MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB
KEBAJIKAN & SUKAN LKIM NEGERI PAHANG
KE 21
TARIKH : (rabu)
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : pejabat lkim pahang
DI RASMIKAN OLEH ;
PENGARAH LKIM NEGERI PAHANG
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN LKIM PAHANG KALI KE
21
MASA PERKARA
Pendaftaran ahli
Ketibaan Pengarah LKIM Negeri Pahang
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pengerusi Kelab
Ucapan Perasmian Oleh Pengarah LKIM Negeri Pahang
Mesyuarat Agung dimulakan
- Cenderamata Penyimpan Saham TSP Tertinggi
- Pengumuman AJK Penggal 2021 / 2022
Jamuan Ringan
Bersurai
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB KEBAJIKAN & SUKAN LKIM
PAHANG KALI KE 21
1. Membentang Dan Menerima Minit MAT Kelab Kebajikan & Sukan
LKIM Pahang Kali Ke 20/ 2017 Yang Telah Bersidang Pada 23
MAC 2017
2. Membentang Dan Menerima Laporan Jawatankuasa Kelab Bagi
Tahun 2017/2018
3. Membentang & Menerima Laporan Kewangan Kelab Bagi Tahun
Berakhir 2017-2020
4. Membentang Dan Menerima Anggaran Pendapatan Dan
Perbelanjaan 2021/2022
5. Pemilihan AJK Kelab Bagi Penggal 2021/2022
6. Membentang Dan Menerima Usul-Usul Ahli Dan AJK
7. Melantik Dua Orang Pemeriksa Kira-Kira
8. Ucapan Penangguhan
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB KEBAJIKAN & SUKAN LKIM
NEGERI PAHANG KALI KE 20/ 2016
Tarikh : 23 Mac 2017 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Belia dan Sukan, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
AHLI JAWATANKUASA - Pengerusi
1. Y.M Tengku Anuar bin Tengku Mahmod - Naib Pengerusi
2. En.Nazrulzam bin Jamil - Setiausaha
3. En.Ahmad bin Mohd Amin - Pen. Setiausaha
4. Puan Rabiah bt Karem - Bendahari
5. Puan Mazlina bt Mohd Noor - AJK
6. En.Zamri bin Mohamad - AJK
7. En.Abdul Aziz bin Ali - AJK
8. En.Amat Noh bin Mohd Yaacob - AJK
9. En.Zulkhaidi bin Salim - AJK
10. En.Mohamad Razali bin Md.Noordin - AJK
11. En.Mohd Faizal Faroq bin Abd Halim - AJK
12. En.Fauzi bin Abdullah
KEHADIRAN AHLI SEMASA MAT 20/ 2016
Jumlah ahli yang hadir semasa mesyuarat ialah seramai 72 orang
1. UCAPAN ALUAN NAIB PENGERUSI (ENCIK NAZRULZAM BIN JAMIL)
Naib Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih di atas
kehadiran Pengarah LKIM Negeri Pahang, tidak lupa juga kepada
Pengurus Besar PNK Kuantan kerana sudi menumpangkan tempat bagi
mengadakan MAT Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang kali ke
20. Juga ucapan tahniah di atas pencapaian pada Sukan Dwi Tahunan
LKIM yang telah diadakan di UKM, Bangi.
Beliau memohon maaf kepada semua ahli kerana terpaksa
menangguhkan tarikh mengadakan MAT Kelab Kebajikan & Sukan LKIM
Negeri Pahang kerana kekangan masa dan terikat dengan program-
program LKIM.
Beliau juga berharap Kelab akan lebih berusaha untuk
mengadakan penambahbaikan dari segi pengurusan dan penjanaan
pendapatan di masa akan datang. Beliau juga berharap agar penganjuran
sukan dwi tahunan LKIM pada tahun 2018 akan diberikan kepada Kelab
Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang.
2. UCAPAN PERASMIAN PENGARAH LKIM NEGERI PAHANG (TUAN
HAJI YAHYA BIN MOHAMAD)
Beliau mengucapkan salam dan ribuan terima kasih kepada pihak
Kelab yang sudi menjemput beliau untuk merasmikan MAT kali ke 20/2016
ini dan juga tahniah kepada ahli yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau
juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Persatuan Nelayan
Kawasan Kuantan kerana sudi bekerjasama membenarkan
menggunapakai dewan Belia dan Sukan Indera Mahkota ini.
Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada pihak kelab kerana telah
berjaya menunjukkan peningkatan prestasi di dalam Kejohanan Sukan Dwi
Tahunan LKIM yang telah diadakan di UKM, Bangi, dan juga AJK bagi
Penggal 2014/2016 kerana telah memberikan sumbangan dan keuntungan
pendapatan kepada Kelab dan diharapkan dapat diteruskan lagi bagi AJK
yang baru dilantik untuk penggal 2016/2018.
Akhir kata, beliau mencadangkan agar Kelab boleh menjana
pendapatan sendiri melalui perniagaan memandangkan mempunyai
kedudukan ekonomi yang kukuh dan stabil. Beliau seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang kali ke
20/2016.
3. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN &
SUKAN LKIM NEGERI PAHANG KALI KE 20/2016
Pengerusi majlis mesyuarat berharap mesyuarat akan berjalan dengan
lancar dan mohon ahli-ahli untuk mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Dicadangkan oleh : Mohd Shalwadi bin Mohd Yunus
Puan Siti Zubaidah binti Shaikh Mahd Idris
Disokong oleh :
4. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT
4.1 Yuran Keahlian Kelab dan TSP
Datin Hajah Zilati bt M.Amin telah mencadangkan agar yuran ahli kelab
dan yuran TSP diselaraskan jumlahnya agar sama.
4.2 Latihan Sukan Atlit
Encik Kamsani bin Yusof mengusulkan agar diadakan kem latihan sukan
sebelum kejohanan Sukan Dwi Tahunan LKIM bagi memantapkan stamina
pemain.
5. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AHLI JAWATANKUASA
Setiausaha membentangkan laporan ahli jawatankuasa untuk diterima ahli
seperti yang terkandung dalam buku mesyuarat agung
Disahkan oleh : Datin Hajah Zilati binti Mohamed Amin
Disokong oleh : Mohd Shalwadi bin Mohd Yunus
6. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN YANG
BERAKHIR 31 DISEMBER 2016
Bendahari kelab membentang laporan kewangan berakhir 31/12/2016
untuk diterima oleh ahli
Disahkan oleh : Md.Zamri bin Mustapa
Disokong oleh : Dzulkififlee bin Mohd Shaffrie
7. MEMBENTANG DAN MENERIMA ANGGARAN BELANJAWAN
2016/2018
Bendahari kelab membentangkan anggaran belanjawan 2016/2018 untuk
diterima oleh ahli kelab
Disahkan oleh : Dzulkififlee bin Mohd Shaffrie
Disokong oleh : Mohd Asnizam bin Sood
8. PEMILIHAN AJK BARU PENGGAL 2016/2018
Pencalonan ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri
Pahang bagi penggal 2016/2018 telah dibuat dengan mengedarkan
senarai borang calon kepada ahli mengikut kelayakan dalam
Perlembagaan dan Peraturan.
Senarai ahli jawatankuasa yang telah terpilih bagi penggal 2016/2018
ialah :-
1. Encik Nazrulzam bin Jamil - Pengerusi
2. Encik Zamri bin Mohamad - Naib Pengerusi
3. Encik Ahmad bin Mohd Amin - Setiausaha
4. Puan Nooredah bt Mohamad Idris - Pen.Setiausaha
5. Puan Jimie Haliza bt Abdul Latiff - Bendahari
6. Puan Zalina bt Mohamed Amin - AJK
7. Encik Fauzi bin Abdullah - AJK
8. Encik Zulkhaidi bin Salim - AJK
9. Encik Mohd Faizal Faroq b Abd Halim - AJK
10. Encik Mohd Shalwadi bin Mohd Yunus - AJK
11. Encik Mohamad Razali bin Md.Noordin - AJK
9. UCAPAN PENANGGUHAN
Naib Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang
telah hadir dan memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan
kesilapan sepanjang tempoh beliau menerajui kelab ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
(AHMAD BIN MOHD AMIN) ( NAZRULZAM BIN JAMIL)
Setiausaha Pengerusi
Kelab Kebajikan & Sukan Kelab Kebajikan & Sukan
LKIM Negeri Pahang LKIM Negeri Pahang
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN & SUKAN LKIM NEGERI
PAHANG PENGGAL 2016 - 2018
1. TUJUAN
Selaku Pengerusi Jawatankuasa sukacitanya dapat kami membentangkan
laporan aktiviti Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang bagi tempoh 2016
/ 2018.
Tujuan laporan ini disediakan adalah untuk dibentangkan serta
memaklumkan kepada ahli-ahli mengenai kemajuan serta pencapaian
pengurusan Kelab.
Adalah diharapkan agar ahli-ahli dapat menilai prestasi perjalanan
Jawatankuasa serta memberikan cadangan –cadangan yang lebih membina ke
arah kemajuan kelab ini.
2. PENGURUSAN KELAB
2.1 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
BIL NAMA JAWATAN
1 NAZRULZAM BIN JAMIL PENGERUSI
2 ZAMRI BIN MOHAMAD TIMB.PENGERUSI
3 AHMAD BIN MOHD AMIN SETIAUSAHA
4 NOOREDAH BINTI MOHAMAD IDRIS PEN.SETIAUSAHA
5 JIMIE HALIZA BINTI ABDUL LATIFF BENDAHARI
6 FAUZI BIN ABDULLAH
7 ZULKHAIDI BIN SALIM AJK
9 ZALINA BINTI MOHAMED AMIN AJK
10 MOHD RAZALI BIN MOHD NORDIN AJK
11 MOHD FAIZAL FAROQ BIN ABDUL HALIM AJK
12 MOHD SHALWADI BIN MOHAMED YUNUS AJK
AJK
2.2 BIRO – BIRO
Bagi mengemaskini serta melicinkan pentadbiran kelab sebanyak 4 biro telah
dibentuk seperti berikut :-
BIRO NAMA KETUA
Biro Ekonomi Fauzi Bin Abdullah
Zulkhaidi Bin Salim
Biro Sukan Nooredah Binti Mohamad Idris
Biro Sosial/Kebajikan Mohamad Razali Bin Md.Noordin
Biro TSP
2.3 PEMERIKSA KIRA- KIRA
Dua orang pemeriksa kira- kira telah dilantik iaitu :-
1. Datin Hajah Zilati binti Mohamed Amin
2. Mohd KhairuL Azam bin Harun
2.4 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
Bagi penggal 2016 - 2018 sebanyak 2 kali mesyuarat ahli jawatankuasa
dan 2 kali mesyuarat khas telah diadakan.
2.5 KEAHLIAN
Ahli –ahli Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang terdiri daripada
Pegawai dan kakitangan LKIM yang bertugas di Pejabat LKIM Negeri
Pahang, Pejabat LKIM Daerah dan Persatuan Nelayan Kawasan dan
Negeri, kakitangan Pengisytiharan, Kakitangan Persatuan Nelayan
Kawasan dan Negeri, Slipway dan NEKMAT. Jumlah terkini keahlian ialah
seramai 136 orang.
2.6 AKTIVITI KELAB PENGGAL 2016 - 2018
BIL TARIKH AKTIVITI
1 20 MEI 2017 Biro Sukan telah menganjurkan satu pertandingan
Bowling bertempat di Premium Lane, Kuantan.
Pertandingan dibuka kepada semua ahli Kelab
Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang
2 4 NOVEMBER 2017 Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang telah
mengadakan Program Hari Keluarga bertempat di
Pusat Rekreasi Air Balok. Program terbuka kepada
semua ahli bersama ahli keluarga. Program di adakan
bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Pelbagai
acara dan pertandingan telah diadakan bagi
mengeratkan ukhwah dikalangan ahli.
3 15 APRIL 2018 Kelab telah mengadakan Program Memancing
Sg.Miang dengan kerjsama Pejabat Parlimen Pekan
dan Pejabat LKIM Negeri Pahang. Program mendapat
sambutan yang luar biasa daripada orang awam dan
program berjalan dengan jayanya.
4 11 OKOTBER 2018 Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang dengan
kerjasama Pejabat LKIM Negeri Pahang telah
mengadakan program FIT LKIM bertujuan untuk
meningkatkan stamina ahli kelab/ wakil sukan LKIM
sebagai persediaan ke kejohanan sukan Dwi Tahunan
LKIM yang diadakan pada tahun yang sama.
5 7 DISEMBER 2018 Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang telah
menyertai Kejohanan Sukan Dwi Tahunan LKIM yang
telah diadakan di INSPEN, Bangi. Sebanyak 12 acara
telah disertai. Secara keseluruhan Pahang mendapat
tempat ke -4 di dalam kejohanan. Berikut adalah
senarai acara yang telah disertai :-
1- Badminton - Suku akhir
2- Batu Seremban - Kumpulan
3- Bola Jaring - Tempat ke -3
4- Bola Tampar Lelaki - Suku akhir
5- Congkak - Tempat ke -3
6- Dart - Kumpulan
7- Karom - Suku akhir
8- Larian - Kumpulan
9- Ping Pong - Naib Johan
10- Sepak Takraw - Johan
11- Tarik Tali - Johan
12- Tenpin Bowling - Tempat ke - 5
6 SUMBANGAN KEBAJIKAN Kelab telah menyumbangkan sejumlah RM 6,505.00
AHLI kepada ahli sepanjang penggal 2016 - 2018 meliputi
sumbangan kelahiran, kematian, pendidikan,
perkahwinan. Senarai penerima adalah seperti di
lampiran 1
7 PROJEK CAFÉ NELAYAN Kelab telah menjalankan satu projek café/ kantin yang
bertempat berhadapan dengan kilang Air Batu Nekmat
di Tapak Taman Pemprosesan Ikan Kuantan bermula
pada tahun 2018. Café berkenaan telah disewakan dan
dibuka kepada semua kakitangan LKIM, PNK, NEKMAT
serta penyewa sekitar Kawasan tersebut.
.
A) LAPORAN TSP
Seperti di lampiran 2
B) PENUTUP
Ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang berharap agar
semua ahli berpuas hati dan dapat menerima dengan baik laporan yang telah
dibentangkan. Diharapkan Ahli Jawatankuasa baru yang akan dilantik pada
Mesyuarat Agung kali ini akan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan
menambahkan lagi aktiviti serta pendapatan Kelab di masa-masa akan datang.
LAPORAN RINGKAS TABUNG SIMPANAN PEKERJA (TSP) KELAB
KEBAJIKAN & SUKAN LKIM NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2018
1. TUJUAN
Laporan disediakan bertujuan memaklumkan kepada ahli-ahli Kelab
Kebajikan & Sukan LKIM Negeri Pahang sempena Mesyuarat Agung Kelab
bagi tahun 2018
Laporan adalah meliputi aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun
2016 -2018.
2. LATARBELAKANG
Tabung simpanan pekerja atau ringkasnya TSP telah ditubuhkan untuk
memberikan kemudahan simpanan dan pinjaman kepada semua ahli Kelab.
Tabung ini yang bermula dengan suntikan modal sebanyak RM 4,000.00
dari Kelab Kebajikan & Sukan dan kini telah beroperasi selama dua dekad,
telah banyak membantu ahli-ahlinya menyelesaikan masalah kewangan.
Ahli yang menyertai TSP adalah diwajibkan membuat potongan saham
secara bulanan. Kelayakan pinjaman adalah sebanyak 2 kali ganda
simpanan saham di dalam TSP dan jangkasama bayaran semula adalah
selama 24 bulan.
Potongan saham maksima adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap
pinjaman yang melebihi RM2,500.00. Manakala bagi pinjaman yang kurang
daripada RM2,500.00, potongan saham adalah RM 20.00 bagi setiap RM
1,000.00.
Caj yuran proses, jumlah bayaran dan potongan saham adalah seperti
jadual di bawah:-
BIL JUMLAH YURAN PROSES SAHAM/BULAN
PINJAMAN RM 20.00 / RM 1000.00 RM 20.00/ RM 1000.00
1 < RM 2500.00
2 >RM 2500.00 RM 20.00 / RM 1000.00 RM 50.00 sahaja
3. AKTIVITI TABUNGAN DAN PINJAMAN
Memandangkan TSP merupakan satu tabungan, maka aktiviti yang
dilaksanakan adalah berdasarkan laporan kewangan yang diselia oleh Puan
Jimie Haliza binti Abdul Latiff, Penolong Akauntan LKIM Negeri Pahang.
Sehingga Disember 2018, seramai 114 ahli telah menabung saham
dengan jumlah saham terkumpul sebanyak RM 196,636.59