Jiranku Prihatin
Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai masyarakat
majmuk yang berbilang bangsa dan kaum.Masyarakat Malaysia sangat bertuah kerana
dapat hidup dalam keadaan yang harmoni,adil dan aman.ini menjadikan masyarakat
Malaysia dapat mengenali dan hidup bersama dengn jiran pelbagai bangsa.
Ini adalah kisah berkenaan keluargaku dan jiranku.Aku telah mengikut keluargaku
berpindah ke sebuah kampung di kampung simpering seemenjak 4 tahun lepas.Suasana
kejiranan di sini sangat harmoni dan semua orang di kampung ini mengenali di antara satu
sama lain.Keluargaku telah berkenalan dengan jiran-jiran di sini iaitu,Pakcik Yusof,Uncle
Cheng dan Uncle Savi.Mereka sangat ramah dan suka membantu.Setiap minggu selalu
diadakan aktiviti di kawaan kampung kami seperti gotong-royong membersihkan kawasan
sekitar,jamuan makanan dan melakukan aktiviti riadah bersama-sama.Hubungan kami
sangat rapat antara satu sama lain.
Perkara yang lebih menarik adalah,apabila kami sekeluarga hendak pergi
bercuti,Pakcik Yusof akan menawarkan diri untuk menjaga rumah.Uncle seng juga selalu
menyiram pokok bunga di halaman rumah ketika ketiadaan kami.Uncle Savi juga selalu
mengambilku dan menghantarku pulang dari sekolah sekiranya ayah tidak sempat
mengambil kami di sekolah.
Peristiwa yang tidak dapat aku lupa sepanjang hidup berjiran disini adalah pada
5 bulan lepas.Kami sekeluarga perlu di kuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan
pesakit Kovid-19.Kami dikenakan kuarantin selama 14 hari di rumah.Sepanjang tempoh
ini,jiranku banyak membantu dengan memberi makanan dan membeli barang keperluan
kamu.Kami sangat terharu kerana walaupun ditimpa musibah seperti ini,masih ada jiran-
jiran yang datang membantu tanpa mengharapkan balasan.Mereka juga banyak memberi
kata semangat kepada kami agar tabah menghadapi ujian ini