Ini Adam, Ah Wan dan Siti.
Mereka tinggal berjiran.
Pada suatu hari, ketika Adam, Ah Wan dan Siti balik
dari TABIKA KEMAS, mereka ternampak seorang
budak perempuan yang sedang menangis di bawah
sebatang pokok.
Nama budak perempuan itu ialah Jessica.
”Jessica, kenapa awak menangis?‘ tanya Siti.
”Saya terjatuh dari basikal dan lutut saya cedera.
Basikal pun rosak,‘ jawab Jessica.
”Mari kita tolong Jessica,‘ kata Adam.
”Jangan takut Jessica. Kami akan bantu dan
hantar awak balik ke rumah dengan selamat,‘ kata
Ah Wan.
Nilai : baik hati
Siti merangkul bahu Jessica sambil berjalan
perlahan.
Adam dan Ah Wan pula menuntun basikal Jessica
yang rosak itu.
Nilai : tolong-menolong, bekerjasama
Rupa-rupanya, rumah Jessica terletak
berdekatan dengan rumah mereka bertiga. Siti
mengetuk pintu rumah Jessica.
Ibu Jessica membuka pintu dan terkejut
melihat keadaan Jessica yang cedera itu. Ibu
Jessica menjemput mereka masuk ke dalam
rumah.
Ibu Jessica bertanya apa yang telah berlaku kepada
Jessica. Mereka pun menceritakan apa yang telah berlaku
kepada Jessica.
”Terimalah buah tangan ini. Ikhlas daripada mak cik sebagai
tanda ucapan terima kasih kerana telah membantu Jessica
tadi,‘ kata ibu Jessica.
Nilai : jujur, berterima kasih
Adam, Ah Wan dan Siti pun meminta izin untuk
balik ke rumah. Jessica dan ibunya menghantar
mereka ke depan pintu rumah.
Ibu Jessica sekali lagi mengucapkan terima kasih
kepada Adam, Ah Wan dan Siti kerana telah
membantu Jessica.
Nilai : berterima kasih
Adam, Ah Wan dan Siti berasa sangat gembira
dapat membantu rakan yang dalam kesusahan.
Semangat mereka ini ibarat semangat ’ADIWIRA’
yang sentiasa bersedia membantu orang yang
dalam kesusahan atau ditimpa musibah.
Jawab soalan - soalan yang berikut.
1. Siapakah yang telah ditolong oleh Adam, Ah Wan dan Siti?
2. Mengapakah ibu Jessica memberikan buah tangan kepada
Adam, Ah Wan dan Siti?
3. Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam cerita ini.
Sila imbas kod QR di bawah untuk permainan interaktif dan aktiviti
mewarna.
The Teams
Siti Norziana binti Abdul Karim Noor Aziera binti Ahmad Mahmud
KEMAS Ibu Pejabat Illustrator
Massinah binti Abdul Samat Jessica Ammilia Joseph
Pendidik Masyarakat TABIKA Pendidik Masyarakat TABIKA
Angeline binti Teneh
Pendidik Masyarakat TABIKA