Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
ASAL-USUL LAGU NEGARAKU
Ramai yang tidak tahu tentang sejarah dan asal-usul lagu ‘Negaraku’ ini .
Lagu kebangsaan iaitu lagu ‘Negaraku’ merupakan lagu asal negeri
Perak. Lagu rasmi negeri Perak ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu oleh Jemaah hakim yang diketuai oleh YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957 . Lagu rasmi negeri
Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu yang yang amat disukai
ııoleh Sultan Abdullah Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Jaafar
Safiuddin Muadzam Shah Waliullah ketika baginda menjalani hukuman
dibuang negeri di Kepulauan Seychelles kerana didakwa bersubahat
membunuh Residen British J.W.W Birch .
Selepas menjalani hukuman, baginda membawa pulang lagu yang
mempunyai pengaruh di Mahe, Pulau Seychelles untuk disesuaikan dan
dijadikan sebagai lagu rasmi kerajaan negeri Perak . Lagu tersebut juga
merupakan ciptaan pengubah lagu warga Perancis , Pierre Jean de
Beranger (1780 – 1857) yang bertajuk La Rosalie .
Lagu ini sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh
Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan
membuat pertunjukan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan .
Kemudian lagu tersebut diberikan seni kata baharu dan dinamakan ‘Allah
Lanjutkan Usia Sultan’ yang seterusnya dijadikan lagu rasmi negeri Perak Darul
Ridzuan .
Tetapi, Indonesia telah mendakwa bahawa
lagu NEGARAKU sekarang ini adalah berasal dari ciptaan dan
hasil seni negaranya kerana lagu ‘Terang Bulan’ sudah popular
sejak tahun 1940 di Indonesia dan digunakan oleh Malaysia pada
tahun 1957 sebagai lagu rasmi kebangsaan . Padahal, lagu
Negaraku berasal dari lagu rasmi negeri Perak yang telah
diciptakan pada tahun 1888 .
PEMILIHAN LAGU ‘NEGARAKU’
Pada tahun 1956 , semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu
kebesarannya sendiri walau bagaimanapun , belum ada sebuah lagu
kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara . Pada ketika itu ,
Tanah Melayu berada diambang kemerdekaan maka wajarlah ia
mempunyai sebuah lagu kebangsaan sendiri yang bercorak patriotik.
YTM Tunku Abdul Rahman menjadi ketua menteri merangkap menteri
dalam negeri pada ketika itu, telah membuat ketetapan agar sebuah lagu
kebangsaan dicipta sebelum merdeka . Ekoran dari ketetapan ini , satu
jawatan kuasa telah dibentuk bertujuan untuk mendapatkan sebuah lagu
kebangsaan yang sesuai bagi Tanah Melayu .
YTM Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar diadakan satu pertandingan
mencipta lagu kebangsaan. Cadangan YTM Tunku Abdul
Rahman dipersetujui dan dilaksanakan . Pertandingan ini bukan sahaja
terhad kepada penduduk Tanah Melayu tetapi telah dibuka ke seluruh dunia.
Dan hasilnya, sebanyak 514 buah lagu diterima dari seluruh dunia . Untuk
memilihnya, sebuah jawatankuasa dibentuk untuk membuat pemilihan
dengan teliti dan sempurna oleh yang YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Namun demikian , tidak ada sebuah lagu daripada 514 buah lagu yang
dikemukakan dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan .
Jawatankuasa kemudian berpendapat, satu cara lagi untuk memperolehi lagu
kebangsaan yang baik adalah dengan menjemput beberapa penggubah lagu
yang ternama untuk menciptanya . Penggubah lagu yang masyhur bertaraf
antarabangsa dijemput khas untuk mengubah lagu kebangsaan terdiri
daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang mengubah lagu perbarisan
untuk Permahkotaan Ratu Elizabeth ıı , penggubah Opera Amerika Gian Carlo
Menotti dan Zubir Said . Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak .
Akhirnya , jawatankuasa mendengar kesemua lagu negeri yang sedia
ada bagi mengenal pasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran
negeri ini, ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara .
Upacara pemilihan lagu kebangsaan berlangsung di Dewan Polis
Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu diperdengarkan oleh
pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu “Allah Lanjutkan Usia Sultan”
telah terpilih . Keputusan Jemaah Hakim kemudian telah dikemukakan
kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah
mengeluarkan tawaran RM1 000 kepada penggubah untuk mencipta
seni katanya . Tawaran ini telah dimenangi oleh Saiful Bahri dan lagu
kebangsaan beliau terdapat dalam 3 versi.
Pada Julai 2003, akhbar di Malaysia menyatakan bahawa lagu
‘Negaraku’ akan ditukar dan liriknya akan ditukar dari ‘Negaraku’
kepada 'Malaysiaku' . Disebabkan terdapat bantahan ramai,
pertukaran nama dibatalkan dan lagu ‘Negaraku’ diubah dan
dikembalikan kepada tempo pra 1992 oleh penggubah lagu Wah Idris .
Lagu ‘Negaraku’ telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad .
Lagu ‘Negaraku’ berentak baharu dipersembahkan buat kali
pertama pada sambutan Ambang Merdeka, di Dataran Merdeka ,
tengah malam pada tanggal 30 Ogos 2003 . Lagu ‘Negaraku’
berentak baharu itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia
yang keempat , Tun Dr Mahathir Mohamad melaungkan
“MERDEKA” sebanyak 7 kali .
KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU
➤Kepentingan lagu kebangsaan iaitu lagu "Negaraku " adalah seperti berikut :-
Menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU
➤Kepentingan lagu kebangsaan iaitu lagu "Negaraku " adalah
seperti berikut :-
Menyerlahkan semangat patriotik
KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU
Meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja
KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU
Memupuk perpaduan dan keharmonian
KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU
Meningkatkan usaha untuk memajukan diri sendiri
➤Etika ketika menyanyikan lagu 'Negaraku' :-
- Berdiri tegak
- Kedua-dua belah tangan diletakkan di sisi dan diluruskan ke bawah
- Kedua - dua belah kaki dirapatkan
- Nyanyikan dengan serentak dan jelas
- Menyebut seni kata lagu dengan tepat
- Bersemangat dan menghayati seni kata lagu
- Tidak boleh bermain - main semasa menyanyi
* Bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda,
- Kepala mesti tegak
- Mata memandang bendera
- Kedua- dua tangan di paha dan kaki dirapatkan
Kesimpulan
Lagu kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat
patriotik terhadap negara tetapi menyeru rakyat yang pelbagai
agama, bangsa dan sosial budaya untuk hidup bersatu padu. Selain
itu, lagu 'Negaraku' sering dimainkan dalam festival sukan dan
sebagainya kerana ianya melambangkan imej maruah dan jati diri
sesebuah negara. Maka kita perlu bangga dan hormat akan negara
serta lagu kebangsaan kita.
Sekian, terima kasih.