The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengetahuan tentang asas konsep Spa dan asas pengurusan Spa, sebelum memulakan perniagaan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by assyikin, 2024-06-20 21:28:52

Introduction To Spa Concept

Pengetahuan tentang asas konsep Spa dan asas pengurusan Spa, sebelum memulakan perniagaan.

Keywords: Konsep Spa

Introduction To Spa Concept


Pengerusi: En Mohd Fadzil Bin Ibrahim Timbalan Pengerusi: YM Raja Nur Azmira Binti Raja Ibrahim Editor Assyikin Binti Abd Rahman Penulisan & Idea Asal Assyikin Binti Abd Rahman Terbitan Pertama, 2024 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian isi kandungan daripada e-book ini termasuk dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penerbit dan pemilik hak cipta. Perpustakaan Negara Malaysia Kementerian Pendidikan Tinggi ISBN Kolej Komuniti Batu Gajah Kementerian Pendidikan Tinggi Jalan Bandar Baru Pusat Bandar Baru 31000 Batu Gajah Perak Darul Ridzuan


ISI KANDUNGAN PENGENALAN KONSEP SPA PENGURUSAN SPA ASAS KEUSAHAWAN DAN MODEL PERNIAGAAN UNTUK PENUBUHAN SPA PEMASARAN SECARA ONLINE UNTUK PROMOSI SPA SERTA PRODUK BERKAITAN RUJUKAN 4-11 12-35 36-44 45-51 52


PENGENALAN KONSEP SPA


SPA berasal dari Bahasa Latin SOLUS PAR AQUA yang bererti meningkatkan kesihatan melalui air. SPA sekarang merupakan kata ganti dari perawatan kesihatan & kecantikan (to keep in good health & beauty treatment for the face). Selain dari massage & ritual mandi, SPA lebih menekankan untuk mendapatkan keseimbangan tubuh, fikiran & jiwa (the balance of body,mind and soul). DEFINISI SPA


Berasal dari abad ke-16 di Belgia Selatan, terdapat sebuah kota bernama SPAU, yang memiliki sebuah hutan yang sangat indah dan sumber mata air yang jernih. Penduduk kota SPAU menjadikan tempat tersebut untuk mandi, berendam, membersihkan badan dan melepaskan lelah. Permandangan alam yang indah ditempat tersebut memberikan ketenangan dan kesegaran pada tubuh,fikiran dan jiwa penduduk. Kegiatan mandi dan berendam sambil menikmati pemandangan alam dihutan tersebut, lambat laun menjadi sebuah TREND bagi masyarakat kota SPAU dan sekitarnya. Pada abad pertengahan, masyarakat kelas tinggi penduduk Eropah menemukan bahawa berendam di sumber mata air panas semulajadi dapat membantu menyembuhkan penyakit. Hampir semua penduduk di Eropah menggunakan cara tersebut untuk membantu menyembuhkan penyakit.Puluhan tahun kebelakangan ini perkembangan SPA telah meningkat menjadi satu kegiatan yang bertujuan merehatkan tubuh, fikiran dan merehatkan badan.Di Amerika, Canada, Australia, New Zealand, SPA telah berkembang pula sebagai salah satu tujuan merehatkan tubuh, fikiran jiwa serta mengurangkan stress akibat tekanan gaya hidup seharian. Bermula dari massage, perawatan kecantikan wajah, water therapy, dan sebagainya menjadikan SPA sebagai salah satu kegiatan santai dengan pelbagai variasi dan rawatan di dalamnya. SEJARAH MENGENAI SPA


Malaysia mempunyai pelbagaian budaya dan etnik. Kebanyakkan Spa di Malaysia adalah berkonsepkan pelbagai budaya dan tradisi pelbagai etnik di Malaysia. Sejarah rawatan kecantikan Malaysia juga dipengaruhi oleh Melayu tempatan, Arab, Cina, India, Jawa dan bangsa lain yang tidak terhitung jumlahnya yang telah datang dan berada di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. MENGENALI BUDAYA DI MALAYSIA


JENIS - JENIS KONSEP SPA SPA yang paling banyak diminati di kota-kota metropolitan pada masa kini. Ia memberikan beberapa jam perkhidmatan rawatan untuk memulihkan kesegaran tubuh dan fikiran Biasanya dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang ingin melakukan Rawatan manikur, pedikur, rawatan muka, ataupun urutan badan Perkhidmatan yang dapat dilakukan dalam masa satu hari dan dinamakan sebagai spa harian atau Day Spa. SPA yang dilakukan di tempat yang memiliki sumber air panas semulajadi (mineral water) Proses berendam didalam air panas semulajadi ini dilanjutkan dengan perawatan Spa lain Namun di negara Jepun, yang dimaksudkan Mineral Spring Spa adalah berendam di sumber mata air panas semulajadi tanpa proses SPA lain SPA ini ditawarkan di Resort-resort atau didalam sesebuah hotel. Secara umumnya rawatan yang ditawarkan sama dengan SPA Harian, dan mengambil masa 1 hari atau beberapa jam sahaja Ia adalah pilihan yang baik ketika seseorang ingin merehatkan diri sama ada semasa kursus atau urusan kerja di sesuatu tempat, melancong atau percutian bersama keluarga SPA HARIAN @ DAY SPA SPA MINERAL SPRING @ AIR PANAS SPA RESORT @ HOTEL


SPA Cruise berada di dalam Cruise Ship yang menyediakan perkhidmatan professional SPA Oleh kerana ruang didalam cruise ship terbatas maka jenis perkhidmatan yang disediakan juga terbatas.Tetapi keunikan dari Spa Cruise adalah pelanggan dapat menikmati pemandangan laut sambil mendapatkan perkhidmatan SPA. Ia memberikan beberapa jam perkhidmatan rawatan untuk memulihkan kesegaran tubuh dan fikiran. SPA ini ter letak di lapangan terbang dan dikhususkan kepada perawatan singkat kepada penumpang seper ti 15 minit urutan dan terapi oksigen Terdapat beberapa perawatan yang ditawarkan seper ti rawatan kaki dan tangan, urutan r ingan dan lain-lain dalam tempoh yang singkat. SPA AIRPORT SPA CLUB SPA CRUISE SPA yang digabungkan dengan kegiatan fitness.Club SPA perlu memiliki peralatan yang lengkap serta terapis yang professional bagi menjamin kualiti yang terbaik.Kebiasaannya beroperasi di Pusat sukan dan kecergasan/fitness


SPA yang menjadi trend terkini Spa Home adalah kegiatan mandi yang ditambah dengan beberapa kegiatan lain seperti berendam di Bathub menggunakan essential oil, garam mandi dan lulur Dengan menyiapkan beberapa barangan spa juga boleh menikmati High Class Spa. SPA yang tujuan khusus, biasanya memerlukan waktu 3 hingga 7 hari termasuk tempat tinggal, makanan dan jadual waktu aktiviti SPA Kos perbelanjaan SPA destinasi atau keseluruhan SPA adalah paling tinggi dari seluruh jenis SPA yang ada, namun dapat mencapai tujuan optimal dari SPA. Pada masa kini, SPA destinasi ini banyak terdapat di Indonesia, Eropah dan Amerika Arizona semulajadi tanpa proses SPA lain. SPA perubatan beroperasi dibawah penyeliaan seorang ahli professional kesihatan berlesen secara sepenuh masa.Ia menawarkan perawatan seperti laser, resurfacing, suntikan botox, vitamin C, diamond, peeling machine, dan lain-lain yang memerlukan pengawasan pakar. SPA ini menjalankan prosedur tertentu yang menjadi amalan kakitangan termasuk estetik, kosmetik, pencegahan dan kesihatan. SPA CRUISE SPA DESTINATION SPA MEDICAL @ PERUBATAN


JENIS - JENIS TEMA SPA 1. Struktur dan Dekorasi: Spa dengan tema Bali menampilkan struktur tradisional Bali, termasuk penggunaan bahan alami seperti kayu, batu, dan buluh. Dekorasi sering dihiasi dengan ukiran-ukiran khas Bali, patungpatung dewa-dewi Hindu, dan kain tradisional Bali seperti batik dan ikat. 2. Ritual dan Upacara Tradisional: Spa Bali sering menggabungkan ritual dan upacara tradisional dalam layanan mereka, seperti upacara penyambutan dengan bunga atau dupa, dan ritual pembersihan atau penyucian tubuh yang terinspirasi oleh agama Hindu Bali. 3. Rawatan Khas Bali: Rawatan di spa Bali biasanya menggunakan teknikteknik urutan tradisional Bali, seperti urutan Bali (Balinese massage) yang menggunakan tekanan sedang hingga kuat dengan kombinasi urutan panjang dan melingkar. Selain itu, rawatan ini sering menggunakan bahanbahan alami seperti minyak kelapa, bunga-bungaan, rempah-rempah, dan tanaman herbal yang banyak ditemukan di Bali. 4. Suasana: Spa Bali berusaha menciptakan suasana yang tenang dan damai, sama dengan lingkungan alam di Bali seperti taman tropika, air terjun buatan, kolam teratai, dan musik gamelan Bali yang menenangkan. 5. Layanan: Layanan yang ramah merupakan ciri khas dari spa Bali, mencerminkan keramahan dan budaya melayani yang sangat dihargai di Bali. Teknik Urutan Melayu: Urutan tradisional Melayu, sering disebut "urut Melayu," menggunakan teknik-teknik khusus yang melibatkan tekanan jari, telapak tangan, dan kadang-kadang siku untuk meredakan ketegangan otot, memperlancar peredaran darah, dan meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan. 1. Bahan-Bahan Alami: Spa tradisional Melayu menggunakan bahanbahan alami yang ditemukan dalam lingkungan lokal, seperti minyak kelapa, bunga melati, daun sirih, rempah-rempah seperti kunyit dan halia (jahe), serta ramuan herbal. Bahan-bahan ini dipercaya memiliki khasiat penyembuhan dan relaksasi. 2. Ritual dan Upacara: Beberapa rawatan mungkin dimulai dengan ritual atau upacara tradisional yang bertujuan untuk membersihkan dan menyucikan tubuh dan fikiran. Misalnya, mandi bunga atau lulur menggunakan campuran rempah-rempah dan bahan alami. 3. Sauna dan Mandi Wap: Spa tradisional Melayu sering menggunakan sauna atau mandi wap .Proses ini menggunakan wap dari ramuan herbal untuk membuka pori-pori, mengeluarkan racun dari tubuh, dan meningkatkan sirkulasi darah. 4. Infrastruktur dan Dekorasi: Spa ini biasanya menampilkan dekorasi dan infrastruktur yang mencerminkan budaya Melayu, dengan suasana yang tenang dan alami. Ini termasuk penggunaan kain songket, kain batik, ukiran kayu tradisional, dan dekorasi bunga. 5. Keaslian Budaya: Spa tradisional Melayu menekankan keaslian dan penghormatan terhadap tradisi dan budaya Melayu. Terapis yang berpengalaman dan terlatih dalam teknik-teknik tradisional memainkan peranan penting dalam menjaga kualiti dan keaslian rawatan. 6. 1.Teknologi Canggih: Spa modern sering menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk berbagai perawatan, seperti mesin laser untuk perawatan kulit, alat ultrasound untuk terapi selulit, dan mesin terapi oksigen untuk revitalisasi kulit. 2.Rawatan: Spa moden menawarkan berbagai rawatan yang meliputi rawatan wajah, tubuh, rambut, dan kuku. Ini bisa termasuk facial, peeling kimia, mikrodermabrasi, botox, filler, dan terapi anti-penuaan lainnya. 3.Infrastruktur dan Dekorasi: Spa moden dirancang dengan infrastruktur yang mewah dan elegan, menciptakan suasana yang nyaman dan eksklusif. Penggunaan bahan-bahan premium, pencahayaan yang lembut, dan musik yang menenangkan. BALI SPA TRADISIONAL SPA MODEN SPA


PENGURUSAN SPA


Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya yang menyebabkan kewujudan pelbagai jenis perkhidmatan Spa yang ditawarkan mengikut budaya masing-masing. 1. Penawaran perkhidmatan yang berbeza terjadi berdasarkan konsep perkhidmatan yang diberi. 2. Untuk memastikan penyeragaman dalam perkhidmatan Spa mengikut ketetapan standard dan kualiti antarabangsa, menu perkhidmatan Spa diklasifikasi kepada dua kategori iaitu : 3. Spa berkonsep teraputik Spa berkonsep kesejahteraan PERKHIDMATAN SPA DI MALAYSIA


SPA BERKONSEP TERAPUTIK Menu perkhidmatan Spa ini menyediakan perkhidmatan atau rawatan Spa untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan sesuatu penyakit dan memerlukan pesakit mendapatkan rawatan ulangan bagi memastikan proses penyembuhan berterusan sehingga mencapai tahap yang memuaskan. 1. Antara contoh perkhidmatan ialah perkhidmatan berkaitan Ayurveda dan perkhidmatan berkaitan rawatan selepas bersalin (Postnatal Spa). 2. Juruterapi Spa yang mempunyai kelayakan minima yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari sahaja yang dibenarkan untuk memberi perkhidmatan di Spa berkenaan. 3. 4. Konsep ini biasanya diamalkan di Destination Spa.


SPA BERKONSEP KESEJAHTERAAN Menu perkhidmatan Spa ini menyediakan perkhidmatan untuk memberi pemulihan terhadap kesegaran dan kesejahteraan badan dan tidak memerlukan pelanggan Spa untuk mendapat rawatan ulangan. 1. 2. Konsep ini biasanya diamalkan di Day Spa.


Spa Harian (Day Spa) Spa Total (Spa Destination) Spa Resort / Hotel Spa Spa Medis (Medical Spa) Spa Kesihatan (Health Spa) Mineral Springs Spa Club Spa Cruise Ship Spa Perawatan Spa Di Lapangan Terbang (Airport Spa) JENIS PERKHIDMATAN SPA DI PERINGKAT GLOBAL


JENIS PERKHIDMATAN DALAM TERAPI SPA URUTAN BADAN RAWATAN BERASASKAN AIR RAWATAN BADAN


PERKHIDMATAN DALAM TERAPI SPA Untuk mengklasifikasi sesuatu perusahaan itu di bawah kategori Spa,komponen perkhidmatan seperti berikut perlu disediakan: Urutan badan mengikut sesuatu tema atau tradisi seperti tradisi Barat atau Asia contohnya Urutan Melayu, Thai, Bali, Shiatsu, Swedish dan sebagainya. 1. Rawatan berasaskan air seperti mandian bunga atau susu, Sauna danwhirlpool (kolam air panas). 2. Rawatan Badan yang melibatkan body wrap, body scrub yang menggunakan bahan herba, bengkung dan sebagainya. 3.


JENIS PERKHIDMATAN TAMBAHAN DI SPA RAWATAN MUKA URUTAN KAKI


PERKHIDMATAN TAMBAHAN DI SPA Sekiranya Pengusaha Spa ingin memperkenalkan perkhidmatan selain dari tiga(3) perkhidmatan yang diwajibkan bagi sesebuah Spa, PengusahaSpa harus memastikan bahawa Juruterapi Spa tersebut mempunyai kelayakan minima yang telah ditetapkan oleh Majlis PerubatanTradisional dan Komplementari bagi perkhidmatan tambahan yang dijalankan.Rawatan tambahan seperti di bawah sahaja yang dibenarkan untuk dijalankan di Spa: Rawatan muka (Facial Treatment) Rawatan ini boleh dijalankan di Spa, tetapi terhad untuk pembersihan muka menggunakan produk untuk pembersihan dan rawatan kesegaran dan keremajaan kulit muka. 1. Rawatan yang menggunakan mesin, peralatan elektrik atau perubatan (seperti suntikan Botox) tidak dibenarkan untuk dijalankan di Spa kecuali mempunyai pentauliahan dan kelayakan yang ditetapkan. 2. Urutan kaki (Foot Massage). Rawatan ini boleh dijalankan di Spa dan teknik urutan kaki yang dijalankan boleh melibatkan teknik Acupressure, Refleksologi atau teknik urutan kaki yang telah dikenalpasti oleh Penyelia Spa. 3.


RAWATAN SETEPAS BERSALIN (POSTNATAL) JENIS PERKHIDMATAN RAWATAN KHUSUS RAWATAN TRADISIONAL INDIA


PERKHIDMATAN RAWATAN KHUSUS Rawatan selepas bersalin Rawatan yang biasa dijalankan mengikut konsep rawatan Melayu atau Pribumi termasuk barut, bengkong dan bertungku. 1. Rawatan Tradisional India Sebagai contoh, rawatan yang berkonsepkan terapi Panchakarma. 2.


KEPENTINGAN YANG PERLU ADA DI DALAM PENGURUSAN SPA


Penyelia Spa berperanan untuk mengendali operasi dan perkhidmatan yang disediakan di Spa tersebut. Mereka boleh terdiri dari Pengusaha Spa atau yang dilantik. Penyelia Spa hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya dan mempunyai sekurang-kurangnya dua(2) tahun pengalaman bekerja dalam industri Spa dan menunjukkan bukti dari tempat kerja tersebut. 1. 2. TIDAK menderita penyakit/ keadaan seperti di bawah: Ketagih alkohol/ dadah Penyakit mental Penyakit lain yang boleh memberi kesan terhadap operasi Spa 3. Tidak mempunyai kesalahan jenayah KELAYAKAN PENYELIA SPA


1.Bertanggungjawab terus terhadap salah laku Juruterapi Spa. Mengawal selia Juruterapi Spa dan semua pekerja di bawah seliaannya untuk memastikan mereka mematuhi polisi dan tatacara pekerjaan mereka. 2. Menyediakan rekod yang lengkap bagi setiap pekerja dan Juruterapi Spa di bawah seliaannya berserta dengan bukti kelayakan atau sijil kursus yang diiktiraf. 3. Sekiranya terdapat perkhidmatan baru atau perubahan terhadap perkhidmatan sedia ada atau sekiranya ada produk baru diperkenalkan, Penyelia Spa hendaklah menyediakan latihan dan panduan kepada Juruterapi Spa untuk memastikan mereka dapat menyediakan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan. 4. 5. Membuat penilaian perkhidmatan terhadap Juruterapi Spa sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Mengawal dan menjaga Spa tersebut supaya tiada perhiasan, gambar atau media yang menyebabkan Pelanggan Spa memilih seseorang Juruterapi Spa. 6. Mencegah terjadi pelacuran dikalangan pekerja Spa dan juga sebarang perkhidmatan atau perbuatan yang melanggar undang-undang atau menyalahi moral atau tradisi. 7. 8. Mengawal selia dan menjaga perkhidmatan, peralatan dan produk menurut peraturan penjagaan kebersihan. Penyelia Spa TIDAK dibenarkan: Mengambil pekerja Spa berumur bawah 20 tahun tetapi sekiranya pekerja Spa tersebut mempunyai kelayakan yang diiktiraf, umur yang dibenarkan bekerja adalah 18 tahun. 1. Memberi kebenaran kepada orang yang mabuk dan tidak dapat mengawal perbuatannya untuk berada di Spa semasa waktu perniagaan 2. 3. Mengedar dadah atau membenarkan jual beli dadah di Spa tersebut. Memberi kebenaran untuk membawa senjata api ke Spa tersebut melainkan pegawai kerajaan yang sedang bertugas yang dibenarkan untuk membawa senjata api. 4. 5. Mematuhi Undang-Undang Buruh. Memelihara keselamatan dan kebajikan pekerja Spa dan menyediakan langkah pencegahan untuk melindungi pekerja Spa dari dicabuli oleh Pelanggan Spa. 6. 7. Mempamerkan Sijil kelayakan pekerja Spa di tempat yang mudah dilihat. TANGGUNGJAWAB PENYELIA SPA


Kelayakan Juruterapi Spa 1. Berumur 18 Tahun Keatas. Mendapat Latihan Dari Institusi Yang Diiktiraf Atau Mempunyai Sekurang-kurangnya 2 Tahun Pengalaman Bekerja. 2. 3. Tidak Mengidap Penyakit Kronik Seperti : Ketagihan Alcohol / Dadah Penyakit Mental Penyakit Lain Yang Boleh Memberi Kesan Terhadap Operasi Spa


Perkhidmatan kepada pelanggan spa berdasarkan pengetahuan dan kemahiran. Tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau bahaya. Menyimpan rahsia atau maklumat sulit pelanggan. Tidak menjalankan aktiviti yang tidak bermoral. Menyediakan perkhidmatan secara professional dan sopan. Tidak mengambil minuman beralkohol atau dadah. Bersikap jujur dan tidak mengambil harta benda pelanggan. Berapa dalam keadaan sihat dan tidak menyebarkan sebarang penyakit kepada pelanggan spa dan rakansekerja. Tidak memakai sebarang perhiasan yang boleh menjadi penghalang semasa memberi perkhidmatan spa. Berpakaian sopan atau memakai pakaian seragam yang disediakan. Profesionalisme Juruterapi Spa


SYARAT MENGAMBIL PEKERJA SPA WARGA TEMPATAN WARGA ASING i.Penyelia spa digalakan untuk mengambil pekerja spa dari kalangan warga tempatan dengan syarat yang ditetapkan bagi pengambilan juruterapi spa tempatan ii.Umur 18 tahun ke atas iii.Tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit iv.Memiliki kelayakkan dari institusi i.Perlu tertakluk kepada peraturan telah ditetapkan oleh Kementerian Hal EhwalDalam Negeri ii.Nisbah pekerja spa warga asing kepada warga tempatan adalah 1:1 iii.Mempunyai kelayakan yang setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia


Premis hotel 3 bintang dan keatas Kompleks membeli belah Rumah Kelab Kompleks dan kedai pejabat kawasan perdagangan Terletak sekurang-kurangnya 500meter dari bagunan sekolah dan tempat ibadah Dalam bangunan hospital swasta LOKASI SPA


STANDART SPA 1. Lokasi yang baik, selesa dan selamat 2. Kawasan spa tersebut hendaklah ditanda dengan jelas Kawasan perkhidmatan perseorangan ,tidak boleh terlampau tersorok 3. 4. Luar dan dalam sentiasa bersih dan kemas 5. Tahap pencahayaan yang cukup 6. Menyediakan bilik yang berasingan mengikut jantina


a)Nama spa tersebut hendaklah sama seperti nama yang didaftarkan untuk perlesenan b)Nama spa hendaklah mempunyai makna c)Nama yang tidak mengelirukan STANDART NAMA SPA


STANDART PERKHIDMATAN SPA Waktu operasi tidak melebihi 24 jam sehari Penyelia spa menyediakan bukti kelayakan pekerja Penyelia spa hendaklah menyimpan rekod pelanggan sekurang-kurangnya 5 tahun dari Tarikh mendaftar Memastikan Kawasan spa adalah Kawasan larangan merokok Perkhidmatan yang disediakan tidaklah melanggar akta yang telah ditetapkan Iklan yang dipamerkan perlulah jelas Mempamerkan menu rawatan yang jelas Pemakaian juruterapi yang bersesuaian


STANDART KESELAMATAN SPA Menyediakan alat bantuan kecemasan (first aid kid) Rawatan yang mempunyai risiko tinggi perlukan kepakaran dan pengetahuan. Menyediakan jam yang mudah dilihat Menyediakan sistem kecemasan Menyediakan (timer clock) Melaksanakan saringan kepada pelanggan yang berisiko Memastikan tahap kesihatan juruterapi yang optimum Menjaga kualiti bahan


CONTOH KAD REKOD PELANGGAN


Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan terkenal sebagai sebuah negara Islam dimata dunia mewajibkan Penyelia Spa untuk mematuhi etika bagi pekerja dan Pelanggan Spa Islam seperti ketetapan berikut: Pekerja Spa wanita yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk memberi perkhidmatan kepada Pelanggan Spa lelaki. 1. Pekerja Spa lelaki yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk memberi perkhidmatan kepada Pelanggan Spa wanita. 2. ETIKA SPA


ASAS KEUSAHAWAN DAN MODEL PERNIAGAAN UNTUK PENUBUHAN SPA


MENGHASILKAN RANGKA RANCANGAN PERNIAGAAN Menyediakan senarai kandungan, muka surat, ringkasan eksekutif, maklumat am, pemohon perihal projek. Menyediakan rancangan perniagaan. Mengenalpasti aspek pengurusan dan pentadbiran. Menyediakan rancangan kewangan. Menyediakan rumusan rancangan perniagaan.


Rancangan perniagaan merupakan satu dokumen bertulis yang mempericikan tentang tujuan dan rancangan suatu perniagaan yang akan dijalankan pada masa akan datang. Rancangan perniagaan menjadi kemestian bagi seseorang yang mahu memulakan perniagaan agar tidak tersasar dari objektif, pelan, tindakan dan tempoh masa yang ditetapkan. Ia turut dikenali sebagai pelan perniagaan, kertas kerja dan kertas projek. Turut dikenali sebagai kerja kerja perniagaan beserta dokumen lengkap yang membentangkan maklumat yang hendak dijayakan dalam tempoh tertentu. RANCANGAN PERNIAGAAN DEFINISI


Rancangan perniagaan amat penting untuk usahawan itu sendiri untuk melihat sama ada perniagaan atau projek yang dirancang itu mampu membangun, berdaya maju danbersaing dengan perniagaan yang mempunyai konsep yang sama. Ia juga membantu usahawan itu melihat dengan sebaiknya idea dan rancangan perniagaan itu dengan teliti dan kritikal, selain sebagai garis panduan untuk mencapai apa yang dirancang. RP merupakan dokumen sokongan kepada pihak luar seperti bakal pelabur (contohnya untuk urusan rakan kongsi) dan pihak bank (untuk mendapatkan pinjaman institusi kewangan). TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN


Antara kepentingan RP termasuklah: 1. Sebagai garis panduan yang digunakan untuk memulakan perniagaan 2. R.P merupakan garis panduan untuk menentukan hala tuju perniagaan 3. R.P menjelaskan tentang visi, misi, matlamat, objektif, belanjawan dan ramalan perniagaan 4. Sebagai alat komunikasi yang digunakan dengan pihak berkepentingan Ia membantu dalam meyakinkan pihak-pihak berkepentingan seperti pihak bank, pemegang saham, pembekal dan lain-lain pihak. 5. 6. Ia juga membantu pelabur dalam menilai pelaburan perniagaan yang mampu menjana keuntungan 7. Ia turut membantu pihak bank, pembekal dan institusi kewangan menilai daya maju perniagaan 8. Menilai potensi nilai komersial dan persaingan dalam perniagaan 9. Ia membantu perniagaan untuk mengenal pasti sama ada matlamat perniagaan dapat dicapai atau sebaliknya 10. Ia juga membantu perniagaan dalam menilai pelaburan perniagaan yang mampu menjana keuntungan 11. Penilaian prestasi boleh dilakukan semasa dan selepas suatu aktiviti perniagaan dijalankan 12. Sebagai alat kawalan supaya segala aktiviti dijalankan mengikut perancangan 13. R.P dapat digunakan untuk mengukur tahap pencapaian atau prestasi perniagaan 14. Ia dimana sebarang penyelewengan boleh dikenal pasti dan tindakan pembetulan dapat diambi dengan segera 15. Membolehkan usahawan merancang penggunaan sumber dengan cekap 16. Melalui RP, sumber-sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan mesin dapat diagihkan dengan cekap dan berkesan Ini membolehkan orang mengambil langkah-langkah yang wajar bagi mengelakkan dari melakukan pembaziran sumber 17. 18. Penggunaan sumber yang optimum, kos yang minimum dapat membantu perniagaan mencapai matlamatnya. KEPENTINGAN RANCANGANPERNIAGAAN


KEPENTINGAN RP DARI PERSPEKTIF USAHAWAN Membantu usahawan membuat analisis dan menyediakan strategi perniagaan. Membantu usahawan meneliti secara dekat andaian tentang kejayaan melalui maklumat tahap persaingan ekonomi dan kewangan. Sebagai panduan kepada operasi harian. Membantu usahawan mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan bijak.


KEPENTINGAN RP BAGI PIHAK PEMBIAYAAN KEWANGAN 1. Memberi gambaran potensi pasaran. Memberi maklumat tentang keupayaan usahawan untuk membayar hutang. 2. Membantu membuat penilaian menyeluruh terhadap perniagaan dan kedudukan kewangan. 3.


KEGUNAAN RP KEPADA USAHAWAN Garis panduan untuk memulakan perniagaan. Mengendalikan operasi perniagaan dengan melakar arah tuju masa depan dan strategi perniagaan. Mengurangkan kesilapan. Meminimumkan kesilapan seperti penyelewengan, pembaziran dan kerugian. Memudahkan kawalan. Memudahkan pengurusan seperti yang dirancang. Menggunakan sumber-sumber dengan cekap. Meminimumkan kos dan mengoptimumkan keluaran. Alat komunikasi usahawan kepada pihak berkepentingan. Alat untuk menyampaikan mesej kepada pembiaya dan pembekal.


PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN 1.Ringkasan/Rumusan Eksekutif 2.Pengenalan 3.Objektif 4.Latar Belakang Perniagaan 5.LatarBelakangPemilik 6.Latar Belakang Projek 7.Rancangan Organisasi 8.Rancangan Pemasaran 9.Rancangan Pengeluaran / Operasi 10.Rancangan Kewangan 11.Kesimpulan 12. Lampiran


PEMASARAN SECARA ONLINE UNTUK PROMOSI SPA SERTA PRODUK BERKAITAN


PERKHIDMATAN / PRODUK DAN KEMUDAHAN SPA Mengenalpasti perkhidmatan, produk dan kemudahan spa Mengenalpasti kemahiran jualan yang terlibat dalam promosi spa. Mengenalpasti etika amalan professional di spa Mengenalpasti jenis aktiviti jualan dalam promosi spa Mengenalpasti buku tempahan ataupun secara atas talian (digital)


JUAL PRODUK/SERVIS MELALUI FACEBOOK Ini adalah cara pemasaran produk di FB yang amat popular sekarang sebab trend video makin meningkat dalam kalangan pengguna media sosial. Siaran Live di FB memang mudah dan mampu jana sales yang banyak untuk bisnes anda. Anda hanya perlukan smartphone dengan kamera yang canggih dan tripod untuk membuat video Facebook Live pertama anda.


JUAL PRODUK/SERVIS MELALUI INSTAGRAM Instagram ialah antara platform media sosial yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia. Platform ini merupakan pilihan yang tepat untuk membina imej yang kukuh bagi brand anda. Banyak bisnes kecil kini menggunakan platform ini untuk post gambar dan video yang menarik bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan dalam bisnes mereka. Satu trend yang amat popular sekarang ialah instagram story. Ramai pengguna instagram kini suka layan IG story dan IG tv. Jadi kedua-dua ciri instagram ini amat bagus untuk brand awareness. Anda boleh post video tentang cara mengunakan produk anda atau video tips yang releven seperti ‘tips 5minit menjagaan wajah’.


JUAL PRODUK/SERVIS MELALUI EMAIL Suatu lagi teknik pemasaran online yang amat penting digunakan oleh mana-mana bisnes ialah email marketing.Penggunaan emel bagi tujuan pemasaran sebenarnya amat bagus bagi bisnes kecil kerana ianya: Efektif untuk membina hubungan dengan pelanggan anda Murah lagi berbanding ads di FB, IG, akhbar, papan iklan,dan sebagainya Menghantar emel berjadual kepada pelanggan anda secara automatik berdasarkan masa/aktiviti mereka.


JUAL PRODUK/SERVIS MELALUI CONTENT MARKETING “SOFT SELL” Content marketing ialah strategi pemasaran yang menggunakan info yang relevan dan bermanfaat untuk menarik pelanggan dan bakal pelanggan bagi mendorong mereka menjadi pelanggan setia ataupun pelanggan baru anda.Jenis-jenis content yang anda boleh buat ialah : Blog Post FB Video Tiktok Whatapps Info grafik Sebagai contoh, jika anda menjual ubat jerawat, anda boleh membuat dan mengedarkan content seperti blog tips penjagaan muka, info grafik mengenai cara hidup untuk mengelakkan jerawat, dan lain-lain lagi.Content marketing amat penting zaman sekarang.


Click to View FlipBook Version