BUKU PROGRAM
MAJLIS PELANCARAN BUKU
DZULKIFLI ABDUL RAZAK
dan
Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
Dilancarkan oleh
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali
Ketua Setiausaha Negara
Isnin, 8 November 2021 ~ 2.30 petang
IIUM Cultural Centre
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
2 | Majlis Pelancaran Buku
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
SEKAPUR SIREH
Ketua Setiausaha Negara
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali
Assalāmu‘alaikum warahmatullāhi wabarakātuh.
Saya merakamkan ucapan tahniah atas kelahiran naskhah istimewa ini kerana ia merupakan satu
penzahiran hidup seorang sarjana besar sekali gus seorang pentadbir yang terbukti telah berjaya
menerajui beberapa Universiti Awam dan Swasta dengan gagasan-gagasan besarnya.
Penulisan karya ini diharap menjadi batu asas bagi pengembangan dan kajian lanjut terhadap idea-
idea yang dicetuskan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak khususnya buat
Universiti Awam seluruh Malaysia. Saya mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang begitu
teguh integritinya, serta cukup tinggi adab dan budinya, seiring dengan ketokohan beliau sebagai
salah seorang cendekiawan terbilang negara.
Selain daripada itu, istimewanya juga penulisan riwayat hidup dan pemikiran beliau ini adalah
kerana mendapat sentuhan hikmah secara langsung daripada Sasterawan Negara iaitu Prof.
Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh. Maka, saya percaya, gagasan-gagasan yang disampaikan
melalui kalam yang indah pasti memberikan kesan khas buat pembacanya.
Tahniah buat UIAM dan seluruh warganya.
Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali
Ketua Setiausaha Negara
Majlis Pelancaran Buku | 3
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
SEULAS PINANG
Rektor UIAM
YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak
Assalāmu‘alaikum warahmatullāhi wabarakātuh.
Saya menyampaikan sekalung budi kepada semua pihak yang ikhlas menyempurnakan pelancaran
buku ini khususnya buat Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh selaku
pencetus ilham dalam penerbitannya.
Prof. Muhammad mengharungi pelbagai cabaran dalam memberi makna kepada percambahan idea
sesuai dengan pengalaman beliau sebagai tokoh ilmuwan yang disegani. Saya merasa amat bertuah
diberi penghormatan yang sedemikian.
Semoga usaha beliau dan rakan-rakan yang terlibat dapat menyemarakkan lagi penulisan dan
pelaksanaan gagasan idea kreatif para sarjana dan pentadbir menara gading sebagai satu perkongsian
hidup dalam menyampaikan amanah yang dipikul.
Sekali lagi terima kasih buat semua pihak yang berusaha gigih sehingga buku ini selamat diterbitkan
sekali gus menjayakan program pelancarannya.
Wassalām dan doa.
Dzulkifli Abdul Razak, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’
Rektor UIAM
4 | Majlis Pelancaran Buku
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
SEKACIP GAMBIR
Timbalan Rektor
(Akademik dan Pengantarabangsaan) UIAM
YBhg. Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail
Assalāmu‘alaikum warahmatullāhi wabarakātuh.
Penerbitan buku mengenai seseorang tokoh dan pemikiran mereka adalah tidak kurang pentingnya
berbanding dengan menerbitkan kajian-kajian akademik dalam bentuk artikel jurnal mahupun buku
ilmiah.
Kadang-kadang penulisan tentang riwayat hidup dan pemikiran tokoh lebih memberi impak kepada
masyarakat awam sebagaimana sepatutnya seseorang tokoh sarjana itu menyumbang.
Tahniah buat Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh yang berjaya
menyiapkan penulisan riwayat hidup tokoh yang tidak asing bagi kami di UIAM ini, Prof. Emeritus
Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.
Semoga karya ini menjadi legasi yang signifikan dan mencambahkan lagi lebih banyak gagasan
dan penerbitan sama ada dalam bentuk bacaan umum mahupun kajian akademik.
Tahniah!
Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail
Timbalan Rektor (Akademik Dan Pengantarabangsaan) UIAM
Majlis Pelancaran Buku | 5
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
ATUR CARA MAJLIS
2.30 petang Pendaftaran dan ketibaan tetamu jemputan dan rakan-rakan media
2.45 petang Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali
Ketua Setiausaha Negara
Pembukaan majlis oleh Pengacara Majlis
Lagu Negaraku
Lagu UIAM “Leading the way”
Bacaan Al-Quran
Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail
Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan), UIAM
Memperkenalkan buku oleh SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
Ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali
Ketua Setiausaha Negara
Gimik pelancaran buku DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan
Konsep Pengajian Tingginya
Penyerahan plak pembelian 200 naskhah oleh En. Mohd Khair Ngadiron
Pengerusi IIUM Education Group
Penyampaian Cenderamata
Bacaan Doa
Lawatan ke tapak “Pameran Pemikiran Pengajian Tinggi Dzulkifli Abdul Razak”
Minum petang
5.30 petang Dif-dif kehormat dan tetamu-tetamu jemputan meninggalkan majlis
6 | Majlis Pelancaran Buku
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
Penulis : SN Muhammad Haji Salleh
ISBN : 9789674910907 (Kulit Lembut) , 9789674911034 (Kulit Keras)
Penerbit : IIUM Press
Tahun : 2021
Halaman : 310
Majlis Pelancaran Buku | 7
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
Pameran
Pemikiran Pengajian Tinggi Dzulkifli Abdul Razak
Pameran ini menampilkan sejumlah buku yang ditulis oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli
Abdul Razak, Rektor UIAM sepanjang penglibatannya memimpin universiti awam di Malaysia.
Karya-karya beliau telah diterbitkan oleh pelbagai penerbit termasuklah IIUM Press, Penerbit
USM dan Penerbit USIM.
Sebahagian karya beliau yang kuat telah terpilih untuk dipamerkan agar dapat dinikmati oleh
pengunjung pameran ini. Dzulkifli Abdul Razak dalam buku-bukunya ini membincang dan
membahaskan pelbagai isu berkaitan dengan pendidikan tinggi sama ada di dalam atau luar negara.
“Langkah dan kembara Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak
membawanya jauh ke dunia ilmu yang luas dengan konsep-konsep baharu dalam
bidang yang senantiasa berkembang.”
Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
Senarai Karya Dzulkilfi Abdul Razak Terbitan
IIUM Press
8 | Majlis Pelancaran Buku
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
Senarai Karya Dzulkilfi Abdul Razak Terbitan
Penerbit USIM
Senarai Karya Dzulkilfi Abdul Razak Terbitan
Penerbit USM
Majlis Pelancaran Buku | 9
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
10 | Majlis Pelancaran Buku
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
Majlis Pelancaran Buku | 11
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
12 | Majlis Pelancaran Buku
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
Buku Terbitan Terkini
IIUM PRESS
Majlis Pelancaran Buku | 13
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
14 | Majlis Pelancaran Buku
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
Majlis Pelancaran Buku | 15
DZULKIFLI ABDUL RAZAK dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya
PENGHARGAAN
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan
majlis pelancaran buku ini.
Pejabat Ketua Setiausaha Negara
Pejabat Rektor, UIAM
Pejabat Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan), UIAM
Perpustakan Dar al-Hikmah, UIAM
Penerbit USM
Penerbit USIM
IIUM Press
Office for Communication, Advocacy, and Promotion (OCAP), UIAM
Office of Security Management (OSeM), UIAM
Information Technology Division (ITD), UIAM
Food and Service Unit (FSU), UIAM
IIUM Health & Wellness Centre (IHWC), UIAM
Office of Safety and Health Unit (OSHU), UIAM
Daya Bersih Sdn Bhd IIUM (DBSB), UIAM
Reka Cetak Sdn. Bhd.
Alamedia Sdn. Bhd.
Perniagaan Normahs
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang dua;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.
IIUM PRESS
@pressiium
@iium_press
IIUM PRESS
[email protected]
+603-6421 5014/5018