ISI KANDUNGAN
1. BIODATA DIRI
2. KEHIDUPAN PERIBADI
3. KELUARGA
4. PENDIDIKAN
5. SUMBANGAN SOSIAL
6. SUMBANGAN DALAM PENULISAN
7. SUMBANGAN DALAM KESENIAN
8. SUMBANGAN DALAM ISLAM
9. SUMBANGAN EKONOMI
10. KEWAFATAN
11. ALBUM
BIODATA DIRI
❆ Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955,
dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957sehingga 1970.
❆ Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu
daripada pencapaiannya yang teragung.
❆ Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang
sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
KEHIDUPAN PERIBADI
✻ Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh
kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24.
✻ Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara,
ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.
✻ Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan
Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun
berumur 30 tahun ketika itu.
✻ Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk
pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik,
serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.
KELUARGA
✓ Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang
merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya
mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada
tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
✓ Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan
untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed
Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana
berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah.
✓ Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak
angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang
berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata
perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
PENDIDIKAN
➤ Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan
Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu.
➤ Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian
berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul
Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu
petang.
➤ Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap
bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah
Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan
pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal
Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
PENDIDIKAN
➤ Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan
penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan
Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana
dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William
Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
➤ Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang
di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
➤ Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun
1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala
Nerang pada tahun berikutnya.
PENDIDIKAN
➤ Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung
pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah
pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940,
beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
➤ Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak
antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya,
beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah
jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
SUMBANGAN SOSIAL
✰ Walaupun beliau seorang ahli politik yang aktif lagi berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi
sumbangan beliau bukan hanya tertakluk dalam bidang politik sahaja,beliau juga menyumbang
tenaga dalam aspek sosial seperti dalam bidang penulisan,bidang kesenian dan lain-lain.
✰ Perwatakan Tunku yang mulia ini telah menjadi satu teladan atau ‘role model’yang baik bagi
semua ahli politik dan juga pemimpin. Dengan melihat perwatakan Tunku, kita boleh dapati
bahawa Tunku seorang yang rendah diri,bersemangat patriotik,bersemangat kenyal, mengambil
berat kebajikan rakyat dan lain-lain.
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
✰ Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian
orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara, ketika berumur 85 tahun, beliau masih bergiat
cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It
dalam akhbar The Star.
✰ Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53
artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkan buku beliau yang
pertama iaitu May 13, Before and After . Selepas itu, beliau meneruskan penulisannya dalam
akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam
akhbar adalah berkenaan masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau.
✰ Beliau turut menghasilkan Viewpoints (1970), Looking Back (!977), As Matter of Interest
(1981), Something to Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary Issuus in Malaysian
Politics (1984), Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut
adalah tentang isu-isu semasa.
SUMBANGAN DALAM KESENIAN
✰ Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum menjadi Perdana
Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan. Pada 27 Ogos
hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik
Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.
✰ Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu “Mahsuri”, “Raja
Bersiung” dan “Sumpahan Mahsuri”. Filem “Raja Bersiung” merupakan antara filem Melayu
pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tugu
Peringatan Rosli Dhobie.
SUMBANGAN DALAM KESENIAN
SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA
✰ Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian States) yang
terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina, dan Negara Thai.
✰ Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan Malaysia
dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan
Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan.
✰ Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura
memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi
konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina, 3 Jun 1966
.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara-Negara Islam
(OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.
SUMBANGAN DALAM ISLAM
❒ Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah
mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran
Pertandingan Membaca Al-Quran.
❒ Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas
kebolehan dan daya usaha gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah
pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.
❒ Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau telah
membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina
rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul
Rahman Putra. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian
Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan
Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4,500 orang pelarian di
Pengkalan Chepa dan Cherating.
SUMBANGAN DALAM ISLAM
❒ Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden ‘Regional Islamic Council for
South East Asia and The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-
negara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat penghargaan
dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari
Arab Saudi pada tahun yang sama.
SUMBANGAN EKONOMI
❒ Tunku Abdul Rahman mengetuai kabinet telah membentuk strategi jangka panjang dengan melaksanakan
rancangan pembangunan negara bagi setiap tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama
pada tahun 1956-1960.
❒ Rancangan ini mempunyai objektif utama iaitu meningkatan pertumbuhan ekonomi negara dengan
memberi tumpuan kepada sektor luar bandar. Objektif yang kedua ialah untuk mempelbagaikan keluaran
pertanian dan menambahkan peluang pekerjaan. Rancangan ini bermatlamat untuk membangunkan sektor
ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan
penduduk bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
❒ Dua agensi yang ditubuhkan sepanjang Rancangan Malaya Pertama dijalankan ialah Rural & Industrial
Development Authority (RIDA) yang ditubuhkan pada tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan(FELDA).
❒ Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai
Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah
institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia
Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
SUMBANGAN EKONOMI
❒ Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya kepada negara. Sebagai generasi muda, kita
seharusnya sentiasa mengenang jasa dan sumbangan beliau. Tanpa perjuangan beliau, mungkin hari ini kita
masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia. Bagi menghargai sumbangan
dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan 'Outstanding Malaysian of the Year' pada tahun 1987,
'Honorary Citizen of London', 'International Sports Award' dari United States of Sports Academy pada tahun
1981, anugerah 'The Replica of Dhu'l Faqar' dari Al-Malik Faisal 9 pada tahun 1983, 'Doktor Kehormat
Undang-undang' dari University of Oxford serta anugerah 'Ramon Magsaysay' pada tahun 1960. Beliau turut
mendapat pengiktirafan sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan 'Bapa Malaysia’. Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berusia 87 di Hospital Besar Kuala
Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jenazahnya dimakamkan di Makam DiRaja
Langgar, Alor Star, Kedah pada 7 Disember 1990.
KEWAFATAN
❒ Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit
beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990
sewaktu berumur 87.
❒ Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja
Langgar, Alor Star.
ALBUM
Tunku Abdul Rahman mengumumkan
kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium
Merdeka ,Bukit Jalil . Sewaktu bendera
British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku telah menyorak
"Merdeka!"sebanyak tujuh kali.Situasi ini
menjadi lambang Malaysia selama 57 tahun.
Kandungan
Kemasyhuran
Kemerdekaan
Setem yang
dikeluarkan semasa
penubuhan
Persekutuan Tanah
Melayu.
Surat khabar yang diterbitkan
untuk meraikan Hari
Kemerdekaan Malaysia pada 31
Ogos 1957