“AFIQ YANG BERTUAH”
oleh
NUR AIKA SYAKIRAH BINTI MANSOR
Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Afiq. Afiq tinggal di
sebuah pondok di pinggir hutan bersama dengan ayah dan ibunya iaitu Pak Mansor
dan Mak Ina. Afiq berasal daripada keluarga yang miskin. Ibu dan bapa Afiq bekerja
sebagai petani. Walaupun keadaan keluarganya yang miskin, Afiq dan keluarganya
tetap bahagia. Afiq seorang budak yang bijak akan tetapi disebabkan oleh kemiskinan
yang dihadapi olehnya, dia selalu dipinggirkan di dalam kelas. Di sekolah, Afiq hanya
berkawan dengan Raju dan Chong sahaja. Mereka berkawan dengan baik tanpa
memilih latar belakang antara satu sama lain. Afiq juga merupakan seorang budak
yang rajin. Setiap kali cuti sekolah tiba, dia pasti akan menolong ayah dan ibunya di
kebun. Pada suatu hari, ibunya telah jatuh sakit dan tidak dapat pergi ke kebun seperti
kebiasaannya. Hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam diri Afiq dan ayahnya.
Walaubagaimanapun, mereka tidak mampu untuk menghantar Mak Ina ke hospital
disebabkan oleh kos rawatan di hospital yang sangat mahal bagi mereka. Tiba-tiba,
pada suatu hari ketika Afiq dan ayahnya sedang berjalan untuk pulang ke rumah, Afiq
ternampak seekor ayam yang tidak dapat berjalan di tepi jalan. Afiq meminta izin
daripada ayahnya untuk merawat luka ayam tersebut dengan membawanya pulang
ke rumah. Tanpa disedari oleh Afiq, ayam yang dibawa pulangnya itu bukanlah ayam
biasa kerana telur yang dihasilkan oleh ayam itu merupakan telur emas. Hal ini telah
merubah sepenuhnya kehidupan Afiq menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Watak dan Perwatakan:
Afiq:
1. Berusia 10 tahun
2. Seorang budak yang bijak dan rajin
3. Berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan
4. Mempunyai sifat belas kasihan terhadap binatang
Pak Mansor:
1. Ayah kepada Afiq
2. Berusia 36 tahun
3. Seorang petani
4. Seorang yang baik dan budiman
Mak Ina:
1. Ibu kepada Afiq
2. Berusia 32 tahun
3. Seorang petani
4. Menghidap penyakit tibi
Raju:
1. Berusia 10 tahun
2. Merupakan rakan Afiq
3. Seorang yang baik dan tidak memilih dalam berkawan
Chong:
1. Berusia 10 tahun
2. Merupakan rakan Afiq
3. Seorang yang baik dan tidak memilih dalam berkawan
Faris:
1. Berusia 10 tahun
2. Berasal dari keluarga yang berada
3. Suka membuli Afiq
Iskandar:
1. Berusia 10 tahun
2. Berasal dari keluarga yang berada
3. Suka membuli Afiq
Uncle Muthu:
1. Seorang peniaga di kedai emas
2. Berusia 40 tahun
3. Seorang yang jujur
Ayam:
1. Ayam yang tercedera di kakinya
2. Dipelihara oleh Afiq dengan sangat baik
Babak 1
Latar Masa: Waktu pagi
Latar Tempat: Di dalam kelas
Skrip dimula
Ramai rakan-rakan Afiq yang tidak mahu berkawan dengan Afiq disebabkan oleh
keluarga Afiq yang miskin.
Faris: Eh Afiq kau pakai kain buruk ke datang sekolah ni ha?
Iskandar: Entahlah kau ni, dah laa bau busuk. Kami semua taknak lah berkawan
dengan orang miskin macam kau ni.
Afiq: (hanya berdiam diri sahaja)
Chong: Eh Faris, Iskandar, tak baik lah kamu berdua cakap dekat Afiq macam tu. Cuba
kamu berdua letakkan diri kamu dalam situasi Afiq sekarang ni macam mana, mesti
kamu berdua malu kan?
Raju: Ya, betul apa yang Chong cakap tu. Kamu berdua tak sepatutnya, bersikap
macam ni, lagipun kita semua kan satu kelas tak elok lah gaduh-gaduh ni.
Babak 2
Latar Masa: Waktu tengah hari
Latar Tempat: Di kantin sekolah
Di sekolah, hanya Chong dan Raju sahaja yang sudi untuk berkawan dengan Afiq.
Mereka ini tidak pernah mempertikaikan latar belakang sesama mereka.
Afiq: Raju dan Chong, saya ingin berterima kasih kepada kamu berdua?
Raju: Kenapa pula kamu berterima kasih kepada kami, Afiq?
Chong: Ha, betul tu. Kenapa kamu ucap terima kasih, Afiq?
Afiq: Takdelah, saya ucap terima kasih sebab kamu berdua sudi berkawan dengan
saya walaupun saya ni berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Raju & Chong: ouhh, takde hal lah.
Raju: Dah la Afiq, jangan kamu fikirkan lagi tentang hal yang berlaku di dalam kelas
tadi, ye.
Chong: Ya, betul tu Afiq. Kita kan kawan, kalau jadi apa-apa dekat kawan kita, mestilah
kita kena tolong kan? Dah, jom kita makan, saya pun dah lapar ni.
Afiq: Hahaha, jom kita makan sama-sama.
Raju & Chong: Jom!
Cuti akhir tahun sekolah bermula.
Babak 3
Latar Masa: Waktu pagi
Latar Tempat: Di dalam rumah
Afiq dan keluarganya sedang bersiap untuk ke kebun kecil mereka.
Pak Mansor & Mak Ina: Afiq cepat sikit, kita dah lambat ni. Nanti panas pula kalau kita
bertolak lambat sangat.
Afiq: Ya, Afiq dah siap ni. Hehehe, maaf ye Afiq sakit perut sangat tadi.
Pak Mansor: Takpe, Afiq. Okaylah, jom kita pergi sekarang.
Afiq: Jom! (berjalan sambil menyanyi lagu tiga kupang).
Mereka bertolak ke kebun.
Babak 4
Latar Masa: Waktu Petang
Latar Tempat: Di dalam rumah
Keesokan harinya, Pak Mansor dan Afiq sedang bersiap-siap untuk pergi ke kebun,
tiba-tiba ibunya memberitahu mereka bahawa dia tidak dapat mengikuti mereka ke
kebun kerana badannya tidak sihat.
Afiq: Ibu dah siap ke? Kalau dah siap, jomlah kita pergi ke kebun sekarang.
Mak Ina: Ibu rasa, ibu tak boleh ikut kamu berdua ke kebun hari ni kerana ibu tidak
sihat.
Pak Mansor: Awak okay ke tidak ni? Ke awak nak suruh saya bawa awak pergi ke
hospital?
Mak Ina: Tidak mengapa abang, saya baik-baik sahaja. Cuma batuk biasa je ni.
Afiq: Ibu pasti ke ni? Boleh ke ibu duduk sorang-sorang dekat rumah ni?
Mak Ina: Ya, boleh Afiq (sambil tersenyum).
Babak 5
Latar Masa: Waktu petang
Latar Tempat: Di ruang tamu rumah
Hari demi hari berlalu, kesihatan Mak Ina semakin teruk. Batuknya yang dianggap
sebagai batuk biasa akhirnya menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan darah
keluar daripada mulut Mak Ina.
Pak Mansor: Saya rasa awak perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian
daripada pihak hospital tentang penyakit awak tu.
Mak Ina: Ishh, tak payahlah susah-susah nak bawa saya ke hospital tu bang, saya
okay je. Nanti sehari dua lagi, baik la batuk ni.
Afiq: Afiq pun setuju dengan apa yang ayah cakap tu, ibu.
Mak Ina: Ishh, Afiq ni, kan ibu dah kata yang ibu batuk biasa je ni. Lagipun kalau ibu
pergi ke hospital, ibu yakin yang kita ni takkan mampu untuk membayar kos rawatan
dekat hospital tu.
Afiq: Ermmm.
Babak 6
Latar Masa: Waktu Petang
Latar Tempat: Dalam perjalan pulang ke rumah
Keeseokan harinya, Pak Mansor dan Afiq pergi ke kebun seperti biasa. Dalam perjalan
pulang, Afiq sedang bertanyakan beberapa soalan kepada ayahnya tentang perkara
yang berkaitan dengan kesihatan ibunya.
Pak Mansor: (berjalan sambil termenung)
Afiq: Ayah, kos rawatan di hospital tu memang mahal ke?
Pak Mansor: Iya, betul tu Afiq, mahal sangat bagi orang macam kita ni.
Afiq: Ouhh, tak boleh ke kalau kita pinjam dulu duit daripada orang lain supaya kita
boleh bawa ibu ke hospital, ayah?
Pak Mansor: Ermmm, siapalah yang sudi nak pinjamkan duit mereka kepada kita ni
Afiq, kita ni kan orang miskin.
Afiq: Ermmmm.
Sedang asyik termenung, Afiq tiba-tiba terlihat seekor ayam di tepi jalan. Ayam
tersebut tidak dapat berjalan kerana kakinya yang luka. Afiq mengambil keputusan
untuk membawa pulang dan merawat ayam tersebut.
Afiq: Ayah! Tengok tu, kenapa ayam tu nampak macam tak boleh berjalan tu ayah?
Pak Mansor: Mana? Ayah tak nampak pun ayam yang kamu tunjukkan tu?
Afiq: Tu ayah! Dekat tepi jalan tu.
Pak Mansor: Ouh, dah nampak dah. Cuba kamu pergi tengok kenapa dengan ayam
tu.
Afiq: Baik ayah.
Pak Mansor: Ha, kenapa dengan ayam tu Afiq?
Afiq: Kaki ayam ni luka lah ayah. Patutlah dia tak boleh berjalan. Ermm, ayah boleh
tak kalau Afiq nak bawa ayam ni pulang ke rumah supaya mudah untuk Afiq rawat luka
dekat kaki dia tu.
Pak Mansor: Boleh. (tersenyum)
Babak 7
Latar Masa: Waktu Pagi
Latar Tempat: Belakang rumah
Afiq membawa pulang ayam tersebut dan merawatnya dengan sangat baik. Afiq
meletakkan ayam tersebut di belakang rumahnya. Keesokan harinya, Afiq pergi ke
belakang rumah untuk memberikan ayam tersebut makanan. Tiba-tiba Afiq sangat
terkejut apabila dia melihat ayam yang dibawa pulang olehnya itu mengeluarkan telur
emas.
Afiq: Telur emas? (terkejut). Apakah betul telur ayam ini telur emas? Kalau betullah
telur ayam ini telur emas, alangkah bertuahnya aku. Dengan adanya telur emas ini
sudah tentulah aku boleh membantu ibu dan ayah aku.
Babak 8
Latar Masa: Waktu Tengah hari
Latar Tempat: Kedai emas Uncle Muthu.
Setelah selesai memberi makan kepada ayam tersebut, Afiq bergegas pergi ke kedai
emas uncle Mutu untuk memastikan bahawa telur emas yang dihasilkan oleh ayam
tersebut adalah benar-benar telur emas asli ataupun tidak.
Uncle Muthu: Ini emas asli, Afiq. Harga emas ini sangat mahal kerana ukurannya yang
besar dan berat.
Afiq: Betul ke ni uncle Muthu?
Uncle Muthu: Ya la, ini betul-betul emas la Afiq.
Afiq: (afiq melonjak kegembiraan sambil menjual telur emas itu).
Babak 9
Latar Masa: Waktu petang
Latar Temapt: Di ruang tamu rumah
Setah menjual telur emas itu, Afiq membawa duit itu dan pulang ke rumah. Setibanya
di rumah, Afiq pun menceritakan semua perkara yang telah berlaku kepada ibu dan
ayahnya. Walaupun Ibu dan ayahnya tidak mempercayai kata-kata Afiq pada awalnya,
tetapi mereka sangat gembira setelah mengetahui perkara tersebut.
Afiq: Ayah, dengan duit ni bolehlah kita merawat penyakit ibu kan?
Pak Mansor: Iya, betul tu. Lagipun ayah tengok penyakit ibu tu semakin hari semakin
teruk.
Afiq: Apa kata, ibu cuba pergi ke hospital besok supaya ibu boleh mendapatkan
rawatan yang sepatutnya daripada doktor.
Mak Ina: Baiklah, kalau macam tu, nanti ibu akan pergi ke hospital untuk mendapatkan
rawatn lanjut tentang penyakit ibu ni ye.
Afiq: Okay ibu.
Babak 10
Latar Masa: Waktu Petang
Latar Tempat: Di luar rumah
Hari demi hari, kehidupan Afiq dan keluarganya menjadi lebih baik dengan hadirnya
ayam yang dapat mengeluarkan sebiji telur emas setiap hari. Aiq sangat bersyukur
dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka sekeluarga.
Mak Ina: Afiq, kamu kena selalu ingat walaupun kehidupan kita sudah semakin baik
sekarang ni, kamu jangan sesekali bersikap sombong, dan jangan sesekali kamu
menjadi orang yang tamak.
Pak Mansor: Ya, betul tu Afiq. Kamu kena selalu ingat bahawa orang yang tamak
selalunya akan rugi. Ingat tu sampai bila-bila ye?
Afiq: Baiklah ayah, ibu. Afiq janji Afiq takkan sesekali menjadi sombong dan tamak
dengan harta dan kesenangan yang kita miliki sekarang ini. (tersenyum)
Mak Ina: Baguslah kalau macam tu. Ibu tahu anak ibu ni seorang yang baik.
Pak Mansor: Ayah harap Afiq akan sentiasa menjadi seorang yang rendah hati dan
pemurah selalu.
Afiq: Baik ayah.
Mereka bertiga akhirnya berpelukan bersama-sama.
- TAMAT -