Peribahasa
Tahun 6
. Bagai aur dengan tebing
Maksud : hidup saling bekerjasama
Contoh ayat : Yusuf dan kawan-kawannya
bagai aur dengan tebing semasa membuat
gotong-royong.
.Seperti anjing dengan kucing
Maksud : Dua orang yang sering
bertengkar apabila bertemu.
Contoh ayat : Raju dan Siva selalu seperti
anjing dengan kucing apabila bertemu.
. Panjang tangan
Maksud : Suka mencuri
Contoh ayat : Encik. Ajay dipanggil
sebagai panjang tangan.
. Seperti kacang lupakan kulit
Maksud : Tidak mengenang jasa atau budi
orang yang pernah membela atau menolongnya.
Contoh ayat : Kumar tidak mengenang jasa orang
yang menolongnya seperti kacang lupakan kulit.
.bagai isi dengan kuku
Maksud : sangat rapat
Contoh ayat : Raju dan Siva selalu rapat
bagai isi dengan kuku.
.buah tangan
Maksud : hadiah yang dibawa pulang dari
perjalanan atau ketika berziarah
Contoh ayat : Jiran- jirannya membawa buah
tangan semasa menziarah neneknya.
.curi tulang
Maksud : malas melakukan sesuatu kerja
Contoh ayat : Salim sentiasa curi tulang
semasa melakukan sesuatu kerja.
.ringan tulang
Maksud : orang yang rajin bekerja
Contoh ayat : Encik.Karim ialah seorang
yang ringan tulang dalam kerja.
.mulut murai
Maksud : orang yang suka bercakap
Contoh ayat : Kelas menjadi bising jika
si mulut murai itu datang.
.Bersatu teguh
bercerai roboh
Maksud : Hidup bermuafakat,seia sekata akan
memberi kekuatan ,perpecahan membawa
kehancuran
Contoh ayat : Jika hidup saling bekerjasama
pasti sesebuah masyarakat akan lebih teguh
seperti Bersatu teguh bercerai roboh.
TERIMA KASIH