The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SK KONGKONG LAUT, 2021-02-16 18:51:35

Bayan_Siri-10_Darurat-1 (Februari21)

Bayan_Siri-10_Darurat-1 (Februari21)

AL-BAYAN - SIRI 10 53

Isi kandungan

Mukadimah 3
Latar Belakang 5
Perisytiharan Darurat 10
Sejarah Pelaksanaan Darurat 14
Memahami Konsep al-Darurah 20
Darurat Negara dari Sudut Siyasah Syar’iyyah 26
Aplikasi Perisytiharan Darurat dari Sudut Fiqh al-Darurah 31
Pandangan dan Reaksi Tokoh 36
Pandangan Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 39
Tidak Perlu Panik Terhadap Arahan Darurat 41
Negara yang Pernah Melaksanakan Perintah Darurat
Kesihatan (Covid-19) 42
Kesimpulan 43
Penutup 46

AL-BAYAN - SIRI 10 1

Pelaksanaan darurat
adalah untuk

mengembalikan
negara kepada
keadaan yang asal,
selain menyahkan
sebarang bentuk
ancaman yang

menggugat
keharmonian
dan kestabilan
negara termasuk
ancaman wabak
dan ketidaktentuan

politik.

2 AL-BAYAN - SIRI 10

Mukadimah

Alhamdulillah segala puji dan
syukur dipanjatkan kepada Allah
SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, para isteri dan keluarga Baginda,
para sahabat seterusnya golongan yang
mengikut jejak langkah Baginda sehingga
Hari Kiamat.

Pada 12 Januari 2021, YAB Tan Sri Muhyiddin
Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah
mengumumkan perintah darurat
setelah mendapat perkenan daripada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Perintah tersebut pada
prinsipnya adalah bersandarkan
peruntukan yang terkandung dalam
Perlembagaan Negara yang termaktub
di bawah Perkara 150.

AL-BAYAN - SIRI 10 3

Proklamasi darurat adalah seperti berikut:

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat
besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau
kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan
Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan
membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum
sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau
kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas
hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

Dengan kata lain, sebarang penentangan dan penolakan terhadap
perisytiharan tersebut bererti tidak menghormati kedudukan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Ini sama sekali bersalahan dengan prinsip Rukun Negara
yang kedua dan ketiga iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan
Keluhuran Perlembagaan.

Implikasi terhadap penolakan
itu sudah tentu lebih besar seperti
menggugat keamanan, keharmonian
dan keselamatan negara. Selain
daripada ancaman terhadap
kesihatan yang telah jelas
kemudaratannya sehingga mendorong
tindakan pengisytiharan darurat
terpaksa diambil.

4 AL-BAYAN - SIRI 10

Latar Belakang

D alam ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia pada 11 Januari
2021, beliau telah mengemukakan beberapa fakta berkaitan
penularan COVID-19 yang membimbangkan. Malaysia mula
merekodkan kes harian empat digit pada 24 Oktober 2020 (iaitu
sejumlah 1,228 kes). Bermula penghujung November 2020,
fenomena kes harian empat digit bagi COVID-19 direkodkan setiap
hari sehinggalah rekod tertinggi yang telah dilaporkan pada 7 Januari
2021, iaitu sebanyak 3,027 kes. Malah rekod terbaru dicatatkan pada
29 Januari 2021 iaitu sebanyak 5,725 kes.

Malaysia mula
merekodkan kes
harian empat digit
pada 24 Oktober

2020 (iaitu
sejumlah 1,228

kes).

Dalam gelombang ketiga yang bermula pada 20 September
2020, sejumlah 476 kluster baharu dilaporkan sehingga 10 Januari
2021 melibatkan 259 kluster (54.41%) tempat kerja. Data ini
menunjukkan peningkatan ketara bilangan kluster baharu di dalam
gelombang ketiga berbanding 110 kluster baharu yang direkodkan
semasa gelombang kedua dengan 25 kluster (22.72%) melibatkan
tempat kerja.

AL-BAYAN - SIRI 10 5

Secara keseluruhannya, bulan Mac 2021 telah berjaya
menurunkan nilai R kepada
sebanyak 586 kluster telah 0.335, sekaligus mengurangkan
kes jangkitan COVID-19 kepada
direkodkan sehingga 10 angka satu (1) hingga dua (2)
digit sehari.
Januari 2021 dengan 48.46%
Trend ini nyata amat
daripadanya merupakan kluster membimbangkan dan kerajaan
perlu mengambil pendekatan
yang melibatkan tempat kerja. yang lebih tegas bagi me-
mutuskan rantaian penularan
Daripada jumlah ini juga, jangkitan COVID-19 ini, sekaligus
menurunkan bilangan kes positif
sebanyak 254 kluster masih lagi harian ke satu tahap yang
terkawal dan boleh diuruskan
aktif manakala 332 kluster telah dengan lebih berkesan.

pun diisytiharkan tamat. Lebih-lebih lagi, fasiliti
Kementerian Kesihatan Malaysia
Berdasarkan nilai R-naught (KKM) sudah tidak mampu
semasa (1 Februari 2021) yang untuk menampung peningkatan
berada pada paras 1.15 bagi sehingga 2,000 kes baharu
kadar kebolehjangkitan COVID-19 setiap hari. Lima belas (15) buah
di Malaysia, unjuran kes harian hospital COVID-19 mencatatkan
di negara ini dijangka boleh kadar penggunaan katil COVID-19
mencecah sehingga 8,000 kes (bukan ICU) melebihi 70 peratus.
sehari pada minggu ketiga bulan
Mei 2021 dan akan melonjak
kepada 10,000 kes sehari pada
awal bulan Jun 2021.

Semakin tinggi nilai R, semakin
sukar untuk mengawal penularan
kerana semakin ramai yang telah
dijangkiti. Pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP pada

6 AL-BAYAN - SIRI 10

Di Lembah Klang kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit
COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur dan di Pusat Perubatan Universiti
Malaya telah mencapai 100 peratus manakala di Hospital Sungai Buloh
pula telah mencapai 83 peratus. Sementara itu, kadar penggunaan
katil ICU untuk pesakit COVID-19 di lima (5) buah negeri iaitu Perak,
Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak telah melebihi 70 peratus.

Buat masa ini, terdapat lebih dari 1,450 orang anggota perubatan
di hospital seluruh negara yang telah dijangkiti atau terpaksa
menjalani arahan kuarantin dan tidak dapat bertugas.

Status terkini Covid-19 sehingga 4 Februari 2021

AL-BAYAN - SIRI 10 7

Jumlah kematian akibat COVID-19 pula terus meningkat
kepada 791 kes dan kes terkini sudah mencapai 222,628 positif
Covid-19 (hingga 2 Februari 2021). Malaysia mencatatkan lebih 100
kes kematian sebulan bagi bulan Oktober hingga Disember 2020
berbanding dua (2) hingga 59 kes kematian sebulan bagi bulan Mac
hingga September 2020.

Pertambahan kes harian yang tinggi menyebabkan kelewatan
petugas kesihatan untuk mengambil para pesakit di rumah untuk
dibawa ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah
COVID-19 (PKRC).

Bencana banjir dan peningkatan kes di beberapa negeri juga
menyukarkan proses mobilisasi anggota di dalam negeri dan juga di
antara negeri. Ini menyukarkan usaha menambah bilangan katil ICU
untuk pesakit kritikal.

Justeru, YAB Perdana Menteri menegaskan, amat penting bagi
mana-mana negara untuk mengelakkan insiden peningkatan kes
yang mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Peningkatan
jumlah pesakit secara mendadak akan melumpuhkan kapasiti sistem
kesihatan sedia ada dalam sekelip mata. Ia tidak lagi mampu untuk
menampung jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dan kes-kes
kematian akan terus meningkat.

8 AL-BAYAN - SIRI 10

Berdasarkan beberapa fakta dan sebarang bentuk maslahat
di atas dan realiti semasa politik yang menguntungkan rakyat.
negara, segala keputusan yang
dilakukan oleh kerajaan pada hari Oleh itu, kestabilan negara
ini adalah bagi mengutamakan hanya mampu dicapai melalui
kepentingan rakyat, di samping pelaksanaan darurat.
menstabilkan keadaan di dalam
negara. Kestabilan adalah kunci “Pelaksanaan darurat adalah
kepada keutuhan sesebuah untuk mengembalikan negara
negara. Sekiranya negara terus kepada keadaaan yang asal, selain
berada dalam ketidakstabilan, menyahkan sebarang bentuk
maka akan berlaku lebih banyak ancaman yang menggugat
mafsadah yang membawa keharmonian dan kestabilan
kepada kehancuran. negara termasuk ancaman wabak
dan ketidaktentuan politik.
Dalam usaha membentuk
kestabilan negara, rakyat perlu Adalah menjadi tanggung-
disatupadukan tanpa mengira jawab kerajaan untuk
kaum, agama dan fahaman memastikan negara kembali
politik. Hanya perpaduan dan dalam keadaan tersusun atau in
kesatuan akan membentuk order dalam menghadapi musuh
kestabilan negara. Selain itu, yang tidak dapat dilihat oleh
kebajikan dan kepentingan rakyat mata. Maka kerajaan mempunyai
mesti diletakkan sebagai
prioriti dalam tempoh beban tanggungjawab
ini. Antara yang yang besar, yang
perlu dititikberatkan menatijahkan kepada
adalah usaha-usaha keputusan yang
bantuan, khidmat dibuat pada hari ini.
perubatan yang baik

AL-BAYAN - SIRI 10 9

Perisytiharan Darurat

Darurat bermaksud suatu keadaan luar biasa berkaitan
keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang berlaku di
dalam negara, serta tidak mampu dikawal melalui sistem pentadbiran
biasa. Situasi darurat, atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai
‘emergency’ merupakan satu situasi luar jangka yang mana keadaan
ini tidak boleh diuruskan dengan kaedah biasa, serta memerlukan
suatu kaedah luar biasa yang mungkin merenggut sebahagian hak
dan kebebasan demi mengatasi masalah tersebut.

Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa
kepada Pemerintah Negara, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong untuk mengumumkan perisytiharan darurat sebagaimana
dinyatakan sebelum ini. Perisytiharan darurat boleh dibuat oleh
Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Jemaah
Menteri berkenaan situasi semasa yang berlaku. Kuasa menasihati
Yang di-Pertuan Agong adalah selaras dengan peruntukan di dalam
Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan;

Perkara 150 Perlembagaan
Persekutuan memberikan
kuasa kepada Pemerintah

Negara, iaitu Seri
Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong
untuk mengumumkan
perisytiharan darurat.

10 AL-BAYAN - SIRI 10

Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah
bertindak mengikut nasihat

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan
ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan
Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah
Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di
bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana
yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini;
tetapiYang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya,
untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan
pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh
Jemaah Menteri.

KES Stephen Kalong Ningkan v Kerajaan Malaysia [1968]
2 MLJ 238

Mahkamah Majlis Privi (Privy Council) mentafsirkan bahawa
“darurat” juga termasuk setiap perkara yang boleh mengancam
keselamatan, kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam
termasuklah peperangan, kebuluran, gempa bumi, banjir, penularan
wabak serta ancaman untuk menumbangkan kerajaan. Segala
perkara yang boleh memberi ancaman kepada tiga perkara tersebut,
sekiranya dijangka berlaku dengan sebab dan bukti yang kuat,
maka Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Jemaah Menteri, boleh
mengisytiharkan darurat tersebut.

Kesan selepas perisytiharan darurat, Perlembagaan adalah
digantung dan pentadbiran negara akan ditentukan oleh pihak

AL-BAYAN - SIRI 10 11

eksekutif. Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif
adalah terletak di bawah Persekutuan, dan kuasa ini meliputi semua
perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan
kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa
Negeri berdasarkan Perkara 150 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa membuat undang-undang juga terletak di bawah Parlimen,
kerana Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.

KES Eng Keock Cheng v Pendakwa Raya [1966] 1 MLJ 18

Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Parlimen
mempunyai kuasa yang penuh untuk membuat sebarang undang-
undang walaupun bercanggah dengan mana-mana undang-undang
sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan. Hakim Wylie C.J
dalam penghakimannya menyatakan bahawa;

“The true effect of Article 150 is that, subject to certain
exceptions set out therein, Parliament has, during an
emergency, power to legislate on any subject and to
any effect, even if inconsistencies with articles of the
Constitution (including the provisions on fundamental
liberties) are involved.”

Namun sekiranya Parlimen tidak bersidang atau diisytiharkan
tergantung, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-
apa undang-undang yang disebut sebagai Ordinan dan boleh
terus dikuatkuasakan, dengan syarat Ordinan tersebut hendaklah
dibentangkan di Parlimen selepas kembali bersidang. Ini selaras
dengan peruntukan di dalam Perkara 150 (2B) Perlembagaan

12 AL-BAYAN - SIRI 10

Persekutuan. Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan
Agong akan berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia merupakan
Akta Parlimen, dan boleh berkesan sehingga dibatalkan.

Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan
oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan
Parlimen. Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan
dan akan dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.
Walau bagaimanapun, sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan
di Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku
sebelum itu, dan ia tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong
untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain
bagi tujuan tersebut.

AL-BAYAN - SIRI 10 13

Berdasarkan Perkara 150 (6A) Perlembagaan
Persekutuan, Ordinan yang dibuat oleh Parlimen
atau melalui pemahsyuran Yang di-Pertuan Agong
juga tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang
melibatkan hukum Syarak atau adat Melayu, atau
mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat
anak negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.

Sejarah Pelaksanaan Darurat

K erajaan sebelum ini pernah mengumumkan pelaksanaan
darurat sebanyak lima kali. Kami kemukakan di sini berdasarkan
kepada kronologi tarikh dan sejarah:

14 AL-BAYAN - SIRI 10

• Pertama: Pada tahun 1948, iaitu semasa negara masih
belum mencapai kemerdekaan dan diancam oleh
pengganas komunis. Keganasan pengganas komunis
pada ketika itu telah membunuh jutaan nyawa dan
menyebabkan keruntuhan kepada sosio-ekonomi dan
keselamatan serta ketenteraman awam. Bagi menangani
ancaman tersebut, kerajaan telah mengumumkan pe-
laksanaan darurat pada 19 Jun 1948. Darurat tersebut
diteruskan walaupun negara mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, dan hanya diisytiharkan tamat selepas
berkurangnya ancaman komunis pada 12 Julai 1960.

AL-BAYAN - SIRI 10 15

• Kedua: Semasa pembentukan Malaysia pada 16 September
1963, negara menerima ancaman konfrontasi dan serangan
ala militer secara gerila dari Indonesia. Beberapa serangan
telah berlaku di sesetengah kawasan dalam negara,
terutama yang bersempadan dengan Indonesia akibat
pencerobohan tentera mereka di kawasan-kawasan hutan
belukar dalam sempadan negara. Bagi mengatasi ancaman
tersebut, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan
darurat di seluruh negara pada 3 September 1964. Kerajaan
juga meluluskan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964,
di mana Akta ini memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk menggubal peraturan-peraturan darurat.

• Ketiga: Darurat dilaksanakan adalah melibatkan negeri
Sarawak, berikutan krisis politik membabitkan Kerajaan
Persekutuan dengan Ketua Menteri Sarawak pertama,
Tan Sri Stephen Kalong Ningkan. Situasi ini merupakan
kali pertama di mana darurat diisytiharkan dalam
keadaan melibatkan ancaman politik dan pentadbiran.
Ketidakstabilan di Sarawak berlaku susulan tindakan 21
daripada 42 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
mengisytiharkan mereka tidak mempunyai keyakinan
terhadap Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, sebagai Ketua
Menteri Sarawak. Situasi ini mengakibatkan ketidaktentuan
politik dan menggugat ketenteraman negara, sehingga
akhirnya kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negeri
Sarawak pada 14 September 1966.

16 AL-BAYAN - SIRI 10

• Keempat: Darurat dilaksanakan adalah melibatkan
seluruh Malaysia, selepas berlakunya rusuhan kaum yang
mengorbankan ribuan rakyat pada 13 Mei 1969. Pada
ketika itu, berlakunya ancaman rusuhan yang menggugat
keamanandankestabilannegara.Berikutankeadaannegara
pada ketika itu, kerajaan telah bertindak mengisytiharkan
darurat pada 16 Mei 1969. Perlembagaan Persekutuan
telah digantung dan negara diperintah secara terus oleh
Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera,
melalui Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN yang
dipimpin oleh Tun Abdul Razak.

• Kelima: Darurat diisytiharkan adalah melibatkan seluruh
Kelantan pada tahun 1977. Pengisytiharan darurat dibuat
susulan krisis politik negeri Kelantan membabitkan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir yang telah
disingkirkan melalui undi tidak percaya di dalam Dewan
Undangan Negeri. Kekacauan dan rusuhan yang dimulakan
oleh penyokong Datuk Mohamed Nasir berlaku di seluruh
Kota Bharu. Bagi mengatasi ketegangan tersebut Darurat
diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra
yang juga Sultan Kelantan ketika itu pada 8 November 1977.
Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan di Parlimen
pada 9 November 1977, yang memberikan kuasa eksekutif
negeri kepada pengarah kerajaan yang dilantik oleh Perdana
Menteri, manakala sultan, yang juga Yang di-Pertuan Agong
pada masa itu, memegang kuasa perundangan Kelantan.

AL-BAYAN - SIRI 10 17

Selain perisytiharan darurat pada tahun 1948 dan 1964,
kesemua Proklamasi Darurat yang lain hanya dibatalkan pada 24
November 2011, selepas usul membatalkan perisytiharan tersebut
dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen. Proklamasi Darurat 1948
telah diisytiharkan tamat oleh kerajaan pada 12 Julai 1960, manakala
Proklamasi Darurat 1964 telah terbatal secara implikasi melalui
Proklamasi Darurat pada 1969 seperti yang diputuskan oleh
Majlis Privi dalam kes Teh Cheng Poh v Pendakwa Raya [1979] 1
MLJ 50.

Ini bermakna hampir semua rakyat Malaysia yang lahir sebelum
tahun 2011, pernah merasai hidup di zaman darurat. Walau
bagaimanapun, aktiviti ekonomi dan sosial tetap berjalan seperti
biasa.

Selain darurat yang berpunca daripada isu politik dan konflik
antara kaum, darurat jerebu juga pernah diisytihar pada tahun 1997 di
Sarawak dan Klang, Selangor pada tahun 2005 serta pada tahun 2013
di Muar dan Ledang. Darurat dilaksanakan susulan bacaan Indeks
Pencemaran Udara yang berbahaya dan berada di tahap kritikal.
Walau bagaimanapun, darurat ini tidak melibatkan perubahan kuasa
perundangan dan pentadbiran menurut Perkara 150 Perlembagaan
Persekutuan, seperti 5 darurat sebelumnya.

Hampir semua rakyat Malaysia yang lahir
sebelum tahun 2011, pernah merasai hidup di
zaman darurat. Walaubagaimanapun, aktiviti
ekonomi dan sosial tetap berjalan seperti biasa.

18 AL-BAYAN - SIRI 10

Kronologi Peristiwa Darurat di Malaysia. - Infografik Bernama

AL-BAYAN - SIRI 10 19

Memahami Konsep al-Darurah

Al-Darurah merupakan bahasa Arab yang berasal daripada
kalimah al-Darar bermaksud musibah yang tidak dapat dielak.
(Lihat Mu’jam al-Ta’rifat, 117) Ia berlawanan dengan perkataan al-
Naf‘ bererti manfaat. Dengan kata lain, al-Dar adalah lawan kepada
manfaat iaitu sesuatu yang tidak baik. (Lihat Lisan al-’Arab, 4/482)
Para ulama’ seperti al-Nawawi (lihat al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab,
9/52) dan al-Zuhayli (lihat Nazariyyah al-Darurah al-Shar’iyyah, 54)
mengaitkan maksud darurat dengan situasi yang boleh membawa
kepada kehilangan nyawa
seperti terpaksa mengambil
makanan yang haram demi
menyelamatkan nyawa dalam
keadaan terdesak. Ini bermakna
darurat yang dimaksudkan
adalah keadaan atau situasi yang
boleh menyebabkan kebinasaan
pada nyawa ataupun anggota
badan.

Namun demikian, terdapat sebahagian
ulama yang menghuraikan darurat secara
umum tanpa menghubungkannya dengan
kebinasaan akibat tidak mengambil sesuatu
yang diharamkan. Ini sebagaimana yang
dinyatakan oleh ulama’ Malikiyyah bahawa
darurat itu termasuk berasa khuatir akan
berlakunya kebinasaan kepada diri sama
ada secara yakin atau zhan atau bimbang

20 AL-BAYAN - SIRI 10

berlakunya kematian. Rasa kekhuatiran dan kebimbangan tersebut
sudah dianggap meletakkan seseorang itu dalam situasi darurat.
(Lihat al-Qawanin al-Fiqhiyyah fi Talkhis Madhhab al-Malikiyyah,
137) Juga dinyatakan oleh ulama’ Syafi’iyyah bahawa sesiapa yang
khuatir jika tidak makan akan menyebabkan dia mati atau penyakit
yang menakutkan atau bertambah penyakitnya, atau berpanjangan
sakitnya, sedangkan tiada makanan yang halal kecuali yang haram,
maka wajib dia memakannya. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/306)

Terdapat banyak dalil pensyariatan darurat sama ada daripada
al-Quran mahupun hadith-hadith Baginda SAW. Antaranya seperti
firman Allah SWT:

َ‫لِالغََلّـِْيه‬ ‫بِِه‬ ‫َوََولَلَْمَعااٍدْلِفنََِزيلِرإَِْوثََماَعألَُْيِهِه َّۚل‬ ‫َواَبل َّدٍغَم‬ ‫اإَِلَغَّنلَّـُفاهو ٌۖرَحََّّررفََمَِحميَعٌِنملَْيا ُكْضُمطُاَّلْرَميـَْغتَيـْةََر‬
‫إِ َّن‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada
kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-
binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan
tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu),
maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-Baqarah (173)

Walaupun ayat ini berkenaan dengan isu memakan makanan
haram ketika darurat, tetapi kaedah menyebut:

AL-BAYAN - SIRI 10 21

‫الْعِبـَْرة بِعُ ُموِم الَلّْف ِظ ل ِبُ ُصو ِص ال َّسبَ ِب‬

Maksudnya: “Ibrah diambil daripada keumuman lafaz,
bukan daripada kekhususan sebab.”

Dalam hadith pula sebagaimana riwayat Jabir bin Samurah R.A:

‫ىأَْفوَا َلَمّلاَُستَنَتَِعِْلَهتْيْمِهِعْنَوَدَسَُهلَّْمم‬:،ّ‫ِتَُاّبئقَِاِهََْلصمَل‬،‫ ِبفـَصََْرَلَمََّّتخـرِْةُه ْمَُصْمتَبَاَِقلَُيُِّمجةَيالَنَِنّش‬،‫ِنهُفْوـماََع‬:‫َأْيَْوقٍَاتلَِلغََْكِيا‬،‫ابـ‬،‫أََِنَفّنقَةٌأَأَْْكهَلُلِْمَلَه‬

Maksudnya: “Bahawa terdapat sekeluarga di Harrah (berdekatan
Madinah) yang memerlukan. Lalu unta mereka atau selain mereka
mati. Maka Rasulullah memberikan rukhsah kepada mereka untuk
memakan bangkainya. (Jabir) berkata: (Bangkai unta) tersebut
memadai bagi mereka untuk musim sejuk atau setahun yang
berbaki.”

Riwayat Ahmad (20815)

Nas-nas di atas menunjukkan terdapatnya pengecualian
(istithna’) ketika dalam situasi darurat bagi mengelakkan daripada
kehilangan nyawa. Kata al-Bazdawi dan para ulama’ tafsir dan usul
selainnya, Allah SWT mengecualikan (pengharaman) dalam keadaan
darurat, pengecualian daripada haram bermakna harus. (Lihat Kashf
al-Asrar, 4/1518)

22 AL-BAYAN - SIRI 10

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili mengatakan, kesimpulan daripada
perbahasan berkenaan darurat ialah darurat merupakan konsep yang
implikasinya mengharuskan apa yang diharamkan oleh syarak atau
keharusan meninggalkan kewajipan. Justeru beliau berpendapat,
darurat itu adalah suatu keadaan bahaya atau kesukaran bersangatan
yang menimpa manusia sehingga bimbang ia akan menyebabkan
kemudaratan kepada nyawa atau anggota atau maruah atau akal
atau harta dan yang berkaitan dengannya. Ketika itu diharuskan
ia mengambil yang haram atau meninggalkan kewajipan atau
melewatkannya daripada waktunya bagi mengelakkan kemudaratan
berdasarkan sangkaan kuatnya menurut garis panduan syarak. (Lihat
Nazariyyah al-Darurah al-Shar’iyyah, 68)

Beliau seterusnya mengemukakan sekurang-kurangnya terdapat
tujuh perkara di bawah garis panduan darurat.

AL-BAYAN - SIRI 10 23

1Darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi
hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan
nyawa ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu
didasarkan sangkaan, sangkaan itu hendaklah sangkaan
yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan
pemerhatian;

2 Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak
ada jalan lain yang dibenarkan oleh syarak untuk
mengelakkan kemudaratan itu kecuali dengan jalan yang
haram itu;

3 Hendaklah pada ketika wujudnya perkara yang haram
itu terdapat perkara yang halal, namun ia dipaksa untuk
mengambil yang haram dengan ugutan yang boleh menyebabkan
kehilangan nyawa atau anggota badan (al-Ikrah al-Mulji’);

4 Orang yang dalam keadaan darurat itu mestilah berusaha
jangan memilih perkara yang terang-terang melanggar
prinsip asasi syariat Islamiah dan usul akidah Islamiah seperti
berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang
lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah
mafsadah (kerosakan). Ini bererti jika dalam melepaskan keadaan
darurat itu tiada jalan yang halal, cuma yang ada beberapa jalan
yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringan
dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam
Islam;

24 AL-BAYAN - SIRI 10

5Hendaklah mengambil sesuatu yang haram atau
dilarang itu pada kadar yang paling minima dan perlu
sahaja. Hal ini kerana keharusan mengambil sesuatu yang
haram atau dilarang hanyalah dalam keadaan darurat dan
darurat perlu diukur dengan kadar yang perlu sahaja;

6Dalam isu terpaksa memakan ubat dari produk haram
untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan
yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan
hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan
dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di
samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil;

7Dalam hal pemerintahan negara, pemimpin perlu
memastikan kepentingan awam dan negara di-
dahulukan walaupun kadang-kadang terpaksa mengambil
jalan yang terlarang apabila jalan yang halal tiada atau
kurang berkesan dalam menjaga kepentingan negaranya.
(Lihat Nazariyyah al-Darurah al-Shar’iyyah, 69-72)

AL-BAYAN - SIRI 10 25

Darurat Negara dari
Sudut Siyasah Syar’iyyah

M enurut Muhammad Khudri Bik, syariat
Islam pada asasnya amat meraikan tiga
prinsip, iaitu tidak membebankan (‘Adam al-Haraj),
meminimumkan kewajipan (Taqlil al-Takalif) dan
beransur-ansur dalam pensyariatan (al-Tadrij fi al-
Tashri’). (Lihat Tarikh al-Tashri’ al-Islami, 15) Sebagai
agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam,
syariat Islam memainkan peranan yang sangat penting
dalam menzahirkan sifat rahmat tersebut, khususnya
yang berkaitan dengan hukum darurat. Hal ini kerana manusia secara
fitrahnya merupakan makhluk yang mempunyai keterbatasan dalam
melaksanakan kewajipan yang ditaklifkan.

Abu Zahrah menjelaskan, antara tujuan syariat adalah sebagai
berikut; pertama, untuk penyucian individu (Tahzib al-Fard), sehingga
setiap muslim mampu menjadi sumber kebaikan kepada masyarakat;
kedua, untuk menegakkan keadilan (Iqamah al-‘Adl) sama ada sesama

muslim mahupun dengan bukan muslim; ketiga,
untuk mewujudkan kemaslahatan bagi kepentingan
umat Islam terutama dalam memelihara agama, akal,
jiwa, harta dan keturunan. (Lihat Usul al-Fiqh, 364-
367) Dengan erti kata lain, jika dilihat tujuan syariat
Islam itu secara holistik, maka ia bermatlamat untuk
memelihara kepentingan umat Islam dari seluruh
aspek kehidupan.

26 AL-BAYAN - SIRI 10

Secara tidak langsung, keterperliharaan maslahat individu
akan membawa kepada kemaslahatan masyarakat dalam sesebuah
negara. Oleh itu, bukan sesuatu yang asing apabila darurat dilihat
dalam konteks ketatanegaraan kerana asasnya sedia wujud.

Keadaan darurat sesebuah negara menurut Siyasah Syar’iyyah
adalah suatu keadaan yang mengancam keselamatan negara. Ia
dikenali dengan istilah Siyasah Harbiyyah. Siyasah harbiyyah adalah
tindakan pemerintah dalam situasi perang atau darurat. Ulama’ fiqh
membahagikannya kepada tiga jenis iaitu jihad, hirabah dan bughah.
(Lihat Fiqh Siyasah, 41-42)

Istilah-istilah tersebut merupakan puncak darurat negara. Jihad
mempunyai makna yang luas. Jihad merupakan usaha mengerah segala
kemampuan dalam menghadapi kesulitan. Definisi ini menggambarkan
perjuangan semaksima mungkin yang dilakukan seseorang untuk
mencapai sesuatu atau bagi menghadapi sesuatu yang mengancam
dirinya. (Lihat al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam, 106)

Adapun hirabah ialah perbuatan yang dilakukan oleh
sekelompok orang dalam negara Islam dengan membuat kerosakan
kepada masyarakat secara terbuka seperti merampas harta benda,
membunuh, memperkosa, mengganggu dan menentang agama.
(Lihat al-Tashri’ al-Jina’i al-Islami, 4/199-200)

Bughah pula adalah golongan yang menolak untuk tunduk
dan taat kepada pemerintah yang sah dan berusaha untuk
menggulingkannya. Bughah merupakan pemberontakan terhadap
pemerintah negara yang sah dan benar dengan cara yang tidak
benar. (Lihat al-Tashri’ al-Jina’i al-Islami, 1/109-110)

AL-BAYAN - SIRI 10 27

Sebagai contoh, pelaksanaan darurat dalam
konteks ketatanegaraan dapat dilihat pada zaman
Saidina Abu Bakar R.A ketika beliau memerangi
golongan yang enggan membayar zakat. Peristiwa
ini termasuk situasi darurat kerana jika umat
Islam dibiarkan menolak kewajipan zakat, maka
akan terjadi fitnah terhadap agama. Tindakan Abu
Bakar adalah suatu usaha bagi memelihara agama
dan ekonomi (harta). (Lihat Tarikh al-Khulafa’,
1/67)

Darurat juga terjadi dalam peristiwa
penulisan al-Quran. Ia bertujuan agar keaslian
al-Quran tetap kekal terpelihara. Ini berikutan
ramai kalangan para sahabat, penghafaz al-
Quran yang gugur dalam perang Yamamah.
(Lihat Tarikh al-Khulafa’, 1/67) Adapun
darurat pada zaman Saidina Umar bin al-
Khattab RA terjadi ketika musim kemarau.
Beliau mengambil keputusan untuk tidak
melaksanakan hudud potong tangan kepada
pencuri. Ini disebabkan situasi mendesak pada masa tersebut. (Lihat
I’lam al-Muwaqqi’in, 11)

Dalam isu kesihatan, pernah berlaku darurat
disebabkan penularan wabak penyakit berjangkit
yang dikenali sebagai Ta’un ‘Amawas. Apabila
Saidina ‘Amr bin al-‘As R.A mengambil alih jawatan
Gabenor Syam, beliau telah mengarahkan orang
ramai supaya mengkuarantinkan diri.

28 AL-BAYAN - SIRI 10

Beliau berkhutbah kepada orang ramai dengan mengatakan:

‫أفَـيَُـتََّهَاجبَـّالُلَنّواا ِمُسْنهُإِ َِّنف َهاَذْلاِبَاالَِْلو َج َع إَِذا َوقَ َع فَِإَّنَا يَ ْشتَعِ ُل ا ْشتَِعاَل الَنّاِر‬

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya wabak
ini apabila ia berlaku, ia merebak seperti merebaknya api yang
marak, maka pergilah ke gunung-gunung (kuarantinkan diri dan
jangan berkumpul).”

Lihat Hayat al-Sahabah, (3/369)

Tindakan ‘Amr bin al-‘As R.A berjaya mengangkat wabak tersebut
walaupun pada awalnya beliau mendapat tentangan daripada
sebahagian sahabat yang lain.

Berdasarkan beberapa contoh dikemukakan, ini
menunjukkan pemerintah boleh mengisytiharkan
darurat berdasarkan Siyasah Syar’iyyah. Ini
sebagaimana dijelaskan oleh Abdul Wahhab Khallaf
bahawa Siyasah Syar’iyyah itu adalah urusan-
urusan pentadbiran sebuah negara Islam dari sudut
undang-undang, polisi dan sistem yang bertepatan
dengan usul agama Islam walaupun tiada nas syarak
yang menyatakannnya secara spesifik. (Lihat al-
Siyasah al-Syar’iyyah, 6-7)

Hukum-hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syarak
tidak memutuskannya secara terperinci. Maka ia terbuka kepada
ijtihad dan kebijaksanaan pemerintah berdasarkan kepentingan dan
keadaan umat Islam. Ini berdasarkan kaedah:

AL-BAYAN - SIRI 10 29

‫تَ َصُّر ُف الإَماِم َعلَى الَّرِعَيِّة َمنُو ٌط ِبلم ْصلَ َحة‬

Maksudnya: Urus tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah
terikat dengan maslahah.

Lihat al-Asybah wa al-Nazair li al-Suyuti, (121)

Para ulama’ menetapkan bahawa segala tindakan yang ditetapkan
oleh pihak pemerintah wajib didasari dengan maslahah dan kebaikan
untuk masyarakat umum seluruhnya; iaitu rakyat yang berada di bawah
tadbir urusnya. Sekiranya tindakan tersebut bertentangan dengan
tujuan dan objektif asal, maka tindakan tersebut dianggap tidak sah
dan tidak terpakai dari sudut Syarak. (Lihat Mausu’ah al-Qawa’id al-
Fiqhiyyah, 2/308; Durar al-Hukkam, 1/57-58)

Definisi maslahah seperti yang disebutkan oleh
Imam al-Ghazali rahimahullah adalah: Mendatangkan
manfaat dan menghalang kemudaratan (Lihat al-
Mustasfa min ‘Ilm al-Usul, 2/139) Justeru, sebarang
bentuk perkara yang memberikan kebaikan dan
manfaat kepada manusia serta dalam masa yang sama
ia menghalang keburukan dan kemudaratan ke atas diri
mereka, adalah dianggap sebagai maslahah.

Imam Ibn Hajar al-Haitami al-Syafi’e berkata:
Adalah tidak wajib untuk menuruti arahan pemimpin
(al-Hakim) yang tidak membawa kepada maslahah
‘ammah. Maka difahami secara mafhum mukhalafah
di sini adalah, menuruti arahan pemimpin yang
mempunyai maslahah ‘ammah ialah wajib.
(Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 3/71)

30 AL-BAYAN - SIRI 10

Dan sebesar-sebesar maslahat syariat serta
maqasidnya ialah pelaksanaan segala tuntutan darurat
yang lima (agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).
Dengannya akan terhasillah pemeliharaan keamanan,
pengawasan undang-undang dan kestabilan jiwa
masyarakat. (Lihat al-Muwafaqat fi Usul al-Syari’ah
oleh al-Syatibi, 2/299)

Melihat kepada kaedah yang kritikal ini, tindakan drastik yang diambil
pihak kerajaan bagi menyekat sesetengah perkara adalah bersandarkan
kepada maslahah dan kepentingan umum agar dapat mengurangkan
risiko penyebaran wabak daripada bertambah lebih teruk.

Aplikasi Perisytiharan Darurat
dari Sudut Fiqh al-Darurah

M enurut Syeikh Abdullah bin Bayyah, perbahasan mengenai
fiqh al-darurah juga dikenali sebagai fiqh al-thawari’ (‫)فقه الطوارئ‬
atau fiqh kecemasan. Fiqh kecemasan lebih mudah difahami dengan
melihat kepada empat elemen penting, iaitu:

1) Objektifnya: Ia adalah fiqh yang mencari kemudahan
pada tempat-tempat kesulitan, kesenangan pada tempat-
tempat kesukaran, dan mengambil rukhsah bagi memenuhi
kewajipan berbanding mengambil azimah.

2) Subjeknya: Ia adalah daripada nas-nas al-Qur’an dan al-
Sunnah yang meletakkan asas memberi keringanan (al-
taysir). Antara kaedah-kaedah yang terbit daripadanya
seperti al-mashaqqah tajlib al-taysir (kesukaran membawa

AL-BAYAN - SIRI 10 31

kepada keringanan), al-darurat tubih al-mahzurat (darurat
mengharuskan yang haram) dan al-hajat al-munazzalah
manzilah al-darurah (keperluan yang diletakkan pada
kedudukan darurat).

3) Aplikasinya: Fiqh ini terdiri daripada realiti yang berlaku
dan dalil.

4) Pelakunya: Iaitu orang yang faqih, pakar dan pemerintah.

Secara ringkasnya Syeikh Bin Bayyah simpulkan fiqh kecemasan itu
adalah seperti berikut:

“Ia adalah fiqh yang memberi kemudahan dan
keringanan berdasarkan istinbat daripada nas-
nas syarak dan kefahaman para ulama selari
dengan realiti yang berlaku. Asasnya adalah
rukhsah dan darurat yang ditimbang dengan
kadar keperluannya serta berakhir darurat itu
apabila tiada lagi sebabnya.”

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyatakan, perbahasan
berkenaan darurat ialah satu konsep yang implikasinya mengharuskan
apa yang diharamkan oleh syarak atau keharusan meninggalkan
kewajipan. Justeru beliau berpendapat, darurat itu adalah suatu
keadaan bahaya atau kesukaran bersangatan yang menimpa manusia
sehingga bimbang ia akan menyebabkan kemudaratan kepada nyawa
atau anggota atau maruah atau akal atau harta dan yang berkaitan
dengannya. Ketika itu diharuskan ia mengambil yang haram atau
meninggalkan kewajipan atau melewatkannya daripada waktunya bagi

32 AL-BAYAN - SIRI 10

mengelakkan kemudaratan berdasarkan sangkaan kuatnya menurut
garis panduan syarak. (Lihat Nazariyyah al-Darurah al-Shar’iyyah, 68)

Beliau seterusnya mengemukakan se-kurang-kurangnya terdapat
tujuh perkara di bawah garis panduan darurat. Paling utama, darurat
itu memang benar-benar berlaku bukan hanya sangkaan semata-
mata ke atas kemusnahan nyawa ataupun harta benda. Sekiranya
kekhuatiran itu berdasarkan sangkaan, sangkaan itu hendaklah
sangkaan yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan
pemerhatian. (Lihat Nazariyyah al-Darurah al-Shar’iyyah, 69-72)

Kaedah fiqh menyebutkan, (‫“ )المتوقع كالواقع‬perkara yang dijangka
berlaku itu, seperti ia benar-benar berlaku.”

Dalam isu perisytiharan darurat yang disebabkan oleh penularan
COVID-19, jika pihak berkepakaran iaitu Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) telah memberikan pandangan akan realiti dan risiko
yang bakal dihadapi sekiranya tiada tindakan preventif dan efektif
diambil, maka ia boleh menjadi penilaian kukuh dalam menentukan
ukuran darurat.

Terdapat beberapa kaedah yang disebutkan oleh para fuqaha’
dalam berinteraksi dengan situasi darurat atau perkara yang boleh
membawa kepada kemudaratan. Antaranya seperti berikut:

PERTAMA: Kaedah fiqh yang masyhur.

‫َل َضَرَر َوَل ِضَرار‬

Maksudnya: “Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada
juga perbuatan membalas kemudaratan”

Lihat al-Asybah wa al-Nazair li al-Suyuti, 173-181)

AL-BAYAN - SIRI 10 33

Kaedah ini amat wajar ditekuni dan difahami untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Dengan itu, mudah-mudahan Allah SWT
mengurniakan sifat-sifat mahmudah kepada kita dalam melayari
bahtera kehidupan. (Lihat al-Kafi, hlm. 304)
KEDUA: Apabila berlaku kemudaratan, maka wajib dihilangkan
kemudaratan tersebut. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

‫ال َّضَرر يـَُزال‬

Maksudnya: “Kemudharatan hendaklah dihilangkan.”

Rujuk al-Wajiz fi Idhah Qawaid al-Fiqh al Kulliyyah (258)

KETIGA: Kemudaratan dihindari daripada berlaku dengan semampu
mungkin. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

‫ال َّضَرر يُْدفَ ُع بَِق َدِر الِإْم َكان‬

Maksudnya: “Kemudharatan itu hendaklah dihindari dengan
semampu mungkin.”

Rujuk al-Wajiz fi Idhah Qawa’id al-Fiqh al-Kulliyyah (258)

KEEMPAT: Kaedah Fiqh al-Awliyyat.

‫َدْرءُ الْ َمَفا ِس ِد ُمَق َّدٌم َعلَى َجْل ِب الْ َم َصالِ ِح‬

Maksudnya: “Menolak kemudaratan itu didahulukan daripada
mendapatkan kemaslahatan.”

34 AL-BAYAN - SIRI 10

Apabila berlaku pertembungan antara memperoleh kebaikan
dan menolak kemudaratan, maka perlu diutamakan menolak
kemudaratan. Dalam isu penularan wabak COVID-19, maka perlu
didahulukan menolak kemudaratan disebabkan kemudaratan yang
ada bersifat pasti atau sangkaan kuat iaitu boleh menggugat nyawa.

KELIMA: Memenuhi Maqasid Syariah menjaga nyawa.

Al-Daruriyyat al-Khamsah dalam Maqasid Syariah ialah keperluan-
keperluan yang manusia bergantung kepadanya sama ada dari sudut
kehidupan beragama atau keduniaan. Jika ia tiada maka akan berlaku
kepincangan hidup manusia di dunia dan azab seksa di akhirat. (Lihat
Ta’lil al-Ahkam, 282) Al-Daruriyyat yang asasi ini merangkumi lima
perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Ia
melibatkan kelangsungan hidup manusia. (Lihat al-Mustasfa Min
‘Ilm al-Usul, 217)

Menjaga nyawa merupakan prinsip yang kedua terpenting
mengikut urutan keutamaan untuk dijaga selepas memelihara
agama. Contohnya, Islam melarang perbuatan membunuh, sama ada
membunuh diri sendiri atau manusia lain bagi memelihara nyawa yang
dianugerahkan Tuhan itu sendiri. Hukuman qisas, diyat atau kaffarah
dikenakan ke atas mereka yang melakukan pembunuhan terhadap
manusia lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Dalam
pelaksanaan perintah darurat, ia dilakukan bagi menyelamatkan rakyat
daripada risiko terkena penyakit COVID-19 yang boleh menyebabkan
kematian akibat penularan semasa yang semakin tidak terkawal.

AL-BAYAN - SIRI 10 35

Pandangan dan Reaksi Tokoh

K ami lampirkan di sini pendapat dan reaksi tokoh berkenaan
dengan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan:

TAN SRI MOHD ZUKI ALI

Ketua Setiausaha Negara

“Saya dan perkhidmatan awam men-
junjung taat setia kepada Yang di-Pertuan
Agong dan menyokong Pengisytiharan
Proklamasi Darurat dengan menggalas
amanah yang dipertanggungjawabkan seperti
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ikrar
Perkhidmatan Awam.”

DATUK SERI ABDUL HADI
AWANG

Duta Khas Perdana Menteri ke
Timur Tengah

“Menjunjung kasih Tuanku. Keputusan ini
adalah amat wajar dengan mengutamakan
kepentingan rakyat dan negara. Fokus kita
sekarang hanyalah untuk menangani wabak Covid-19 dan membantu
rakyat terjejas.”

36 AL-BAYAN - SIRI 10

TUAN HAJI ADNAN BIN MAT

Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja-
Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS)

“Penjawat awam perlu kekal fokus kepada
tugas masing-masing dalam usaha kita
mengekang penularan Covid-19 dan pada
masa sama melaksanakan pelbagai program
pemulihan semula ekonomi negara. Ordinan darurat ini hanya
dilaksanakan untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan
dan ketenteraman awam.”

PROF. MADYA DR.
SHAMRAHAYU A. AZIZ

Pensyarah Undang-Undang dan
Perlembagaan, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)

“Darurat bukan untuk pihak berkuasa
menyalahguna kuasa, tetapi adalah untuk
menstabilkan keadaan dan memberi manfaat
untuk Malaysia. Ia adalah perkara yang dibenarkan
undang-undang dan perlu juga patuh kepada undang-undang.”

AL-BAYAN - SIRI 10 37

DR. MUHAMMAD FATHI YUSOF

Felo Penyelidik (Undang-undang dan
Perlembagaan)
“Pengisytiharan darurat ini adalah satu
langkah yang amat tepat bagi memastikan
usaha membendung wabak Covid-19
dapat dilaksanakan dengan cepat, tegas dan
menyeluruh, tanpa terikat dengan sekatan-
sekatan di sudut pentadbiran atau birokrasi.”

PROF. DR.
KAMARUZAMAN YUSOF

Penganalisis politik Universiti
Teknologi Malaysia (UTM)
“Apa yang dilakukan oleh YAB Perdana
Menteri adalah baik dan tepat pada
masanya bagi memastikan kestabilan politik dan
keamanan negara dapat diteruskan dengan misi dan visi yang sama
iaitu memutuskan penularan wabak COVID-19.”

38 AL-BAYAN - SIRI 10

Pandangan Ahli Jawatankuasa
Muzakarah Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
dan Majlis Fatwa Negeri

A hli-ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia secara prinsipnya bersetuju
bahawa pemerintah harus untuk mengisytiharkan darurat sekiranya
terdapat keperluan demi kemaslahatan rakyat dan negara. Tindakan
tersebut berdasarkan situasi “kecemasan” yang memerlukan
tindakan bijaksana pihak pemerintah berasaskan Siyasah Syar’iyyah.
Ini bertepatan dengan kaedah fiqh:

‫تَ َصُّر ُف الإَماِم َعلَى الَّرِعَيِّة َمنُو ٌط ِبلْ َم ْصلَ َحِة‬

Maksudnya: “Polisi dan tindakan pemerintah mestilah
tertakluk kepada maslahat terhadap rakyat.”

Pandangan yang senada turut dikeluarkan oleh Majlis-majlis Fatwa
Negeri. Antaranya:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP)

PMWP menasihatkan kepada seluruh rakyat
khususnya umat Islam di negara ini, agar bersama-
sama menjunjung titah perintah KDYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap

AL-BAYAN - SIRI 10 39

pengisytiharan proklamasi Darurat yang dikeluarkan. Pada masa
yang sama, PMWP juga ingin menyeru kepada seluruh umat Islam
sekalian untuk merenung kembali firman Allah SWT di dalam surah
al-Nisa’ ayat 59, yang telah menegaskan kewajipan untuk mentaati
arahan pemerintah (ulil amri) terutamanya dalam urusan-urusan
yang melibatkan maslahah umum dalam kalangan rakyat. Begitu
juga dengan saranan daripada Rasulullah SAW menerusi hadith
baginda, agar setiap umat Islam mentaati segala perintah ulil amri
yang berbentuk kebaikan dan ketaatan.

Jabatan Mufti Johor

Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan

oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

setelah mendapat perkenan daripada

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ulil

Amri adalah bertepatan dengan Siyasah Syar’iyyah. Ini kerana alasan

darurat yang diberikan masih berada dalam ruang lingkup maksud
ulama’. Kaedah ‘‫تَ َصُّر ُف الإَماِم َعلَى‬
d‫َحِة‬aَ‫ل‬r‫ْص‬u‫َم‬rْ‫بل‬aِ t‫ٌط‬y‫و‬aُ‫َمن‬n‫ِة‬gّ‫رِعَي‬tَّ‫ل‬e‫’ا‬labholdeihbadhijaasdkiaknanolseehbpaagarai sandaran dan hujah betapa

tanggungjawab pemerintah sentiasa menjaga kemaslahatan rakyat

dan umat di dalam sebuah negara. Kecil atau besar darurat masih

berada di bawah erti kata darurat di dalam Islam.

Justeru, perisytiharan darurat yang dibuat pada

waktu ini disebabkan kerana pertambahan

bilangan jangkitan Covid-19 yang begitu

mendadak dan sekiranya tidak diambil suatu

langkah pembendungan secara tegas maka

sudah pasti ianya lebih menyukarkan untuk

dibendung.

40 AL-BAYAN - SIRI 10

Tidak Perlu Panik Terhadap
Arahan Darurat

P roklamasi perintah darurat ini bukanlah bererti perintah
berkurung, dan bukan jua rampasan kuasa tentera, malah
jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri juga tidak akan
terganggu. Ini adalah sebagai langkah proaktif bagi membendung
gejala wabak Covid-19. Pelaksanaan pengisytiharan ini akan
dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh
yang lebih awal sekiranya angka kes positif Covid-19 harian adalah
terkawal. Antara intipati lain:

• Penguatkuasaan SOP dengan lebih tegas.

• Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan menerusi kuasa
ordinan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong.

• Menerusi ordinan, bantuan boleh diperolehi daripada
pihak swasta meliputi sumber manusia, kepakaran,
fasiliti, aset, makmal ujian dan utiliti.

• Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN)
dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan
sepanjang tempoh darurat.

• Jemaah Menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
akan terus berfungsi dan menjalankan tugas mereka.

AL-BAYAN - SIRI 10 41

Negara yang Pernah
Melaksanakan Perintah Darurat
Kesihatan (Covid-19)

M alaysia bukan satu-satunya negara yang melaksanakan
perintah darurat ketika ini bagi membendung penularan
jangkitan COVID-19. Hasil semakan di Pusat Hak Sivil dan Politik
(CCPR) mendapati, langkah sama turut dikuatkuasakan di 79 negara
di seluruh dunia yang merangkumi pelbagai tahap darurat.

Kami kemukakan di sini sebahagian daripada negara yang pernah
melaksanakan darurat di seluruh negara atau sebahagian besar kawasan
di dalam negara sepanjang tersebarnya wabak Covid-19 ini, antaranya: 1

PERANCIS BELGIUM MEXICO CHILE SEPANYOL BRAZIL FILIPINA COLOMBIA

JEPUN SWITZERLAND IRAN INDONESIA CHINA FINLAND AFRIKA PORTUGAL
SELATAN

AMERIKA ITALI JORDAN THAILAND ARGENTINA ROMANIA NEW ZEALAND
SYARIKAT

<?> Lihat Malaysia bukan satu-satunya negara umum darurat. [https://www.bharian.com.my/berita/nasion-
al/2021/01/775355/malaysia-bukan-satu-satunya-negara-umum-darurat]; Lihat juga: COVID-19 State of Emer-
gency Data, https://datastudio.google.com/reporting/1sHT8quopdfavCvSDk7t-zvqKIS0Ljiu0/page/dHMKB

42 AL-BAYAN - SIRI 10

Kesimpulan

B erdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan seperti
berikut:

1) Perisytiharan atau Proklamasi Darurat yang dibuat oleh
kerajaan mempunyai asas yang jelas dalam perbahasan
fiqh Islami. Ia termasuk dalam kategori darurat dalam
pemerintahan negara sebagaimana yang dibahaskan
oleh Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili. Iaitu pemimpin perlu
memastikan kepentingan awam dan negara didahulukan
walaupun kadang-kadang terpaksa mengambil jalan yang
(pada asalnya) terlarang apabila jalan yang halal tiada atau
kurang berkesan dalam menjaga kepentingan negaranya.
(Lihat Nazariyyah al-Darurah al-Shar’iyyah, 69-72)

2) Perisytiharan Darurat yang diambil oleh kerajaan termasuk
dalam situasi kecemasan yang memerlukan tindakan bijak
pemerintah bagi memastikan kemaslahatan rakyat terbanyak
sentiasa terpelihara. Ini bertepatan dengan konsep Siyasah
Syar’iyyah yang menetapkan apa jua tindakan atau polisi
pemerintah yang bertujuan mendekatkan rakyat kepada
kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan,
walaupun tidak ditentukan oleh syarak secara spesifik.

AL-BAYAN - SIRI 10 43

3) Pendekatan mengisytiharkan Proklamasi Darurat termasuk
ijtihad pemerintah demi kepentingan rakyat. Ini berdasarkan
kaedah:

Maksudn‫حة‬yَaَ‫ل‬:‫ْص‬Uَr‫م‬u‫ِبل‬s ‫تَ َصُّر ُف الإَماِم َعلَى الَّرِعَيِّة َمنُو ٌط‬

tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah

terikat dengan maslahah.

4) Para ulama’ menetapkan bahawa segala tindakan yang
ditetapkan pihak pemerintah wajib didasari oleh maslahah
masyarakat secara umum. Dalam konteks ini, pemerintah
mengumumkan Proklamasi Darurat berasaskan maslahah
kesihatan memandangkan peningkatan kes Covid-19 yang
mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Peningkatan
jumlah pesakit secara mendadak akan melumpuhkan
kapasiti sistem kesihatan sedia ada dalam sekelip mata.
Selain itu, ia bagi maslahah keselamatan iaitu untuk
mengamankan negara daripada ketidakstabilan politik
yang boleh merencatkan fokus kerajaan bagi menangani
penularan wabak Covid-19.

5) Proklamasi Darurat merupakan suatu usaha kerajaan bagi
menghindarkan rakyat daripada kemudaratan yang sedang
berlaku dan jika dibiarkan tanpa tindakan efektif, mungkin
keadaan akan bertambah buruk. Hal ini bertepatan dengan
beberapa kaedah dalam fiqh al-darurah atau fiqh al-
thawari’ (kecemasan) supaya kemudaratan itu dicegah atau
dihapuskan.

44 AL-BAYAN - SIRI 10

6) Proklamasi Darurat bertepatan dengan prinsip Maqasid
Syariah bagi memelihara nyawa dalam merangka suatu
pentadbiran dan perundangan yang lebih efektif untuk
menangani wabak Covid-19. Pengawalan wabak Covid-19
pula bertujuan untuk menjamin kelestarian ekonomi rakyat
yang termasuk dalam objektif memelihara harta.

7) Mentaati arahan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh
Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong
selaku Ulil Amri adalah bertepatan dengan firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada
Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-
Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
(Surah al-Nisa’: 59)

AL-BAYAN - SIRI 10 45

Penutup

S egala keputusan yang dibuat oleh kerajaan
dalam memutuskan keperluan darurat adalah
berdasarkan syura atau musyawarah. Dalam
membincangkan maksud syura, Ibn al-`Arabi
menyebut bahawa ia adalah satu himpunan
pertemuan dalam satu urusan untuk meminta
buah fikiran setiap ahli mesyuarat tersebut dan
menghasilkan keputusannya.” (Lihat Ahkam al-
Quran, 2/129)

Ulama kontemporari seperti Syeikh Dr.
Muhammad Abdul Qadir Abu Faris pula menyebut
bahawa syura merupakan suatu proses pertukaran
pendapat daripada pelbagai sudut pandangan
yang berbeza terhadap suatu isu di mana ia dikaji
oleh cerdik pandai sehingga mencapai suatu
keputusan yang tepat, ataupun yang paling tepat
dan terbaik, untuk melaksanakannya sehingga dapat
merealisasikan natijah yang terbaik. (Lihat al-Nizam
al-Siyasi fi al-Islam, hlm. 79)

Setiap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin
adalah berasaskan konsep syura melalui perbincangan sesama ahli
Jemaah Menteri, atau bersama pegawai-pegawai tertinggi serta
mereka yang arif dan pakar dalam sesuatu bidang. Ia bertepatan
dengan firman Allah SWT:

46 AL-BAYAN - SIRI 10

‫َوأَْمُرُه ْم ُشوَر ٰى بـَيـْنـَُه ْم‬

Maksudnya: “Dan urusan mereka dijalankan secara ber-
mesyuarat sesama mereka.”

Surah al-Syura (38)

Imam al-Tabari dalam menjelaskan ayat di atas menukilkan
pendapat al-Dhahhak yang menyatakan: “Tidaklah Allah perintahkan
Nabi-Nya bermusyawarah melainkan kerana Allah mengetahui
bahawa terdapat kelebihan padanya.” (Lihat Jami’ al-Bayan ’an
Ta’wil Ay al-Quran, 4/150)

“Berbincang itu
mengandungi banyak faedah,

antaranya memperlihatkan
bahawa adanya kesatuan
hati dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Penyatuan
hati ini yang akan membantu
mencapai sesuatu tujuan.”

Kitab Jami’ al-Bayan ’an Ta’wil ay al-Quran

Ibn Kathir berkata: “Mereka tidak menetapkan satu-satu
keputusan sehingga mereka syura sesama mereka. Ini bertujuan
untuk saling menguatkan dengan pandangan mereka seperti isu
peperangan dan apa yang berlaku dalam strateginya.” (Lihat Tafsir
al-Quran al-‘Azim, 7/211)

AL-BAYAN - SIRI 10 47

Terdapat banyak faedah dalam syura. Syeikh al-Maraghi
berkata: “Berbincang itu mengandungi banyak faedah, antaranya
memperlihatkan bahawa adanya kesatuan hati dalam menyelesai-
kan sesuatu masalah. Penyatuan hati ini yang akan membantu
mencapai sesuatu tujuan.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/987)

Kitab Tafsir al-Quran al-‘Azim dan Tafsir al-Maraghi

Selaras dengan saranan syarak ini, maka sebagaimana dalam
kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada 12 Januari
2021, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
memperkenankan perisytiharan darurat setelah memperhalusi
penjelasan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri
Mohammad Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Azizan Harun;
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Haji Affendi bin Buang; Ketua Polis
Negara Tan Sri Abdul Hamid bin Bador, Ketua Pengarah Kesihatan Tan
Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya Datuk Abdul Ghani bin Salleh.

48 AL-BAYAN - SIRI 10

Maka dengan itu, Baginda berpandangan bahawa penularan
wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan
adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan
Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Malah perkenan
tersebut juga telah mengambil kira rundingan KDYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Raja-Raja Melayu setelah
mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara.

Perkenan tersebut Justeru, sebagai rakyat Malaysia
juga telah yang berbilang kaum dan agama yang
berpayung di bawah naungan KDYMM Seri
mengambil kira Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
rundingan Seri dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,
Paduka Baginda marilah kita menjadi rakyat yang lebih
dengan Raja-Raja bertanggungjawab dalam memelihara
Melayu setelah kerukunan dan keamanan negara,
mengambil kira khususnya dalam menghadapi musibah
keselamatan besar seperti COVID-19 yang memerlukan
diri rakyat dan solidariti dan tekad bersama.
kepentingan negara

Kami mengakhiri majalah al-Bayan pada kali ini dengan beberapa
munajat doa:

‫ َوِم ْن‬،‫ َوا ْلَُذاِم‬،‫ َوا ْلُنُوِن‬،‫الََسلّيُِّهَِئّم اإِِّْلَنْسأََقعُاِموذُ بِ َك ِم َن البـََر ِص‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada
penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang
buruk.”

AL-BAYAN - SIRI 10 49


Click to View FlipBook Version