KEUNIKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA KAUM BABA & NYONYA GURU PENASIHAT : PN SITI SALWA BINTI HJ MD KHALID
Isi Kandungan 1. Pakaian Tradisional 2. Makanan Tradisional 3. Tarian Tradisional 4. Permainan Tradisional 5. Perayaan 6. Perkahwinan 7. Penutup
Pakaian Tradisional Pakaian tradisional Baba Nyonya adalah cerminan yang indah dari warisan budaya dan sejarah yang kaya dari komuniti Peranakan, menggabungkan unsur-unsur Cina dan Melayu menjadi pakaian yang menakjubkan yang dipakai dengan bangga dan penghormatan terhadap tradisi.
Baju Kebaya merupakan sejenis baju tradisional yang dikenakan oleh masyarakat Baba Nyonya atau Peranakan di serata rantau Asia Tenggara. Ia melambangkan keanggunan dan kecantikan serta mengekalkan warisan budaya yang kaya. BAJU KEBAYA
Pria Nyonya sering memakai baju Lokchuan, yang juga dikenal sebagai baju panjang, yang terbuat dari kain batik. Baju Lokchuan biasanya memiliki potongan longgar dengan lengan panjang dan kadang-kadang dihiasi dengan motif batik yang indah. Baju Lokchuan atau Baju Panjang
MAKANAN TRADISIONAL KAUM BABA & NYONYA Makanan tradisional Baba Nyonya, juga dikenali sebagai masakan Peranakan, adalah hasil daripada campuran budaya Cina dan Melayu. Masakan ini kaya dengan perasa dan rempah yang khas, serta teknik masakan yang unik.
Onde-onde Kuih Lapis Bubur Cha Cha
Kuih Bangkit Ang Ku Kuih Kuih Talam
Kuih Pai Tee Nyonya Laksa Otak-otak
Tarian tradisional Tarian Baba Nyonya, juga dikenali sebagai "Joget Peranakan", merupakan tarian tradisional yang berasal dari komunitas Peranakan di Malaysia dan Singapura. Tarian ini menggabungkan unsur-unsur budaya Melayu, Cina, dan Indonesia. Dalam tarian ini, penari biasanya memakai pakaian tradisional Baba Nyonya yang kaya akan warna dan hiasan.
Joget trila-trila Hanya ditarikan oleh kaum perempuan yang dipanggil 'Nyonya'.Dalam kumpulan enam sehingga lapan orang. Lagunya berentak rancak dan agak berbeza dengan lagu-lagu lain etnik ini yang berentak keroncong.Pergerakannya masih mengekalkan kesopanan dan kesantunan wanita Baba Nyonya. Prop tarian dipanggil 'bimpo' bermaksud sapu tangan, biasanya diperbuat daripada kain organza untuk persembahan sahaja. Bimpo' diikat sedikit di hujung jari bertujuan supaya ‘bimpo’ tidak tercicir semasa menari.
Permainan tradisonal Kebanyakan permainan seperti orang melayu
• DIKENALI SEBAGAI PERMAINAN ANJUNG • DIMAINKAN OLEH GOLONGAN WANITA KANAK-KANAK • DIMAINKAN OLEH DUA ORANG DALAM SATU MASA • MENGGUNAKAN PAPAN CONGKAK DAN BUAH • BIASANYA MENGGUNAKAN 5/6/7 BUAHI KE DALAM RUMAH ANAK • SELAIN GULI BOLEH GUNAKAN BUAH GETAH BIJI SAGA BATU KECIL • PEMENANG ADALAH MEMILIKI BANYAK BUAH CONGKAK Congkak
• DIMAINKAN SECARA BERKUMPULAN ATAU NDIVIDU • JUGA DIKENALI SEBAGAI BATU SELAMBUT • MENGGUNAKAN BIJI GETAH, GULI KACA ATAU BATU KERIKIL KECIL SEBAGAI BUAH • JUMLAH BUAH BIASANYA DIKUTIP ANTARA LIMA HINGGA TUJUH BIJI Batu Seremban
Wau • TERDAPAT BANYAK JENIS WAU ANTARANYA WAU BULAN WAU SERI NEGERI WAU PUYUH • DIMAINKAN BIASANYA DUA ORANG MEMEGANG WAU JURU ANGJUNG (PEGANG TALI) • WAU DITARIK MELAWAN ARUS ANGIN
Perayaan Perayaan serta Adat Resam Masyarakat Baba Nyonya banyak mengadaptasi perayaan masyarakat Cina. Antaranya seperti, Tahun Baru Cina, Tung Cek, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang Bulan, Ong Yah dan Perayaan Bulan Mei.
Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada bulan pertama takwim orang cina. Masyarakat Baba Nyonya akan membersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-muih dan peribagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum Tahun Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. Pelbagai jenis makanan akan disajikan di atas meja besar. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai tanda kemeriahan. Pada keesokan paginya kaum Baba akan bersembahyang untuk mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut. Selepas itu, sanak saudara akan datang berkunjung dengan membawa pelbagai juadah serta buah limau mandarin. Mereka yang telah berkeluarga wajib memberikan 'angpau' kepada mereka yang masih bujang. Angpau yang diberikan mestilah dalam sampul yang berwarna merah dan mempunyai dua keping duit kertas walaupun nilainya kecil.
Perayaan Cheng Beng pula lalah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai hidup di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar di hadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutamanya nenek moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba Nyonya juga akan mengadakan persembahan lauk ketika bersembahyang iaitu roh akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, arak dan makanan lain.
Sembahyang Bulan juga merupakan salah satu perayaan yang diamalkan oleh masyarakat Baba Nyonya. Perayaan ini disambut pada 15 haribulan lapan dalam kalendar cina. Sembahyang Bulan akan dilakukan di rumah 'akhay-akhay laitu rumah kecil yang halaman rumahnya dihias cantik. Semasa upacara itu dilakukan, berpuluh batang filin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai jenis makanan lazat dihidangkan. Kuih bulan diletakkan di tengah-tengah dan dikelilingi kuih-kuih lain seperti waajik, dodol, kuih bakul, teh cina dan sebagainya.
Perkahwinan Pernikahan dalam komunitas Baba Nyonya, yang juga dikenal sebagai Peranakan, menggabungkan unsur-unsur budaya Cina dan Melayu. Pernikahan ini dipenuhi dengan tradisi dan adat istiadat yang kaya serta penuh makna.
Pada hari perkahwinan, pengantin akan mengadakan upacara menyisir rambut secara berasingan. Bagi orang Cina Peranakan, tradisi suci ini melambangkan peralihan mereka dari kanakkanak ke dewasa. "Cheo thau" adalah upacara panjang yang bermula dari menyisir rambut hingga akhirnya mengenakan pakaian pengantin tradisional yang cantik. Rambut pasangan ini disisir sebanyak empat kali - pertama untuk keharmonian perkahwinan, kedua untuk kekuatan perkahwinan, ketiga untuk keturunan dan kesinambungan keturunan, dan yang terakhir untuk saling menghormati antara suami isteri. Kemudian, ibu bapa akan memakaikan pakaian perkahwinan kepada pengantin. Pengantin perempuan akan ditutupi dengan tudung muka, menanti kedatangan pengantin lelaki.
Penutup Baba Nyonya, juga dikenali sebagai Peranakan, adalah sebuah komuniti etnik yang unik di Malaysia yang terdiri daripada keturunan Cina-Melayu. Baba merujuk kepada lelaki dalam komuniti Peranakan, manakala Nyonya merujuk kepada wanita. Mereka adalah keturunan Cina yang telah menetap di rantau ini sejak berabad-abad yang lalu, dan mereka berkahwin dengan penduduk tempatan Melayu, menghasilkan identiti budaya yang unik. mereka mempunyai warisan budaya yang kaya, yang mencerminkan perpaduan budaya Cina dan Melayu dalam gaya hidup, makanan, seni dan tradisi mereka. Keseluruhannya, komuniti Baba Nyonya adalah simbol kepelbagaian dan keunikan budaya Malaysia. Mereka terus memelihara dan memperkaya warisan budaya mereka sambil terus bersatu dalam identiti mereka yang unik
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon and infographics & images by Freepik Sekian Terima Kasih Disediakan oleh : Chuang Wen Shin 5STEM1 Yap Jing Yu 5STEM1 Elvis Teo 5STEM1