The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intannadhirah123, 2021-11-10 23:47:24

Laporan Batu Seremban Kumpulan 1

Laporan Batu Seremban Kumpulan 1

ASSESSMENT COVER SHEET/
LEMBARAN HADAPAN PENILAIAN KURSUS
DEPARTMENT/ JABATAN : PERDAGANGAN

PROGRAM :

SESSION/ SESI : SESI 1 2021/2022

COURSE CODE/KOD KURSUS : MPU 24011
COURSE NAME/ NAMA KURSUS: PERMAINAN TRADISIONAL (KUMPULAN K)

LECTURER’ S NAME/ :
NAMA PENSYARAH ENCIK YUSRI BIN YUSOFF

TITLE/ TAJUK : LAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL KUMPULAN 1
:
SUBMISSION DATE/
TARIKH HANTAR :

RECEIVED DATE (fill in by lecturer)
TARIKH TERIMA (diisi oleh pensyarah)

STUDENT’S NAME/ NAMA PELAJAR MATRIC NUMBER/ CLASS/
NOMBOR MATRIK KELAS
INTAN NADHIRAH BINTI SAFARI DBS 2
FATIN NUR AISHAH BINTI MOHD ARIF 23DBS20F2006 DBS 2
NURIZZAH IWANI BINTI ABDUL RAHIM 23DBS20F2009 DBS 2
NOOR AMYSHA SOFEA BINTI AHMAD SABRY 23DBS20F2022 DBS 2
NURFARZANA BINTI REE KAMARUDDIN 23DBS20F2017 DBS 2
23DBS20F2037

MARKS/ MARKAH: CLO2 CLO3 CLO4 TOTAL
CLO1 MARKS/
JUMLAH MARKAH

LECTURER’S COMMENT/ KOMEN
PENSYARAH

1

Table of Contents

1.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG/ SEJARAH TENTANG PERMAINAN PILIHAN .............. 3
1.1 MENERANGKAN KEMAHIRAN ASAS SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL .................... 4
1.1.1 MENERANGKAN PERNAMAAN SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL. ............................. 4
1.1.2 MENJELASKAN PERSYARATAN (RUKUN) SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL ........... 5
1.1.3 MENERANGKAN PERATURAN (TATACARA) DALAM PERMAINAN ................................ 6
1.1.4 MENERANGKAN PENENTUAN KEMENANGAN. .................................................................. 7
1.1.5 MENERANGKAN PERTEGAHAN/LARANGAN DAN DENDAAN ......................................... 7
1.1.6 MEMPRAKTIK TEKNIK-TEKNIK ASAS SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL .................. 8
1.1.7 MENERANGKAN STRATEGI-STRATEGI PERMAINAN ...................................................... 10
1.1.8 KESIMPULAN .......................................................................................................................... 11
1.1.9 RUJUKAN …………………………………………………………………...……………………12

2

1.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG/ SEJARAH TENTANG PERMAINAN PILIHAN

Batu selambut atau dikenali sebagai batu seremban ataupun serembat ialah sejenis permainan
tradisional yang dimainkan di Malaysia. Namun, permainan ini juga banyak dimainkan di negara
lain. Antaranya ialah,

 Singapore : five stone
 India : kallangal / achangal
 China : zhua shizir
 Porugal : five mary's
 Turki : asiks

Terdapat sumber yang mengatakan bahawa batu seremban asalnya dari Asia kuno semasa Siege
of Troy pada tahun 1184 sebelum masihi. Permainan ini dianggarkan berusia dari 25,00 sehingga
4,000 tahun.
Batu seremban ini dimainkan dari negara Depal ke benua India sehingga ke Malaysia dan
Singapura. Ia juga dimainkan dari Asia tengah melailui Turki dan Latin Mediterranean hingga ke
Amerika selatan dan Belanda.

3

1.1 MENERANGKAN KEMAHIRAN ASAS SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL
Kebiasaanya batu seremban ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau
secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Kemahiran yang diperlukan ketika bermain
batu seremban ini adalah melambung dan menangkap. Pemain juga perlu cekap dan pantas bagi
menangkap batu-batu tersebut. Dalam permainan batu seremban, terdapat beberapa peringkat
atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama
yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat
yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Giliran dan kemenangan
ditentukan dengan siapa yang dapat menimbang paling banyak batu.

1.1.1 MENERANGKAN PERNAMAAN SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL.
Nama lain bagi batu Seremban ialah serembat , serambut , Simbang, selambut , dan banyak lagi
gelaran atau nama lain batu Seremban mengikut negeri dan negara lain .

4

1.1.2 MENJELASKAN PERSYARATAN (RUKUN) SETIAP PERMAINAN
TRADISIONAL

Dimainkan di tempat yang mempunyai lantai yang rata. Permainan ini bermula dengan peringkat
pertama dimana sebiji batu yang dinamakan batu satu digunakan sehingga ke peringkat yang
lebih sukar iaitu batu tujuh peringkat atau cara sambutan batu yang berlainan
A. Menyatakan bilangan pemain.
Bilangan pemain minimun ialah dua orang dan maxsimum 7/8 orang
B. Mengenalpasti dan menerangkan peralatan permainan.
Peralatan permainan ialah batu. Beberapa tempat menggunakan bilangan batu sebanyak 5 namun
ada beberapa tempat menggunakan 7 batu. Batu yang dipilih haruslah tidak tajam agar tidak
berlaku kecerdaan dan saiz batu yang sesuai untuk digenggam bermaksud tidak terlalu bersar dan
tidak terlalu kecil
C. Melakarkan bentuk dan saiz kawasan permainan.
Cara kedudukan pemain ialah duduk dalam bulatan dan menghadap satu sama lain. Saiz kawasan
permainan bergantung kepada bilangan pemain jika bilangan pemain yang ramai maka saiz
kedudukan dalam bulatan makin besar. Pemain duduk dalam bulatan agar senang untuk
mengambil giliran seterusnya untuk bermain dan menggunakan batu yang sama.

5

D. Menerangkan tentang etika permainan.
 Pemain tidak boleh menipu dalam permainan
 Menetapkan mata yang perlu diperoleh untuk menang
 Ketika membuat timbangan batu yang jatuh ke lantai tidak boleh dikutip / dikira matanya
 Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
 Batu yang dijatuhkan = 0 mata
 Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya.

1.1.3 MENERANGKAN PERATURAN (TATACARA) DALAM PERMAINAN

Pemain akan mula menimbang batu-batu tersebut setelah menyelesaikan kesemua peringkat
permainan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan mata bagi setiap pemain. Terdapat dua
kaedah dalam menimbang buah diperingkat ini.Cara pertama sama seperti permulaan
menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.
Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali
ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.Pemain juga boleh meneruskan permainan
semula dari buah satu sehingga tamat sekiranya pemain itu dapat bermain sehingga keperingkat
menimbang dengan memperoleh mata.

PERATURAN PERMAINAN
Permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika:
 Pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung
 Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang terhimpit
bergerak.
 Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan.
 Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang gelanggang.Pemain
tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima sebarang isyarat daripada rakan.
6

1.1.4 MENERANGKAN PENENTUAN KEMENANGAN.

 Pemain pertama yang dapat peroleh jumlah mata yang telah ditetapkan akan menang.
 Pemain yang mendapat jumlah mata paling tinggi akan menang.

1.1.5 MENERANGKAN PERTEGAHAN/LARANGAN DAN DENDAAN

Adat perlawanan mestilah mempunyai pemenang dan pengalah termasuklah dalam permainan
tradisional batu seremban. Denda pada “pengalah” adalah tangannya ditanpar oleh pihak
pemenang. Jika bilangan permain adalah lima orang maka pengalahnya adalah seorang dan baki
empat adalah pemenang. Langkah-langkah dendaan adalah:

 Pengalah akan menghulurkan tangan dan bersedia untuk melarikan atau mengelak
daripada ditampar oleh pemenang.

 Tamparan ke tangan pengalah adalah sebanyak tiga kali.
 Jika berjaya mengelak, denda akan berakhir tetapi akan beralih pula kepada pemenang

berikutnya sehinggan habis bilangan pemain.
 Jika terdapat lima orang permain maka empat kali akan kena denda dengan mereka yang

menang.

7

1.1.6 MEMPRAKTIK TEKNIK-TEKNIK ASAS SETIAP PERMAINAN TRADISIONAL

Teknik 1 :
 Kesemua batu hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua batu tidak menyentuh
antara satu sama lain.
 Sebiji batu akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
 Dalam masa yang sama, sebiji batu di atas lantai harus dikutip.
 Proses ini akan berterusan sehingga semua batu di atas lantai sudah dikutip.

Teknik 2 :
 Cara batu dua dimainkan ialah sama seperti batu satu.
 Hanya dua biji batu harus dikutip dengan masa yang sama.
 Ini bermakna, ibu (sebiji batu) akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Teknik 3 :
 Batu tiga ada sedikit perbezaan.
 Pada lambungan pertama, hanya satu biji batu akan dikutip.
 Lambungan yang kedua pula, tiga biji batu akan dikutip dengan serentak.

Teknik 4 :
 Batu ibu akan dilambungkan ke udara.
 Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji batu yang berada di
lantai dengan serentak.

8

Teknik 5 :
 Batu lima akan dimainkan seperti batu empat.
 Pemain harus melambungkan batu ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji batu
diatas lantai dengan serentak.
 Selepas itu, batu ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji
batu yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya batu
ibu (sebiji batu) sahaja yang akan disambut.

Teknik 6 :
 Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
 Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji batu akan menjadi batu ibu.
 Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi batu ibu harus ditukar
dengan batu yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Teknik 7 :
 Batu tujuh adalah urutan daripada batu enam.
 Dua biji batu yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
 Selepas itu, hanya satu biji batu yang akan dikutip.
 Batu ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
 Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
 Pada akhirnya, batu ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

9

1.1.7 MENERANGKAN STRATEGI-STRATEGI PERMAINAN

 Sudah sememangnya adat permainan harus ada yang menang dan kalah. Setiap
permainan mempunyai strategi yang tersendiri untuk mengalahkan pihak lawan dan maju
untuk terus mendapat markah dalam permainan.

 Seperti batu Seremban,ia mempunyai banyak strategi untuk memenangi permainan ini
 Pertama sekali, kita mestilah mempunyai 5 biji batu Seremban untuk bermain
permainan ini.
 Sebelum bermain, pemain mestilah menimbang batu Seremban tersebut dan
menangkapnya untuk menentukan giliran untuk bermain. Pastikan tangkap
paling banyak batu tersebut supaya dapat memulakan permainan terlebih
dahulu. Kerana siapa yang paling banyak menangkap batu buah tersebut, orang
itu akan mula dahulu.
 Ketika permainan bermula, pastikan semasa menangkap buah tersebut tidak
tersentuh atau terlanggar buah yang lain kerana anda akan gagal.
 Semasa bermain juga, tangan perlulah menggenggam buah tersebut dengan
kemas dan kuat supaya buah tidak terlepas dari pegangan tangan, jika terlepas
permainan batal.
 Seperti yang kita tahu, batu Seremban mempunyai banyak tahap-tahap yang
perlu ditempuhi untuk memenangi permainan ini. Pastikan sebelum bermain,
pemain perlulah mengingati semua tahap tersebut.
 Di tahap akhir permainan batu Seremban ini, pemain perlulah mengimbang
batu Seremban dan dapatkan banyak buah. Jika pemain menangkap banyak
buah, lagi banyaklah markah yang pemain akan dapat kumpul.
 Jika pemain melepasi tahap akhir, ia tak bermaksud permainan ini habis begitu
sahaja, permainan boleh diulangi dari tahap pertama dan kumpul lah markah
sebanyak yang boleh.

10

1.1.8 KESIMPULAN
Kesimpulannya, batu seremban adalah salah satu permainan tradisional yang seronok dan
menarik untuk bermain bersama keluarga, rakan, sepupu dan sebagainya. Terdapat banyak juga
kebaikan yang kita peroleh iaitu dapat mengisi masa lapang bersama keluarga atau orang yang
tersayang. Permainan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim bersama orang-orang yang kita
sayang kerana dapat meluangkan lebih masa ketika bermain permainan ini. Selain itu, permainan
ini juga sedikit sebanyak dapat mencerdaskan otak kita kerana semasa kita bermain permainan
ini, kita akan memikirkan strategi-strategi untuk mengalahkan pihak lawan. Permainan batu
seremban adalah tradisi nenek moyang kita, daripada kita sibuk bermain gajet-gajet yang
canggih dan moden, lebih baik kita bermain permainan ini supaya dapat mengekalkan dan
menguatkan tradisi permainan batu Seremban. Jika kita melupakannya, sudah tentu anak-anak
kita pada masa hadapan tidak akan tahu apakah itu batu seremban. Kitalah yang akan menjadi
penerus adat permainan tradisional ini.

11

1.1.9 RUJUKAN
Internet :
a) Blogspot

 http://kumpulanc14.blogspot.com/2010/08/undang-undang-dalam-bermain-
batu.html?m=1

 http://tebuan-alor.blogspot.com/2012/11/main-batu-tujuh-batu-seremban-bati.html?m=1
 http://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/cara-bermain-batu-

seremban.html
b) YouTube
 https://www.youtube.com/watch?v=vZMZi3ByqXE

12


Click to View FlipBook Version