The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syarmila devi, 2024-03-05 23:18:32

KOLEKSI PUISI TRADISIONAL DAN MODEN

TUGASAN BMMB3103 PENGHASILAN KARYA

SYARMILA DEVI A/P NAGESH - BM 1 KOLEKSI PUISI TRADISIONAL DAN MODEN


Isi Kandungan Muka Surat Pantun 2 Kerat 1 Pantun 4 Kerat 2 Syair 3 Gurindam 4 Seloka 5 Sajak 6 - 8


PANTUN 2 KERAT Jarum peniti semat di kain, Berhati-hati semasa bermain. Berjalan cermat di tepi busut, Supaya selamat pakailah kasut. Pakai kain nampak bergaya, Jangan bermain di jalan raya. Dipohon beringin hinggap kenari, Jangan bermain seorang diri. Pergi ke pasar beli rambutan, Jangan lupa jaga keselamatan. KESELAMATAN DIRI


Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh lapan, Dilatih tubi sampai dapat, Apabila dapat maju ke depan. Betik masak lebat dipangkal, Penuh kapal bawa belayar, Baik budi panjang akal, Hormat guru tekun belajar. Pohon kelapa tegak berdiri, Kelapa ditanam tepi bangunan, Ilmu di dunia terus dicari, Jasa guru dilupa jangan. Manis rasanya buah delima, Masak sebiji dicelah daun, Budi guru saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun. Pergi memburu di hutan lama, Dapat rusa waktu pagi, Kalau ilmuku dapat sama, Usaha guruku sanjung tinggi. PANTUN 4 KERAT HARGAI GURU


SYAIR CINTAI ALAM SEKITAR Aduhai anakku ibu berpesan, Kelak dirimu jadikan panduan, Cintailah keindahan jaga kebersihan, Persekitaran indah tiada pencemaran. Jadilah warga bertimbang rasa, Kepada alam membuat jasa, Flora dan fauna tidak dibinasa, Bumi tiada musnah masyarakat berjasa. Wahai adikku dengarlah tuan, Bumi ini amanah Tuhan, Jangan suka membuat kerosakan, Nyawa terancam menganggu kesihatan. Sampai hati membuat kerosakan, Menangis bumi banyak pencemaran, Tanah, sungai, udara, lautan, Kotor ditaburi sisa buangan. Tanamkan di jiwa semangat iltizam, Janganlah suka berbuat kejam, Tanah dan tumbuhan tidak terancam, Kehidupan di dunia aman tenteram.


Ilmuku Nadiku Kalau menjadi murid pemalas, Tidak mendengar guru di kelas. Belajarlah kamu sedari kecil, Supaya kamu memperoleh hasil. Meskipun sedikit ilmu didapatkan, Jangan sesekali kamu abaikan. Jika ilmu diperoleh tidak sempurna, Jiwa penerima tiadalah berguna. Marilah belajar di mana jua, Sebelum kita menjadi tua.


Wahai cucuku, Dalam kehidupan penuh warna, Ada seorang pemalas, Tidur sepanjang hari, Malas tak terhenti, Orang pemalas hanya tahu bermalas, Kerja disisihkan, Tanggungjawab dilupakan, Hasil usaha pun takkan tercapai, Pemalas diam takkan maju, Kerja keras jauh dari hati, Pemalas hanya meraih kegagalan, Hidup penuh dengan usaha, Kerja rajin hasil pasti, Usaha gigih membawa kejayaan sejati.


Kawan Sejati Kawan sejati kawan setia, Ikhlas bersahabat membawa berkat, Sentiasa memberi nasihat berguna, Agar selamat dunia akhirat. Suka duka dikongsi bersama, Hadapi cabaran dengan tenang, Sahabatku suka berhati mulia, Berkongsi kesusahan bersama menang. Atas langit ada awan, Indah sekali ketika lihat, Masa pahit selalu diteman, Engkau mesti sentiasa rapat. Kayu jati tidak berduri, Pokok di tepi telaga, Sahabat sejati sukar dicari, Sahabat sejati sentiasa berharga. Mengayuh sampan di bawah jambatan, Bawah jambatan ada pokok buah berisi, Rakanku sopan penuh ketaatan, Sentiasa berada di sisi.


AKU WARGANEGARA Aku warganegara Di hati semangat waja Aku dilahirkan di Malaysia Buktinya aku ada sijil kelahiran Aku warganegara Di dada penuh satri Tak perlau sangsi tak perlu ragu Buktinya aku ada kad pengenalan Aku warganegara Ke sana ke sini bebas sekali Tanpa rasa takut tanpa gelisah Kerana aku rakyat Malaysia sejati Aku warganegara Harapan nusa dan bangsa Itulah buktinya Itulah hakikatnya


KELUARGA AKU Keluarga itu, Sangat aku cintai, Sangat aku hargai. Keluarga itu, Mengajar aku erti kasih dan sayang, Mendidik aku menjadi insan yang berguna, Kenal pada tuhan yang esa. Keluarga itu, Ada ibu yang penyayang, Ada ayah yang dedikasi, Ada kakak, abang dan adik-beradik yang pengasih. Keluarga itu, Sentiasa berada di sisi aku, Tertawa bersama semasa gembira, Menangis bersama semasa sedih. Keluarga itu, Adalah keluarga aku yang bahagia, Sangat aku cintai, Sangat aku hargai.


RUJUKAN Erni, S. (2023, Mac 12). Puisi Moden dan Puisi Tradisional. Anyflip.com: https://anyflip.com/tuude/xhuv Restu, I. (2014). Adik Sayang Pantun. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Shahidin, W. Z. (2017). Penulisan Sastera Kreatif Kanak-kanak. Sasbadi Sdn. Bhd. Yusof, E. (2018). Pok Amai Amai: Pantun Nasihat. Oyez Publications. Zakeria, S. Z. (2015). Gaya Penyampaian Cerita Rakyat Melayu Terpilih dalam Majalah Dewan Pelajar. Jurnal Kesusasteraan Melayu, 1-18.


Click to View FlipBook Version