The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracy170524, 2023-05-04 11:32:41

MPU 20342 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

Pengorbanan Perjuang

Keywords: Pengorbanan Perjuang

Pengorbanan Perjuang Dite r bit p a d a M a y 2 0 2 3


ISI KANDUNGAN Penulis dan Editor i Isi kandungan ii Pengenalan 1 punca semangat patriotisme semakin luntur 4-5 Cara menghargai pengorbanan perjuang negara 6-10 Kepentingan semangat patriotisme 12-15 i Penghargaan 2 Contoh setiap perjuang bagi setiap negeri di Malaysia 11 Kesimpulan Objektif 16 3 Kata alu-aluan iii


ii PENULIS DAN EDITOR Sardonna Dao Michael 05DKA22F1053 Palessya Anak Padan 05DKA22F1050 Nadya Chia Sze Hui 05DKA22F1065 Christina Mena Anak Geraji 05DKA22F1010 Jesica Hubong Sali 05DKA22F1029 Tracialanica Anak Nyonsin 05DKA22F1020


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majalah i-Siswa merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi kursus MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia. Tugasan ini telah mengenengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu yang berkaitan dengan pengorbanan perjuang . Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DKA2B, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching Sarawak bagi pengajian sesi 2 2022/2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah Nilai Masyarakat Malaysia untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan bentuk perpaduan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam menghargai pergorbanan perjuang sehingga Malaysia merdeka . Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis dalam merealisasikan matlamat dunia membentuk Agenda Inovasi. Kata-kata Pensyarah iii Puan Faridah Husain


P E N G H A R G A A N 1 Setinggi tinggi penghargaan kepada rakan kumpulan kerana telah membantu dalam menyiapkan e-majalah dengan sempurna. Hasil kerja adalah atas bantuan pelbagai pihak termasuklah pensyarah kursus kami iaitu Puan Faridah, beliau banyak memberi panduan dan penerangan dalam proses untuk menghasilkan emajalah ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Kuching Sarawak yang telah memberi tempoh masa yang sesuai untuk kami menyiapkan e-majalah ini. Akhir sekali,harapan kami supaya segala yang telah dipelajari ini kekal diingati dan mesej yang disampaikan di dalam e majalah ini dapat difahami dengan mudah oleh pembacanya. Sekian,Terima Kasih. Ditulis oleh : Tracialonica


Semangat pat r ioti k sangat penting untuk melahi r kan w arganegara yang cinta akan negaranya dan pas tinya akan menjadi indi vidu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sendi r i . Seseorang yang memi l i k i semangat pat r ioti k yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan di r i dan negaranya demi mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat sei r ing dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, semua pihak hendak lah ber sama- sama berganding bahu bagi memainkan peranan mas ing-mas ing agar semangat pat r ioti k dapat di subur kan dan dipupuk dalam generas i akan datang. Kita per lu ingat seper ti kata- kata Samuel Johnson yang merupakan seorang editor , pengk r iti k sas tera, penyai r , moral i s , biografi , penyusun kamus dan penul i s esei yang ter kenal ini yang menyatakan baha w a “masa depan itu dibel i oleh masa sekarang” . Ⓒ A r ti kel A sal D i : https : / / w w w . ipendidi kan.my/ langkahmemupuk - semangat -pat r ioti k .html P E N G E N A L A N 2 Ditulis oleh: Jesica Hubong Sali


O B J E K T I F Mengetahui punca semangat patriotisme semakin luntur Mengetahui cara menghargai pengorbanan perjuang negara Mengetahui contoh pejuang bagi setiap negeri di Malaysia Mengetahui kepentingan semangat patriotik 3 Ditulis oleh : Tracialonica


Kini semangat patriotisme semakin pudar di masyarakat kita. Dengan adanya pelbagai punca yang dapat menyebabkan hal itu berlaku. Kita perlu sedar segala apa yang kita nikmati sekarang dari segi keharmonian adalah datang dari payah jerih pahlawan kita dahulu. Mereka sanggup berkorban nyawa dan waktu untuk menentang penjajah dan memerdekan tanah air kita agar generasi akan datang tidak hidup dalam era penjajahan. Punca yang kita paling tahu ialah masyarakat kita terpengaruh dengan budaya Barat. Golongan yang paling mendapat impak dari hal tersebut ialah golongan muda. Mereka terikut-ikut dari segi pemakain, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti yang mendorong kepada genjala sosial yang serius. Isu ini perlu di beri penekanan kerana hal ini semakin dibiarkan, semakin serius. Semangat patriotisme kian pudar kerana lebih mengagung agungkan budaya barat dan memandang rendah dengan budaya tanah air sendiri. Selain itu, punca yang dapat kita lihat ialah masyarakat kita kurang menghayati tokoh-tokoh tempatan. Masyarakat kita kini tidak merasa kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan. Negara kita aman makmur pada masa kini adalah atas pengorbanan pejuang negara kita yang sanggup mengorbankan nyawa untuk negara. Masyarakat kini lebih suka melihat pejuangpejuang negara lain. Mereka kurarang mendapat pendidikan tengang pahlawan tempatan. Pihak kerajaan, dan media massa perlu memberi pendedahan atas jasa tokoh-tokoh tempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang. P U N C A S E M A N G A T P A T R I O T I S M E S E M A K I N L U N T U R D I T U L I S O L E H C H R I S T I N A M E U H N A A N A K G E R A J I 4 Ditulis oleh : Christina Mena Anak Geraji


Terang lagi bersuluh, punca yang kita dapat lihat ialah masyarakat mementingkan diri. Mereka sibuk dengan kerjaya mereka dan sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak kesah tentang perkara lain. Bagi mereka mencari pendapatan dan kekayaan adalah misi utama hidup. Hal-hal lain kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan patriotisme kian pudar dalam kalang masyarakat. Mereka tidak suka menghadiri manamana kempen berkaitan dengan patriotisme, bagi mereka kempen tersebut hanya membuang masa sahaja. Punca yang terakhir ialah tiada perasaan cinta akan negara yang terbit di jiwa masyarakat kita. Mereka kurang mendapat pendedahan mengenai perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang bersusah payah menuntut kemeredekaan. 5 Ditulis oleh : Christina Mena Anak Geraji


D i t u l i s o l e h : P a l e s s y a A n a k P a d a n CARA MENGHARGAI PENGORBANAN PERJUANG NEGARA Pada era globalisasi ini , dimana dunia semakin berkembang maju dan kebanyakkan perkara telah berubah . Ramai generasi muda yang tidak mengetahui tentang sejarah perjuang negara . Hal ini dikatakan demikian kerana mereka leka dengan teknologi yang ada pada masa ini . Oleh itu , sebagai golongan marhaen yg bertanggungjawab kita haruslah beriktihar agar anak muda mengetahui cerita tentang perjuang negara . Antara cara yang dapat lakukan oleh kerajaan untuk menghargai pengorbanan perjuang adalah dengan mendirikan tugu peringatan kepada mereka, dimana tugu tersebut ada tertulis kisah mereka semasa mempertahankan tanah air tercinta . Selain itu , lokasi tugu tersebut haruslah diletakkan dikawasan yang ramai orang agar orang ramai akan singgah sambil membaca tulisan yang ada di tugu tersebut . 6


D i t u l i s o l e h : P a l e s s y a A n a k P a d a n 7 Tidak hanya ibu bapa , pihak sekolah juga dapat membuat rombongan dengan murid-murid ke tempat-tempat yang bersejarah . Hal ini demikian supaya murid dapat menerapkan lagi minat mereka dalam belajar subjek sejarah di sekolah . Pihak sekolah juga boleh membuat program semlena mengenangkan pengorbanan perjuang tanah air . Bukan itu sahaja , cara lain yang dapat dilakukan adalah dengan melawat Muzium Negara . Dengan ini generasi muda akan berpeluang untuk mendalami sejarah para tokoh negara . Sebagai contoh , ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka melawat Muzium Negara pada hujung minggu . Hal ini dapat membangkittkan rasa patriotisme dalam anak-anak mereka kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya


D i t u l i s o l e h : J e s i c a H u b o n g 8 Di samping itu, cara untuk menghargai tokoh perjuangan kemerdekaan adalah menamakan nama bangunan dan jalan.Pihak kerajaan harus memilih bangunan dan jalan yang terletak di lokasi yang strategik dan sesuai.Hal ini supaya masyarakat dapat sentiasa mengenang jasa dan bakti tokohtokoh yang telah banyak berkoban untuk kedaulatan negara kita.Dengan ini,perjuangan mereka akan diterapkan dalam minda masyarakat kerana harimau mati meninggalkan belang,manusia meninggalkan nama.Contohnya,bangunan Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR),Balai Polis Tun H.S.Lee telah dinamakan dengan tokoh perjuangan kemerdekaan.Tegasnya,masyarakat hendaklah bersyukur akan keamanan negara yang dinikimati. Selain daripada melibatkan diri dalam program berkaitan sejarah,kita juga boleh mengajak ibu bapa dan kawan untuk menyertai program sebagai sokongan.Kita tidak boleh bersikap enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing dengan beranggap bukan tanggungjawab kita.Dengan cara itu,kita dapat memeriahkan majlis sambutan bersamasama orang berhampiran serta menjayakan program tersebut dengan kerjasama kita.Contohnya,kita boleh menyertai sambutan Hari Kebangsaan,pertandingan deklamasi puisi dan sebagainya.Hal ini supaya dapat menunjukkan kecintaan dan kesyukuran kita terhadap sumbangan tokoh.Pendek kata,kita patutlah sentiasa memberikan sokongan terhadap sebarang akitiviti yang berkaitan sejarah.


Ditulis oleh: Sardonna Dao Michael Selain itu, antara cara untuk memperingati jasa pejuang negara adalah dengan membuat filem atau filem pendek yang disiarkan di pawagam. Sebagai contoh, Filem Mat Kilau yang mendapat tumpuan dan sokongan ramai apabila disiarkan di pawagam. Filem yang berkualiti ini telah menyedarkan masyakat tentang usaha salah satu pejuang negara yang merebut semula tanah air dari penjajah. Namun, terdapat satu lagi cara yang mudah untuk menarik minat golongan muda untuk menghargai jasa pejuang negara. Iaitu melalui sosial media yang besar seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Ramai pemuda sekarang kreatif dalam pembuatan animasi atau filem pendek. Dengan cara ini, ramai akan menghargai jasa pejuang negara. Seterusnya adalah peranan guru-guru untuk membuat kelas subjek Sejarah di sekolah lebih menarik dan seronok supaya pelajar-pelajar lebih fokus dan ingin mengambil tahu tentang jasa- jasa semua tokoh pejuang negara sentiasa diingati dan dikenang. Sebagai contoh, guru- guru menceritakan kisah pejuang negara dengan animasi atau video pendek yang kreatif berbanding buku atau nota panjang yang membosankan bagi pelajar. 9


Kesimpulan yang dapat kita ikthiar dari sini adalah kita sebagai rakyat Malaysia yang bijak haruslah mengetahui tentang sejarah negara kita , sejarah tentang bagaimana negara kita ditubuhkan , sejarah tentang tokoh-tokoh negara pada zaman dulu dan juga kini . Setiap rakyat Malaysia harus mengetahui tentang kisah tokoh-tokoh negara .Jika mereka tidak bekorban dulu pasti kita sekarang tidak aman untuk tidur dan sentiasa hidupmdalam ketakutan . Kita juga dapayt memberitahu kisah perjuang negara kepada anak-anak agar mereka mempunyai pengetahui tentang pengorbanan negara . Banyak yang dapat kita lakukan untuk mengahargai pengorbanan perjuang , kerana marhaen yang bijaksana akan menghargai setiap pergorbanan tokoh negara yang pernah berjuang untuk memerdekakan Malaysia . Selain itu , kita juga harus sentiasa cakna akan setiap tindakan yang kita lakukan agar negara kita kekal aman . Contohnya , tidak melakukan khianat terhadap negara sendiri dengan menjual maklumat negara kita ke luar . D i t u l i s o l e h : P a l e s s y a A n a k P a d a n 10


Contoh setiap perjuang bagi setiap negeri di Malaysia https://facebook.com/imcsb4s?hc_ref=ARRkNFnb-RaOBr0HA2lh8YVgYpL9PwEWHP_3bVbddeJjqNxPzcAv9MxYClUGx36l20&fref=nf&__xts__ %5B0%5D=68.ARAIRnDgQhsLIRdSj6_alPVO5VclIx1_0xZCQbm0vnbIcn_r78B4fVH p09k4iefr2wp268f5JhX74R6cke8aznhC9UZ11a2vndu5XtMZiJ7PZFrbi0mVz7ygKggJSz3Gn s28sTexsIP8W9T_98yfgr1W3MqevH42DvGUaUWd5hOZdo9noeeiKR3J8WTLHFKH Q-7cOhSmyA8k9MhuIxnTLlqkDVGrgNUy5cVkmzPhiRSznkpI0uzcT5G1eqGUJMUzZixfOYva4jryXGzPkP9BdnfScU2UV6&__tn__=kC-R sumber rujukan 11


Banyak kemajuan telah dicapai oleh negara kita sejak bebas daripada penjajahan kuasa asing. Siapa sangka negara dengan berbilang kaum boleh mencapai kemerdekaan dan bersaing dengan negara lain pada taraf global? Namun begitu, kita sering berhadapan dengan pelbagai kesulitan yang ditimbulkan oleh masyarakat kita sendiri yang mengganggu keharmonian negara. Sebagai insan yang cintakan negara, kita hendaklah menerapkan semangat patriotik dalam setiap peringkat umur agar kemerdekaan yang diperolehi tidak hilang. selaku rakyat Malaysia kita pasti pernah dengar pepatah "rambut sama hitam, tetapi hati masing masing lain." Di sebalik perbezaan kita, kita boleh bekerjasama untuk mencapai kemajuan sejagat dengan memupuk budaya toleransi dan keterbukaan. KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME Generasi muda pada zaman ini kurang sifat patriotik dan sebaliknya lebih mengagungkan budaya barat manakala nilai cintakan negara sendiri pula diketepikan. Semangat patriotik harus ditanamkan dalam jiwa rakyat sejak kecil lagi. GENERASIMUDA SELEPAS MERDEKA ....... Kanak-kanak harus diajar nilai patriotisme sejak umur yang muda lagi, bak kata pepatah Melayu, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Mereka sewajarnya dididik untuk menerapkan nilai nilai patriotisme dalam diri mereka. Ibu bapa boleh memainan peranan dengan mengajar anak-anak mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kegagahan tokoh-tokoh yang berjuang untuk tanah air agar mereka dapat mengenang jasa tokoh dan wira negara dan dijadikan suri teladan yang boleh dicontohi. Sikap kanak-kanak biasanya terbawa-bawa ke alam dewasa. Oleh itu pentingnya mereka dididik dari umur yang muda lagi agar mereka selaku pemimpin negara pada masa akan datang sentiasa menanam semangat patriotik dalam jiwa mereka. PEMIMPINYANGBERKUALITI Nadya Chia Sze Hui 12


P E R P A D U A N A N T A R A K A U M D A N A G A M A Seperti yang diketahui umum, Malaysia ialah negara yang terkenal dengan masyarakat majmuk yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak, Bumiputera Sabah dan Orang Asli. Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 1967 adalah salah satu bukti penyatuan kaum kaum ini. Justeru itu, bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara, semangat cinta akan negara ini haruslah dipupuk supaya tujuan memajukan negara dan memartabatkankan masyarakat di persada antarabangsa dapat dicapai. Bak kata mutiara, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Maka, kita haruslah bersamasama bersatu untuk mengharumkan nama malaysia dengan keharmonian yang kian pudar zaman sekarang Ditulis oleh : Sardonna Dao Michael Duke | 102 13


SEJARAH NEGARA SEJARAH NEGARA TERPELIHARA Semangat cinta akan negara atau patriotisme juga sangat penting agar memelihara sejarah negara yang semakin dipandang remeh oleh generasi muda seperti kita. Sikap tidak ambil peduli terhadap sejarah ini harus dibanteras kerana hal ini akan menyebabkan masyarakat kita senang terpengaruh dengan budaya luar terutamanya budaya yang sepatutnya tidak dibawa dan dibiasakan di Malaysia. Oleh itu,kerajaan telah mengambil tindakan yang sangat mengesankan bagi menanam nilai dan minat terhadap sejarah Malaysia bagi golongan muda ini. Sebagai contoh, mewujudkan subjek Sejarah di Sekolah Rendah padahal subjek ini diambil dan dipelajari di Sekolah Menengah. Selain itu, kerajaan juga telah mewajibkan pengambilan subjek Sejarah bagi Sijil Matapelajaran Malaysia iaitu Spm. Namun masih banyak usaha yang boleh menanam semangat ini dalam diri kita. Oleh itu, ramai pihak tidak kira tua dan muda mampu menanam semangat patriotisme bagi memelihara sejarah Malaysia yang sangat bernilai bagi negara kita. Biarlah Sejarah Negara Kita dapat dipelihara dari zaman ke zaman. Bak kata mutiara, ‘ Tak lapuk dek hujan, Tak lekang dek panas’. Ditulis oleh : Sardonna Dao Michael 14


Kestabilan ekonomi sesebuah negara tidak dapat dikekalkan sekiranya cabaran dalaman yang dialami tidak diselesaikan. Rakyat Malaysia perlu sedar tentang kepentingan patriotisme dalam memupuk semangat perpaduan yang mana menentukan hala tuju negara. Pencapaian yang dikecapi hari ini bukan bergantung kepada individu semata-mata, tetapi bergantung kepada semua aspek patriotisme rakyat. Kemajuan negara Patriotisme juga boleh menjadi penggerak kepada kemajuan negara. Rakyat yang menerapkan sifat patriotik dalam diri secara tidak langsung akan bekerja keras untuk menaik taraf negara dalam pelbagai aspek. Dengan ini, tidak diragukan bahawa mereka akan jadi penyumbang utama kepada kemajuan negara. Patriotisme akan memastikan negara harmoni dan ini dapat menggalakkan lebih ramai pelabur asing untuk melabur dalam Malaysia. Tidak dinafikan, kemasukan pelabur asing ini akan memberi peluang pekerjaan baharu, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan memacu negara kita ke hadapan. Nadya Chia Sze Hui 15


KESIMPULAN Tuntasnya, ini adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menanamkan rasa cinta kepada bangsa dan negara dalam diri anak-anak mereka. Golongan ini mestilah mahir menggunakan peluang dan situasi yang ada untuk membantu anak-anak memahami erti sebenar pengorbanan rakyat. Jika ibu bapa terus menerus lepas tangan apabila menyentuh topik patriotisme, anak-anak kita akan hilang rasa hormat kepada negara. Kita mesti sedar bahawa segala yang berlaku pada masa hadapan adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu. Sebagai kesimpulan, patriotisme adalah agen sosialisasi utama yang boleh membantu mengekalkan keharmonian negara. Malangnya, terdapat banyak halangan untuk mencapai matlamat patriotisme ke arah negara yang berbudaya tinggi. Sehubungan itu, intipati semangat ini perlu disemai dalam pendidikan negara, bermula dengan sekolah. Oleh itu, para pendidik harus lebih inovatif dalam menyemai semangat patriotisme dalam diri murid mereka supaya mereka dapat mendalami patriotisme dengan lebih dalam lagi. Nadya Chia Sze Hui 16


Click to View FlipBook Version