The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SKKKLIA KALI KE_26_1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURULHUSNA NAJWA BINTI TUGIRAN KPM-Guru, 2024-05-17 04:46:08

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SKKKLIA KALI KE_26_1

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SKKKLIA KALI KE_26_1

PERKARA MUKA SURAT ATUR CARA MAJLIS 1 UCAPAN GURU BESAR 2 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 3 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG KALI KE-26 4-7 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 8 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-25 9-20 LAPORAN AKTIVITI 2023/2024 21 LAPORAN KEWANGAN 2023/2024 22-24 KUTIPAN DAN SUMBANGAN PIBG 2023/2024 25-26 CARTA ORGANISASI AJK PIBG 2023/2024 27 USUL, CADANGAN, DAN ADUAN 28-31 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 32 SEKALUNG PENGHARGAAN 33


1 8.30 pagi : -Pendaftaran ibu bapa dan guru 9.00 pagi : -Ketibaan YDP dan AJK PIBG -Ketibaan Perasmi 9.30 pagi : -Nyanyian Lagu Negaraku -Ucapan aluan Pengacara Majlis -Bacaan doa -Ucapan Guru Besar ( Pn. Roslina bt Bowah ) -Ucapan YDP PIBG ( En. Mohd Fauzi b. Sulaiman ) -Ucapan Perasmi Mesyuarat Agung kali ke-26 Wakil Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah ( En. Azhar b. Muhammad Kassim ) Pegawai Khas Parlimen Rasah -Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 -Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi -Jamuan VIP -Tayangan Video AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK KOMPLEKS KLIA KE-26 10.30 pagi -Ucapan YDP PIBG -Ucapan Ex-officio ( Guru Besar ) -Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Kali ke-25 -Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 -Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG sesi 2023/2024 -Perbahasan usul -Hal-hal lain -Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 -Pelantikan pengerusi sementara PIBG sesi 2024/2025 -Pemilihan/Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 -Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG 2024/2025 12.30 tghri-Cabutan bertuah -Bersurai


Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan kurniaNya, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-26 bagi tahun 2024 dapat dilaksanakan pada hari ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam perkenalan dan berterima kasih kepada semua yang hadir kerana dapat meluangkan masa untuk turut serta dan menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan memupuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar setiap barisan guru, ibu bapa/penjaga murid-murid sekolah ini sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan kejayaan sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Saya berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang realistik demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga Allah SWT memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih. PUAN ROSLINA BINTI BOWAH GURU BESAR SK KOMPLEKS KLIA 2


MOHD FAUZI BIN SULAIMAN YANG DIPERTUA PIBG SK KOMPLEKS KLIA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya melahirkan perasaan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan kita bersama-sama menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG SK Kompleks KLIA kali ke-26. Terima kasih saya ucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga kerana sudi bersama-sama menjayakan majlis kita pada hari ini. Matlamat kita adalah memberi sokongan dan kerjasama untuk terus meningkatkan prestasi SK Kompleks KLIA. Semoga dengan ikatan muhibbah dan permuafakatan yang jitu di antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat memberi impak yang lebih baik untuk mencapai sasaran dalam aspek 5K iaitu ‘Keceriaan, Keselamatan, Kebajikan, Kecemerlangan dan Kejayaan’ murid-murid dan sekolah dalam pelbagai bidang. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga pendidik, pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa yang telah bersama-sama berganding bahu dan saling membantu demi kejayaan anak-anak kita. Sokongan daripada semua pihak membolehkan aktiviti-aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya. Kepada barisan AJK PIBG Sesi 2023/2024, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas segala inisiatif dan sumbangan tanpa mengenal penat lelah. Harapan saya agar semua AJK PIBG yang bakal dilantik dapat bersatu hati dalam menjayakan program sekolah. Akhir kata, saya memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan dalam memikul amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan. Marilah sama-sama kita menggembleng tenaga membangunkan SK Kompleks KLIA demi negara, bangsa dan agama. Sekian, terima kasih. 3


EX-OFFICIO PUAN ROSLINA BINTI BOWAH YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI ENCIK MOHD FAUZI BIN SULAIMAN ENCIK AMIR SYAKIREEN BIN RAMLI PUAN ARBAAYAH BINTI ISMAIL PUAN SITI NURHANI BINTI ZAKARIA PUAN NUR AMIRA BINTI ABDULLAH 4


JAWATANKUASA SAMBUTAN/PROTOKOL - Pn Roslina bt Bowah (GB) - Pn Suriati bt Hamdan (GPK 1) - Pn Masrina bt Ma Hasan (GPK HEM) - En Hishamuddin b. Abd Hamid (GPK KOKO) - Pn Normahani bt Mohd Tahar (GPK ptg) - Cik Nor Haizan bt Md Yassin (GPK PPKI) JAWATANKUASA SURAT JEMPUTAN DAN TEKS UCAPAN - Pn Nora bt. Hamzah (K) - Pn Azizah bt. Berdan PENCATAT MINIT MESYUARAT - Pn Mazlini bt Morad (K) - Pn Mislinah bt Mohd Arsat - Pn Noraliza bt Zulkapli - Pn Normaisarah bt Ismail - Pn Norlia binti Nasir - Pn Nazatul Raha bt Abdul Raof - Pn Salila bt Mohd Hashim - Pn Rosmaliza bt Ibrahim - Pn Masnizah bt Abdollah JAWATANKUASA PENDAFTARAN - Pn Nurwati bt Salleh (K) - Pn Sueria Hartie bt Jahari - Pn Ida Syakinah bt Baderol Iskandar -Pn Siti Zubaidah -Pn Hanisah bt Udin -Pn Masni bt Mohd Aris JAWATANKUASA PERSIAPAN DEWAN Sebelum - Pn Madihah bt Md Ismail (K) - Pn Siti Rawizah bt Abd Rahman - En. Muhd Hanif b. Ibrahim - Pn Bibi Marina bt Yusoff - Pn Nor Faizah bt Abu Hashim -Pn Ahadia bt Senin -Pn Ruslita bt Ramli -Pn Rozalita bt Mohamad Radzi -Pn Nur Badriah bt Omar -Pn Salmah bt Nosa - Encik Alif Umar Bin Mohd Yunus (AJK PIBG) - Encik Mohd Azam bin Uda Kamaruddin (AJK PIBG) - Encik Zaidi bin Husin (AJK PIBG) - Encik As’ari bin Hj Hashim (AJK PIBG) - Pekerja pembersihan sekolah JAWATANKUASA PERSIAPAN DEWAN Selepas - En Ashraf b. Yaacob (K) - Pn Azni bt Azam - Pn Siti Musfirah bt Md Hashim - Pn Mariamah a/p Varatharajoo - Pn Normazian bt Abd Malek -Pn Noraslinda bt Aziz -Pn Julia Zainira bt Zaimon - Semua AJK PIBG 5


JAWATANKUASA JAMUAN IBU BAPA DAN GURU - Pn Khazilah bt Jaafar (K) - Pn Norfiazah bt Abdullah - Pn Norhasma bt Siama - Pn Faridah bt Abd Karim - Pn Kartini bt Yaacob -Pn Shakinah bt Tahir -Pn Umyati bt Mohamad Samsuddin JAWATANKUASA BACKDROP DAN BANNER - En Afiq b Yaacob (K) - En Yusof b Masbah AJK SIARAYA - En Nazarul Hisam bin Nasir (K) - En Muhammad Faizal b. Sulaiman JAWATANKUASA HIASAN PENTAS - Pn Ummu Syafiqah bt Suhaimi (K) .- Pn Zuhaizah bt Zainuddin - Cik Nur Aisyah bt Bukhari - Pn Kartini bt Ghazali - Pn Halimatusyakdiah bt Bahari PENGACARA MAJLIS - Pn Misliza bt Ahmad BACAAN DOA - En Muhammad Faizal b. Sulaiman JAWATANKUASA BUKU PROGRAM - Pn Nurulhusna Najwa bt Tugiran (K) - Cik Nursyuhaidah bt Zamani - Puan Mazidah bt Baharom - Pn Nor Azlina bt Ab Latif - Pn Elke Suzanne bt Mohd Suhaimi JAWATANKUASA FOTOGRAFI/VIDEO - Pn Wahidah bt Junaidi (K) - Pn Suzana Normah bt Nurdin - Dibantu oleh Kelab Fotografi sekolah TAYANGAN VIDEO - Puan Suriany Che wan (K) -Cik Geethaanjali A/P Kathiwanan - Pn Najwa Elia bt Mohamad Fauzi -Pn Syafiqah bt Mohd Salleh JAWATANKUASA KESELAMATAN/ LALULINTAS - En Wan Arkan b. Wan Muhammad (K) - En Helmi bin Arais - Encik Noffendy bin M.Halim (AJK PIBG) - Encik Mohamed Khalid Bin Maideen (AJK PIBG) - Encik Mohd Saifullah bin Najmuddin (AJK PIBG) - Pengawal Keselamatan Sekolah 6


JAWATANKUASA CABUTAN BERTUAH - Pn Noor Hizami bt Samsuddin (K) - Pn Nursayyidah bt Mohd Ali - Pn Nurul Adawiyah bt Azrilhisyam -Pn Hanizah bt A.Hamid - Pn Nur Amira bt Abdullah - Pn Zaleha Bibi bt Mohamed - Pn Maryani bt Ajis - Dr Siti Sumaiyya bt Salim -Pn Rose Raihana bt Rusli - Pn Norsyalawati bt Munawer - Cik Noor Aishah bt Bukhari - Puan Siti Aishah bt Hamzah (AJK PIBG) - Puan Noraliah bt Ali (AJK PIBG) - Puan Julie Hennie bt Mohammad (AJK PIBG) - Puan Rahmas binti Jumri@Mohd Jamaludin JAWATAKUASA CENDERAMATA / HADIAH - Pn Mazlina bt Mamat (K) - Pn Zalina bt Mat Ail - Pn Marhoma bt Apong - Pn Noor Aishah bt Zainuddin - Pn Khairunnisa bt Ab Azit - Puan Sakinah bt Mohd Razali (AJK PIBG) - Puan Rosniza bt Che Sat (AJK PIBG) JURUKIRA - Pn Liong Kim Ling (K) - Cik Faradiana bt Mohd Slim - Pn Norazian bt Mohamed Shafiee - Pn Aszila bt Baharudin - Pn Laila bt Mustafa - Pn Siti Zura bt Mardzuki Pencatat papan putih - Pn Nurul Atiqah bt Nizam (K) - Pn Wan Hazawani bt Wan Zain DOKUMENTASI - Pn Azizan bt Abd Rahman (K) - Pn Nur Hafeezah bt Ibrahim 7


8


Tarikh : 13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sri Perdana SK Kompleks KLIA Kehadiran : 202 orang Pengerusi : Encik Mohd Fauzi bin Sulaiman 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS (YANG DIPERTUA PIBG) 1.1 Encik Mohd Fauzi bin Sulaiman mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada En. Badrulshah iaitu Pengurus Bank Rakyat Nilai / Enstek atas kesudian merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 SK Kompleks KLIA. Ucapan terima kasih kepada warga sekolah terutama guru besar , para guru dan ahli jawatankuasa dalam menjayakan mesyuarat Agung PIBG pada hari ini. 1.3 Beliau memaklumkan PIBG ialah satu medium yang berkesan untuk mengeratkan hubungan pihak sekolah dan ibu bapa, oleh itu PIBG haruslah senantiasa bergerak seiring dengan kemajuan sekolah serta menjadi penyumbang kepada program sekolah. Antara aktiviti PIBG dalam membantu pihak sekolah adalah Seminar Speedmath tahap 2 dan program E-waste. 1.4 Beliau juga memaklumkan projek terkini PIBG ialah memasang kipas dinding di dalam kelas memandangkan cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang. Mengalu-alukan sumbangan dari ibu bapa terutama sumbangan kipas dinding. 1.5 Antara projek PIBG yang masih dalam perbincnagan ialah memasang lampu di sekitar susur gajah di hadapan sekolah. Pihak PIBG akan mengeluarkan sedikit dana untuk program ini. 1.6 Beliau amat mengharapkan kerjasama dan sokongan dari ibu bapa dalam semua aktiviti disekolah ini. Beliau amat mengharapkan sumbangan dari ibu bapa dari pelbagai bentuk seperti duit, tenaga dan 9


2.0 UCAPAN GURU BESAR 2.1 Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa ke mesyuarat PIBG SK Kompleks KLIA bagi sesi 2023/24. 2.2 Beliau bersyukur kerana perancangan mesyuarat dapat disempurnakan pada hari ini. Beliau juga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada En.Badrulshah bin Mohamed, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Nilai dan Enstek dan juga kepada semua ibu bapa kerana hadir ke mesyuarat PIBG . 2.3 Beliau memaklumkan seramai 162 orang ibu bapa yang hadir berdasarkan link qr code semasa pendaftaran. 2.4 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen yang diberikan kepada semua guru. 2.5 Beliau memaklumkan aktiviti-aktiviti yang dirancang antaranya telah berjaya dilaksanakan. Sumbangan kewangan daripada ibu bapa kepada pihak sekolah sangat membantu dalam menjayakan perancangan tersebut. 2.6 Beliau menggalakkan ibu bapa untuk anak menyertai Program Permata Pintar (UKM). Murid perlu menduduki 3 saringan iaitu UKM 1,UKM 2 dan UKM 3. 2.7 Beliau memaklumkan tentang prasarana yang masih kurang di sekolah dan akan diambil inisiatif untuk penambahbaikan. Sebarang inisiatif akan diambil terhadap prasarana yang masih kurang di sekolah. 2.8 Beliau juga mengalu-alukan sebarang sumbangan dan juga menerangkan peranan PIBG yang turut membantu pihak sekolah dalam kemenjadian murid. 2.9 Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Ibu. 10


3.0 PERASMIAN OLEH ENCIK BADRULSHAH BIN MOHAMED, PENGURUS BANK RAKYAT CAWANGAN NILAI/ENSTEK 3.1 En Badrulshah mengucapkan Selamat Hari Raya, Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Ibu kepada semua hadirin yang berada di dewan pada hari ini. 3.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah menjemput beliau bagi merasmikan majlis pada pagi ini. 3.3 Beliau juga mengatakan Mesyuarat Agung PIBG perlu dilaksanakan setiap tahun untuk bersama-sama dengan pihak sekolah bagi kemenjadian murid. PIBG haruslah sentiasa memberi sokongan dan menggembleng tenaga dengan pihak sekolah dalam kemenjadian murid. 3.4 Ibu bapa harus bersama-sama menggembleng tenaga dan mewujudkan kemuafakatan serta kerjasama yang baik dengan guru-guru di sekolah . 3.5 Sumbangan dari Bank Rakyat adalah untuk kemenjadian murid dan untuk kegunaan sekolah. 3.6 Beliau juga menyatakan mendidik anak-anak adalah bermula dari rumah dahulu sebelum di sambung oleh guru-guru di sekolah. Ibu bapa hendaklah memupuk nilai-nilai murni bermula di rumah. 3.7 Di samping itu beliau juga mengatakan apa yang penting dalam diri anak-anak adalah sahsiah diri. 3.8 Bank Rakyat akan bersama-sama dengan pihak sekolah dan PIBG untuk membantu anakanak murid di SK Kompleks KLIA. 3.9 Pihak bank akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memberi zakat kepada anak-anak yang layak. 3.10 Bank Rakyat juga akan sentiasa menyokong pihak sekolah dalam pembangunan sekolah. 3.11 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada bakal ahli jawatankuasa yang bakal dilantik pada hari ini. Beliau juga mengharapkan PIBG kali ke-25 berjalan dengan lancar dan teratur. 11


4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-24 4.1 Encik Mohd Fauzi bin Sulaiman selaku YDP PIBG SK Kompleks KLIA membentangkan minit mesyuarat Agung Kali ke 24. 4.2 Pengesahan minit mesyuarat Agung kali ke-24 Cadangan oleh : Encik Ismail bin Ahmad Disokong oleh : Encik Amir Syakireen bin Ramli 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022 / 2023 5.1 Puan Arbaayah binti Ismail selaku setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG 2022. 5.2 Beliau meminta para hadirin merujuk buku mesyuarat Agung PIBG muka surat 21 hingga 22 yang tercatat segala aktiviti yang telah dijalankan. Program dan Sumbangan PIBG yang telah dijalankan ialah: 1. Memberi sumbangan berbentuk kewangan kepada sekolah dan murid-murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum. 2. Membiayai kos fotokopi lembaran kerja dan kertas ujian murid-murid. 3. Memberi sumbangan untuk Projek Kantin SK Kompleks KLIA. 4. Menyumbang program motivasi di bawah pengurusan Bimbingan Kaunseling SK Kompleks KLIA. 5. Menyumbang stok makanan kepada murid yang terlupa membawa makanan ke sekolah. 6. Hari Apresiasi Kecemerlangan. 7. Program Jalinan Korporat dan PIBG bagi naik taraf tapak perhimpunan. 8. Menymbang program bubur lambuk untuk murid-murid. 9. Projek e-Waste dengan kerjasama ibu bapa, guru, PIBG dan SARANA. 10. Majlis Khatam Al-Quran serta sumbangan kepada murid asnaf. 11. Memberi sumbangan kewangan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri. 12. Menyumbang untuk baik pulih kebocoran paip besi utama bawah tanah kawasan sekolah. 13. Menyumbang untuk Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-21. 14. Menyumbang untuk baik pulih dalam dewan sekolah. 15. Memberi sumbangan untuk keceriaan sudut-sudut panitia dalam kelas. 12


16. Memberi sumbangan untuk menaik taraf laman PPDa. 17. Program Perjumpaan 3 Penjuru kali pertama bersama ibu bapa dan guru. 18. Membiayai Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid. 19. Memberi sumbangan sambutan Hari Kanak-kanak. 20. Menyumbang untuk Projek Gelanggang Petanque bagi murid-murid PPKI. 21. Menyumbang untuk Gelanggang Sepak Takraw bagi kemudahan murid. 22. Baik pulih kebocoran bumbung dewan sekolah. 23. Baik pulih kebocoran di bilik muzik sekolah. 24. Naik taraf pondok wakaf untuk kemudahan bersama. 25. Hari Anugerah Kokurikulum 26. Hari Anugerah Kecemerlangan. 27. Majlis Graduasi Tahun 6. 28. Program 3 Penjuru dan PBD 29. Pameran Haiwan Eksotik. 30. Sumbangan sempena sesi pembukaan sekolah 2023/2024. 31. Gotong Royong Perdana 32. Sumbangan Program Pendaftaran Tahun 1 sesi 2023/2024. 33. Menyumbang untuk baik pulih sinki Prasekolah. 34. Program Semarak kasih (pengagihan bubur lambuk kepada warga sekolah). 35. Memberi sumbangan untuk Sambutan hari Raya Aidilfitri. 5.3 Pengesahan laporan aktiviti. Cadangan oleh : Encik Mohd Saifullah bin Najimuddin Disokong oleh : Encik Muhamad Kadri bin Azmi 13


16. Memberi sumbangan untuk menaik taraf laman PPDa. 17. Program Perjumpaan 3 Penjuru kali pertama bersama ibu bapa dan guru. 18. Membiayai Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid. 19. Memberi sumbangan sambutan Hari Kanak-kanak. 20. Menyumbang untuk Projek Gelanggang Petanque bagi murid-murid PPKI. 21. Menyumbang untuk Gelanggang Sepak Takraw bagi kemudahan murid. 22. Baik pulih kebocoran bumbung dewan sekolah. 23. Baik pulih kebocoran di bilik muzik sekolah. 24. Naik taraf pondok wakaf untuk kemudahan bersama. 25. Hari Anugerah Kokurikulum 26. Hari Anugerah Kecemerlangan. 27. Majlis Graduasi Tahun 6. 28. Program 3 Penjuru dan PBD 29. Pameran Haiwan Eksotik. 30. Sumbangan sempena sesi pembukaan sekolah 2023/2024. 31. Gotong Royong Perdana 32. Sumbangan Program Pendaftaran Tahun 1 sesi 2023/2024. 33. Menyumbang untuk baik pulih sinki Prasekolah. 34. Program Semarak kasih (pengagihan bubur lambuk kepada warga sekolah). 35. Memberi sumbangan untuk Sambutan hari Raya Aidilfitri. 5.3 Pengesahan laporan aktiviti. Cadangan oleh : Encik Mohd Saifullah bin Najimuddin Disokong oleh : Encik Muhamad Kadri bin Azmi 14


6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 6.1 Puan Nor Amira binti Abdullah membentangkan penyata kewangan PIBG SK Kompleks KLIA bermula 1 Januari 2022 dan berakhir 31 Disember 2022. 6.2 Beliau meminta para hadirin merujuk lampiran laporan penyata kewangan PIBG yang disediakan. 6.3 Encik Alif Umar bin Mohd Yunus bertanya tentang punca sumbangan PIBG tidak mencapai peratusan sumbangan yang sepatutnya. RESPON : YDP PIBG memaklumkan kutipan PIBG merupakan sumbagan daripada ibu bapa. Beliau turut memaklumkan akan mencari penyelesaian tersebut. Beliau juga meyatakan ibu bapa asnaf dikecualikan daripada membayar sumbangan tersebut. 6.4 Pengesahan dan meluluskan laporan penyata kewangan 2022. Cadangan oleh : Encik Junaidi bin Abdul Razak Sokongan oleh : Encik Mohd Saifullah bin Najimuddin 7.0 PERBAHASAN USUL 7.1 USUL 1 7.1.1 Pembawa usul Ahli Jawatankuasa PIBG mencadangkan semua ibu bapa penjaga murid prasekolah menjadi ahli bersekutu PIBG SKKKLIA. 7.1.2 Justifikasi kepada cadangan ini adalah kerana sebelum ini ibu bapa murid prasekolah tidak terlibat dengan PIBG dan bukan ahli pibg. 7.1.3 YDP PIBG memaklumkan PIBG telah membantu mengeluarkan kos bagi sebarang kerosakan, baik pulih sinki dan menaik taraf prasekolah. Keputusan: Mesyuarat sebulat suara menerima usul ini. 7.2 USUL 2 7.2.1 Usul ini dibawa oleh Ahli Jawatankuasa PIBG mencadangkan sumbangan PIBG sebanyak RM100 sekeluarga untuk setahun dikekalkan. 7.2.2 En Mohd Azam bin Kamaruddin menyokong usul ini dan sangat mengalu-alukan sekiranya ada dalam kalangan ibu bapa yang berhasrat untuk menyumbangkan lebih daripada amaun yang ditetapkan. 7.2.3 YDP mengharapkan agar dapat meningkatkan lagi peratus ibu bapa yang menyumbang untuk PIBG. Keputusan : Mesyuarat sebulat suara menyokong usul ini. 15


7.3 USUL 3 7.3.1 Usul ini dibawa oleh Ahli Jawatankuasa PIBG mencadangkan penukaran akaun PIBG daripada Bank Islam Malaysia ke akaun Bank Rakyat. 7.3.2 Justifikasi kepada pertukaran bank adalah bagi memudahkan pihak bendahari menjalankan tugas dan berurusan dengan bank yang berhampiran dengan sekolah. 7.3.3 Usul ini disokong oleh En Khairinizan bin Othman Keputusan : Mesyuarat sebulat suara menyokong usul ini. 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Puan Dina Suansing mencadangkan agar duit PIBG dapat digunakan untuk membeli buku teks yang baharu bagi menggantikan buku teks yang telah rosak. Beliau juga mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan ‘locker’ bagi setiap murid bagi mengelakkan isu beg berat. - Guru Penolong Kanan HEM menyatakan bahawa stok buku sangat terhad. Ibu bapa digalakkan untuk membeli buku teks sendiri sekiranya berkemampuan. Walau bagaimanapun, perkara tersebut akan dipanjangkan kepada penyelaras SPBT. 8.2 En Mohd Azam bin Kamaruddin mencadangkan agar guru-guru memaklumkan lebih awal kepada murid tentang buku-buku yang perlu dibawa esok hari sewaktu pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan murid membawa semua buku ke sekolah. - Guru Penolong Kanan Kurikulum memaklumkan bahawa jadual waktu telah disusun dengan sebaiknya untuk semua kelas. Oleh itu, ibu bapa perlu cakna dengan jadual waktu anak masingmasing. Selain itu, loker boleh digunapakai bagi mengelakkan isu beg yang berat. 8.3 Puan Julie Hennie binti Mohammad mencadangkan agar pihak sekolah dapat menaik taraf tandas cangkung kepada tandas duduk bagi memudahkan murid-murid menggunakannya. -Guru Besar memaklumkan perkara tersebut perlu mengikut prosedur dan dilaksanakan secara berperingkat. Proses tersebut mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. 8.4 En Mohamed Khalid bin Maideen mencadangkan agar laluan naik dan turun di tangga belakang dibuat pembahagi dengan menggunakan penghadang besi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Beliau juga memaklumkan ada segelintir penjaga yang mengambil anak tetapi hanya duduk di dalam kereta dan membiarkan anak melintas jalan secara bersendirian atau mengharapkan penjaga lain membantu anaknya melintas jalan. -YDP PIBG memaklumkan perkara tersebut ada dalam perancangan dan akan dilaksanakan namun mengambil masa kerana melibatkan kos yang tinggi. -Untuk makluman semua, laluan bahagian belakang sekolah khas untuk van dan bas sekolah sahaja, malangnya ada penjaga yang tidak memberikan kerjasama dengan menurunkan anak di pagar belakang sekolah. 16


8.5 Puan Nurhasni mencadangkan supaya dapat menggunakan khidmat RELA bagi mengawal lalu lintas disebabkan keadaan lalu lintas yang padat dengan kenderaan. Beliau juga mengesyorkan agar tandas sekolah dicuci sekerap mungkin terutamanya sesi petang bagi memberi keselesaan kepada murid-murid. -YDP PIBG memaklumkan sekolah telah ada pengawal keselamatan dan kos yang agak besar sekiranya menggunakan khidmat RELA. -YDP PIBG berharap agar ada penjaga yang dapat membantu mengawal lalu lintas secara sukarela. -Guru Penolong Kanan Kurikulum memaklumkan bahawa tandas dicuci 4 kali sehari oleh pekerja pembersihan. Mereka akan membersihkan kawasan sekolah bermula jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari bekerja. 8.6 Encik Mohd Saifullah bin Najimuddin meminta penjelasan berkaitan bajet sekolah. Peruntukan bagaimanakah yang dibiayai oleh kerajaan, bajet untuk sekolah, bajet persendirian guru-guru dan lain-lain. -Guru Besar menjelaskan bahawa peruntukan Kementerian Pendidikan diturunkan ke sekolah mengikut bilangan murid pada tahun tersebut. Peruntukan diturunkan mengikut kategori seperti bahagian kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan lain-lain. Sekiranya bajet yang diperuntukan tidak mencukupi, sekolah akan memohon peruntukan daripada PIBG bagi menampung keperluan sekolah. 8.7 Encik Amir Syakireen bin Ramli mencadangkan penggunaan papan tanda kecemerlangan diteruskan bagi memberi motivasi kepada anak dididk. Beliau juga mengesyorkan agar diadakan sukan baharu seperti sukan memanah kepada anak-anak didik supaya mereka boleh mewakili sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan peringkat yang lebih tinggi. -Guru Besar memaklumkan penggunaan papan tanda kecemerlangan akan diteruskan. Bagi sukan memanah pula, pihak sekolah kekurangan tenaga mahir dalam kalangan guru-guru. Sebagai alternatif, pihak sekolah perlu mencari juru latih luar dan kos yang diperlukan agak tinggi. 8.8 Encik Karmidi bin Abu Bakar (Pak Ngah) merupakan pengusaha bas sekolah, Timbalan Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Negeri Sembilan. Bas sekolah berwarna kuning, mengambil murid pergi dan balik sekolah setiap hari persekolahan. Mempunyai permit bas sekolah. Beliau memohon para ibu bapa sentiasa memberi sokongan kepada pengusaha bas sekolah. Ibu bapa perlu memberi kerjasama bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan belakang sekolah yang memang dikhaskan untuk bas dan van sekolah sahaja. Beliau juga mencadangkan agar pengusaha bas sekolah dipilih sebagai salah seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah bagi membantu pihak sekolah dalam urusan pengangkutan murid-murid. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah atau aduan, sila terus berhubung dengan beliau dan maklumkan segala masalah 17 yang dihadapi agar jalan penyelesaian dapat diambil dengan baik.


9.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023 9.1 YDP PIBG sesi 2022/2023 membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 . 10.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA PIBG SESI 2023/2024 10.1 Mohd Azam Bin Kamaruddin mencadangkan supaya YDP lama dikekalkan. 10.2 Zarina bt Ismail mencadangkan En Amir Syakireen Bin Ramli sebagai calon ke-2 pengerusi sementara. 10.3 Misliza Binti Ahmad mencadangkan En Mohamed Khalid bin Maideen sebagai calon ke-3 pengerusi sementara. 10.4 Puan Roslina bt Bowah (GB) melantik Encik Amir Syakireen Bin Ramli sebagai YDP sementara memandangkan semua ahli PIBG sebulat suara menyokong Ecikn Amir Syakiree sebagai pengerusi sementara. 10.5 Encik Amir Syakireen bin Ramli menarik diri daripada pencalonan dan meminta YDP lama dikekalkan. 10.6 Majlis bersetuju untuk melantik Encik Mohd Fauzi Bin Sulaiman sebagai pengerusi sementara bagi sesi 2023/2024 10.7 Encik Amir Syakireen bin Ramli dilantik sebagai NYDP dan disokong oleh semua ahli PIBG. 11.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2024 11.1 Senarai 12 orang AJK PIBG sesi 2023/2024 adalah seperti berikut: 11.1.1 Encik Mohamed Khalid bin Maideen 11.1.2 Encik Alif Umar bin Mohd Yunus 11.1.3 Encik Mohd Saifullah bin Najimuddin 11.1.4 Puan Julie Hennie binti Mohammad 11.1.5 Puan Rosniza binti Saat 11.1.6 Encik Zaidi bin Husin 11.1.7 Puan Noraliah binti Ali 11.1.8 Encik Noffendy bin M. Halim 11.1.9 Encik Mohd As’ari bin Hj.Hashim 11.1.10 Puan Siti Aishah binti Hamzah 11.1.11 Encik Mohd Azam bin Uda Kamaruddin 11.2 Encik Ismail Amar mencadangkan cadangan ditutup. 18


Senarai Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Yang Dipertua : Encik Mohd Fauzi bin Sulaiman Naib Yang Dipertua : Encik Amir Syakireen bin Ramli Setiausaha Kehormat : Puan Arbaayah binti Ismail Bendahari Kehormat : Puan Nur Amira binti Abdullah Ahli-ahli Jawatankuasa wakil ibu bapa : Encik Mohamed Khalid Bin Maideen : Encik Alif Umar Bin Mohd Yunus : Puan Sakinah bt Mohd Razali : Puan Noraliah bt Ali : Encik Noffendy bin M.Halim : Encik Mohd As’ari bin Hj Hashim : Encik Mohd Azam bin Uda Kamaruddin : Puan Siti Aishah bt Hamzah : Puan Julie Hennie bt Mohammad : Puan Rosniza bt Che Sat : Encik Zaidi bin Husin Wakil guru : Encik Afiq bin Yaacob : Puan Hasnilyatulyusnita bt Mohd Yunus : Puan Nur Kartini bt Ghazali : Puan Noor Hizami bt Samsuddin : Puan Nur Saffurra bt Abas : Puan Nur Hafezah bt Ibrahim Pemeriksa kira-kira : Puan Nurul Atiqah bt Nizam : Encik Mohd Saifullah bin Najmuddin 12.0 UCAPAN PENANGGUHAN YANG DIPERTUA PIBG 12.1 Encik Mohd Fauzi bin Sulaiman mengucapkan terima kasih atas kepercayaan melantik beliau sebagai Yang DiPertua PIBG sesi 2023/2024, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada NYDP sesi 2023/2024. 12.2 Beliau berharap agar pasukan baru dapat membantu pihak sekolah demi kemenjadian murid-murid. 12.3 Aduan/ cadangan akan dibawa ke minit mesyuarat pertama bersama AJK yang baharu. 12.4 Semua AJK yang dipilih adalah untuk membantu pihak sekolah dan beliau berharap AJK yang dipilih dapat memberi kerjasama untuk program-program di sekolah. 12.5 Encik Mohd Fauzi juga berharap agar keselamatan murid-murid dapat dijaga dan memberi Kerjasama agar tidak berlaku perkara yang diingini. 12.6 Beliau berharap ibu bapa murid-murid juga menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya. 19


20


BIL BULAN AKTIVITI PIBG 1 Sepanjang tahun Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan 4 kali setahun. 2 Memberi sumbangan berbentuk kewangan kepada sekolah dan muridmurid yang terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum. 3 Membiayai kos fotokopi lembaran kerja dan kertas ujian murid-murid. 4 Mac Pendaftaran Tahun 1 sesi 2023/2024 5 April Menyumbang program bubur lambuk untuk murid-murid Majlis Khatam Alquran serta sumbangan kepada murid asnaf 6 Mei Memberi sumbangan kewangan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri 7 Jun Perjumpaan ibu bapa bersama murid pemulihan Projek Studio PSS SK Kompleks KLIA 8 Julai Memberi sumbangan untuk Program Motivasi anjuran Bimbingan dan Kaunseling 9 Memberi sumbangan untuk Keceriaan sudut-sudut Panitia dalam kelas 10 Ogos Memberi sumbangan penyelenggaraan kerosakan kipas 11 September Program perjumpaan 3 penjuru kali pertama bersama ibu bapa dan guru. Program pemulihan dan terapi dalam Pdpc 12 Oktober Memberi sumbangan untuk gotong royong Madani Memberi sumbangan untuk projek “Laman Minda Sihat” 13 November Memberi sumbangan sambutan Hari kanak-kanak 14 Disember Menyumbang untuk Kejohanan Sukan Tahunan SK Kompleks KLIA 15 Januari 2024 Projek Bangsal Kitar Semula SK Kompleks KLIA Hari Anugerah Kokurikulum Hari Anugerah Kecemerlangan Hari Anugerah HEM Majlis Graduasi Tahun 6 16 Mac 2024 Sumbangan sempena sesi pembukaan sekolah sesi 2024/2025 Gotong royong perdana Projek naiktaraf dewan terbuka SK Kompleks KLIA Sumbangan Program pendaftaran Tahun 1 sesi 2024/2025 17 April 2024 Sambutan Ihya Ramadan dan sumbangan kepada murid asnaf SK Kom18 Mei 2024 Memberi sumbangan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Memberi sumbangan untuk Program Perjumpaan Bersama Ibu bapa Murid Pemulihan Khas Tahap 2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 21


LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SK KOMPLEKS KLIA BERMULA 1 JANUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2023 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD BANDAR BARU NILAI PENDAPATAN PERBELANJAAN BI L BUTIRAN JUMLAH RM BIL BUTIRAN JUMLAH RM 1 Baki Wang PIBG pada 1 Jan 2023 122748.65 1 Lawatan Tahun 2022/2023 13300.00 2 Baki Sumbangan PIBG 2022/2023 3050.00 2 Penyelenggaraan Prasarana Sekolah 19116.00 3 Sumbangan PIBG 2023/2024 850.00 3 Sarana PPKI 5000.00 4 Sumbangan Pihak Luar Untuk Program PIBG 16820.00 4 Pengurusan Program HEM 29604.50 5 Program Jalinan Kasih Kastam 10000.00 5 Program Jalinan Kasih Kastam 10000.00 6 Kem Unit Beruniform 2022/2023 170.00 6 Program Kecemerlangan Akademik 20261.00 7 Sumbangan Ihya Ramadan 5345.00 7 Program Kecemerlangan Kokurikulum 14478.00 8 Sumbangan MQSS 3110.00 8 Kem Unit Beruniform 2022/2023 20070.00 9 Lawatan Tahun 6 2023/2024 7600.00 9 Usahawan PPKI 1700.00 10 Wang Tumpang Panitia Pend. Agama Islam 22830.00 10 Sumbangan Ihya Ramadan 4825.00 11 Wang Tumpang Kelas Agama Petang 30160.60 11 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023/2024 7290.00 12 Wang Tumpang BA Daerah 5000.00 12 Sumbangan Rumah Terbakar 150.00 13 Wang Tumpang Sarana PPKI 5000.00 13 Token Untuk Pekerja 450.00 14 Wang Tumpang Usahawan PPKI 1700.00 14 Bilik Wuduk 250.00 15 Hibah Simpanan Akaun Bank Islam 84.02 15 BA Daerah 1430.00 16 Gaji Guru Ganti Pra Sekolah 1000.00 17 Kertas A4 2500.00 18 Sumbangan MQSS 2910.00 19 Lawatan Tahun 6 2023/2024 7600.00 20 Panitia Pendidikan Agama Islam 12557.00 21 Kelas Agama Petang 24363.30 CAS BANK 102.00 PERBELANJAAN 198956.80 BAKI b/b 35511.47 JUMLAH 234468.27 JUMLAH 234468.27 22


NOTA 2 Penyelenggaraan Prasarana Sekolah RM 4 Pengurusan Program HEM RM Selenggara Bumbung Bilik Muzik 750.00 Keceriaan Kelas 1778.00 Pemasangan Sinki Pra 1200.00 Pendaftaran Tahun 1 2622.50 Penyelenggaraan Pondok Wakaf 1600.00 Pembukaan Sekolah 4300.00 PA Sistem Dewan 700.00 Sambutan Hari Raya 9500.00 Plug dan Pendawaian Kelas dan Bilik Khas 1626.00 Pembelian Hadiah Keceriaan Kelas 1490.00 Pendawaian Semula Plug Lampu dan Kipas 1440.00 Program Guru Penyayang 4884.00 Penyelenggaraan di Susur Gajar 2350.00 Hari Kanak-Kanak 5030.00 Memasang bumbung di Bangsal Kitar Semula 500.00 Pendawaian Semula Studio PSS 550.00 Pembaikan Kerosakan Tandas 1700.00 Penyelenggaraan Kerosakan Kipas 1630.00 Pembelian Aircond PPKI 1300.00 Mengecat Semula Pagar Sekolah 3770.00 JUMLAH 19116.00 JUMLAH 29604.50 6 Program Kecemerlangan Akademik RM 7 Program Kecemerlangan Kokurikulum RM Graduasi Tahun 6 4406.00 Pembelian Set Catur 950.00 HAK 2022/2023 10070.00 Duit Saku Murid 3000.00 Medal Program Pendakian (Kurikulum) 250.00 Pembelian Spike Olahraga 528.00 Yuran Penyertaan Nyanyian 35.00 Hari Sukan Sekolah 10000.00 Projek Studio PSS 5500.00 JUMLAH 20261.00 JUMLAH 14478.00 23


LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SK KOMPLEKS KLIA BERMULA 1 JUN 2023 HINGA 31 DISEMBER 2023 BANK KERJASAMA RAKYAT BANDAR BARU ENSTEK PENDAPATAN PERBELANJAAN BIL BUTIRAN JUMLAH RM BIL BUTIRAN JUMLAH RM 1 Deposit Buka Akaun 200.00 1 Debit Advice 120.00 2 Sumbangan MQSS 6000.00 2 Sumbangan MQSS 6000.00 3 Smbangan PIBG 2023 58740.00 3 Pembayaran Tong Roro 400.00 4 Sumbangan Kawad Kaki TKRS 3000.00 4 Sumbangan Kawad Kaki TKRS 3000.00 5 Sumbangan Taman Herba PPKI 300.00 5 Duit Saku Murid (Yang Mewakili Sekolah) 10406.00 6 Sarana PPKI 95.00 6 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 230.00 7 Projek Laman Minda Sihat 428.00 7 Ceramah Laman Minda Sihat 3877.00 8 Sumbangan Sukan Sekolah 5400.00 8 Penyelenggaraan Prasarana Sekolah 660.00 9 Gotong Royong MADANI KPM 10000.00 9 Lawatan Pra Sekolah 2000.00 10 Hibah Akaun Simpanan 275.05 10 Jersey Sukan Sekolah 5275.30 11 Darul Syifa 655.00 Cas Bank 0.50 Perbelanjaan 32623.80 Baki b/b 51814.25 JUMLAH 84438.05 JUMLAH 84438.05 24


KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 2023/2024 JUMLAH KUTIPAN RM71,640.00 JUMLAH KELUARGA 857 keluarga PERATUS KELUARGA YANG MEMBAYAR SUMBANGAN 83.60% PERATUS KELUARGA YANG MEMBAYAR SUMBANGAN TAHUN 2022/2023 82.00% 25


26


27


PEMBAWA USUL USUL TINDAKAN/ MAKLUMBALAS AJK PIBG SUMBANGAN PIBG BAGI SESI 2024/2025 DIKEKALKAN SEBANYAK RM100.00 PEMBAWA USUL USUL TINDAKAN/ MAKLUMBALAS MOHD AS’ ARI BIN HASHIM Kekalkan AJK PIBG yang hadir pada mesyuarat PIBG pada kali ini. PEMBAWA USUL USUL TINDAKAN/ NOR ARIFAH BINTI TAMAM Mesyuarat Agung PIBG diadakan 2 kali setahun Mengikut kepada Perlembagaan, Mesyuarat Agung PIBG diadakan setahun sekali 28


PEMBAWA USUL USUL TINDAKAN/ MAKLUMBALAS Masnira mohamed Gangguan anjing liar di kawasan berhampiran pagar sekolah belakang pintu berhampiran Kuarters • Pihak PIBG dengan kerjasama AJK keselamatan sekolah akan membaiki dan menyelenggara mana-mana pagar yang rosak untuk mengelakkan kejadian tersebut. • Aduan telah dibuat kepada Majlis Bandaraya Seremban cawangan Nilai. • telah dipanjangkan kepada YB Sri Dewi binti Syed Sahil Mohd Fakhrul Hafiz bin Husin Murid PPKI dibenarkan balik melalui pintu pagar depan/utama (tidak hanya melalui pintu belakang). 2) Mengadakan platform komunikasi 2 hala antara AJK Sarana Ibu Bapa dengan Sarana Sekolah • Perbincangan Bersama pengurusan PPKI telah memutuskan agar semua murid PPKI menggunakan pintu belakang sewaktu datang dan pulang kerana faktor keselamatan dan mudah untuk memantau gerak geri mereka kecuali murid PPKI yang berkerusi roda sahaja. • Telah wujud telegram rasmi untuk sebaran segala maklumat SARANA PIBG. Telegram itu akan diwar-warkan semula kepada semua kelas melalui whatsapps. Mohamad Jeffry Bin Mohd Zin Segala pembelian atau yuran sekolah dibuat secara bayaran online • Telah dilaksanakan untuk pembelian buku dan kelengkapan di kedai buku sekolah. 29


• Pekerja pembersihan sekolah akan membersihkan tandas 4 kali sehari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan pemantauan telah dilakukan dari masa ke semasa. • Peranan ibu bapa memberi didikan dan kesedaran kepada anak masing-masing. • masih dalam perbincangan bersama pengusaha bas, Majlis Bandaraya Seremban, BPH dan pihak yang berkaitan dan perlu buat permohonan. • tempat agak terhad • permohonan tambahan kelas perlu mendapat kelulusan daripada MAINS • kekurangan tenaga pengajar • Lokar telah disediakan untuk murid-murid tahap 1 • Susunan matapelajaran berdasarkan kepada jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Noramalina binti Ab Rahman Kebersihan dan keceriaan tandas untuk murid perlu ditingkatkan. Van dan bas sekolah mempunyai petak khas untuk mengambil dan menurunkan murid. Muhammad Saiful bin Zainal Anak tidak mendapat peluang mengikuti kelas KAFA setelah 2 tahun permohonan. Beg sekolah terlalu berat Cadangan, sediakan lokar utk anak letak buku di sekolah. atau, guru merancang pembelajaran yg akan dilakukan utk esok hari. Jadi, anak2 hanya perlu membawa 1 buku (buku aktiviti atau buku latihan) sahaja. Nurul Aini binti Azis Nor Azilah binti Ramli Sakinah binti Mohd Razali 30


• Pertandingan ini terbuka kepada semua murid pada peringkat saringan dan untuk peringkat seterusnya bergantung kepada kepakaran dan kemahiran murid. • Pertanyaan boleh diajukan ketika perjumpaan 3 penjuru bersama dengan guru kelas masing-masing. • Pihak sekolah menggunakan platform whatsapps untuk sebar luaskan info STEM. • Murid boleh meminjam buku ilmiah. Sebuah buku bagi setiap kali pinjaman. Tempoh pinjaman 7 hari tetapi murid boleh pulangkan buku lebih awal dan boleh pinjam buku yang lain. • Panitia Bahasa Tamil telah mengadakan pertandingan seperti deklamasi puisi, menyanyi lagu, pertandingan bercerita, pertandingan tarian tradisional peringkat daerah dan terpilih ke peringkat negeri. Norazalina binti Mohamad Zah Penglibatan semua murid untuk innovation competition secara online atau fizikal terutamanya murid tahun 6. Bagi peluang kepada murid yang lemah juga supaya membuka minda mereka. Veeramuthu Veerappan 1. Mohon pembentangan statistik pencapaian akademik murid tahun 4,5 dan 6 sesi akademik tahun 2023 bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 2. Mohon menyenaraikan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum berasaskan bidang STEM yang dirancang sepanjang tahun 2024 melibatkan pelajar ke semua peringkat. 3. Bolehkah buku-buku ilmiah di perpustakaan sekolah dipinjamkan kepada murid, dan sekiranya boleh, bilangannya terhad kepada berapa sekali pinjam? 4. Mohon panitia bahasa Tamil bergiat aktif dalam memupuk minat murid menguasai bahasa ibunda dengan mengadakan/menyertai aktiviti 31


32


Guru Besar SK Kompleks KLIA Yang Dipertua PIBG SK Kompleks KLIA Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kompleks KLIA Guru-guru dan Kakitangan SK Kompleks KLIA Kumpulan Muafakat SK Kompleks KLIA Ibu bapa, Penjaga SK Kompleks KLIA Individu-individu yang terlibat secara langsung dantidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Kompleks KLIA kali ke-26 ini


Click to View FlipBook Version