The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Amrun, 2022-06-17 13:03:47

ANNUAL GENERAL MEETING (AGM) PIBG 20/22

combinepdf (1)

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA (SRIAAPM)

KALI KE – 4 TAHUN 2020

Tarikh : 12 Disember 2021
Ahad
Masa : Google Meet
Lampiran A
Tempat :

Kehadiran :

1.0 UCAPAN GURU BESAR MERANGKAP PENASIHAT PIBG SRIAAPM

1.1 YBrs. Guru Besar merangkap Penasihat PIBG SRIAAPM mengalu-alukan
kehadiran semua guru, ibu bapa termasuk Lembaga Pengarah dan
Lembaga Pengelola Sekolah, serta Tuan Haji Ali bin Janudin selaku Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) SRIAAPM kerana dapat turut serta dalam
mesyuarat kali ini.

1.2 Ucapan terima kasih juga diucapkan oleh YBrs. Guru Besar kepada semua
ibu bapa atas sokongan dan komitmen yang tinggi melalui penglibatan
dalam platform ini untuk sama-sama berbincang mengenai pendidikan
khususnya pendidikan Islam kepada anak-anak. Semoga platform PIBG ini
dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa dan guru-guru untuk pembangunan
pelajar sebagai insan rabbani.

1.3 YBrs. Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada anak-anak tahun 5
dan 6 yang baharu sahaja selesai menghadapi semua peperiksaan besar
iaitu UPKK, PSRA dan SPPIM. Tahniah juga dipanjangkan kepada semua
pelajar yang telah tamat peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Diharapkan semua ilmu yang dipelajari tidak hanya di atas kertas malah
dapat disimpan di dalam hati dan diamalkan dalam kehidupan.

1.4 Terima kasih juga kepada semua AJK PIBG yang sudah bertungkus lumus
dalam memastikan Mesyuarat kali ini Berjaya dilaksanakan.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 1 | 11

2.0 UCAPAN YDP PIBG SRIAAPM

2.1 YDP mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan berterima kasih
dengan kerjasama daripada semua pihak untuk menyertai mesyuarat kali
ini.

2.2 YDP berkongsi bahawa Jawatankuasa kali ini sentiasa memastikan
program PIBG tetap dapat dilaksanakan dengan baik mengikut SOP yang
ditetapkan walaupun menghadapi banyak kekangan untuk membuat
program PIBG seperti tahun-tahun sebelum ini.

2.3 YDP juga memberi penekanan kepada perkara berikut untuk perhatian
semua ahli mesyuarat:

2.3.1 Sekolah SRI Al-Amin Putra Mahkota memerlukan sokongan ibu
bapa untuk menjadi sekolah dan pelajar yang cemerlang;

2.3.2 Antara cabaran dalam membentuk kecemerlangan sekolah dan
pelajar adalah kepincangan ukhuwah antara PIBG dengan sekolah;
dan kepincangan ukhuwah sesama anggota dalam sekolah.
Sekiranya ada, cabaran ini harus ditangani dengan segera;

2.3.3 Jawatankuasa PIBG amat mengharapkan input-input tambahan
daripada ibu bapa untuk membantu pihak sekolah menambah baik
sistem sedia ada supaya lebih kemas;

2.3.4 Kerjasama daripada ibu bapa dan sekolah amat penting kerana
sasaran kita adalah bukan sekadar menjadi juara malah menjadi
rujukan kepada sekolah lain juga;

2.3.5 YDP juga mengharapkan ibu bapa dan sekolah dapat
menggemblengkan tenaga untuk membolehkan sekolah ini sentiasa
kekal dan bergerak dgn baik walaupun dalam kesempitan. Sebagai
contoh, walaupun terkekang dengan pandemik, semua aktiviti
pembelajaran sekolah tetap dapat diteruskan dengan baik dan
sekolah juga sentiasa memberi kerjasama kepada pihak luar seperti
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) untuk turut menyokong
usaha pembangunan Bandar Seri Putra mewujudkan “Little
Oxford”; dan

2.3.6 YDP juga berterima kasih dengan usaha semua pihak dalam sama-
sama meneruskan sesi persekolahan anak-anak dalam norma
baharu walaupun pada awalnya menghadapi pelbagai kesukaran

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 2 | 11

dalam menyusun atur pelaksanaan pembelajaran atas talian dan
bersemuka secara fizikal di sekolah.

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-3

3.1 YDP PIBG membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 untuk
disahkan.

3.2 Mesyuarat diluluskan dengan pindaan seperti berikut melalui cadangan
oleh Encik Amirul Hisham bin Mohamad Sapri dan disokong oleh Puan
Farah Waheeda binti Tajurudin:

3.2.1 Perkara 10.4 - Nama Encik Katibah Ibrahim ditukarkan kepada
nama sebenar iaitu Ustaz Yusni bin Mohamad Yusak.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Mewujudkan Biro Jualan Produk Sekolah

4.1.1 YDP memaklumkan bahawa setakat ini melalui Biro Ekonomi, PIBG
telah berjaya menjual kurma pada sesi Ramadan yang lepas.

4.1.2 YDP juga memaklumkan bahawa Biro Ekonomi buat masa ini masih
kosong susulan daripada pengunduran diri AJK sebelum ini.

4.2 Mewujudkan Tabung Infaq

4.2.1 YDP memaklumkan bahawa inisiatif tabung infaq ini telah
dicadangkan bagi memupuk budaya memberi di kalangan pelajar
selain daripada membantu pihak-pihak yang memerlukan.

4.2.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa usaha mewujudkan tabung infaq
ini terhenti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
memandangkan semua pelajar hanya menjalankan pengajian
secara atas talian.

4.2.3 Walau bagaimanapun usaha yang sama telah diadakan secara one-
off daripada pihak sekolah bagi mengurangkan beban keluarga
pelajar yang terjejas kerana PKP.

4.3 Aktifkan Ko-Kurikulum Khususnya bagi Pelajar Tahun 5

4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh pihak
sekolah dan pelaporan berhubung perkara ini akan dikeluarkan
pada 31 Disember 2021.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 3 | 11

4.3.2 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa sukan yang selalu
dijadualkan pada awal tahun tidak akan dapat diadakan pada tahun
2022 kerana masih terikat dengan Standard of Procedure (SOP)
PKP.

4.4 Ubah Suai Premis Sekolah

4.4.1 Guru Besar menjelaskan bahawa tiada proses kerja ubah suai besar-
besaran dilaksanakan sepanjang tempoh 2021.

4.4.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak sekolah hanya
melaksanakan pembaikan kecil sahaja.

4.4.3 Pihak sekolah juga memaklumkan bahawa aktiviti gotong-royong
sekolah berkemungkinan tidak akan dilaksanakan dan pihak
sekolah sendiri akan memastikan sekolah dalam keadaan kemas
dan teratur sebelum cuti sekolah.

4.5 Meningkatkan Tahap Disiplin Murid

4.5.1 Guru Besar menjelaskan bahawa pihak sekolah sentiasa mengambil
berat dan memantau tahap disiplin murid.

4.5.2 Walau bagaimanapun, dengan kekangan PKP, taklimat disiplin
murid hanya dapat dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh tahun
2021 ini.

4.5.3 Guru Besar juga menjelaskan bahawa sistem ASIS akan digunakan
bagi merekodkan tahap disiplin murid. Ibu bapa adalah disarankan
supaya melihat pelaporan tahap disiplin anak-anak melalui sistem
ASIS yang akan dilaksanakan secara bertahap apabila sekolah telah
dibuka semula nanti.

4.6 Menambah Baik Sistem Siaraya

4.6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sistem siaraya telah ditambah
baik dan ibu bapa boleh terus menggunakannya untuk membuat
pengumuman menggunakan microphone di tingkat bawah untuk
memanggil nama anak untuk pulang.

4.6.2 Penambah baikan ini telah disumbangkan oleh Encik Mohd Dzul
Aiman bin Aslan yang membolehkan semua pengumuman dapat
didengari di setiap tingkat.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 4 | 11

4.7 Tabung Waqaf Khas Melalui Pemotongan Gaji

4.7.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam
semakan dan penilaian AJK.

4.7.2 Walau bagaimanapun, buat masa sekarang permohonan
sumbangan/derma/infaq untuk bantuan ketika ada musibah di
kalangan ibu bapa dan guru akan dibuat berdasarkan case by case
basis.

4.8 Cadangan Supaya Sekolah Merekodkan Kecemerlangan Sulung
SRIAAPM Dalam Peperiksaan Penting Tahun Hadapan

4.8.1 Guru Besar menjelaskan bahawa cabaran bagi pelajar tahun 6
adalah melibatkan keputusan yang sentiasa berubah daripada
pelbagai pihak berautoriti dalam peperiksaan awam.

4.8.2 Perubahan pelaksanaan penilaian peperiksaan dan mode
peperiksaan daripada bersemuka kepada online telah
menyebabkan perancangan pihak sekolah juga terpaksa dipinda
dan ditangguhkan pelaksanaannya seketika sehingga keputusan
rasmi diperolehi.

4.8.3 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa strategi penubuhan dan
kerjasama MUAFAKAT dengan pihak sekolah banyak membantu
kepada kecemerlangan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan
khususnya peperiksaan awam.

4.8.4 Keputusan peperiksaan bagi UPKK dijangka akan dikeluarkan pada
Januari atau Februari 2021.

4.8.5 Untuk rekod, MUAFAKAT adalah kesepakatan tindakan ibu bapa
untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membantu
persiapan anak-anak menghadapi peperiksaan khususnya
peperiksaan awam seperti UPKK, PSRA, dan SPPIM. MUAFAKAT
Tahun 6 sesi 2021/2022 sangat aktif dan MUAFAKAT Tahun 5 sesi
2021/2022 baru ditubuhkan.

4.9 Keselamatan Bangunan Dan Warga

4.9.1 Latihan kebakaran dimaklumkan kepada mesyuarat masih belum
dapat dilaksanakan sepanjang 2021 kerana terikat dengan SOP PKP.

4.9.2 Walau bagaimanapun, permohonan untuk pelaksanaan latihan ini

telah dihantar kepada Majlis Perbandaran dan Jabatan Bomba dan

Penyelamat Daerah melalui konsultan sekolah.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 5 | 11

4.10 Tangga Keselamatan

4.10.1 Pihak sekolah sedang menunggu kemaskini daripada pihak
konsultan yang sedang mendapatkan maklum balas daripada
Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah secara rasmi.

4.10.2 Berdasarkan pandangan awal, keperluan tangga keselamatan sudah
tidak diperlukan oleh pihak sekolah kerana sekolah sudah
mempunyai tangga di sebelah kiri dan kanan bangunan yang lebih
memudahkan urusan evakuasi. Walau bagaimanapun, maklum
balas rasmi berhubung perkara ini masih dalam tindakan konsultan
sekolah.

4.11 Perkhidmatan Pembekalan Makanan

4.11.1 Perkhidmatan pembekalan makanan telah selesai dan kontrak
perkhidmatan telah disambung semula (renew) perkhidmatan
sebanyak dua (2) kali.

4.11.2 Walau bagaimanapun pihak penyedia makanan memohon supaya
kadar RM5 sehari untuk sarapan dan makan tengahari dikaji semula
memandangkan kadar ini amat rendah.

4.11.3 Mesyuarat bersetuju supaya pihak sekolah diberi kepercayaan
penuh untuk menentukan kadar baharu bagi yuran makan dengan
mendapatkan pandangan dan persetujuan ibubapa melalui
kumpulan WhatsApp Kelas.

4.11.4 Puan Nurul Hana juga memohon supaya pihak penyedia makanan
mengurangkan kadar pedas supaya lebih sesuai untuk peringkat
kanak-kanak. Mesyuarat mengambil maklum dan pihak sekolah
akan susuli perkara ini dengan penyedia makanan.

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN

5.1 Laporan Kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG untuk disahkan.

5.2 Laporan ini dicadangkan untuk diluluskan oleh Puan Suriati dan disokong
oleh Dr. Siti Suzilliana Putri Mohamed Isa.

6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI

6.1 Laporan Aktiviti telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG untuk disahkan.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 6 | 11

7.0 PERBINCANGAN USUL

7.1 Yuran PIBG

7.1.1 Cadangan peningkatan kadar yuran ini adalah bagi membantu PIBG
menjalankan program dan aktiviti dengan lebih baik dan bersasar.

7.1.2 Mesyuarat melalui undian merekodkan 45 undian; 43 orang
bersetuju berbanding 2 orang tidak bersetuju dengan usul kenaikan
yuran tahunan PIBG.

7.1.3 Sehubungan dengan itu, mesyurat memutuskan bahawa usul
supaya kadar yuran PIBG ditingkatkan daripada RM20/keluarga
kepada RM50/keluarga dipersetujui.

7.2 Pelantikan Biro Ekonomi

7.2.1 YDP mencadangkan supaya Puan Nor Faezah dilantik bagi mengisi
kekosongan di Biro Ekonomi.

7.2.2 Mesyuarat bersetuju dengan cadangan ini.

8.0 PERBINCANGAN CADANGAN

8.1 Penempatan Kelas Tahap 1 Di Aras Bawah Dan Tahap 2 Di Aras Atas

8.1.1 Cadangan daripada Puan Farah Waheeda Tajurudin supaya kelas
murid-murid tahap 1 ditempatkan di aras bawah manakala murid-
murid tahap 2 ditempatkan di aras atas.

8.1.2 Pihak sekolah memaklumkan bahawa penempatan kelas murid-
murid tahun 1 terpaksa diletakkan di aras atas berdasarkan faktor-
faktor saiz kelas dan keselamatan pelajar.

8.1.3 Saiz kelas aras bawah adalah kecil dan hanya mampu menampung
bilangan pelajar seramai 25 orang sahaja berbanding bilangan
murid-murid tahun 1 seramai 30 orang.

8.1.4 Selain itu, semua kelas di bawah mempunyai akses langsung kepada
pejalan kaki di luar bangunan dan atas faktor keselamatan, murid-
murid tahun 1 ditempatkan di aras atas.

8.1.5 Walau bagaimanapun, sekolah akan meneliti semula perkara ini
dengan mengambil kira kelas-kelas di aras bawah yang tiada akses
langsung ke luar bangunan sekolah.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 7 | 11

8.2 Profesionalism Guru Dikekalkan Walaupun Pembelajaran Secara
Online

8.2.1 Dr. Siti Suzilliana Putri Mohamed Isa mencadangkan supaya barisan
pengajar Al-Amin kekal menjafa professionalism sebagai guru dan
pendidik walaupun kini pembelajaran adalah secara online.

8.2.2 YDP memaklumkan bahawa perkara ini akan turut dibincangkan
dan diperkasa melalui perjumpaan AJK dengan pihak guru nanti.

8.3 Yuran Sekolah Dan Bayaran Transit Dijumlahkan

8.3.1 Puan Siti Noorimi Abdul Khlil mencadangkan supaya
mencadangkan bayaran yuran sekolah dan transit bagi semua anak
dijumlahkan supaya ibu bapa tidak perlu untuk membayar berulang
kali di Awfatech. Caj transaksi juga boleh dijimatkan. Rekod bayaran
yang lebih user friendly supaya lebih mudah untuk nampak jika ada
tunggakan yuran. Keperluan untuk membayar dalam beberapa
transaksi menyebabkan parents memilih utk membayar direct
daripada perbankan online. Akibatnya, berlaku mslh dlm
penyelarasan rekod bayaran dan dimaklumkan terdapat tunggakan
walaupun yuran dibayar setiap bulan tanpa gagal.

8.3.2 Sekolah mengambil maklum dan akan meneliti langkah-langkah
penambahbaikan yang boleh diambil.

8.4 Penyelarasan Diskaun Yuran Sekolah

8.4.1 Puan Siti Noorimi Abdul Khlil mencadangkan
diskaun/pengurangan yuran yang diberikan oleh pihak sekolah
diselaraskan pada hujung tahun (ditolak dari jumlah yang telah
dibayar) kerana menyebabkan kekeliruan jika jumlah yuran
bulanan lambat dimaklumkan.

8.4.2 Guru Besar memaklumkan bahawa diskaun yuran bulanan akan
dilaksanakan secara bulanan berdasarkan keadaan pandemik pada
bulan tersebut. Penyelarasan diskaun pada hujung tahun tidak
dapat dilaksanakan kerana pertimbangan diskaun dibuat
berdasarkan keadaan semasa.

8.4.3 Walau bagaimanapun, bagi mengatasi masalah lebihan bayaran
yang telah dibayar pada bulan-bulan berkenaan, pihak sekolah akan
menghubungi ibu bapa melalui pelbagai saluran (panggilan telefon
dan emel) untuk mendapatkan option sama ada ingin selaraskan
semula yuran atau pemulangan semula.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 8 | 11

8.5 Peningkatan Bilangan Aktiviti Berbentuk Pertandingan

8.5.1 Puan Siti Noorimi Abdul Khlil mencadangkan pihak sekolah
8.5.2 memperbanyakkan aktiviti berbentuk pertandingan supaya anak
lebih aktif, kreatif dan berdaya saing sama ada subjek
akademik/non akademik sebagai salah satu bentuk penilaian.
Sekolah mengambil maklum dan turut melaporkan bahawa
pelbagai aktiviti pertandingan sentiasa diadakan bagi mencungkil
potensi murid-murid dalam memenuhi aspirasi sekolah iaitu
kepimpinan dan keusahawanan.

8.6 Tajuk Surat Daripada Sekolah di WhatsApp dan Telegram

8.6.1 Puan Nurulhana Borhan mencadangkan supaya setiap surat
menyurat daripada pihak sekolah yang dikirim/kongsi melalui
WhatsApp atau Telegram dinamakan dengan tajuk surat tersebut
dan tarikh. Contohnya 'Pemakluman Cuti Sekolah_12122021.pdf'.

8.6.2 Pengurusan sekolah mengambil maklum dan akan disusuli dengan
tindakan tambah baik.

8.7 Semakan Semula Silibus Subjek Diniyyah

8.7.1 Encik Mohd Asri Ishak mencadangkan supaya silibus bagi subjek
diniyyah dikaji dan diubahsuai sesuai dengan keupayaan
penerimaan dan umur murid-murid sekolah rendah khususnya
tahap 1.

8.7.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa silibus diniyyah yang digunakan
adalah Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA)/KAFA dan Pakej
Pelajaran Ilmu Syariah daripada Ikram Musleh.

8.7.3 Guru Besar menjelaskan bahawa silibus Pakej Pelajaran Ilmu
Syariah daripada Ikram Musleh adalah sedikit tinggi berbanding
KSRA. Selaras dengan perkara ini, pengambilan pelajar ke sekolah
ini akan mengambil kira keupayaan murid-murid sekurang-
kurangnya boleh membaca tulisan jawi dan membaca Iqra 3.

8.7.4 Walau bagaimanapun, isu ini akan diangkat untuk dibincangkan di
peringkat Ikram Musleh untuk ditambah baik khususnya berkaitan
dengan soalan yang disediakan kepada murid-murid.

8.7.5 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa review terakhir adalah pada

2011 dan telah dibukukan. Tahun semasa akan diadakan

pembaharuan silibus. Walau bagaimanapun masih dalam tindakan

Ikram Musleh yang belum dikemaskini untuk tindakan sekolah.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 9 | 11

8.7.6 Puan NorFaezah Hamidin mencadangkan supaya olahan bahasa
yang lebih sesuai untuk disampaikan dalam pengajaran diberi
keutamaan berbanding mengubah suai silibus sedia ada.

8.8 Sijil Penyertaan

8.8.1 Puan Hana mencadangkan supaya sijil penyertaan dan sijil
kemenangan kepada peserta disediakan bagi semua pertandingan
yang dianjurkan.

8.8.2 Sekolah memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan
mulai 2019 khususnya untuk menyokong penilaian PAJSK bagi
murid-murid tahun 6.

8.8.3 Namun begitu, sekolah mengambil maklum perkara ini dan akan
memanjangkan penyediaan sijil ini kepada murid-murid Tahap 1
baharu juga.

8.9 Microsoft Teams Diteruskan

8.9.1 Puan Diana Nordin mencadangkan supaya penggunaan Microsoft
Teams diteruskan bagi tujuan pembahagian assignment bagi murid
yang tidak hadir ke sekolah memandangkan sistem ASIS online
tidak dikemaskini bagi tujuan tersebut.

8.9.2 Pihak sekolah setuju untuk meneruskan penggunaan Microsoft
Teams.

8.9.3 Guru Besar juga memohon supaya ibu bapa dapat menukar
password emel anak-anak bagi mengelakkan aktiviti pencerobohan
akses Microsoft Teams berlaku.

8.10 Program Membaca

8.10.1 Puan Diana Nordin juga mencadangkan agar program membaca
dapat diadakan di sekolah bagi menggalakkan budaya membaca di
kalangan murid.

8.10.2 Pihak sekolah mengambil maklum dan mesyuarat juga bersetuju
dengan cadangan ini.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021 10 |

11

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Maklumat Terkini Pergerakan Guru
9.1.1 Guru Besar memaklumkan bahawa mulai Januari 2022, Muallimah
Nurul Zafirah dan Muallimah Nurul Bushro akan menamatkan
perkhidmatan untuk meneruskan perkhidmatan di sekolah di
bawah KPM.

9.1.2 Guru Besar mewakili pihak sekolah ucap jutaan terima kasih atas 3
tahun perkhidmatan yang cemerlang kepada SRIAAPM.

9.1.3 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa proses penggantian guru
sedang dilaksanakan dan pemilihan adalah setara dengan
pemilihan sebelum ini iaitu memenuhi syarat minimum pelantikan.

9.2 Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PIBG SRIAAPM ke -5

9.2.1 YDP memohon pandangan mesyuarat supaya Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG SRIAAPM diatur sesuai dengan keperluan pelaporan
yang selalu diadakan pada suku tahun pertama setiap tahun.

9.2.2 Mengambil kira semua keperluan semasa, mesyuarat bersetuju
supaya AGM PIBG SRIAAPM ke -5 akan diselesaikan sebelum atau
pada Mei 2022.

10.0 PENUTUP

10.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru
yang hadir pada hari ini dan memohon kerjasama daripada semua AJK sesi
baharu untuk meneruskan perjuangan sebelum ini membantu pihak
sekolah mencapai sasaran misi sekolah.

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………… ………………………………………………………………………

Yusrina binti Md. Yusof Mejar (B) Mohammad Kayum Bin A Badaruddin

Setiausaha PIBG YDP PIBG

Sek Ren Sri Al-Amin Putra Mahkota Sek Ren Sri Al-Amin Putra Mahkota 11 |

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAPM KALI KE-4 TAHUN 2021

11

LAPORAN AKTIVITI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA

BAGI TAHUN 2022

BIL NAMA PROGRAM TARIKH ANJURAN BIRO/KERJASAMA
23 Februari 2022 PIBG/SEKOLAH
Kunjungan Hormat PIBG AAPM
1 ke Kolej Universiti Islam PIBG & SEKOLAH

Antarabangsa Selangor (KUIS)

2 Majlis Pengawas Mac – Jun 2022 SEKOLAH & PIBG

3 Program Laskar Alam Tahun 6
4 Graduasi Tahun 6 sesi 2021
5 Kursus Kepimpinan
6 Majlis Berbuka Puasa

7 Kem Sri Al-Amin: Aidiladha 18 Jun 2022 ANJURAN IKRAM JUNIOR IKRAM
Sebuah Pengorbanan KAWASAN PUTRA MAHKOTA, PIBG
&SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN

PUTRA MAHKOTA

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………… ………………………………………………………………………
Yusrina binti Md. Yusof Mejar (B) Mohammad Kayum Bin A Badaruddin
Setiausaha PIBG YDP PIBG
Sek Ren Sri Al-Amin Putra Mahkota Sek Ren Sri Al-Amin Putra Mahkota

AKTA PENDIDIAKAN 1996
PERATURAN – PERATURAN PENDIDIKAN

(PERSATUAN IBU BAPA – GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)]

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)

SEKOLAH : SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA

Nama dan Alamat

1. Persatuan ini dikenal dengan nama:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA (AAPM)

2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah:
SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA,
82A-1, JALAN BANGI AVENUE 1/8, 43000 KAJANG,
SELANGOR

Tujuan-tujuan Persatuan

3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah ;

(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid–murid dalam menigkatkan imej Sekolah;

(b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan murid–murid dalam aktiviti Sekolah;

(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru bertukar- tukar fikiran dan maklumat
mengenai pendidikan serta hal ehwal pelajar dan Sekolah setakat yang
dibenarkan oleh mana-mana akta dan peraturan yang digunapakai;

(d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding
antara satu sama lain dengan cara meningkatkan prestasi pendidikan anak–anak
mereka pada amnya; dan

(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha
menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan infrastruktur bagi kelancaran
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 1 | 13

Fungsi Persatuan

4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai
tujuan – tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;

(a) membantu dalam memajukan perkembangan dan menjaga kebajikan murid;

(b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan di Sekolah;

(c) mengeratkan hubungan dan menyediakan saluran komunikasi antara Sekolah,
ibu bapa, masyarakat setempat dan pihak-pihak lain yang berkaitan;

(d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Keanggotaan Persatuan

5. Anggota Persatuan terdiri daripada:

(a) semua guru di Sekolah;

(b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan

(c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota
Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan
Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang yang berkenaan; dan

6. Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan
Penasihat Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan

7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai
“Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota

Persatuan dua (2) tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
sahaja.

9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:

(a) seorang Yang Di-Pertua;

(b) seorang Naib Yang Di-Pertua;

(c) seorang Setiausaha; 2 | 13

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA

(d) seorang Bendahari; dan

(e) sekurang-kurangnya 6 (Enam) orang dan tidak melebihi 10 orang Ahli

Jawatankuasa.

10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah,
seboleh-bolehnya, seimbang.

11. Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya
bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

12. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG yang dilantik berdasarkan perenggan 5(c)
hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa
PIBG berkenaan.

13. Tertakluk kepada perenggan 12 Perlembagan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6)
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998, Pegawai
Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang
berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota
Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat
kelulusan bertulis Pendaftar.

14. Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh
pelantikan sehingga pada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya atau
sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh Pendaftar.

15. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Persatuan, Yang Di Pertua
hendaklah melantik mana-mana Anggota Persatuan (selain daripada AJK
Persatuan), berdasarkan undian terbanyak di kalangan AJK Persatuan, untuk
mengisi kekosongan jawatan itu. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada
persetujuan anggota tersebut.

16. Jawatankuasa Persatuan hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai
nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Persatuan pada setiap
tahun lantikan selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Fungsi Jawatankuasa Persatuan

17. Fungsi Jawatankuasa Persatuan ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan
dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan
Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat
Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-
peraturan yang dibuat di bawahnya.

(a) Yang Di-Pertua

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 3 | 13

(i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa
Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.

(ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit
-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.

(iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta
memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh
semua anggota Persatuan.

(iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam
menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua.

(v) Boleh memanggil mesyuarat Jawatakuasa PIBG pada bila-bila
masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau
Pengetua.

(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

(vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan
dengan sempurna dan teratur.

(viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari
semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku
Penasihat Persatuan.

(b) Naib Yang Di-Pertua

(i) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam
menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua.

(ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa
ketiadaan Yang Di-Pertua.

(c) Setiausaha

(i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan
Persatuan.

(ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
dan mesyuarat Jawatankuasa Persatuan.

(iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat
Jawatankuasa Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 4 | 13

(iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada
Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan
dengannya.

(v) Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit
Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai
Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian,
mengikut mana yang yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung
Tahunan.

(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan,
jika perlu.

(d) Bendahari

(i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal
kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-
kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan
(1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1
Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang
telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah
diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat
berkenaan.

(ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang
diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat
Jawatankuasa Persatuan.

(iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang
ditetapkan dalam Perlembagaan di bawah perenggan 38.

(iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan
daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan
mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun
Persatuan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

(v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

(vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun
Lain – lain jawatan Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.

18. Penasihat Persatuan

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 5 | 13

(a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan
bertindak sebagai penasihat kepada Persatuan. Antara tanggungjawab dan
fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut ;

(i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Persatuan, Mesyuarat
Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak
boleh mengundi;

(ii) mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan
supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang di buat
dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan
kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar
mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan
dengan pentadbiran sekolah;

(iii) berhak untuk mengawal dan menangguhkan mesyuarat
Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota
Persatuan;

(iv) memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan
dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang
berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;

(v) memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi
Persatuan;

(vi) memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak
mengandungi sebarang unsur paksaaan; dan

(vii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang
menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut
peraturan dan protokol yang ditetapkan.

(b) Juru Audit Dalaman

(i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari
kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota
Jawatankuasa Persatuan pada mesyuarat Agung Tahunan.

(ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 6 | 13

(aa) mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun
kewangan; dan

(ab) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana
yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Kuorum

19. Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:

(a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah
bilangan AJK Persatuan; dan

(b) mesyuarat Jawatankuasa Persatuan – hendaklah tidak kurang 2/3 daripada
jumlah bilangan AJK Persatuan.

Mesyuarat Agung Tahunan

20. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir
bulan September.

21. Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan September,
Jawatan kuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang
dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31
September.

22. Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada
anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

23. Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi
dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut
hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis
bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung
Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut.

24. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara – perkara
berikut;
(a) ucapan Pengerusi;
(b) membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
(c) membentang dan menerima Laporan Tahunan;

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 7 | 13

(d) membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir
31 Disember tahun sebelumnya;

(e) membahaskan usul, jika ada;

(f) pemilihan AJK Persatuan bagi tahun pemilihan;

(g) pemilihan Juru Audit Dalaman pada tahun pemilihan;

(h) ucapan penangguhan; dan

(i) lain-lain hal.

25. Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada AJK Persatuan selewat-
lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. AJK
Persatuan diberi kuasa untuk menapis usul – usul yang dikemukakan sebelum
diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

26. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang
jawatan dalam Jawatankuasa Persatuan serta menimbang lain-lain perkara yang
menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan
hendaklah dibuat seperti berikut:

(a) anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa
Persatuan hendaklah memberikan persetujuan beliau untuk dicalonkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan;

(b) setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan

(c) pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi.
Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang
dipertandingkan

Mesyuarat Agung Tergempar

27. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut:

(a) apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Persatuan;

(b) atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah Anggota
Persatuan; atau

(c) atas arahan Pendaftar.

28. Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada
tarikh keputusan Jawatankuasa Persatuan atau tarikh penerimaan permintaan

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 8 | 13

Anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan.
Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan
kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak
diadakan.

29. Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat
itu diadakan.

Laporan mesyuarat

30. Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan
Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang
berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

31. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan
Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian,
mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

Mesyuarat AJK Persatuan

32. AJK Persatuan hendaklah bermesyuarat sekurang- kurangnya 4 kali dalam tempoh
satu tahun persekolahan.

33. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota AJK Persatuan
selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

34. Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota AJK Persatuan, boleh
memanggil mesyuarat Jawatankuasa Persatuan apabila difikirkan perlu dengan
persetujuan Penasihat.

35. Setiap AJK Persatuan yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali boleh digugurkan
keanggotaannya dalam AJK Persatuan tertakluk kepada justifikasi yang
dikemukakan kepada Yang Di Pertua dan Yang Di Pertua hendaklah
mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan setelah keputusan dibuat.

Punca-Punca Pendapatan Persatuan

36. Punca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada;

(a) sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi
apa-apa sumbangan);

(b) derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; dan

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 9 | 13

(c) pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran Persatuan
yang telah mendapat kelulusan Pendaftar.

37. Jawatankuasa Persatuan hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank
tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan.

38. Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan
ke dalam akaun Persatuan dalam tempoh selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja
daripada tarikh wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun yang dinyatakan
dalam perenggan ini, Bendahari hanya boleh menyimpan wang tunai yang tidak
melebihi RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: SATU RIBU SAHAJA ) pada satu-
satu masa.

Perbelanjaan wang Persatuan

39. Jawatankuasa Persatuan diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi
perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah selagi
mana tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.

40. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah
ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa
ketiadaan Yang Di-Pertua.

41. Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih
pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.

42. Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun
semasa.

Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan

43. Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan
untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.

44. Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan
diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar
dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut
mana – mana yang berkenaan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 10 |

13

45. Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua
atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila
masa.

Harta Amanah Persatuan

46. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak
alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan
ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada nama
Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi
faedah murid-murid dan warga Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan dari masa ke semasa.

47. Persatuan juga boleh menggunakan harta alih atau harta tak alih untuk manfaat
Sekolah dengan memaklumkan pihak Sekolah.

48. Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau
dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota
Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Pindaan Perlembagaan Persatuan

49. Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan
terlebih dahulu.

50. Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-
kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.

51. Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan
diluluskan oleh Pendaftar.

52. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh
Persatuan.

Larangan

53. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-
perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru,

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 11 |
13

kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan
kakitangan Sekolah.

54. Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan
juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas
namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oeh Persatuan
yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang
hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk
kelulusan dan panduan.

55. Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah-
sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-
lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar
di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

Tafsiran

56. Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini
hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua.

Pembubaran

57. Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut :

(a) atas arahan bertulis daripada Pendaftar: atau

(b) Sekolah berhenti beroperasi

58. Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang
ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaanya hendaklah bagi memanfaatkan
pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih
dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan
mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.

59. Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan
kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 12 |

13

Perlembagaan Sekolah : PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG),
SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA.

Alamat Sekolah : 82A-1, JALAN BANGI AVENUE 1/8, 43000 KAJANG, SELANGOR

Tandatangan Guru Besar / Pengetua:
Nama Guru Besar / Pengetua : HAZIM BIN MD. ROSNAN
Tarikh :

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA 13 |

13



SENARAI CADANGAN & USUL

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA

BAGI TAHUN 2022

PENCADANG SENARAI CADANGAN

ENCIK YUSUF AKRAM Saya mencadangkan kelas tahap 1 di tingkat 1 dan 2. Dan tahap
2 di tingkat 2 dan 3. Kesian dkt murid kecil2 perlu naik 3tingkat
setiap hari.

ENCIK MUHAMAD Tiada sebarang usulan dan cadangan buat masa ini,namun di
NURFALAH KAROJI hari mesyuarat nanti,boleh jadi akan ada

ENCIK MOHD ASYRAF 1. Saya mencadangkan agar PIBG membiayai latihan / kursus
BIN MOHD NORDIN kepada guru-guru yang berpotensi untuk peningkatan
kemahiran para guru dalam mendidik para pelajar.

2. Mencadang pihak PIBG mengusahakan satu padang
berhampiran yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam
melaksanakan aktiviti luar bilik darjah.

PUAN NORAMALINA Saya mencadangkan kemudahan murid dari segi:
ZAINORDI 1. Makmal diperbanyakkan lagi peralatan
2. Penambahan alatan muzik terutama untuk nasyid
PUAN NORFAEZAH 3. Kelas pemulihan untuk pelajar ketinggalan
MOHD HAMIDIN
NURULHANA BORHAN Menghidupkan semula Solat Asar berjemaah di sekolah

MOHD AZILA B JUSOH 1.saya mencadangkan agar pihak sekolah mempertimbangkan
agar kantin beroperasi semula seperti dahulu agar murid dpt
membuat pilihan pembelian makanan.

1. Saya mencadangkan pihak sekolah dapat menpertingkatkan
lagi cara penyampaian ilmu bagi murid tahap 1.

DIAN RATNASARI 2. Saya juga berharap tenaga pengajar dapat menyemak semua
WAHIDA BINTI WAHID latihan dan kerja sekolah yang telah diberikan kepada pelajar
bagi memudahkan ibu bapa mengenal pasti anak2 tidak
ketinggalan dalam pelajar serta memastikan juga kelemahan
yang ada.
Saya ingin mengusulkan mohon adakan lagi kegiatan sukaneka
macam sebelum pandemik.

Saya mencadangkan supaya utk murid2 tahap 1 disediakan
buku khas utk kerja rumah yang mana ibu bapa dan guru boleh
bekerjasama dlm memastikan kerja2 rumah yang diberi
dapatkan disempurnakan dengan baik ,


Click to View FlipBook Version