The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cod.redempire, 2022-02-08 02:46:02

Modul Klinik Solat JPKN

Modul Klinik Solat JPKN

Modul Klinik

Solat JPKN

11 Feb 2022 | 9 Rej 1443M





Perutusan & Prakata

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah, dikesempatan ruang yang ada ini saya mengambil

kesempatan untuk melahirkan rasa syukur saya kepada Allah S.W.T. kerana

masih lagi meminjamkan segala nikmatnya untuk kita meneruskan kehidupan


sebagai hambaNya di bumi ini. Dengan nikmat pinjaman ini jugalah,

Alhamdulillah sebuah buku rujukan iaitu “Modul Klinik Solat JPKN” berjaya


disiapkan untuk tujuan memberi panduan asas tentang cara-cara solat

khususnya kepada kakitangan JPKN.

Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang

sejati. Tanpa solat seorang muslim itu tidak dapat menjadi muslim yang

sempurna dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Dengan

kesedaran tentang betapa pentingnya solat maka Persatuan Kebajikan Islam,


Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (PERKIS-JPKN) merancang

menganjurkan Program klinik solat dan seterusnya melancarkan sebuah


P E R U T U S A Nbuku rujukan “Modul Klinik Solat JPKN”.

Secara umumnya program ini memberi perhatian khusus bagi memastikan

kakitangan Islam JPKN berjaya menguasai kaifiyat solat dengan sempurna

dengan penumpuan khusus dari segi bacaan tahiyat akhir, doa qunut dan

surah Al-Fatihah yang akan dilaksanakan secara intensif di Jabatan. Oleh itu,

Modul ini akan menjadi asas rujukan utama kepada pelaksanaan program ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada PERKIS-JPKN serta kepada yang terlibat

samada secara langsung atau tidak langsung di atas usaha yang murni ini.


Semoga usaha ini mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sekian dan terima kasih.

ERNYWATI DEWI BINTI ABAS
PENGARAH

JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI

1

PERKIS JPKN

Perutusan & Prakata

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah yang Maha

Esa, Maha Bijaksana, lagi Pemilik segala kerajaan langit dan bumi.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. kemudian ke

atas keluarga dan sahabatnya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan

rahmatnya.
Persatuan Kebajikan Islam, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

(PERKIS-JPKN) telah berjaya menyiapkan sebuah buku rujukan yang berjudul

“Modul Klinik Solat JPKN” bertujuan untuk memberi panduan asas tentang

cara-cara solat khusunya kepada kakitangan JPKN yang hendak

mengerjakannya samada lelaki atau perempuan.
Antara panduan yang diberikan bermula dari cara-cara berwudhu’ dan


perkara berkaitan dengannya termasuklah langkah demi langkah pergerakan

dalam solat dari awal hingga akhir. Modul ini agak menarik kerana


p r a k a t aberkonsepkan ilustrasi (gambar) yang membolehkan kita memahami secara

lebih jelas tentang pergerakan sebenar dalam solat.
Modul ini juga dikeluarkan dalam bentuk yang paling ringkas, sesuai untuk

semua peringkat umur. Juga diselitkan dengan doa-doa pilihan yang boleh


dihafal oleh semua untuk diamalkan dalam solat.
Semoga usaha yang murni dan disertakan rasa tanggungjawab terhadap

agama Islam dan generasi yang akan datang diberkati oleh Allah S.W.T. dan

dipermudahkan segala urusan PERKIS-JPKN serta kepada yang terlibat


samada secara langsung atau tidak langsung.

Sekian dan terima kasih.

HIERWAN @ MOHD IKRAM BIN MURSHID
PENGERUSI

PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM
JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI

2

PERKIS JPKN

Wudhu'

Membersihkan anggota wudhu' untuk

menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan


air.

(1)

Niat "Sahaja aku


mengangkat hadas


kecil kerana Allah


Ta'ala" (2)

(6) Membasuh

Tertib
keseluruhan muka

Rukun

Wudhu' (3)

(5)

Membasuh kedua
Membasuh kedua


belah kaki hingga
tangan hingga ke


ke buku lali (4) siku

Menyapu air pada


sebahagian

kepala

3
PERKIS JPKN

Syarat wudhu'

(5) Syarat
Tidak ada sesuatu
Wudhu'
yang menghalang

air sampai ke kulit
(1)
Beragama islam
pada anggota

wudhu'

(4)

Menggunakan air
(2)
Mumaiyiz
yang suci lagi


menyucikan

(3)

Tidak berhadas


besar

4
PERKIS JPKN

Sunat - sunat wudhu'

Mulai dengan 'Bismillahirahmanirrahim'
Membasuh dua pergelangan tangan sewaktu

hendak memulai wudhu'
Berkumur - kumur 3 kali, menggosok gigi atau

siwak (sugi)
Memasukkan air ke dalam hidung kemudian

mengeluarkannya
Menyelati celah - celah janggut (jika ada)
Membasuh tiap - tiap anggota 3 kali
Memulai membasuh yang kanan dari yang kiri
Sederhana dan berjimat air
Menyapu kedua cuping telinga luar dan dalam

5

PERKIS JPKN

Perkara yang membatalkan

wudhu'

Keluar sesuatu melalui kemaluan sama ada dari

bahagian depan atau belakang
{air kecil / air besar}







Tidur nyenyak hingga tidak tetap papan punggung

di atas lantai







Hilang akal, gila, pengsan atau mabuk
(pitam)







Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan tanpa

berlapik







Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan

yang boleh berkahwin tanpa berlapik



6

PERKIS JPKN

Cara berwudhu'

Membersihkan kedua belah telapak tangan

sebanyak 3 kali

Berkumur -kumur sambil membersihkan

hidung
Berkumur dengan memasukkan air ke

dalam mulut
Bersihkanlah hidung dengan memasukkan

air ke dalam rongga hidung
Lakukan sebanyak 3 kali

Membasuh serata muka sebanyak 3 kali
Berniat dengan membaca

" Sahaja aku mengangkat hadas kecil
kerana Allah Taala "

Membasuh kedua belah tangan hingga ke

siku
Dimulakan dengan tangan kanan
Basuh dari hujung jari ke atas siku

sebanyak 3 kali

7

PERKIS JPKN

Cara berwudhu'

Basahkan tapak tangan, kemudian sapukan

sebahagian kepala bermula dari kawasan

tumbuhnya anak rambut hingga ke

belakang sebanyak 3 kali
Tujuannya ialah untuk menghilangkan

debu -debu atau kotoran yang mungkin

melekat pada rambut

Membasuh kedua telinga
Dimulakan dengan memasukkan jari

telunjuk ke dalam telinga dengan ibu jari

di belakang telinga sebanyak 3 kali

Akhir sekali, basuhlah kedua - dua kaki

dimulai dengan kaki kanan dan diikuti kaki

kiri sebanyak 3 kali
Mulakan dari hujung jari sampai ke buku

lali
Pastikan air sampai di celah -celah jari

kaki

8

PERKIS JPKN

Doa selepas wudhu'

, ‫َاْش َه ُد َاْن لَّاِا َلَه ِا لَّااللُه َو ْح َد ُه لَاَش ِر ْيَك َلُه‬
‫ َالّٰلُه َّم‬. ‫َو َاْش َه ُد َاَّن ُمَح َّم ًد اَع ْبُد ُه َو َر ُس ْو ُلُه‬
‫اْج َع ْلِن ْى ِم َن الَّتَّو اِب ْيَن َو اْج َع ْلِن ْى ِم َن‬

‫ َو ْج َع ْلِن ْي ِم ْن ِع َباِد َك الَّص اِل ِح ْيَن‬، ‫اْلُم َتَطِّه ِر ْيَن‬

" Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa.
Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi

Muhammad itu hamba dan utusanNya.

Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat

kepadaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih.


Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh "

9
PERKIS JPKN

Solat

Pengertian : Solat ialah perbuatan dan perkataan

yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi


dengan memberi salam.

Beragama
islam

Menutup Syarat
Baligh
aurat melakukan
&

Mengetahui solat berakal
mana rukun &

Suci dari
sunat hadas kecil &


besar

Suci badan,

pakaian dan

tempat daripada


najis

10
PERKIS JPKN

Cara melakukan solat

Niat Solat

SUBUH

Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana

Allah Taala

ZOHOR

Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana
Allah Taala

ASAR

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana

Allah Taala

11
PERKIS JPKN

Cara melakukan solat
Niat Solat

MAGHRIB

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana

Allah Taala

ISYAK

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana

Allah Taala

12
PERKIS JPKN

Takbiratul ihram

Allah Maha Besar

13
PERKIS JPKN

Doa iftitah

"Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan

petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan

bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari

golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi

Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku

disuruh dan aku dari golongan muslimin
"

14
PERKIS JPKN

Membaca surah Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan

mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada

Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat

kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah

murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

15
PERKIS JPKN

Membaca surah surah pilihan

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

16
PERKIS JPKN

Takbir kerana rukuk

Allah Maha Besar

17
PERKIS JPKN

Rukuk

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala

sifatNya yang terpuji

18
PERKIS JPKN

Iktidal

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya

Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian

19
PERKIS JPKN

Sujud

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala

kepujiannya

20
PERKIS JPKN

Duduk antara dua sujud

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku,
lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku

rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku


dan ampunilah aku

21
PERKIS JPKN

Bacaan tahiyat awal

22
PERKIS JPKN

Bacaan tahiyat awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik

adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi


dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke

atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah


dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu

adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah


ke atas Nabi Muhammad

23
PERKIS JPKN

Bacaan tahiyat akhir

24
PERKIS JPKN

Bacaan tahiyat akhir

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan

kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan


berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan

mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba


Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang

disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi


Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi

Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi


Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim.

Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad


dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi

Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam

semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan


Yang Paling Mulia



25

PERKIS JPKN

Memberi salam

Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah

1.Mengucapkan lafaz salam sambil memalingkan

muka ke kanan

2.Diikuti mengucapkan salam ketika memalingkan

muka ke kiri

26
PERKIS JPKN

Doa qunut

27
PERKIS JPKN

Doa qunut

Ya Allah! Tunjukkanlah kami bersama orang yang

Engkau beri petunjuk.

Dan sihatkanlah kami bersama orang yang Engkau beri

kesihatan.

Muliakanlah kami bersama orang yang Engkau beri

kemuliaan.

Berkatilah kami bersama orang yang Engkau beri

keberkatan.

Dan peliharalah kami daripada kejahatan yang Engkau

tentukan.



Sesungguhnya Engkau penentu dan tidak ditentukan.
Dan Sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau

muliakan.
Dan tidak mulia orang yang Engkau hinakan.
Maha Mulia Engkau Tuhan kami dan Maha Tinggi,

maka bagiMu jua segala kepujian atas apa yang

Engkau tetapkan.
Kami memohon ampun dan bertaubat kepadaMu.
Dan semoga Allah melimpahkan rahmat bagi Nabi


Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.



28

PERKIS JPKN

Sunat Ab'ad dan sunat Hai'ah

SUNAT AB'AD
1. Perkara yang sangat dituntut dalam


mengerjakan solat
2. Tertinggal atau terlupa perlu diganti dengan


sujud sahwi

Tahiyyat Awal
Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
Duduk tahiyyat
Doa Qunut
Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi

Muhammad (S.A.W) semasa bacaan tahiyyat

akhir

29

PERKIS JPKN

Sunat Ab'ad dan sunat Hai'ah

SUNAT HAI'AH

1. Perkara yang dilakukan untuk menyempurnakan

solat

2. Tertinggal atau terlupa tidak perlu diganti

dengan sujud sahwi

Mengangkat tangan ketika takbir
Membaca doa Iftitah
Membaca surah Al-Fatihah dan surah dengan
suara yang kuat semasa solat Maghrib, Isyak,
Jumaat dan solat-solat sunat yang disunatkan
menguatkan bacaannya.
Membaca Amin selepas surah Al-Fatihah
Membaca mana-mana surah selepas baca Al-
Fatihah
Membaca takbir ketika rukuk dan bacaan
semasa iktidal.
Membaca tasbih semasa ruku' dan sujud
Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud
dan tahiyyat awal.
Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat
akhir )
Memberi salam yang kedua

30

PERKIS JPKN

Doa selepas solat

31
PERKIS JPKN

Doa selepas solat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke

atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi


Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-

sahabatnya.



Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan

pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan,


keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan

keampunan setelah mati. Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami

semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan

kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab).



Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah

mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami

rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha


Pemberi. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah

kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga

bersama-sama iman.



Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-

dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana


mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil. Ya

Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan


janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan

yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami


kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada

azab api neraka.



Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan

kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-


sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir

seluruh Alam.



32

PERKIS JPKN

PERKIS JPKN


Click to View FlipBook Version