AGENDA 3: Mengesahkan minit Mesyuarat Agung
yang lalu
AGENDA 4: Membentang dan menerima penyata
kewangan yang berakhir pada 31
AGENDA 5: Disember 2019
Membentang dan menerima penyata
AGENDA 6: kewangan yang berakhir pada 31
AGENDA 7: Disember 2020
AGENDA 8: Perkara berbangkit
Perbahasan dan penerimaan usul-usul
Ucapan Penangguhan
10
Pembentangan Usul
USUL 1
NAMA PENCADANG : Noor Faidah Binti Awang
CADANGAN :
- Harap pihak sekolah menyediakan garaj meletak basikal
murid atau sediakan tempat yang teduh
- Dalam pembelajaran yang menggunakan bahan-bahan atau
alatan yang perlu murid sediakan sendiri, harap guru dapat
memberitahu awal sekurang-kurangnya 3 hari atau
seminggu lebih awal. Sebagai contoh dalam matapelajaran
Pendidikan Seni.
KEPUTUSAN :
11
Minit Mesyuarat
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN,
77000 JASIN MELAKA.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SESI 2018/2020.
Tarikh : 16 Mac 2019
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SK Chinchin
Kehadiran :
1. Pn Norsina Binti Abdul Rahman Penasihat PIBG
Yang Dipertua PIBG
2. Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad Naib Yang Dipertua PIBG
PPD Jasin
3. En Zarudin bin Zaid Penceramah Jemputan
Guru
4. Pn Wan Hamiza Bin Wan Ismail Guru
Guru
5. Mohd Rosly Binti Abd Jalil Guru
Guru
6. Suhaimi bin Idris Guru
Guru
7. Noni Maryana Binti Ishak Guru
Guru
8. Mohd Junaidi Bin Md Said Guru
Guru
9. Norfatimah Binti Yusof Guru
Guru
10. Shakila Binti Mohamad Guru
Guru
11. Nurul Safura Binti Rosli Guru
Guru
12. Norhafiza Binti Mat Hassan Guru
Guru
13. Nor Saleha Binti Manap Pembantu Pejabat
Pembantu Pra
14. Norhaslinda Binti Hamzah Pembantu Pra
Pembantu Pend Khas
15. Zatul-' Itri Binti Jamaludin
16. Nur Diyanah Binti Mat Jabil
17. Abdul Rahaman B Zainudin
18. Norwahida Binti Waris
19. Rohana Binti Amat Anas
20. Zuliana Binti Amran
21. Siti Shareena Bt Abu Samah
22. Nur Adilla Bt Muhammad
23. Zahir Zubairi B Zainol
24. Mohd Aizat B Roseli
25. Masrol Zamrie Bin Omar
26. Fazlina Binti Ithnin
27. Zahidah Binti Suboh
28. Jamilah Binti Misran
12
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Minit Mesyuarat
29. Maziah Binti Mohd Taib AJK
30. Alina Binti Mamat AJK
31. Nor Eliya Binti Abdul Mutalib AJK
32. Mansor Bin Mohamed AJK
33. Muhammad Afnan Irfan Binti Mohd Yazid
34. Noraini Binti Mohd Idrus Setiausaha
35. Norliana Binti Alip
36. Noorsyakila Binti Hashim
37. Fedzil Bin Sulaiman
38. Zaini Bin A Rahman
39. Nor Yuha Bt A. Hamid
40. Norashikin Binti Md Ali
41. Mohd Yusly Binti Yusof
42. Siti Murnirah Binti Maktar
43. Hairudin Bin Sambatan
44. Asmawe Bin Abd Wahab
45. Mohamad Fazlie
46. Rosmaywan Bin Basar
47. Mohd Zan Bin Mohd Nor
48. Norashikin Binti Abu Bakar
49. Zubaidah Binti Muhamad
50. Jumabi Binti Mohd Hussein
51. Natra Binti Haris
52. Mohd Shukri Bin Ismail
53. Mohd Aini Bin Asnawi
54. Mahazil Bin Abdul Rahman
55. Lili Kartini Binti Khamis
56. Norlela Binti Zainudin
57. Maisarah Binti Hanapiah
58. Mohd Shamsah Bin Hashim
59. Rosliza Binti Mustap
60. Shamsiah Binti Majid
61. Hanafi Bin Kassim
62. Mohd Haniff Bin Abd Majid
63. Shaiful Bin Ariffin
64. Mohd Helmy Bin Aminrudin
65. Mr Chan
66. Siti Nor Azreen Binti Othman
13
Minit Mesyuarat
Turut hadir :
1. En Abdul Hasnan bin Sharif GPK Pentadbiran
2. Tn Hj Khairul B Ariffin GPK Hal Ehwal Murid
3. En Esa B Osman GPK Kokurikulum
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2018/2020- Prof Ts Dr Rabiah Bt Ahmad
1. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan AJK PIBG
yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini.
2. YDP mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru di atas
kejayaan sekolah sangat luar biasa pada tahun 2018 dan 2019.
3. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas inisiatif guru-guru dalam
memastikan kejayaan murid-murid SK Chinchin dan ucapan tahniah
kepada murid yang berjaya..
4. YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi
sokongan dengan menghadiri program-program yang dianjurkan pihak
sekolah mahupun PIBG. Antaranya Sukan Tahunan, Program-program
Kecemerlangan, Program Bacaan Yasin, gotong royong sebanyak 2 kali
yang melibatkan dalam kawasan dan luar kawasan sekolah , Hari Kualiti,
Solat Hajat Perdana, Senamrobik bersama ibu bapa, Hari Sukan Negara,
dan Sembang santai bersama PPD Jasin di Taman Chinchin.
5. YDP memohon jika ada di kalangan ibu bapa yang belum membayar
yuran PIBG harap dapat menjelaskan yuran secara ansuran. Program
tidak boleh berjalan tanpa suntikan dana dari yuran yang dikutip.
6. YDP memaklumkan bahawa sumbangan dana dari ibu bapa amat
diperlukan bagi aktiviti-aktiviti kecemerlangan dan aktiviti-aktiviti
sokongan lain yang telah diatur oleh pihak sekolah bagi kecemerlangan
dan kemenjadian murid. PIBG mengalu-alukan ibu bapa yang sudi
menyumbang untuk tabung PIBG.
7. YDP memaklumkan pihak sekolah dan PIBG telah berusaha untuk
meramaikan kehadiran ibu bapa untuk Mesyuarat Agung PIBG dengan
mengadakan cabutan bertuah dan sumbangannya adalah dikalangan
ibu bapa.
14
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Minit Mesyuarat
2.0 Ucapan Penasihat- Pn Norsina Bt Abdul Rahman
1. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir
pada mesyuarat kali ini.
2. Beliau mengharapkan sokongan penuh dan berterusan dari ibu bapa
dalam melaksanakan apa jua aktiviti di sekolah.
3. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang
telah bersama-sama menjayakan semua program-program bersama
sekolah. Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberi
sumbangan kepada sekolah dalam pelbagai bentuk.
3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-44 Sesi
2018/2020
1. Pn Siti Nor Azreen Bt Othman selaku setiausaha PIBG telah
membentangkan Minit Mesyuarat PIBG Kali ke 44 (2019) untuk disahkan.
2. En Mohammad Aini Bin Asnawi mengesahkan minit dan disokong oleh Pn
Rohana Bt Amat Anas.
4.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2018
1. Prof Ts Dr Rabiah Bt Ahmad telah membentangkan Laporan Tahunan
PIBG 2018 untuk diterima.
2. Pn Maziah Bt Mohd Taib mengesahkan laporan tersebut dan disokong
oleh En Mohammad Fazlie.
5.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2018
1. Pn Nur Diyanah bt Mat Jabil telah membentangkan Penyata kewangan
PIBG dari 1 Januari 2018 sehingga tarikh 31 December 2018 untuk
diterima.(Rujuk halaman 13 & 14)
2. En Mohammad Aini Bin Asnawi mengesahkan laporan tersebut dan
disokong oleh En Mahazil Bin Abdul Rahman.
6.0 Perkara-perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.
15
Minit Mesyuarat
7. Membahaskan dan Menerima Usul
1. Usul 1: Penggunaan kumpulan ‘Whatsapp’ untuk setiap kelas.
2. Guru Besar bersetuju dengan cadangan tersebut.
Tindakan : Guru Kelas
3. Usul 2:Sumbangan PIBG dalam bentuk deposit awal ketika bayaran yuran
deposit minimum RM20. Dibayar semasa bayar yuran. Hal ini untuk semua
aktiviti anak-anak di sekolah.
4. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menerima sebarang
keputusan yang akan dimesyuaratkan dalam Mesyuarat AJK PIBG.
Tindakan : YDP PIBG/AJK PIBG
5. En Mahazil Bin Abdul Rahman mencadangkan agar mengadakan
sumbangan terbuka bagi ibu bapa yang berminat. RM10 setiap sebulan.
6. YDP akan membawa cadangan tersebut untuk dibincangkan dalam
mesyuarat AJK PIBG. Untuk sementara, ibu bapa yang ingin berbuat
demikian boleh serah wang sumbangan pada Bendahari PIBG.
Tindakan : YDP PIBG/AJK PIBG
7. En Asmawe Bin Abdul Wahab mencadangkan untuk mengadakan
aktiviti-aktiviti yang boleh menambah dana PIBG contohnya Hari
Keusahawanan dengan mengenakan caj sewaan tapak kepada
peniaga. Hasil caj sewaan boleh disumbangkan untuk dana PIBG.
8. YDP bersetuju dengan cadangan tersebut dan akan membincangkan
semula cadangan ini dalam mesyuarat AJK PIBG. YDP juga
mencadangan untuk membuka sewaan tapak di tapak parkir kereta
guru di depan sekolah jika tapak tersebut telah disiapkan.
Tindakan : YDP PIBG/AJK PIBG
9. En Mahazil Bin Abdul Rahman mencadangkan untuk membuat kutipan
kutu bagi ibu bapa yang berminat untuk menambah dana PIBG. Kutipan
tersebut dibuat setiap bulan.
10. YDP tidak menerima usul tersebut tetapi bersetuju untuk mewujudkan
tabung PIBG.
Tindakan : YDP PIBG/AJK PIBG
16
Minit Mesyuarat
11. Guru Besar mencadangkan untuk mewujudkan tabung fizikal PIBG dan
diletakkan di pondok jaga.
12. Prof bersetuju wujudkan tabung tersebut dan sesiapa yang menyumbang
menyatakan jumlah dalam aplikasi whatsapp PIBG. Sesiapa yang ingin
menyumbang lebih boleh dapatkan no akaun. Tabung akan diletakkan di
pondok jaga dan akan dipantau. Jawatan Naib Bendahari akan
diwujudkan khas untuk mengelola tabung tersebut. Cara ini juga
menggalakkan murid-murid juga untuk bersedekah. Tabung ini dinamakan
sebagai “Tabung Prihatin PIBG”.
Tindakan : YDP PIBG/AJK PIBG
8.0 Ucapan Penangguhan
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua
ibu bapa serta guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2018 /
2020.
2. Pengerusi berharap dapat menggabungkan idea dan kerjasama dari
semua AJK PIBG.
3. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
.............................................. ................................................ .................................................
Siti Nor Azreen Bt Othman Prof Ts Dr Rabiah Bt Ahmad Pn Norsina Bt Abdul
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG Rahman
SK Chinchin SK Chinchin Penasihat PIBG SK Chinchin
Tarikh : 18 Mac 2019 Tarikh : 18 Mac 2019 Tarikh : 18 Mac 2019
17
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Laporan Kewangan
Laporan
Kewangan
2019
18
Laporan Kewangan
Mesyuarat
AGUNG PIBG
Laporan Kewangan
Laporan
Kewangan
2020
22
Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat
Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.
Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.