The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 584-18-athilah, 2024-03-21 07:17:27

MPU3461 BUKU LOG PPIM

Buku Log PPIM

BUKU LOG PPIM NURUL ATHILAH BINTI AZHAR SAINS 1 PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


NAMA : NURUL ATHILAH BINTI AZHAR UNIT: SAINS 1 SEM: 5 AMBILAN: PISMP JUN 2021/2026 IPG: IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN BIODATA DIRI MPU3461a KOKURIKULUM UB PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1


BIL PERKARA HALAMAN 1. FALSAFAH 5 2. TUJUAN PENUBUHAN 6 3. MATLAMAT 6 4. OBJEKTIF 7 5. LOGO 8 6. BENDERA 9 7. COGAN KATA 10 8. LAGU 11 9. IKRAR 12 10. SULUH KATA 13 11. SEJARAH PPIM Tokoh-tokoh Pengasas Sejarah Penubuhan 14-19 12. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 20-22 13. VISI 23 14, MISI 23 ISI KANDUNGAN


BIL PERKARA HALAMAN 15. BIDANG KURIKULUM 24-31 15. PERSIJILAN JURULATIH 32 16. PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH 33-36 17. STRUKTUR ORGANISASI Peringkat Kebangsaan Peringkat IPGK Peringkat Sekolah 37-40 18. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pendaftaran Ahli Struktur Unit Pengurusan Folio/ Buku Log Tanggungjawab Pemimpin Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin 41-49 19. PERANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (PPIM) Perancangan PPIM untuk Program Orientasi Sekolah 50-52 20. RUJUKAN 53 21. LAMPIRAN 54-59 ISI KANDUNGAN


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela pada peringkat kebangsaan, negeri, daerah di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti yang dijalankan sebagai aktiviti kokurikulum secara formal atau tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potentsi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan terhadap Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri puteri ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat, dan negara selaras dengan ajaran Islam. Falsafah


Menerusi penggubalan kurikulum yang komprehensif dan pelaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu, PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut: Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal, dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan, dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim dalam kalangan puteri-puteri Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri dalam pelbagai gerak kerja kokurikulum sekolah, institusi, maktab, kolej, dan universiti Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat Tujuan Penubuhan PPIM ditubuhkan bertujuan membimbing puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat


Objektif PPIM di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan: Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi, dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyrakat remaja yang mampu: 1. Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah SWT, Rasul SAW, dan pemerintah serta cintakan negara Menguasai pelbagai bidang ilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat Membimbing para pemimpin pelatih puteri dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani, dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan, dan berketrampilan. 2. Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah SWT dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa, dan negara. 3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat. 4. Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru. 5. Objektif


Pengertian warna: Merah samar: Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau: Agama Putih: Kesucian Kuning: Kesetiaan dan ketaatan Pengertian logo: Dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ‘PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Logo Di tengah logo ada suatu bulatan putih dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi akronim daripada perkataan PERGERAKAN PUTERI ISLAM (Pa Pa Alif Mim) Di bawah logo ini tertulis perkataan ‘PUTERI’ bagi ahli-ahli puteri, ‘PEMIMPIN PUTERI’ bagi pemimpin


Bendera PPIM berbentuk: Segi empat Berwarna merah jambu Di tengah-tengah, terdapat lencana pergerakan Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera Bendera


Cogan Kata BERILMU BERIMAN BERAMAL


Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk agama dan negara Dunia akhirat mendapat bahagia Berusaha mencari pengetahuan Berbakti membuat kebajikan Belajar mencapai kemajuan Bersemangat penuh keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk agama dan negara Dunia akhirat mendapat bahagia Lagu


Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan: taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru, dan ibu bapa memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak membangunkan diri dengan sempurna mengukuhkan silaturahim sesama puteri berkhidmat untuk keluarga, masyarakat, dan negara Ikrar


Suluh Kata Patuh kepada ibu bapa Ugama/Agama berteraskan al-Quran dan al-Hadith Taat kepada Allah dan Rasul Erat ukhwah Islamiah Rela berbakti kerana Allah Iman dipupuk ilmu dituntut Insaf diri: Ia Kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (innalillahi wa innailayhi rajiun) Solat ditunai setiap waktu Larangan Allah dijauhi Akhlak mulia pengukuh keimanan Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T Sejarah PPIM


Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke-6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia Tokoh-Tokoh Pengasas Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Kokurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.


PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai YangDiPertua PPIM Pertama.Hari Puteri disambut pada 17Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan iapertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM RajaPermaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIMdibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. WanAzizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.


Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisioleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menangtanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 -2011


Sejarah Penubuhan


Perlembagaan Pertubuhan Rajah di bawah menunjukkan susunan Perlembagaan Badan Beruniform PPIM. Dalam membina Perlembagaan Badan Beruniform PPIM, setiap elemen yang terdapat dalam Rajah 1 perlu dikemukakan dengan jelas mengikut ututan. Rujuk Lampiran untuk contoh Perlembagaan Badan Beruniform PPIM Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah.


Visi Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut: Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial, dan fizikal Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan negara Misi Memperlihatkan kepada puteri kebenaran al-Quran dan hadith dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui akiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga, dan masyarakat


Bidang Kurikulum Pengisian Kurikulum - 8 Bidang Asas Aktiviti PPIM


TAHAP PERINGKAT KURSUS SIJIL ASAS KURSUS PEMIMPIN PERNGKAT ASAS SIJIL & TAULIAH PEMIMPIN PERINGKAT ASAS II KURSUS PEMIMPIN PERINGKAT KEMAHIRAN SIJIL PEMIMPIN PERINGKAT KEMAHIRAN III KURSUS PEMIMPIN PERINGKAT LANJUTAN SIJIL PEMIMPIN PERINGKAT LANJUTAN IV TAULIAH TERTINGGI KEJURULATIHAN TAULIAH TERTINGGI KEJURULATIHAN Persijilan Jurulatih PENILAIAN UNTUK TAHAP LENCANA TOT TAULIAH JURULATIH ASAS LENCANA JURULATIH ASAS TOT TAULIAH JURULATIH MAHIR LENCANA JURULATIH MAHIR TOT TAULIAH JURULATIH LANJUTAN LENCANA JURULATIH LANJUTAN TAULIAH TERTINGGI KEJURULATIHAN TAULIAH TERTINGGI KEJURULATIHAN LENCANA KHURSHIAH


Proses penilaian adalah sesuatu yang amat penting dalam pelaksanaan aktiviti PPIM di sekolah rendah. Penilaian mengikut tahap perlu dilakukan berpandukan kad rekod penilaian yang disediakan. Matlamat utama penilain adalah bagi memastikan setiap pelajar menerima cukup pengalaman, kemahiran dan ilmu sepanjang mereka menyertai PPIM. Penilaian mesti meliputi semua bidang dan boleh digabungkan. Pemimpin boleh memilih tajuk dari mana-mana bidang mengikut kemampuan dan kesediaan ahli dan menilainya mengikut tajuk berkenaan terlebih dahulu. Persijilan Peringkat Sekolah Rendah Teknik Penilaian Secara lisan Menilai hasil kerja Laporan projek Buku log Amali Gabungan beberapa teknik


PUTERI BONGSU Tahap Kad Rekod Penilaian Layak untuk sekolah rendah sahaja PUTERI KECIL PUTERI TENGAH PUTERI SULUNG Penilaian serentak untuk sekolah rendah dan sekolah menengah (Jarakkan tarikh) Jadual Pelaksanaan Aktiviti dan Proses Penilaian


Contoh Biodata Ahli & Penilaian Peratusan lulus untuk mendapat sijil ialah 60% ke atas. Pelajar yang mendapat markah kurang daripada 60% tidak perlu mengemukakan kad penilaian prestasi dan sijil. Pelajar yang gagal perlu diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran sehingga ke tahap lulus dan dinilai bidang-bidang yang lemah sahaja. Tandakan dengan dakwat merah pada aktiviti/ kemahiran yang diuji semula dan tandakan juga dengan dakwat merah jumlah markah yang diperolehi setelah diuji semula.


Penghantaran Kad Penilaian ke Daerah Surat Rasmi - 4 salinan kepada sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri, dan Kebangsaan Senarai nama murid berserta markah, no SB/KP mengikut format dan bertaip sebanyak 4 salinan Satu salinan sebuah buku rekod penilaian tahap yang dinilai daripada muka surat depan hingga muka surat belakang Sebuah buku log dan buku skrap murid yang terbaik Semua buku rekod penilaian pelajar yang dinilai dikembalikan kepada murid bersama sijil dan lencana tahap Salinan sijil Puteri Bongsu bagi setiap pelajar yang memohon ujian tahap Puteri Kecil sahaja


Peringkat Kebangsaan Struktur Organisasi MAJLIS PENTADBIRAN KEBANGSAAN JAWATANKUASA PENTADBIRAN PERHUBUNGAN NEGERI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI JAWATANKUASA PENTADBIR PERHUBUNGAN DAERAH, IPGK/ KOLEJ/ INSTITUT DAN UNIVERSITI ORGANISASI PPIM DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH


Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ahli Majlis Pentadbir Struktur Organisasi Majlis Pentadbiran Kebangsaan PPIM Yang Dipertua Naib Yang Dipertua I Naib Yang Dipertua II Seorang wakil dari: Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Bahagian Belia dan Sukan Bahagian Kebajikan, Kementerian Perpaduan Pembangunan Masyarakat Pusat Islam JPM Ahli Majlis Pentadbir 1. Pengerusi (Yang Dipertua) : L 2. N. Pengerusi (N. Yang Dipertua) : P 3. Setiausaha Kehormat : L 4. Bendahari Kehormat : P 5. 11 orang AJK : P 6. 3 orang AJK : P 7. 2 juruaudit : P L = Lantik P = Pilih


Struktur Organisasi Peringkat IPGK Pengarah Timbalan Pengarah Ketua Unit Kokurikulum Penyelaras Unit Beruniform Ketua Pemimpin Ketua Puteri Ketua Kumpulan Ahli


Struktur Organisasi Peringkat Sekolah


Borang Ahli Guru pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah. Setiap pelajar dikehendaki memiliki kad ahli. Borang Kebenaran Ibu Bapa Pengurusan dan Pentadbiran Pendaftaran Ahli Sebelum didaftarkan, kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi CONTOH KAD AHLI


Pendaftaran Pensyarah/ Guru pemimpin dan ahli Luar Sekolah perlu mendaftar menggunakan Borang Permohonan Ahli. Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM. Bayaran sebanyak RM 3.00 dikenakan bagi mendapatkan Kad Ahli. Senarai Nama-nama Ahli Senarai nama-nama ahli hendaklah disediakan dalam 3 salinan untuk dihantar seperti berikut:- 1 salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat PPIM Kebangsaan 1 salinan kepada Setiausaha Perhubungan Negeri 1 salinan kepada Daerah Tidak perlu menghantar salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat PPIM Kebangsaan kerana pendaftaran ahli telah dilakukan secara online.


Yuran a) Yuran Ahli Murid (RM 2.00) Sekolah - RM 1.40 Daerah - RM0.20 Perhubungan Negeri - RM 0.20 Pusat (Kebangsaan) - RM 0.20 Negeri Sabah Sekolah - RM 1.20 Daerah - RM 0.20 Bahagian - RM 0.20 Bah. Negeri - RM 0.20 Kebangsaan - RM 0.20 b) Yuran Tahunan Setiap ahli (murid) perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM 2.00. Agihan yuran sama seperti yuran ahli. Setiap pemimpin perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM 5.00. Agihan yuran sama seperti yuran ahli. c) Yuran ahli seumur hidup Pemimpin (RM 5.00) Ibu Pejabat - RM 2.00 Perhubungan Negeri - RM 1.50 Daerah - RM 1.50 RM 100.00 seumur hidup dan khusus untuk pemimpin, guru pemimpin serta ahli-ahli di luar sekolah


Struktur Unit Tahap Sekolah Rendah Tahap Sekolah Menengah Puteri Bongsu Puteri Bongsu Cemerlang Puteri Kecil Puteri Tengah Puteri Sulong Cemerlang Puteri Sulong


Pengurusan Folio/ Buku Log Menyediakan buku Log yang standard dan perlu dibawa pada setiap kali perjumpaan Unit Beruniform. a) Kandungan Buku Log/ Folio Biodata/ Profil Diri Falsafah PPIM Matlamat Objektif Logo Bendera Moto/ Cogan Kata Doa Lagu Puteri Ikrar Puteri Suluh Kata Struktur Organisasi Catatan/ Laporan Aktiviti b) Laporan Aktiviti


Tanggungjawab Pemimpin


Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin Uniform Puteri Sekolah Menengah Uniform Puteri Pelatih IPT


Uniform Pemimpin/ Jurulatih


Perancangan Orientasi Sekolah (PPIM) Perancangan PPIM Untuk Program Orientasi Sekolah


Click to View FlipBook Version