The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7652201, 2021-04-25 04:01:08

DATO' ONN JAAFAR

DATO' ONN JAAFAR

BIODATA

Nama: Nur Najwa Haziqah Binti Malik
Kelas : 3 Azam

Alamat e-mail : [email protected]
Nama sekolah : SMK LKTP Pemanis

Alamat sekolah : Smk LKTP Pemanis, Peti
Surat 67

85007 Segamat
Johor

i

KANDUNGAN

ii

PENDAHULUAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat selesaikan buku skrap ini
dalam masa yang ditetapkan.
Semasa pembuatan buku skrap ini banyak rintangan yang saya tempuh seperti kekurangan
tempoh masa. Namun saya sudah cuba yang terbaik untuk menyiapkan buku skrap ini. Dengan
bertemakan ‘Tokoh Pemimpin Johor’ saya memilih Dato’ Onn Jaafar.
Seperti yang sedia maklum, Dato’ Onn Jaafar atau nama sebenarnya Dato’ Sri Onn bin Dato’
Jaafar adalah pengasas dan President Pertumbuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Dalam buku ini, akan saya ceriitakan jalan kehidupan Dato’ Onn Jaafar dari Pendidikan beliau
sehinggalah penghujung cerita beliau.
Saya juga akan menceritakan tentang pahit getir kehidupan yang dilalui oleh Dato’ Onn Jaafar.

1

BIODATA TOKOH

NAMA : Dato’ Sir Onn Bin Dato’ Jaafar
TARIKH LAHIR : 12 Februari 1895
TEMPAT LAHIR : Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bahru
TARIKH KEMATIAN : 19 Januari 1962
Beliau merupakan anak kepada Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang
Pertama
Beliau merupakan seorang kerabat diraja, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan
Abu Bakar.Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, janda, salah
seorang adiknya dan salah seorang anak daripada anak mereka iaitu Allahyarham Tun Hussien
Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga.
Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 19 Januari 1962, akibat serangan jantung, dan
jenazahnya tela disemadikan bersebelahan makam bapanya, Allahyarham Dato’ Jaafar bin Haji
Muhammad di Makam Diraja Bukti Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor

2

PENDIDIKAN

• Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru, sebelum
melanjutkan pelajaran di England

• Beliau juga belajar bahasa Inggeris dengan wanita Ingerris yang menjaga beliau
bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim , iaitu Tungku Mahkota Ismail, Tunku
Abu Bakar dan Tunku Ahmad

• Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School,
Sukffolk, England.

• Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim telah
membiayai pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam
bahasa Inggeris dan Perancis.

• Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air(1910 – 1911) di
Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu

3

KERJAYA AWAL

• BERTUGAS SEBAGAI WARTAWAN
• Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada

1934, menjadi pengarah Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
• Rencana tukisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar

perubahan dilakukan.
• Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur, membuka kedai

jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu
• Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga

penghujung 1933.

4

• BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI DAERAH BATU PAHAT
• Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British,

tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
• Onn Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman,

pegawai daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam oleh gerila-gerila ‘ Bintang
Tiga ‘ di Benut pada tahun 10 Jun 1945.
• Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan
ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac-April
1945

5

KERJAYA POLITIK

• PENGASAS UMNO
• Pada 1 – 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan

Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan
untuk Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa
Orang Melayu dan kedudukan sultan – sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini,
sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga
diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan
nasiolisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai president pertama.
• Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Perseketuan Tanah Melayu. Perseketuan Tanah
Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-
syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
• Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi ‘
Pertubuhan Tanah Melayu . Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan
jawatan pada 25 hingga 26 Ogos 1951

6

• Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi ‘
Pertubuhan Tanah Melayu . Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan
jawatan pada 25 hingga 26 Ogos 1951

• PENGASAS PARTI KEMERDEKAAN MALAYA DAN PARTI NEGARA
• Beliau kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.

Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu.
• Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi

tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Perseketuan Tanah
Melayu pada tahun 1955.
• Parti Negara menyekat keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk
memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya
masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan
raya itu.
• Bagaimanapun, Dato’ Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik.
Akhirnya, beliau Berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS

7

• PENGASAS PARTI KEMERDEKAAN MALAYA DAN PARTI NEGARA
• Beliau kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.

Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu.
• Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi

tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Perseketuan Tanah
Melayu pada tahun 1955.
• Parti Negara menyekat keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk
memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya
masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan
raya itu.
• Bagaimanapun, Dato’ Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik.
Akhirnya, beliau Berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

8

SUMBANGAN

• Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib
masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan
Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai
Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang
dipengerusikan oleh beliau sendiri.

• RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu menceburi
bidang ekonomi.

• RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampung supaya
menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan produk tersebut
dipasaran domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan
mengambil alih perniagaan tersebut.

• RIDA juga memastikan masyarakat Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya
mereka dapat mengubah nasib serta masa hadapan mereka akan datang.

9

NILAI KEPIMPINAN

• Sebagai seorang nasionalisme, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah
membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada
orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan
Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa
kesusahan dilanda peperangan.

• Apabila perang tamat, beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah
mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat
menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik
yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat
negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideology politik.

• Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah
digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan
dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan
seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah
menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan
berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat. Dato Onn juga merupakan
seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa
dan tidak mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan
seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir.
10

ANUGERAH

ANUGERAH DI DALAM MALAYSIA
Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua (DPMJ) – Dato' (1940)
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1947)
Perak :

- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) – Dato' Seri (2015)
ANUGERAH ANTARABANGSA

United Kingdom :
- Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE) – Sir
(1953)

11

PENUTUP

Dalam bidang politik, agak pelik kalua kita tidak mendengar nama Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai UMNO. UMNO yang kini bergiat aktif pada zaman
ini bermula dengan seorang lelaki yang cerdik iaitu Dato’ Onn Jaafar.
Tidak hairan, jika saya menggelarkan beliau sebagai ‘ Pejuang Bangsa ‘ , selama hidupnya, dia
tidak pernah putus-putus mahu menaikkan bangsa Melayu sehingga bangsa Melayu kini sudah
mampu bergerak bebas setaraf dengan bangsa-bangsa lain .
Kita sebagai bangsa Melayu haruslah menghargai jasa beliau, seperti yang semua warga
Malaysia mengetahui bahawa negara kita ini mempunyai tiga bangsa, yang mempunyai lain
tradisi dan budaya tetapi itu bukan alas an untuk kita bermusuhan satu sama lain. Mengahargai
jasa beliau dan tidak menjatuhkan kaum lain agar kita semua berada di peringkat yang sama
dan kita tidak akan jatuh ke belakang.
Tidak akan saya lupakan kata-kata beliau, “ nasib bangsa kita hanyalah akan dapat
diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanya
akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar
dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri. “
Diharapkan dengan penghasilan buku skrap ini, saya dapat berkngsi pengetahuan tentang Dato’
Onn Jaafar sepanjang riwayat hidup beliau sebagai ahli politik. Marilah kita sama-sama
menghargai penat lelah beliau.

12

SUMBER RUJUKAN

• https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fazwansyedabdullah.blogspo
t.com%2F2015%2F10%2Famanat-tersirat-yang-pelik-
dari.html&psig=AOvVaw2y8_TLmGeQVZYX8qye3txS&ust=1618990959151000&s
ource=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNi5lZ-
qjPACFQAAAAAdAAAAABAD

• https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fumno-
online.my%2F2020%2F09%2F13%2Fdun-johor-lulus-pakej-rangsangan-ekonomi-
ihsan-negeri-johor-
2020%2F&psig=AOvVaw1j3IztYi8v0JWAxf9tIVOp&ust=1618991051189000&sour
ce=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJiUgL-
qjPACFQAAAAAdAAAAABAE

• https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fsmkpemanis.50megs.com%
2F&psig=AOvVaw0ejqMk6yjK2baJwbJ5ghd0&ust=1618991104904000&source=im
ages&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJDWkteqjPACFQAAAAAdAAAAABAD

• https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Ftributetodatoonnjaafar.blogs
pot.com%2F2008%2F10%2Fdato-onn-
jaafar.html&psig=AOvVaw1PDrsIIJyY_5Ri_z-
hHG6L&ust=1619421659262000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoT
CLjG4vrtmPACFQAAAAAdAAAAABAD

13

• https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fpahlawankitty.blogspot.com
%2F2017%2F09%2Ftokoh-yang-dipilih-dato-onn-
jaafar_8.html&psig=AOvVaw1PDrsIIJyY_5Ri_z-
hHG6L&ust=1619421659262000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoT
CLjG4vrtmPACFQAAAAAdAAAAABAO

• https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FPe
rsatuanProgerak%2Fvideos%2Fpesanan-terakhir-pengasas-umno-dato-onn-
jaafar%2F1895454170485187%2F&psig=AOvVaw1PDrsIIJyY_5Ri_z-
hHG6L&ust=1619421659262000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoT
CLjG4vrtmPACFQAAAAAdAAAAABAT

• https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fwww.al-
azharrisiddiq.com%2F2013%2F10%2Fpesanan-dato-onn-
jaafar.html&psig=AOvVaw1PDrsIIJyY_5Ri_z-
hHG6L&ust=1619421659262000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoT
CLjG4vrtmPACFQAAAAAdAAAAABAY

• http://www.siapamoyanganda.com/salasilah/00001.jpg
• http://www.siapamoyanganda.com/salasilah/00002.jpg

14


Click to View FlipBook Version