The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 PJMS3092 MUHAMMAD ADAM RIZQAN BIN MOHAMAD SABRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PJ20621 Muhammad Adam Rizqan Bin Mohamad Sabri, 2023-04-02 20:09:27

LAPORAN PENGANJURAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

TUGASAN 2 PJMS3092 MUHAMMAD ADAM RIZQAN BIN MOHAMAD SABRI

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN PJMS3092 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Nama : MUHAMMAD ADAM RIZQAN BIN MOHAMAD SABRI No. K/P : 020825-03-0297 Angka Giliran : 2021242340179 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : W11 Nama Pensyarah : MOHD FAOZI BIN MD NOR Tarikh Hantar : 21 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_______Adam_________ Tarikh : 21 MAC 2023 7 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


2 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN...........................................................................................................3 2.0 NAMA PERTANDINGAN............................................................................................ 4 3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT .................................................................................. 4 4.0 SENARAI NAMA PESERTA DAN PASUKAN............................................................. 4 5.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN ................................................................................ 6 6.0 FORMAT PERTANDINGAN....................................................................................... 7 7.0 EVIDEN PENGELOLAAN PERTANDINGAN.............................................................. 8 8.0 ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN YANG DIHADAPI 9 9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN................................................ 10 RUJUKAN........................................................................................................................... 12


3 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat saya menyiapkan tugasan Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah mata pelajaran Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan kami iaitu Encik Mohd Faozi Bin Md Nor. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang erat kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakan-rakan semua, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Tugasan ini memberikan seribu satu pengalaman yang amat bermakna kepada diri saya. Saya berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan. Insya-Allah.


4 1.0 PENGENALAN Pada 19 Mac 2023, kami telah menganjurkan Karnival Permainan Tradisional yang telah diadakan ke atas pelajar Unit X Minor Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Karnival ini telah di langsungkan di Gimnasium IPG Kampus Ipoh. Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi soalan kerja kursus subjek PJMS3092 iaitu Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan, di mana pelajar Major Pendidikan Jasmani dikehendaki mengelolakan pertandingan permainan tradisional terhadap para pelajar IPG Kampus Ipoh. Karnival ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajarpelajar yang terlibat akan permainan tradisional yang ada di Malaysia di samping menghargai kepelbagaian dalam budaya masyarakat kita pada masa dahulu. Permainan tradisional ditelan zaman kerana perubahan sosiobudaya dengan adanya pelbagai teknologi telah mengurangkan minat dan pengetahuan kanak-kanak terhadap permainan tradisional. Sekiranya kita dapat mendedahkan permainan tradisional kepada masyarakat sejak dari bangku sekolah, kita dapat mengurangkan jurang di antara permainan tradisional dan moden agar kita dapat mengekalkan warisan permainan tradisional dari ditelan arus pemodenan (Zuriawati et al., 2014). Oleh demikian, kita mestilah mengambil langkah proaktif dalam memastikan permainan tradisional ini tidak ditelan zaman agar permainan-permainan ini dapat diwarisi ke generasi yang seterusnya. 2.0 NAMA PERTANDINGAN Pertandingan yang dipertandingkan adalah pertandingan Galah Panjang. 3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT TARIKH : 19 MAC 2023 MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI TEMPAT : GIMNASIUM 4.0 SENARAI NAMA PESERTA DAN PASUKAN 1. SENARAI PESERTA KAMPUNG DURIAN RUNTUH BIL. NAMA CATATAN 1. MUHAMMAD AMIRUL AMRI BIN MD SAAD 2. MUHAMMAD ANAS FAIZ BIN MF FAUDZI 3. MUHAMMAD HAIQAL SAIFUDDIN BIN ZAINUDDIN 4. MUHAMMAD ALIFF BIN YAHYA 5. NUR BATRISYIA BINTI ZAIDI 6. NUR FATIHA BINTI HARUN


5 2. SENARAI PESERTA KAMPUNG BUNTUNG BIL. NAMA CATATAN 1. MUHAMMAD HAFIZ BIN SHAHRUDIN 2. AHMAD DANISH IMAN BIN AHMAD YUSRI 3. MUHAMMAD IRFAN SHAMIR BIN KADIR 4. MUHAMMAD AZIM IZZUDDIN BIN ROSLI 5. NUR AIN BINTI MOHD IDRIS 6. NUR AKALILI BINTI YUSRI 3. SENARAI PESERTA KAMPUNG JALAN BAHAYA BIL. NAMA CATATAN 1. LUM ZHONG JIE 2. MUHAMMAD SYAHMI BIN AZLAN JASAH 3. AMAD IRFAN BIN ROSENIZAMH 4. WAN NABIHAN BIN WAN ZAIRUDIN 5. FATIN NUR ZAFIRA BINTI SHAARI 6. NUR AMALINA BINTI HASHIM 4. SENARAI PESERTA KAMPUNG PENING LALAT BIL. NAMA CATATAN 1. NIMROD MORGAN ANAK RANTIS 2. WAN KHAIRUL HAMIZAN BIN WAN KASWADI 3. AHMAD DANISH MIRZA BIN AHMAD REZAUDIN 4. AIRIEL AFFAN BIN AMRAN 5. NURSHAMIRA NAZILA BINTI MUHAMMAD NAZRI 6. PUTRI IRDINA BINTI ROHIMAN


6 5.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERLAWANAN KALAH MATI 1 KAMPUNG JALAN BAHAYA VS KAMPUNG BUNTUNG 15 MARKAH 0 PERLAWANAN KALAH MATI 2 KAMPUNG PENING LALAT VS KAMPUNG DURIAN RUNTUH 20 MARKAH 30 PERLAWANAN PENENTUAN 3/4 KAMPUNG BUNTUNG VS KAMPUNG PENING LALAT 0 MARKAH 10 PERLAWANAN AKHIR KAMPUNG DURIAN RUNTUH VS KAMPUNG JALAN BAHAYA 30 MARKAH 15


7 6.0 FORMAT PERTANDINGAN 1. Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati. 2. Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan berenam bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada 2 perempuan dan 4 lelaki. 3. Penentuan johan dan naib johan adalah melalui perlawanan akhir antara pasukan yang menang perlawanan kalah mati 1 dan 2 4. Penentuan tempat ketiga dan keempat adalah perlawanan antara pasukan yang tewas di perlawanan kalah mati 1 dan 2


8 7.0 EVIDEN PENGELOLAAN PERTANDINGAN


9 8.0 ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN YANG DIHADAPI Isu-isu semasa dalam pendidikan jasmani dan sukan yang dihadapi semasa pengelolaan permainan galah panjang antaranya ialah keluasan kawasan permainan galah panjang. Semasa permainan dijalankan, diperhatikan bahawa kawasan untuk pasukan penyerang untuk melepasi kawasan pasukan bertahan terlalu sempit yang menyukarkan permainan ini kepada bahagian penyerang daripada bertahan. Ketidakadilan ini akan menyebabkan permainan ini menjadi berat sebelah kepada pasukan bertahan, menyukarkan untuk mengumpulkan mata dan tempoh permainan menjadi lama kerana pasukan menyerang tidak dapat mengacah berserta dengan larian untuk melepasi kawasan yang terlalu sempit. Kesannya, ianya menyebabkan permainan menjadi terlalu lama dan membosankan serta penggunaan taktikal menjadi kurang dapat dihasilkan. Selain itu ialah lokasi yang dilaksanakan adalah tidak sesuai di mana lantai adalah terlalu licin. Permainan ini dijalankan di dalam gim berikutan dengan cuaca yang panas yang tidak memberikan keselesaan kepada peserta untuk bermain. Lantai yang licin akan menyebabkan peserta sukar untuk membuat pergerakan seperti larian dan boleh menyebabkan kecederaan berlaku seperti terseliuh atau luka. Tambahan pula, terdapat peserta yang memakai kasut yang tidak sesuai di mana kasut mereka mempunyai cengkaman kasut yang lemah menyebabkan terdapat peserta yang menanggalkan kasut dan stoking semasa permainan dijalankan. Kesannya, permainan adalah sedikit berbahaya untuk dijalankan dan mengurangkan keseronokan semasa bermain. Akhir sekali adalah peraturan yang diberikan dan ditetapkan agak kurang jelas sehingga peserta keliru dengan cara memainkan permainan ini. Perkara ini berlaku kerana peserta kurang memahami akan kefahaman peraturan permainan yang diberikan oleh pengelola permainan di mana terdapat beberapa peserta yang memasuki kawasan yang salah kerana pertama kali memainkan permainan galah panjang dan ketidakfahaman untuk mematikan pasukan penyerang. Kesannya, ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada peserta dan akhirnya peserta tidak dapat memfokuskan kepada permainan dan tidak dapat menikmati permainan sepenuhnya.


10 9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan yang boleh ditambah baik semasa pengelolaan permainan galah panjang ini adalah memperluaskan kawasan daripada hanya seluas 3 meter kepada 7 ke 10 meter. Hal ini demikian untuk memberikan ruang yang cukup kepada pasukan penyerang untuk melepasi kawasan. Hal ini membenarkan pasukan menyerang dapat melakukan larian yang lebih selesa dan lebih banyak taktikal dapat dilaksanakan. Kesannya permainan ini akan menjadi lebih menyeronokkan. Seterusnya ialah mengubah lokasi yang dilaksanakan di mana kawasan tersebut mempunyai lantai atau permukaan yang lebih kasar. Hal ini demikian untuk memastikan permukaan lokasi permainan yang digunakan tidak mempengaruhi perjalanan pertandingan contohnya di gelanggang tenis atau di padang di mana kawasan ini mempunyai permukaan yang dapat mencengkam tapak kasut dengan lebih baik berbanding di gim. Oleh demikian, dengan adanya permukaan yang lebih mencengkam tapak kasut, ianya akan memudahkan peserta untuk melakukan pergerakan pantas seperti mengacah bagi mengelirukan pasukan lawan untuk melepasi setiap halangan. Kesannya peserta tidak mudah tergelincir semasa pertandingan dijalankan. Akhir sekali, bagi mengatasi masalah peraturan tersebut ialah dengan cara menyediakan kertas peraturan kepada setiap peserta. Hal ini bagi memastikan peserta dapat merujuk kembali peraturan dan prosedur yang telah diterangkan oleh pengelola dan memahaminya dengan lebih mendalam. Menurut Moncada dan Moncada (2014), permainan yang baik adalah permainan yang mempunyai ciri-ciri kualiti dan antaranya ialah mempunyai susun atur yang jelas, mengandungi arahan yang jelas dan ringkas, mempunyai peraturan permainan yang mudah difahami. Oleh itu, semua peserta dapat memainkan permainan galah panjang dengan mematuhi segala peraturan dan prosedur terutamanya bagi mereka yang pertama kali bermain galah panjang. Kesannya, perjalanan permainan akan menjadi lebih lancar dan tidak akan berlakunya kekeliruan oleh para peserta sepanjang permainan berjalan Kesimpulannya, permainan tradisional memberikan kesan yang positif kepada perkembangan kanak-kanak seperti permainan galah panjang ini meningkatkan kecergasan peserta terutamanya ketangkasan dan masa tindak balas pemain. Wan Abdul Kadir (1988) menyifatkan bermain adalah sebahagian daripada latihan pergerakan fizikal dan mental di samping mempunyai fungsi dan peranan tertentu. Perkara ini dapat dilihat semasa peserta cuba untuk melepasi kawasan bagi penyerang dan mematikan pemain bagi bertahan. Hal ini menyebabkan pemain dapat meluangkan masa mereka dengan aktiviti fizikal yang seronok berbanding aktiviti senaman yang membosankan golongan muda. Selain itu, bermain permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan


11 sesama serta bersosial dengan orang ramai (Ramadhani et. al., 2020). Hal ini demikian kerana permainan seperti galah panjang memerlukan rakan sepasukan untuk berkomunikasi dan bekerjasama dalam menentukan strategi bagi mendapat mata sebanyak mungkin. Oleh demikian, demikianlah bahawa penganjuran permainan tradisional memberikan banyak faedah kepada semua lapisan masyarakat di samping memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita.


12 RUJUKAN Ahmad Zahari, Z., Mat Desa, M. A., & Mohd Bakhir, N. (2014). Permainan Tradisional Dan Teknologi: Penelitian Dan Tinjauan Terhadap Persepsi Kanak-Kanak. In 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2014, 25- 27 November, 2014, Pulau Pinang, Malaysia. Moncada, S. M., & Moncada T. P. (2014). Gamification of learning in accounting education. Journal of Higher Education Theory and Practice, 14(3), 9-19. Ramadhani, Pahlita Ratri, and Puji Yanti Fauziah. 2020. “Hubungan Sebaya Dan Permainan Tradisional Pada Keterampilan Sosial Dan Emosional Anak Usia Dini.” Jurnal Obsesi : Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini 4(2):1011. doi: 10.31004/obsesi.v4i2.502. Wan Abdul Kadir. (1988). Budaya popular dalam masyarakat Melayu bandaran (p. 276). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version