The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pdths2013, 2022-09-15 05:39:59

Buletin Edisi Jan-Jun 2022

Buletin Edisi Jan-Jun 2022

Bil 1 |Januari - Jun 2022

PDTHS
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR

PERHIMPUNAN PAGI
Penjawat Awam Daerah Hulu Selangor
Bersama Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor

1JUN 2022

MUTIARA KATA

“Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan.

Namun cita-cita manusia tidak pernah padam.”

– HAMKA

SIDANG REDAKSI
PENAUNG
TUAN MOHAMAD HANAFE BIN BASRI

[email protected]

PENASIHAT
PN. DEWI DIRWANA BINTI MUNASIR

[email protected]

SIDANG EDITOR
PN. NOR HAZWANI BINTI MOHD RAZALI
PN. ZARIFAH BINTI MUHAMAD ZAINAL
EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN MUSTAFA KAMAL



MAKLUMAT PEJABAT DAERAH/ TANAH

HULU SELANGOR
PEJABAT DAERAH/ TANAH HULU SELANGOR
Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu

Selangor Darul Ehsan



Portal Rasmi :
http://www.selangor.gov.my/huluselangor.php

Tel : 03-60641026 || Faks : 03-60641160
Email :[email protected]
https://twitter.com/pdths

https://www.facebook.com/pdt.huluselangor.5

2JUN 2022

ISI KANDUNGAN

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN 3 9MAJLIS KHATAM QURAN ANJURAN
SELANGOR BANGKIT(BSB) BAGI MANGSA
BANJIR MUKIM SERENDAH KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
PEJABAT DAERAH/TANAH HULU
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN 3 SELANGOR
SELANGOR BANGKIT(BSB) DAN BANTUAN
WANG IHSAN(BWI) BAGI MANGSA BANJIR PROGRAM ADVOKASI SEMPENA
MUKIM HULU BERNAM UTARA DAN
SELATAN 10KEMPEN KESELAMATAN JALAN

RAYA PERINGKAT DAERAH HULU
SELANGOR

AUDIT SURVEILLANCE MS ISO 4 RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 11
9001 :2015 NEGERI SELANGOR PERINGKAT
DAERAH HULU SELANGOR 1443
PROGRAM ADVOKASI KEMPEN 4 HIJRAH / TAHUN 2022.
KESELAMATAN JALAN RAYA 5
5 UCAPAN PENGHARGAAN DAN
MAJLIS RAMAH MESRA PEGAWAI
DAERAH BERSAMA KETUA JABATAN TERIMA KASIH OLEH PEGAWAI

PERHIMPUNAN PAGI PENJAWAT AWAM DAERAH HULU SELANGOR, 12
DAERAH HULU SELANGOR
MERANGKAP PENGERUSI

JAWATANKUASA BENCANA

DAERAH HULU SELANGOR

KEPADA AGENSI TERLIBAT

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DENGAN BANTUAN BENCANA

62021 & JASAMU DIKENANG PEJABAT BANJIR DI KERLING

DAERAH / TANAH HULU SELANGOR

PENYERAHAN SUMBANGAN

MAJLIS PENGANUGERAHAN PEGAWAI 8 BANTUAN BENCANA KERAJAAN
DAN KAKITANGAN PDTHS BERSAMA
TUAN PEGAWAI DAERAH 13NEGERI
SELANGOR &

PENYERAHAN DAPUR GAS BAGI

MANGSA BANJIR DI KERLING

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN

PENYERAHAN SUMBANGAN AIDILFITRI 8 PERHIMPUNAN BULANAN SIRI 1

YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 14TAHUN 2022 PEJABAT DAERAH /

BERSAMA KETUA JABATAN SERTA TANAH HULU SELANGOR
DAN SEMBANG SANTAI INTEGRITI
PIMPINAN MASYARAKAT HULU

SELANGOR

GOTONG ROYONG 9
MENYEDIAKAN BUBUR LAMBUK

3JUN 2022
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN SELANGOR BANGKIT(BSB)

BAGI MANGSA BANJIR, MUKIM SERENDAH

4 JANUARI 2022 Penyampaian Bantuan Selangor Bangkit (BSB) bagi Mukim Serendah telah

disampaikan oleh Tuan Mohamad Hanafe Bin Basri,Tuan Pegawai Daerah

Hulu Selangor. Seramai 21 Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah menerima

sumbangan tersebut. Majlis tersebut telah diadakan di Balai Penghulu

Serendah.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN SELANGOR
BANGKIT(BSB) DAN BANTUAN WANG
IHSAN(BWI) BAGI MANGSA BANJIR MUKIM
HULU BERNAM UTARA DAN SELATAN

-----6---J-A--N---U--A--R---I-2---0--2--2-------------------------------------

Majlis Penyampaian Bantuan Selangor Bangkit (BSB) bagi Mukim
Hulu Bernam telah disampaikan oleh Tuan Haji Amran bin Sakir,
Penyelaras DUN Hulu Bernam. Manakala Bantuan Wang Ihsan
(BWI) disampaikan oleh YB.Datuk Rosni Binti Sohar, ADUN Hulu
Bernam. Majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kampung
Sekolah, Sungai Selisek.

4JUN 2022

AUDIT SURVEILLANCE MS ISO 9001:2015

25-26 JANUARI 2022

Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor telah menerima Lawatan
Audit Surveillance MS ISO 9001: 2015 yang diadakan pada 25
Januari hingga 26 Januari 2022 (dua hari).
Lawatan Audit Surveillance ini bertujuan untuk menentukan
pematuhan berterusan terhadap proses kerja dan sistem
perkhidmatan sekaligus dapat mengekalkan pensijilan MS ISO
9001: 2015 yang diperoleh oleh Pejabat Daerah/Tanah Hulu
Selangor pada tahun 2020. Pengauditan diadakan secara fizikal
yang mana seramai tiga (3) orang auditor SIRIM terlibat dalam
pengauditan ini iaitu Encik Mahmud Rizal Bin Othman, Puan
Rajalekshmi Rama Chandram dan Puan Arfa Atirah Binti Arshad.

PROGRAM ADVOKASI KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

3 FEBRUARI 2022

Program tersebut diadakan di Petronas Hulu Bernam, Kawasan Rehat dan Rawat, Lebuhraya Utara
Selatan(PLUS), Arah Selatan bersempena Tahun Baru Cina 2022 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan
Jalan Raya (JPJ).
Program ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan lalu
lintas. Sebanyak 100 beg goodies beserta risalah keselamatan jalan raya turut diagihkan kepada pengguna
jalan raya yang hadir.

5JUN 2022

MAJLIS RAMAH MESRA PEGAWAI DAERAH BERSAMA
KETUA JABATANDAERAH HULU SELANGOR

17 FEBRUARI 2022

Majlis Ramah Mesra Pegawai Daerah bersama Ketua
Jabatan Daerah Hulu Selangor diadakan bagi mengambil
peluang beramah mesra setelah dua tahun kebelakangan
ini kita terpaksa mematuhi perintah kawalan pergerakan
yang pastinya pada tempoh tersebut tiada lagi perjumpaan
secara bersemuka, program-program dibatalkan dan lain-
lain lagi norma baharu yang perlu dipatuhi.

PERHIMPUNAN PAGI PENJAWAT AWAM
DAERAH HULU SELANGOR
7 MAC 2022

Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam di Daerah Hulu Selangor bersama Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor, YB Dato’ Haji Haris Bin Kasim telah diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah
Hulu Selangor. Program ini dihoskan oleh Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor.Yang Berhormat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan amanat kepada penjawat awam di Daerah ini agar sentiasa
bekerjasama untuk mendokong dasar-dasar kerajaan Negeri serta mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa.

6JUN 2022

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2021

& JASAMU DIKENANG PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
Masa : 3.00 Petang
25 MAC 2022 Tempat: Hotel Mardhiyyah & Suite Shah Alam

Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Haris Bin Kasim,
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kerana sudi meluangkan masa menghadiri
majlis ini untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021.
Majlis ini sebagai satu platform yang penting di dalam memberikan penghargaan dan
pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi
perkhidmatan yang cemerlang. Selain itu jugamemberi penghargaan atas segala jasa,
sumbangan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
penjawat awam, baik dalam menjalankan tugas rasmi mahupun penglibatan aktif di
dalam kegiatan sukan dan sosial.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 29 penerima
anugerah yang terdiri daripada :-

14 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang menerima insentif
RM1000 di dalam bentuk Sijil Simpanan Premium.
14 penerima Anugerah Khas Pegawai Daerah yang menerima Wang Insentif
Pegawai Daerah sejumlah RM300.
Seorang penerima Anugerah Penghargaan Istimewa yang menerima Wang
Insentif Pegawai Daerah sejumlah RM500.
Turut diraikan adalah 2 orang pegawai yang telah bersara dan seorang yang bakal
bersara, 10 orang pegawai yang telah bertukar ke jabatan lain serta 2 orang pegawai
yang telah berkhidmat 25 tahun.

7JUN 2022

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC)
Tahun 2021



Anugerah Penghargaan Istimewa (API)
Tahun 2021

Anugerah Anugerah Khas Pegawai Daerah
(AKPD) Tahun 2021

8JUN 2022

MAJLIS PENGANUGERAHAN PEGAWAI
DAN KAKITANGAN PDTHS BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH

5 APRIL 2022

Majlis Penganugerahan Pegawai dan kakitangan diadakan bagi menghargai kakitangan yang telah

menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor (MPIPANS) tahun

2021 pada 6 hingga 10 September 2021. Turut diadakan Majlis Penyampaian Pekerja Contoh bagi

bulan Oktober, November dan Disember 2021. Senarai Pekerja Contoh

Bulan Okt- Dis 2021

Okt 2021
Pn.Haloyah binti Hassan
Pembantu Tadbir (P/O)

Nov 2021
Pn. Nur Faatihah binti

Khairudin
Penolong Pegawai Tadbir

Dis 2021
Pn. Siti Rafeah binti Khadiron

Pembantu Tadbir (P/O)

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN SUMBANGAN
AIDILFITRI YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR BERSAMA KETUA
JABATAN SERTA PIMPINAN MASYARAKAT HULU SELANGOR

19 APRIL 2022

Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri tersebut telah diadakan pada 19 April
2022 bersamaan 17 Ramadhan 1443H bertempat di Masjid Nurul Iman, Serendah. YAB Dato’ Menteri
Besar Selangor turut menyerahkan sumbangan kepada Masjid, Pengerusi MPKK Kampung Tradisi DUN
Batang Kali dan Sumbangan Aidilfitri kepada Golongan Asnaf

9JUN 2022


GOTONG ROYONG
MENYEDIAKAN BUBUR LAMBUK

5 APRIL 2022

Program ini merupakan program yang dianjurkan
oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat
Daerah/Tanah Hulu Selangor. Program telah
diadakan di Dataran Pejabat Daerah / Tanah Hulu
Selangor.

MAJLIS KHATAM QURAN ANJURAN KELAB SUKAN DAN

KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH/TANAH HULU SELANGOR

22 APRIL 2022 Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Kubu

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda “sesiapa menghadiri atau menyaksikan majlis
khatam al-Quran seumpama menghadiri pembahagian Ghanimah
(harta rampasan perang)”. Manfaatnya sama seperti orang yang
membacanya.

10JUN 2022
PROGRAM ADVOKASI SEMPENA KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

27 APRIL 2022 Program tersebut diadakan di Petronas Hulu Bernam,
Kawasan Rehat dan Rawat, Lebuhraya Utara

Selatan(PLUS), Arah Selatan bersempena Hari Raya

Aidilfitri 2022 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan

Jalan Raya (JPJ).

Program ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya

sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Sebanyak 100 beg goodies beserta risalah keselamatan

jalan raya turut diagihkan kepafa pengguna jalan raya yang

hadir.

11JUN 2022

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NEGERI SELANGOR PERINGKAT DAERAH HULU
SELANGOR 1443 HIJRAH / TAHUN 2022.

5 APRIL 2022
Tempat : Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu
Selangor. Sebanyak 14 gerai yang telah disediakan bagi menjamu
pelbagai menu kepada semua tetamu yang hadir. Kejayaan program
ini juga adalah kerjasama yang diberikan oleh beberapa Jabatan iaitu
JKR, MPHS, JPS, JPJ, PKD, PAID, KPDNHEP, AIR SELANGOR, Lembaga
ZAKAT, JKM dan AADK. Turut bersama adalah Yang Amat Berhormat
Dato' Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato' Seri
Amirudin Bin Shari.

12JUN 2022

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH OLEH PEGAWAI DAERAH HULU
SELANGOR, MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA BENCANA DAERAH HULU
SELANGOR KEPADA AGENSI TERLIBAT DENGAN BANTUAN BENCANA BANJIR DI KERLING

MEI 2022

Tuan Mohamad Hanafe Bin Basri, Pegawai Daerah Hulu Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Bencana Daerah Hulu Selangor menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak dan agensi kerajaan yang telah memberi sokongan serta kerjasama padu untuk bersama-
sama membantu dalam menjayakan misi bantuan kepada mangsa banjir di Daerah Hulu Selangor.
Bantuan pengoperasian pembersihan kawasan secara besar-besaran di lokasi yang terjejas teruk akibat
banjir iaitu di Kg Pasir dan Kg Jawa, Kerling telah melibatkan agensi/jabatan di dalam daerah Hulu Selangor
dan turut dibantu oleh rakan-rakan agensi kerajaan di luar daerah. Antara jabatan kerajaan luar daerah
Hulu Selangor yang hadir menyertai misi pengoperasian pasca banjir adalah seperti berikut:

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Majlis Perbandaran Sepang (MP SEPANG)
Majlis Bandaraya Subang jaya (MBSJ)
Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
Majlis Perbandaran Klang (MPKLANG)
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Majlis Daerah Sabak Bernan (MDSB)
Pejabat Daerah/Tanah Gombak (PDT GOMBAK)
Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat (PDT HULU LANGAT)
Pengurusan Sisa Pepejal (KDEB)

Bantuan pengoperasi secara besar-besaran tersebut telah meringankan beban yang ditanggung oleh
mangsa serta mempercepatkan proses pemulihan kawasan.

13JUN 2022

PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN BENCANA KERAJAAN NEGERI SELANGOR & PENYERAHAN
DAPUR GAS BAGI MANGSA BANJIR DI KERLING

19 MEI 2022

Penyerahan Sumbangan Bencana Kerajaan Negeri Selangor disampaikan oleh YB Lee Kee Hiong, ADUN
Kuala Kubu Bharu Serta Peralatan Dapur Gas Oleh YDM Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor,
Raja Dato' Muzaffar Raja Redzwa kepada Mangsa Banjir Mukim Kerling.Majlis penyampaian tersebut telah
diadakan di Balai Raya Kg. Jawa, Kerling, Kuala Kubu Bharu.

14JUN 2022

19 MEI 2022
PERHIMPUNAN BULANAN SIRI 1 TAHUN 2022 PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
DAN SEMBANG SANTAI INTEGRITI

Perhimpunan Siri 1 /2022 telah dihoskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan yang diadakan di Dewan
Serbaguna Dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu. Turut diraikan penerima Pekerja Contoh bagi bulan Januari
hingga bulan Mei 2022. Majlis turut diselitkan dengan Ceramah Integriti yang disampaikan oleh Encik
Muhammad Mu'adz bin Kamsani dari (Unit Integriti Selangor)

15JUN 2022

KERATAN AKHBAR

PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
Tel : 03-60641026 | Faks: 03-60641160
Email : [email protected]


Click to View FlipBook Version