AFIQ YANG
BERTUAH
PENULIS: NUR AIKA SYAKIRAH
BINTI MANSOR
Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak yang bernama
Afiq. Afiq tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan bersama
dengan ayah dan ibunya iaitu Pak Mansor dan Mak Ina. Afiq
berasal daripada keluarga yang miskin. Ibu dan bapa Afiq
bekerja sebagai petani. Walaupun keadaan keluarganya yang
miskin, Afiq dan keluarganya tetap bahagia. Afiq seorang budak
yang bijak akan tetapi disebabkan oleh kemiskinan yang
dihadapi olehnya, dia selalu dipinggirkan di dalam kelas. Di
sekolah, Afiq hanya berkawan dengan Raju dan Chong sahaja.
Mereka berkawan dengan baik tanpa memilih latar belakang
antara satu sama lain. Afiq juga merupakan seorang budak yang
rajin. Setiap kali cuti sekolah tiba, dia pasti akan menolong ayah
dan ibunya di kebun. Pada suatu hari, ibunya telah jatuh sakit
dan tidak dapat pergi ke kebun seperti kebiasaannya. Hal ini
telah menimbulkan kerisauan dalam diri Afiq dan ayahnya.
Walaubagaimanapun, mereka tidak mampu untuk menghantar
Mak Ina ke hospital disebabkan oleh kos rawatan di hospital
yang sangat mahal bagi mereka. Tiba-tiba, pada suatu hari ketika
Afiq dan ayahnya sedang berjalan untuk pulang ke rumah, Afiq
ternampak seekor ayam yang tidak dapat berjalan di tepi jalan.
Afiq meminta izin daripada ayahnya untuk merawat luka ayam
tersebut dengan membawanya pulang ke rumah. Tanpa disedari
oleh Afiq, ayam yang dibawa pulangnya itu bukanlah ayam biasa
kerana telur yang dihasilkan oleh ayam itu merupakan telur
emas. Hal ini telah merubah sepenuhnya kehidupan Afiq
menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Watak dan Perwatakan:
Afiq:
1.Berusia 10 tahun
2.Seorang budak yang bijak dan rajin
3.Berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan
4.Mempunyai sifat belas kasihan terhadap binatang
Pak Mansor:
1.Ayah kepada Afiq
2.Berusia 36 tahun
3.Seorang petani
4.Seorang yang baik dan budiman
Mak Ina:
1.Ibu kepada Afiq
2.Berusia 32 tahun
3.Seorang petani
4.Menghidap penyakit tibi
Ayam:
1.Ayam yang tercedera di kakinya
2.Dipelihara oleh Afiq dengan sangat baik
Raju:
1.Berusia 10 tahun
2.Merupakan rakan Afiq
3.Seorang yang baik dan tidak memilih dalam berkawan
Chong:
1.Berusia 10 tahun
2.Merupakan rakan Afiq
3.Seorang yang baik dan tidak memilih dalam berkawan
Faris:
1.Berusia 10 tahun
2.Berasal dari keluarga yang berada
3.Suka membuli Afiq
Iskandar:
1.Berusia 10 tahun
2.Berasal dari keluarga yang berada
3.Suka membuli Afiq
Uncle Muthu:
1.Seorang peniaga di kedai emas
2.Berusia 40 tahun
3.Seorang yang jujur
Babak 1
Latar Masa: Waktu pagi
Latar Tempat: Di dalam kelas
Skrip dimula
Ramai rakan-rakan Afiq yang tidak mahu berkawan
dengan Afiq disebabkan oleh keluarga Afiq yang
miskin.
Faris: Eh Afiq kau pakai kain buruk ke datang sekolah
ni ha?
Iskandar: Entahlah kau ni, dah laa bau busuk. Kami
semua taknak lah berkawan dengan orang miskin
macam kau ni.
Afiq: (hanya berdiam diri sahaja)
Chong: Eh Faris, Iskandar, tak baik lah kamu berdua
cakap dekat Afiq macam tu. Cuba kamu berdua
letakkan diri kamu dalam situasi Afiq sekarang ni
macam mana, mesti kamu berdua malu kan?
Raju: Ya, betul apa yang Chong cakap tu. Kamu berdua
tak sepatutnya, bersikap macam ni, lagipun kita semua
kan satu kelas tak elok lah gaduh-gaduh ni.
Babak 2
Latar Masa: Waktu tengah hari
Latar Tempat: Di kantin sekolah
Di sekolah, hanya Chong dan Raju sahaja yang sudi
untuk berkawan dengan Afiq. Mereka ini tidak pernah
mempertikaikan latar belakang sesama mereka.
Afiq: Raju dan Chong, saya ingin berterima kasih
kepada kamu berdua?
Raju: Kenapa pula kamu berterima kasih kepada kami,
Afiq?
Chong: Ha, betul tu. Kenapa kamu ucap terima kasih,
Afiq?
Afiq: Takdelah, saya ucap terima kasih sebab kamu
berdua sudi berkawan dengan saya walaupun saya ni
berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Raju & Chong: ouhh, takde hal lah.
Raju: Dah la Afiq, jangan kamu fikirkan lagi tentang hal
yang berlaku di dalam kelas tadi, ye.
Chong: Ya, betul tu Afiq. Kita kan kawan, kalau jadi apa-
apa dekat kawan kita, mestilah kita kena tolong kan?
Dah, jom kita makan, saya pun dah lapar ni.
Afiq: Hahaha, jom kita makan sama-sama.
Raju & Chong: Jom!
Cuti akhir tahun sekolah bermula.
Babak 3
Latar Masa: Waktu pagi
Latar Tempat: Di dalam rumah
Afiq dan keluarganya sedang bersiap untuk ke kebun
kecil mereka.
Pak Mansor & Mak Ina: Afiq cepat sikit, kita dah lambat
ni. Nanti panas pula kalau kita bertolak lambat sangat.
Afiq: Ya, Afiq dah siap ni. Hehehe, maaf ye Afiq sakit
perut sangat tadi.
Pak Mansor: Takpe, Afiq. Okaylah, jom kita pergi
sekarang.
Afiq: Jom! (berjalan sambil menyanyi lagu tiga kupang).
Mereka bertolak ke kebun.
Babak 4
Latar Masa: Waktu Petang
Latar Tempat: Di dalam rumah
Keesokan harinya, Pak Mansor dan Afiq sedang
bersiap-siap untuk pergi ke kebun, tiba-tiba ibunya
memberitahu mereka bahawa dia tidak dapat
mengikuti mereka ke kebun kerana badannya tidak
sihat.
Afiq: Ibu dah siap ke? Kalau dah siap, jomlah kita pergi
ke kebun sekarang.
Mak Ina: Ibu rasa, ibu tak boleh ikut kamu berdua ke
kebun hari ni kerana ibu tidak sihat.
Pak Mansor: Awak okay ke tidak ni? Ke awak nak suruh
saya bawa awak pergi ke hospital?
Mak Ina: Tidak mengapa abang, saya baik-baik sahaja.
Cuma batuk biasa je ni.
Afiq: Ibu pasti ke ni? Boleh ke ibu duduk sorang-sorang
dekat rumah ni?
Mak Ina: Ya, boleh Afiq (sambil tersenyum).
Babak 5
Latar Masa: Waktu petang
Latar Tempat: Di ruang tamu rumah
Hari demi hari berlalu, kesihatan Mak Ina semakin
teruk. Batuknya yang dianggap sebagai batuk biasa
akhirnya menjadi semakin teruk sehingga
menyebabkan darah keluar daripada mulut Mak Ina.
Pak Mansor: Saya rasa awak perlu pergi ke hospital
untuk mendapatkan kepastian daripada pihak hospital
tentang penyakit awak tu.
Mak Ina: Ishh, tak payahlah susah-susah nak bawa saya
ke hospital tu bang, saya okay je. Nanti sehari dua lagi,
baik la batuk ni.
Afiq: Afiq pun setuju dengan apa yang ayah cakap tu,
ibu.
Mak Ina: Ishh, Afiq ni, kan ibu dah kata yang ibu batuk
biasa je ni. Lagipun kalau ibu pergi ke hospital, ibu
yakin yang kita ni takkan mampu untuk membayar kos
rawatan dekat hospital tu.
Afiq: Ermmm.
Babak 6
Latar Masa: Waktu Petang
Latar Tempat: Dalam perjalan pulang ke rumah
Keeseokan harinya, Pak Mansor dan Afiq pergi ke
kebun seperti biasa. Dalam perjalan pulang, Afiq
sedang bertanyakan beberapa soalan kepada ayahnya
tentang perkara yang berkaitan dengan kesihatan
ibunya.
Pak Mansor: (berjalan sambil termenung)
Afiq: Ayah, kos rawatan di hospital tu memang mahal
ke?
Pak Mansor: Iya, betul tu Afiq, mahal sangat bagi orang
macam kita ni.
Afiq: Ouhh, tak boleh ke kalau kita pinjam dulu duit
daripada orang lain supaya kita boleh bawa ibu ke
hospital, ayah?
Pak Mansor: Ermmm, siapalah yang sudi nak
pinjamkan duit mereka kepada kita ni Afiq, kita ni kan
orang miskin.
Afiq: Ermmmm.
Sedang asyik termenung, Afiq tiba-tiba terlihat seekor
ayam di tepi jalan. Ayam tersebut tidak dapat berjalan
kerana kakinya yang luka. Afiq mengambil keputusan
untuk membawa pulang dan merawat ayam tersebut.
Afiq: Ayah! Tengok tu, kenapa ayam tu nampak
macam tak boleh berjalan tu ayah?
Pak Mansor: Mana? Ayah tak nampak pun ayam yang
kamu tunjukkan tu?
Afiq: Tu ayah! Dekat tepi jalan tu.
Pak Mansor: Ouh, dah nampak dah. Cuba kamu pergi
tengok kenapa dengan ayam tu.
Afiq: Baik ayah.
Pak Mansor: Ha, kenapa dengan ayam tu Afiq?
Afiq: Kaki ayam ni luka lah ayah. Patutlah dia tak boleh
berjalan. Ermm, ayah boleh tak kalau Afiq nak bawa
ayam ni pulang ke rumah supaya mudah untuk Afiq
rawat luka dekat kaki dia tu.
Pak Mansor: Boleh. (tersenyum)
Babak 7
Latar Masa: Waktu Pagi
Latar Tempat: Belakang rumah
Afiq membawa pulang ayam tersebut dan
merawatnya dengan sangat baik. Afiq meletakkan
ayam tersebut di belakang rumahnya. Keesokan
harinya, Afiq pergi ke belakang rumah untuk
memberikan ayam tersebut makanan. Tiba-tiba Afiq
sangat terkejut apabila dia melihat ayam yang
dibawa pulang olehnya itu mengeluarkan telur
emas.
Afiq: Telur emas? (terkejut). Apakah betul telur ayam
ini telur emas? Kalau betullah telur ayam ini telur
emas, alangkah bertuahnya aku. Dengan adanya
telur emas ini sudah tentulah aku boleh membantu
ibu dan ayah aku.
Babak 8
Latar Masa: Waktu Tengah hari
Latar Tempat: Kedai emas Uncle Muthu.
Setelah selesai memberi makan kepada ayam
tersebut, Afiq bergegas pergi ke kedai emas uncle
Mutu untuk memastikan bahawa telur emas yang
dihasilkan oleh ayam tersebut adalah benar-benar
telur emas asli ataupun tidak.
Uncle Muthu: Ini emas asli, Afiq. Harga emas ini
sangat mahal kerana ukurannya yang besar dan
berat.
Afiq: Betul ke ni uncle Muthu?
Uncle Muthu: Ya la, ini betul-betul emas la Afiq.
Afiq: (afiq melonjak kegembiraan sambil menjual
telur emas itu).
Babak 9
Latar Masa: Waktu petang
Latar Temapt: Di ruang tamu rumah
Setah menjual telur emas itu, Afiq membawa duit itu
dan pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Afiq pun
menceritakan semua perkara yang telah berlaku
kepada ibu dan ayahnya. Walaupun Ibu dan ayahnya
tidak mempercayai kata-kata Afiq pada awalnya,
tetapi mereka sangat gembira setelah mengetahui
perkara tersebut.
Afiq: Ayah, dengan duit ni bolehlah kita merawat
penyakit ibu kan?
Pak Mansor: Iya, betul tu. Lagipun ayah tengok
penyakit ibu tu semakin hari semakin teruk.
Afiq: Apa kata, ibu cuba pergi ke hospital besok
supaya ibu boleh mendapatkan rawatan yang
sepatutnya daripada doktor.
Mak Ina: Baiklah, kalau macam tu, nanti ibu akan
pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatn lanjut
tentang penyakit ibu ni ye.
Afiq: Okay ibu.
Babak 10
Latar Masa: Waktu Petang
Latar Tempat: Di luar rumah
Hari demi hari, kehidupan Afiq dan keluarganya
menjadi lebih baik dengan hadirnya ayam yang dapat
mengeluarkan sebiji telur emas setiap hari. Aiq sangat
bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh
Allah S.W.T kepada mereka sekeluarga.
Mak Ina: Afiq, kamu kena selalu ingat walaupun
kehidupan kita sudah semakin baik sekarang ni, kamu
jangan sesekali bersikap sombong, dan jangan
sesekali kamu menjadi orang yang tamak.
Pak Mansor: Ya, betul tu Afiq. Kamu kena selalu ingat
bahawa orang yang tamak selalunya akan rugi. Ingat
tu sampai bila-bila ye?
Afiq: Baiklah ayah, ibu. Afiq janji Afiq takkan sesekali
menjadi sombong dan tamak dengan harta dan
kesenangan yang kita miliki sekarang ini. (tersenyum)
Mak Ina: Baguslah kalau macam tu. Ibu tahu anak ibu
ni seorang yang baik.
Pak Mansor: Ayah harap Afiq akan sentiasa menjadi
seorang yang rendah hati dan pemurah selalu.
Afiq: Baik ayah.
Mereka bertiga akhirnya berpelukan bersama-sama.
- TAMAT -