Disediakan oleh :
SM Sains Johor, Kluang
Pendahuluan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada
semua pembaca buku skrap ini. Alhamdulillah dan
syukur yang tidak terhingga kerana saya diberi
peluang untuk berkongsi cerita mengenai seorang
tokoh wanita yang amat disegani, Ibu Zain.
Sebagai seorang remaja wanita, seorang
pelajar, seorang ahli pandu puteri dan seorang
anak perempuan daripada keluarga yang pernah
melibatkan diri dalam dunia politik, saya
berpandangan bahawa jasa yang ditaburkan Ibu
Zain kepada negara sewajarnya dipelihara oleh
semua terutamanya generasi alaf baru yang
semakin mengabaikan nilai sebenar dan erti
kemerdekaan.
Saya berharap agar semua input yang
terdapat di dalam buku skrap ini dapat
memberikan manfaat kepada pembaca.
Nur Syafia Sh
ahrezal
Biodata
Nama :
Nur Syafia binti Shahrezal
Umur :
17 tahun
Sekolah :
Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang
Subjek
kegemaran :
Sejarah dan Bahasa Melayu
Motto hidup :
" Sentiasa bersyukur dan tabah
walaupun hidup tak sentiasa
berada di pihak yang sama. "
Biodata Ibu Zain
Nama : Hajjah Zainon binti Sulaiman @
Munshi Sulaiman
( 22 Januari 1903 hingga 2 April 1989 )
Ibu Bapa : Munshi Sulaima
n bin Abdul Hadi
dan Siti Shahariah Haji Khamis
Tempat Kampung Nyalas, Melaka
Lahir:
Tempat Makam Mahmoodiah, Johor
Persemadian : Bahru, Johor.
Pasangan : Ustaz Mohd Amin bin Ahmad
Pendidikan :
1909 - 1912
Sekolah Rendah Perempuan
Methodist Kampung Belanda,
Tengkera, Melaka
1913 - 1915
Sekolah Tengkera, Melaka sehingga
lulus Junior Cambridge
Kerjaya:
Tahun Jawatan Catatan
1921 Guru Sekolah
percubaan
Guru besar Perempuan
1924 - 1926
Guru Bandar Maharani,
Pelawat/
1927 Penyelia Muar, Johor.
1929 Penyelia Sekolah -
Sekolah
Perempua
n Daerah
1956 Pengasas dan
Pengarang Batu Pahat dan
10 Mac 1963
Muar
Sekolah - Sekolah
Perempuan Negeri
Johor
Majalah
wanita,
Bulan Melayu
Anggota Lembaga Kongres Bahasa dan
Tetap Kongres Persuratan Melayu
Malaya Ketiga
Pengetua Kolej Puteri Tuanku
Ampuan Mariam @
Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama
Johor Bahru
Rasional
Berbeza daripada kebanyakan kaum wanita, Ibu
Zain telah menerima pendidikan formal yang
dianggap melanggar tradisi masyarakat Melayu
sebagai seorang anak gadis.
Namun begitu, hal ini tidak pernah
menghalang Ibu Zain daripada terus menabur
bakti terutamanya dalam menyebarkan
semangat nasionalisme serta pendidikan
masyarakat.
Usaha kecil Ibu Zain memberikan peluang
pendidikan kepada semua golongan
terutamanya kaum wanita telah membuka
mata dunia betapa pentingnya pendidikan.
Kelebihan Ibu Zain
Ibu Zain memanfaatkan ilmu yang
diperolehnya melalui pelbagai medium.
Sebagai seorang pengarang Bulan Melayu,
beliau telah menyemai semangat patriotik
dalam penulisan beliau. Seterusnya
kemampuan Ibu Zain untuk membaca,
menulis, bersajak, syair dan sebagainya
membolehkan Ibu Zain menarik minat
masyarakat untuk belajar.
Selain itu, Ibu Zain boleh mempelajari
bahasa Jepun dalam masa yang
singkat menyebabkan beliau dihormati
oleh askar daripada negara
matahari terbit itu.
Kredibiliti Ibu Zain
Politik
Ibu Zain diberi kepercayaan untuk menyakinkan orang
ramai terhadap
kepimpinan UMNO
ketika berlakunya
rapat raksasa di
Bukit Timbalan Johor
pada 15 Julai l950 yang Contoh situasi rapat raksasa
membantah peletakan
jawatan Datuk Onn sebagai Yang Di Pertua UMNO.
Beliau dengan lantangnya mempersoalkan sokongan
ahli yang dilihat terlalu taksub kepada kepimpinan
sedangkan matlamat ahli menyertai UMNO adalah
untuk bersama-sama pemimpin
menuntut kemerdekaan. Di atas
keseriusannya membela nasib
wanita khususnya dan anak bangsa
amnya, Ibu Zain telah terpilih
sebagai Naib Ketua Pergerakan
Kaum Ibu UMNO Bahagian
Selatan bagi tahun 1955 hingga 1963.
Pendidikan
Pada tahun 1926, Ibu Zain telah
dilantik sebagai
guru besar di
Sekolah
Perempuan Bandar
Maharani, Muar,
Johor meskipun baru
berkhidmat sebagai guru percubaan
di sekolah tersebut selama enam
bulan. Ibu Zain turut menerima
anugerah Tokoh Guru Suluh
Budiman 1980.
Jasa & Sumbangan
Politik
Pada tahun 1945, Ibu Zain telah
menubuhkan Kumpulan Ibu Sepakat
bagi menyatukan kaum ibu
menyokong usaha ke arah
kemerdekaan. Kaum wanita yang
mendaftar sebagai tentera sukarela
membantu menangkis dakyah komunis yang menular
dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya, Ibu Zain juga merupakan tokoh politik wanita
yang berpengaruh dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu atau United Malays National Organisation
(UMNO). Beliau lantang menentang penjajah dan sentiasa
bersemangat waja.
Pada usia 60 tahun, Ibu Zain masih bersemangat dengan
menyertai askar wataniah semasa Konfrontasi Malaysia-
Indonesia hangat diperkatakan. Beliau bersama ahli
pasukan sukarela in menjalani latihan di Kem Majidee,
Johor Bahru.
Pendidikan
Sebagai seorang pencinta ilmu,Ibu Zain telah
mengasaskan sekolah agama petang dan menubuhkan
sekolah agama perempuan pertama di Johor iaitu Kolej
Puteri Tuanku Ampuan Mariam yang kini dikenali
sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor
Bahru. Tidak terhenti di situ, beliau menubuhkan
Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu pada tahun
1930 bagi meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa.
Ibu Zain turut memainkan peranan penting dalam
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958
bagi mendaulatkan bahasa Melayu.
Akhir sekali, Ibu Zain giat berkempen dan
menyampaikan ceramah untuk
membasmi buta huruf dalam
kalangan orang Melayu
terutamanya kanak-kanak.
Penutup
Akhir kalam, perjuangan Ibu Zain
dalam usaha memartabatkan nasib
kaum wanita perlu kita hargai.
Bertepatan dengan pesanan
terakhir beliau :
Agama dididik,
moden dibela.
Dunia dikelek,
akhirat ditatang.
Sekian, Terima kasih.