The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

11. KM BPSH Kemasukan Murid F6S1_2020 MPKPM 14 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahayub70, 2021-06-15 02:00:56

11. KM BPSH Kemasukan Murid F6S1_2020 MPKPM 14 2020

11. KM BPSH Kemasukan Murid F6S1_2020 MPKPM 14 2020

SULIT Mesyuarat Profesional KPM
Ruj: KPM.100-1/7/13 Bil. 14/2020
Nombor : M008/2020

KERTAS MAKLUMAN DARIPADA
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

PINDAAN TARIKH KEMASUKAN MURID LEPASAN SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2019 KE TINGKATAN ENAM
SEMESTER 1 TAHUN 2020 BERIKUTAN PELANJUTAN TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
________________________________________________________

TUJUAN

Kertas ini bertujuan memaklumkan ahli Mesyuarat Profesional
Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKPM) tentang pindaan tarikh
kemasukan murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019
ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 berikutan pelanjutan
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan
jangkitan COVID-19.

LATAR BELAKANG

2. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 19/2016 pada 16 Jun 2016 telah
meluluskan Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam yang
menetapkan bahawa tawaran kemasukan murid lepasan SPM ke
Tingkatan Enam adalah secara dalam talian melalui Sistem Aplikasi
Tingkatan Enam di laman sesawang http://sst6.moe.gov.my. Murid
tidak perlu memohon ke Tingkatan Enam kerana penawaran tempat
adalah secara automatik berdasarkan syarat kemasukan.

1

SULIT

SULIT

3. Pengoperasian pelaksanaan kemasukan murid lepasan SPM ke
Tingkatan Enam Semester 1 adalah berdasarkan surat siaran dan garis
panduan yang dikeluarkan pada setiap tahun.

4. Pada tahun ini maklumat 416,416 orang murid lepasan SPM
tahun 2019 telah diproses. Daripada jumlah tersebut, seramai 228,298
orang murid adalah layak ke Tingkatan Enam berdasarkan kriteria dan
syarat kemasukan. Seramai 40,000 murid pula telah diasingkan bagi
tujuan penawaran ke program matrikulasi. Hal ini menjadikan jumlah
keseluruhan murid yang layak ditawarkan ke Tingkatan Enam adalah
seramai 188,298 orang.

5. Pada tahun ini juga sebanyak 77,370 tempat, iaitu 15,750 bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan 61,620
bidang Sains Sosial telah disediakan bagi murid lepasan SPM
melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020
di 642 buah kolej/ pusat Tingkatan Enam di seluruh negara (rujuk
Lampiran A). Hal ini merangkumi sejumlah 2,579 buah kelas yang
terdiri daripada 525 buah kelas dalam bidang STEM dan 2,054 buah
kelas dalam bidang Sains Sosial.

6. Kerajaan telah mengistiharkan PKP bagi membendung
penularan jangkitan COVID-19 berdasarkan empat fasa. Fasa pertama
dilaksanakan pada 18 - 31 Mac 2020, fasa kedua pada 1 - 15 April
2020, fasa ketiga pada 16 - 28 April 2020 dan fasa keempat pada
29 April - 12 Mei 2020. Sepanjang tempoh PKP, kerajaan telah
menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup. Keadaan ini

2

SULIT

SULIT

telah menjejaskan pendaftaran murid lepasan SPM ke Tingkatan Enam
Semester 1 Tahun 2020.

PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

7. Berikutan pelanjutan tempoh PKP disebabkan penularan
jangkitan COVID-19 sehingga 12 Mei 2020, maka tarikh semakan
murid layak ke Tingkatan Enam secara dalam talian telah dipinda dari
13 - 20 Mei 2020 ke 9 - 16 Jun 2020. Lanjutan itu, tarikh pendaftaran
murid ke Tingkatan Enam di kolej/ pusat Tingkatan Enam juga telah
dipinda daripada 9 Jun 2020 kepada 29 Jun 2020 (Lampiran B).

8. Sekiranya PKP masih dilanjutkan, maka tarikh pendaftaran murid
ke Tingkatan Enam di kolej/ pusat Tingkatan Enam juga akan dipinda
sekurang-kurangnya 14 hari bekerja selepas PKP ditamatkan.

9. Pindaan tarikh pendaftaran kemasukan murid lepasan SPM
tahun 2019 ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2020 bagi kohort
STPM tahun 2021 adalah sebagai langkah bagi menjamin keselamatan
dan kesihatan murid, guru serta warga sekolah.

10. Pindaan tarikh pendaftaran murid Tingkatan Enam ini tidak
melibatkan sebarang implikasi.

PENUTUP
11. BPSH memohon ahli MPKPM mengambil maklum tentang
pindaan tarikh pendaftaran murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

3
SULIT

SULIT
Tahun 2019 ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 berikutan
pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
08 Mei 2020

4
SULIT

SULIT

LAMPIRAN A

Jadual 1: Bilangan Kolej dan Pusat Tingkatan Enam

Bilangan Kolej dan

Bil Negeri Pusat Tingkatan Enam Jumlah

Mod 1/ Mod 2 Mod 3
Kolej

1 Johor 1 12 63 76

2 Kedah 2 2 54 58

3 Kelantan - 4 56 60

4 Melaka 1 4 12 17

5 Negeri Sembilan - 6 14 20

6 Pahang - 6 36 42

7 Perak 3 16 38 57

8 Perlis -36 9

9 Pulau Pinang 2 6 18 26

10 Sabah 3 5 92 100

11 Sarawak 1 15 62 78

12 Selangor 7 4 29 40

13 Terengganu 1 1 44 46

14 W.P. Kuala Lumpur 2 6 2 10

15 W.P. Labuan -10 1

16 W.P. Putrajaya - -2 2

Jumlah 23 91 528 642

*Data eOPERASI pada 20 April 2020

5
SULIT

SULIT

LAMPIRAN B

Jadual 2: Proses Kerja Tawaran Kemasukan Murid Tingkatan
Enam Semester 1 Tahun 2020 Berikutan Lanjutan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)

PERKARA TINDAKAN TARIKH TARIKH
ASAL PINDAAN
- Semakan Keputusan Kemasukan BPSH, BPI, 13 - 20 Mei 9 -16 Jun
Murid ke Tingkatan Enam melalui BPKhas, 2020 2020
Aplikasi SST6 di Portal KPM. BPSBP,
BPM, JPN, 13 - 27 Mei 9 - 23 Jun
- Semakan keputusan melalui UKK 2020 2020
sistem SMS.

- Permohonan Rayuan BPI,
Kemasukan Murid ke Tingkatan BPKhas,
Enam Semester 1 Tahun 2020 BPSBP,
secara dalam talian (online). BPM, JPN,
PPD
[Borang T6BKK: Calon SPM
2019 sahaja]
- Permohonan Rayuan Calon
Persendirian/ Swasta/ SMAN ke
Tingkatan Enam Semester 1
Tahun 2020 menggunakan
borang T6BCP.
- Permohonan Rayuan ke
Tingkatan Enam Semester 1
Tahun 2020 menggunakan
borang T6BRU

- Permohonan Rayuan Murid BPI, 13 - 20 Mei 9 - 12 Jun
BPKhas, 2020 2020
Bukan Warganegara ke BPSBP,
BPM, JPN, 29 Jun 2020
Tingkatan Enam Tahun 2020. PPD (Isnin)

[Borang P.U(A) 275. - JADUAL 24 Jun - 14
Julai 2020
PERTAMA]

- Pendaftaran Masuk Murid ke BPI, 9 Jun 2020
Tingkatan Enam Semester 1 BPKhas, (Selasa)
Tahun 2020 bagi Kohort STPM BPSBP,
2021. BPM, JPN, 28 Mei - 11
PPD Jun 2020
- Proses Rayuan. JPN, PPD

6
SULIT

SULIT

PERKARA TINDAKAN TARIKH TARIKH
ASAL PINDAAN
- Keputusan Rayuan Kemasukan BPI, 15 Jun 2020 15 Julai 2020
secara dalam talian [Borang: BPKhas, (Isnin)
T6BKK]. BPSBP, (Rabu)
BPM, JPN,
- Keputusan Rayuan [Borang: PPD
T6BRU, T6BCP].

- Keputusan Rayuan Kemasukan
Murid Bukan Warganegara.

- Tarikh melapor diri bagi kes JPN, PPD, 15 Jun 2020 15 Julai 2020
(Isnin) (Rabu)
rayuan dalam talian. Sekolah

- Tarikh melapor diri bagi kes

rayuan manual.

Nota:
a. Sistem Semakan Tingkatan Enam (SST6)
b. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
c. Tingkatan Enam - Borang Kelonggaran Berdasarkan Kokurikulum (T6BKK)
d. Tingkatan Enam - Borang Calon Persendirian, Swasta dan

Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP)
e. Tingkatan Enam - Borang Rayuan Umum (T6BRU)

7
SULIT


Click to View FlipBook Version