KANDUNGAN 2
3
Kata Alu-Aluan Menteri Pengajian Tinggi 4
Kata Alu-Aluan Naib Canselor UTHM 5
Kata Alu-Aluan Dekan FPTV, UTHM 6
Aturcara Program 7
Objektif Program
Senarai Rakan Industri
KATA ALU-ALUAN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia
Segala puji bagi Allah yang dengan izin-Nya saya dapat
memberi sepatah dua kata dalam ruangan ini sempena
Majlis Perasmian Pemerkasaan TVET dan Kerjasama
Strategik UTHM-Industri. Tahniah saya ucapkan
kepada pihak UTHM kerana telah mengambil langkah
proaktif menerusi penganjuran program seperti ini.
Inisiatif ini merupakan satu bentuk terjemahan kepada
agenda pemerkasaan TVET di peringkat kementerian
dan juga negara.
TVET telah menjadi antara agenda penting
pembangunan pendidikan negara dalam usaha memastikan keperluan modal insan
berkualiti dapat dihasilkan sejajar dengan halatuju Malaysia menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Penubuhan Majlis TVET Negara (MTVET)
yang bukan sahaja melibatkan kementerian-kementerian berkaitan tetapi juga pihak industri
merupakan bukti jelas penumpuan pihak kerajaan terhadap agenda TVET. Di bawah
MTVET, Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (Government-Industry TVET
Coordination Body-GITC) telah diwujudkan bagi memastikan graduan atau lepasan TVET
adalah bertepatan dengan keperluan pihak industri sekaligus merapatkan jurang antara
permintaan dan penawaran tenaga kerja. Sokongan pihak kerajaan dalam menjayakan
agenda ini dibuktikan menerusi agihan peruntukan sebanyak RM 6.6 billion dengan
tambahan sebanyak RM200 juta bagi usaha sama dengan pihak industri menerusi bajet
tahun 2022.
Justeru, saya berharap UTHM sebagai salah sebuah universiti dalam kalangan Malaysian
Technical University Network (MTUN) terus dapat memainkan peranan penting dalam
menjayakan agenda TVET negara khususnya di peringkat pengajian tinggi. Penglibatan
pemain-pemain industri menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang
disempurnakan dalam majlis ini merupakan satu strategi pintar dan mampu meletakkan
UTHM di landasan dan arah tuju yang betul. Kementerian Pengajian Tinggi mengharapkan
program-program seperti ini dapat dipergiatkan lagi dalam usaha agenda pemerkasaan
TVET negara dapat direalisasikan.
Sekian, wassalam.
Terima Kasih.
YB DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
2
KATA ALU-ALUAN
NAIB CANSELOR UTHM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia
Alhamdullilah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, Majlis Perasmian
Pemerkasaan TVET dan Kerjasama Strategik UTHM-
Industri, anjuran Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dapat
diadakan seperti yang dirancang. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) sebagai sebuah universiti perintis
dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (PLTV) terus komited menyokong agenda
utama kerajaan untuk memperkasakan TVET dalam
menyediakan sumber tenaga kerja berkemahiran tinggi di
peringkat kebangsaan.
UTHM ialah institusi TVET dan Malaysian Technical Universiti Network (MTUN) pertama di
Malaysia yang telah diiktiraf sebagai ahli UNESCO-UNEVOC sejak tahun 1999 di bawah
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Penerimaan sebagai ahli dalam rangkaian ini
merupakan satu pengiktirafan kepada UTHM untuk pemerkasaan TVET bukan sahaja di
peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Oleh itu, untuk memastikan UTHM
berkeupayaan melahirkan sumber tenaga kerja yang kompeten, program-program akademik
dalam bidang TVET yang ditawarkan sama ada di peringkat diploma, sarjana muda dan
pasca ijazah adalah bersifat industry driven. Penglibatan pihak industri bukan sahaja semasa
di peringkat rekabentuk dan pembangunan kurikulum malah sehingga peringkat pelaksanaan
program. Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Tempat Kerja atau Work Based Learning
(WBL) disusun secara berstruktur di dalam kurikulum diharap dapat merapatkan jurang
antara penawaran dan permintaan antara UTHM dan industri. Justeru, kerjasama strategik
dengan pihak indsutri sama ada menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) atau lain-lain
bentuk ikatan kerjasama menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan progran TVET di
UTHM.
Sekian, wassalam.
Terima Kasih.
PROFESOR Ts. DR. RUZAIRI ABDUL RAHIM
NAIB CANSELOR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
3
KATA ALU-ALUAN
NAIB CANSELOR UTHM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia
Alhamdullilah, segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya kita
diberi nikmat kehidupan dan peluang menimba ilmu untuk
meningkatkan kemajuan diri, khususnya bagi menjayakan
Majlis Perasmian Pemerkasaan TVET dan Kerjasama
Strategik UTHM-Industri. Saya ingin memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kepercayaan dan
sokongan pihak universiti kepada Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV) untuk menganjurkan
majlis ini. Saya juga mengambil peluang ini untuk
mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa
yang terlibat kerana menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan majlis ini.
FPTV ialah salah sebuah fakulti di UTHM yang menawarkan program akademik dalam bidang
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sama ada di peringkat ijazah
sarjana muda dan pasca ijazah. Program akademik yang ditawarkan di FPTV adalah untuk
melahirkan tenaga pengajar TVET yang berkualiti selari dengan keperluan institusi-institusi
TVET di Malaysia dan tenaga kerja profesional bagi keperluan industri. Penawaran program
ijazah Sarjana Muda Teknologi atau B.Tech dalam tujuh bidang oleh fakulti ini dilaksanakan
menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja atau Work Based Learning
(WBL). Menerusi pendekatan ini, para pelajar ditempatkan di industri-industri terpilih untuk
tempoh setahun. Oleh itu, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini
yang melibatkan rakan industri seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat
Multinasional (MNC), Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan Persetujuan
Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) merupakan pemangkin kepada kejayaan
pelaksanaan pemerkasaan TVET untuk mencapai hasrat negara. Selain itu, enam program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (ISMPV) yang ditawarkan di FPTV adalah
berserta dengan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang bertepatan dengan
pengiktirafan FPTV sebagai pusat bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia. Akhir kata, saya mengharapkan agar FPTV terus memainkan
peranan yang signifikan dalam agenda pemerkasaan TVET di UTHM khususnya dan negara
amnya.
Sekian, wassalam.
Terima Kasih.
PROFESOR MADYA Ts. DR. ABDUL RASID ABDUL RAZZAQ
DEKAN
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
4
ATURCARA PROGRAM
8.30 pagi Ketibaan Tetamu Industri
9.30 pagi
10.00 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan
10.30 pagi Ketibaan YBhg. Naib Canselor
10.45 pagi Ketibaan YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM
11.00 pagi
Ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
1.00 petang Menteri Pengajian Tinggi
Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Alu-Aluan Yang Berbahagia
Profesor Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim
Naib Canselor UTHM
Ucapan Perasmian Yang Berhormat
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Menteri Pengajian Tinggi
Gimik Perasmian dan Tayangan Video Montaj
Majlis Penyerahan MOU
Penyampaian Cenderamata
Sesi Bergambar
Lawatan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke
booth Pameran
Perasmian Pilot Project Work@Campus Teknousahawan Pelajar
Perasmian Pusat Bertauliah JPK & CSTP
Perasmian Centre of Industry (Digital Innovation Centre – DICE)
Pelancaran TVET- UNiTY
Jamuan Makan Tengah Hari
Bersurai
5
OBJEKTIF PROGRAM
Memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik bersama industri melalui perlaksanaan program TVET.
Memperkasa pelaksanaan TVET-Technopreneur dalam kalangan pelajar ke arah kebolehkerjaan
graduan (graduate employability) yang tinggi.
Menyediakan platform untuk pelajar memiliki sekurang-kurangnya satu sijil kompetensi sebagai nilai
tambah dan berdaya saing.
Mendukung penubuhan Pusat Industri yang memantapkan agenda pendigitalan TVET universiti.
Memperkukuh jalinan kerjasama dengan komuniti menerusi program TVET-UNiTY.
SENARAI RAKAN INDUSTRI
FEDERATION OF MALAYSIAN FIC INTEGRATED PROPERTY MCDONALD’S MALAYSIA
MANUFACTURERS MANAGEMENT SDN BHD
TERAS MEGAMAJU BARISTA GUILD ASIA JOHNSON CONTROLS (M)
SDN BHD SDN BHD SDN BHD
DOMINO’S PIZZA MALAYSIA AUDA ENGINEERING TSIS WELDING SOLUTIONS
SINGAPORE CAMBODIA SDN BHD SDN BHD
CARRIER (MALAYSIA) EEW MALAYSIA IME GROUP OF
SDN BHD SDN BHD COMPANY
6
SENARAI RAKAN INDUSTRI
EIK ENGINEERING UWC BERHAD ORIENTAL FASTECH OMRON ELECTRONICS
SDN BHD MANUFACTURING SDN BHD
SDN BHD
SHAFBINA RESOURCES TECH-STORE MALAYSIA AIMFLEX SYSTEM K&T PRECISION ENGINEERING
SDN BHD SDN BHD SDN BHD
NAJ & BELLE SDN BHD MALAYSIA MARINE AND HEAVY RAPID SOLUTIONS WILLOWGLEN
ENGINEERING HOLDING BERHAD (MALAYSIA) SDN BHD
L&G TECHNOLOGY AVIATE RESTAURANT AFA TECHNOLOGIES BELLE ATELIER SDN BHD
INNOVATION SDN BHD
SYNERGYHUB VENTURES GABUNGAN BINAAN MAZATEKNIK SDN BHD FSS VENTURE
SDN BHD JURUTENAGA SDN BHD
7