The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d091052, 2022-02-23 19:28:10

SEMUT DENGAN MERPATI

SEMUT DNEGAN MERPATI

SEMUT DENGAN MERPATI



Pada suatu hari yang panas, semut mencari
air untuk diminum.



Setelah berjalan ke sana ke mari, ia
menjumpai sebuah sungai.



Untuk masuk ke dalam sungai itu, ia
memanjat rumput.



Ketika memanjat rumput, ia tergelincir dan
tidak dapat menyelamatkan diri lalu terjatuh
ke dalam kolam.



“Oh, Tuhan! Selamatkanlah aku. Tolong,
tolong” jeritnya.



Tiba- tiba ada seekor merpati yang sedang
terbang lalu duduk di atas pokok di tepi
sungai.



Kemudian merpati terpandang akan semut.
Ia berasa sangat kasihan.



“Kasihan semut itu! Bagaimana aku hendak
menolongnya?” bisiknya.



Kemudian merpati hinggap di sebatang
pokok lalu memetik sehelai daun daripada
pokok itu.



Merpati pun menggigit sehelai daun, lalu
menjatuhkannya dekat dengan semut yang
sedang terkapai- kapai.



Semut segera bergerak ke arah daun, lalu
memanjat daun itu. Semut akhirnya
terselamat.



Akhirnya, daun hanyut ke tebing kolam.
Semut naik ke tebing kolam, lalu berjalan ke
pangkal pokok.



Terima kasih! Terima kasih banyak-
banyak!” katanya sambil menangis. “Saya
berharap akan dapat membalas jasamu ini
suatu hari nanti.



Beberapa hari kemudian, semut ternampak
seorang pemburu. Dia mengacukan sepucuk
senapang ke arah merpati. Dia hendak
menembaknya.



Semut masih ingat pertolongan merpati
kepadanya tempoh hari. “Bagaimana
caranya aku hendak menolong merpati itu?”
Katanya sendirian.



Dengan segera ia merayap memanjat kaki
pemburu itu. Semasa pemburu itu hendak
menembak, semut menggigit kaki pemburu
itu dengan kuat.



Pemburu itu mengalami kesakitan di
kakinya. Dia tidak jadi untuk melepaskan
tembakan.



Merpati pun terselamat. “Kamu adalah
semut yang pintar dan baik hati,” bisiknya di
dalam hati lalu terbang.

Nilai murni:

Perbuatan yang baik, dibalas baik.


Click to View FlipBook Version