The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GPI TUGASAN 3

NAMA PENSYARAH: PUAN PAUZIAH BT HJ OMAR

NAMA AHLI KUMPULAN
WARDAH SYAHIDA BT SHAMSUL HUDA
NURAQILAH BT ZAINUDIN
NUR NAJLA AQILAH BT NASIRUN

KELAS: BM SK
AMBILAN: JUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraqilahzainudin1401, 2021-04-01 11:00:55

KERJA KURSUS TUGASAN 3 GPI1083

GPI TUGASAN 3

NAMA PENSYARAH: PUAN PAUZIAH BT HJ OMAR

NAMA AHLI KUMPULAN
WARDAH SYAHIDA BT SHAMSUL HUDA
NURAQILAH BT ZAINUDIN
NUR NAJLA AQILAH BT NASIRUN

KELAS: BM SK
AMBILAN: JUN 2020

GPI TUGASAN 3 GPI1083
1083
TEMA: MUAMALAT &
MUNAKAHAT MENJANA
MASYARAKAT BERTAMADUN

TAJUK: PERBEZAAN
MUAMALAT & MUNAKAHAT

ISLAM DENGAN
KONVENSIONAL

NAMA PENSYARAH
PUAN PAUZIAH BT HJ OMAR

NAMA AHLI KUMPULAN
WARDAH SYAHIDA BT SHAMSUL HUDA

NURAQILAH BT ZAINUDIN
NUR NAJLA AQILAH BT NASIRUN

1

MAKLUMAT KELAS: BM SK
DIRI AMBILAN: JUN 2020
PROGRAM: PPISMP
PELAJAR SUBJEK: PENDIDIKAN
ISLAM (GPI 1083)
NAMA: WARDAH
SYAHIDA BT NAMA: NURAQILAH
SHAMSUL HUDA BT ZAINUDIN
NO. KAD NO. KAD
PENGENALAN: PENGENALAN:
010817060796 020114010222
ANGKA GILIRAN: ANGKA GILIRAN:
2020292310116 2020292310114

NAMA: NUR NAJLA
AQILAH BT NASIRUN
NO. KAD
PENGENALAN:
020502060336
ANGKA GILIRAN:
2020292310111

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Penghargaan 4
Pengenalan 5
1.0 Sistem Muamalat 6
7
• Konsep Muamalat Islam 8
9
• Peranan Muamalat Islam 10

• Kebaikan Muamalat Islam 11-24

• Kesan Mengabaikan Muamalat 25
Mengikut Syariah Islam 26

• Muamalat 27-28
 Jual Beli
 Jual Beli Saham 29
 Pinjaman
 Hutang 31
 Riba 32
 Sewaan 33
 Gadaian 34
35-36
• Konsep Muamalat Konvensional 37
38-39
• Sistem Perbankan Islam Dan 40
Perbankan Konvensional 41-42

• Perbandingan Sistem Muamalat 43-44
Islam & Muamalat Konvensional
45-47
• Pandangan Yang Tidak
Mengharuskan Bermuamalat 48
Dengan Sumber Yang Haram

2.0 Munakahat

• Munakahat Islam

• Hukum Munakahat Dalam Islam

• Prosedur Perkahwinan Islam

• Rukun Nikah

• Hak Kewajipan Suami Isteri

• Hikmah Perkahwinan Islam

• Konsep Perkahwinan Konvensional

• Prosedur Perkahwinan Konvensional
(Kristian)

• Perkahwinan Agama Kristian Aliran
Roman Katolik

• Perbandingan Antara Munakahat
Islam Dengan Konvensional

• Rujukan

3

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,
Pertama sekali, bersyukur kehadrat Ilahi atas rahmat

serta nikmat masa, tenaga, kesihatan yang sudi
dicurahkan kepada hambaNya yang kerdil ini dapat juga
kami menyiapkan buku digital yang bertajuk Perbezaan
Muamalat & Munakahat Islam Dengan Konvensional

Penghargaan ini kami tujukan kepada pensyarah
kesayangan kami, Puan Pauziah binti Hj Omar kerana
dengan izin Allah, beliau sudi memberi tunjuk ajar
kepada kami. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan
oleh beliau membuka ruang untuk kami menyiapkan
tugasan kerja kursus GPI1083.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada
rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap
setiap apa yang kami alpa. Mereka sentiasa membantu
dalam menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan
kepada mereka.

Akhir kata, kami ucapkan ribuan terima kasih
buat mereka yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya dalam penghasilan kerja kursus ini. Terima
kasih.

4

PENGENALAN

Buku digital ini dicipta bertujuan untuk
mempersembahkan produk kumpulan kami dan untuk
menyelesaikan tugasan 3 bagi subjek GPI1083. Dalam
buku ini, kami akan mempersembahkan topik berkaitan
muamalat dan munakahat Islam dan juga konvensional.
Kami juga akan membuat banding beza terhadap sistem
muamalat dan munakahat Islam dengan konvensional.
Diharap dengan adanya buku digital ini akan dapat
menambahkan kefahaman kami berkaitan topik ini.

5

MUAMALAT

6

1.0 KONSEP MUAMALAT ISLAM

• Muamalat merupakan tatacara atau peraturan dalam
perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi
keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah
s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

• Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi,
dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak.
Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah
s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di
anugerahkan kepadanya.Mereka yang memiliki harta
kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah
s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Sebagaimana firman Allah S.W.T: dalam surah Al- Mulk ayat 15

Ayat di atas menjelaskan bahawa mencari harta kekayaan amat
digalakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi
mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki
menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan
dan kebajikan untuk faedah bersama.

7

PERANAN MUAMALAT ISLAM

• Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.

Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat

Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan

jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan,

ketidakadilan, memonopoli harta dan

sebagainya,inilah matlamat muamalat dalam Islam

demi kesejahteraan umat manusia.

• Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan
berlakunya sebarang penindasan sesama manusia.
Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-
perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan
pihak yang di tindas.

• Semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih
daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh
Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-
perkara yang keji seperti riba’,rasuah,menipu atau
sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.

• Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang
berakhlak mulia dalam menjalankan suatu amanat
Allah s.w.t.

• Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan
Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredhainya.
Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia
akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta
yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta
mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan
orang lain.

8

KEBAIKAN MUAMALAT ISLAM

Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang
diredhai oleh Allah s.w.t.

Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah
orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t.

Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian
daripada hartanya pada jalan kebajikan.

Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia
dan di akhirat.

Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut
islam secara tidak langsung dapat melahirkan
manusia yang berakhlak mulia

Mewujudkan masyarakat yang adil,
bertanggungjawab, amanah dan jujur serta
terhindar daripada melakukan perbuatan yang
tidak baik.

9

KESAN MENGABAIKAN
MUAMALAT MENGIKUT SYARIAH

ISLAM

• Membawa kepada pergaduhan dan
permusuhan.

• Melahirkan sebuah masyarakat yang
tidak aman.

• Melahirkan individu yang bersikap
mementingkan diri sendiri.

• Mendapat harta dengan cara yang tidak
halal.

• Menggunakan harta pada perkara-
perkara yang tidak diredhai oleh Allah
dan berlaku pembaziran.

• Melahirkan manusia yang bersifat tamak,
kedekut, haloba dan sanggup menindas
orang lain demi kepentingan diri sendiri.

10

JUAL BELI (AL-BAY’)

Pengertian Bahasa: Pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain

Istilah: Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai
mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan oleh syarak
dengan lafaz ijab dan kabul.

Hukum Harus. Menyempurnakan hajat manusia yang
memerlukan sesuatu sebagai pemilikan.

Dalil Al- Firman Allah s.w.t
Quran
“ … Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba….”

( Al-Baqarah : 275 )

Dalil Hadis Nabi s.a.w ditanya mengenai pekerjaan apa yang paling
suci lalu jawab baginda :

‫ وكل بيع‬،‫عمل الرجل بيده‬: ‫اي الكسب اطيب ؟ فقال‬: ‫سئل النبي صلى الله عليه وسلم‬
‫ اى لا غش فيه ولا خيانة‬،‫"مبرور‬.

“ ...Pekerjaan tangan seseorang dari setiap jual beli
yang baik-baik iaitu jual beli yang tidak sambil (menipu
barang dagangan) lagi pula tidak khianat .”

Ijmak Seluruh ulama bersepakat bahawa jual beli adalah harus
ulama untuk keperluan dan kepentingan dalam kehidupan.
Imam al-Syafie berkata,

“Asal bagi semua jual beli adalah harus jika kedua-dua
orang yang berjual beli itu reda dengan barang yang dijual
beli itu, kecualilah jenis jual beli yang dilarang Rasulullah
s.a.w.”

(Al-Syafie : 1981)

11

Rukun 1. Penjual dan pembeli
Jual beli
2. Barang jualan - barang yang wujud semasa akad
Bentuk- jual beli
bentuk
Jual Beli 3. Harga Jualan - bernilai atau laku di pasaran

4. Ijab dan Qabul - akad

1. Jual beli yang dibenarkan:

a. Bay’ al-Tauliah: menjual barangan yang dibeli dan
telah diterima dengan harga asal ketika dibeli tanpa
keuntungan.

b. Bay’ al-Isyraq: menjual sebahagian barangan yang
dibeli dan telah dengan sebahagian harga asal
ketika dibeli tanpa keuntungan.

c. Bay’ al-Murabahah: menjual barangan yang dibeli
dan telah diterima dengan harga asal ketika dibeli
dengan tambahan keuntungan pada kadar yang
tertentu;

d. Bay’ al-Wadhi’ah: menjual barangan yang dibeli dan
telah diterima dengan harga asal ketika dibeli
dengan diturunkan sedikit harga.

e. Al-Sarf / Tukaran matawang: jual beli dua
barangan yang kedua-duanya dalam bentuk
matawang.

f. Bay’ al-Salam: jual beli barangan secara tempahan
tetapi perlu bayaran pendahuluan dan ada tempoh
penyerahannya;

g. Bay’ al-Istishna’: jual barang yang belum wujud
dan tidak memerlukan mendahulukan dengan
bayaran dan tempoh penyerahannya boleh
ditentukan dan boleh tidak ditentukan.

h. Bay’ al-Wafa’: kontrak jual beli dengan menjual
harta tetap yang tidak boleh dipindahkan kepada
pembeli seperti tanah dan rumah.

12

Bentuk- 2. Jual beli yang haram dan tidak sah:
bentuk
Jual Beli • Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan
maksiat atau keburukan. Contohnya, menjual patung
berhala ataupun dadah.

• Jual beli yang mempunyai unsur perjudian.
Contohnya, sesuatu barang sebagai pertaruhan
untuk mendapat hadiah lumayan.

• Jual beli yang mempunyai unsur penipuan.
Contohnya, menjual buah- buahan yang diperagakan
elok di bahagian atas tetapi didalam serta
dibawahnya.

• Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak)
dalam satu.Contohnya, kita menjual kereta kepada
seseorang dengan harga RM10,000 secara tunai dan
dengan harga RM2,000 secara ansuran selama
setahun.

• Jual hutang dengan hutang. Contohnya, kita ada
berhutang RM100 dengan Ahmad. Pada masa yang
sama, Borhan membayar hutang dengan kita RM100.
Kemudian, kita meminta Borhan membayar hutang
kita sebanyak RM100 itu kepada Ahmad.

• Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik.

• Jual beli barangan gharar, tiada kepastian dan tidak
boleh diserahkan kepada pembeli. Contohnya,
menjual burung di udara atau ikan di lautan.

• Jual beli barangan yang belum wujud.

• Jual beli barangan bersyarat.

13

Bentuk- 3. Jual beli yang haram tetapi sah:
bentuk
Jual Beli • Membeli atau menjual barang yang sedang dalam
tawaran orang lain.

• Monopoli dalam jual beli. Contohnya, membeli barang
dengan tujuan menyekat orang lain membeli atau
supaya orang lain tidak menjualnya.

• Jual beli hadir libad (orang bandar kepada orang
desa), iaitu membeli daripada orang yang tidak
mengetahui harga sebenar, samada mereka dari desa
ataupun dari bandar.

• Jual beli tulaqqi al-Rukhban (memintas
perdagangan), iaitu menyekat penjual dari desa yang
tidak mengetahui harga pasaran di tengah jalan
untuk membeli dengan harga yang murah.

• Jual beli najasy, iaitu membeli barang dengan tujuan
orang lain terikut –ikut membelinya hingga mereka
mambayar dengan harga yang lebih tinggi;

• Membeli barangan yang halal untuk tujuan maksiat.
Contohnya, membeli ayam tetapi digunakan untuk
memuja keramat.

• Jual beli sewaktu azan solat Jumaat (kepada mereka
diwajibkan solat Jumaat). Ia bermula daripada imam
menaiki mimbar hinggalah selesai menunaikan solat.

• Mengurangkan sukatan dan timbangan.

14

JUAL BELI SAHAM

Pengertian Bahasa: berasal daripada perkataan arab sahm mempunyai
pelbagai makna antaranya ialah nasib atau bahagian seperti
firman Allah s.w.t. dalam surah al-Saafaat ayat 141:

“...dengan satu keadaan Yang memaksa) maka Dia pun turut
mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang Yang kalah
Yang digelunsurkan (ke laut)”

Istilah : Sejenis tertibatan yang dikeluarkan oleh syarikat
sebagai alat pemilikan.

Hukum 1. Syarikat yang aktivitinya halal - Harus bermuamalah
dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf.

2. Syarikat yang aktivitinya haram- bank yang
mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan
sebagainya. Hukumnya haram secara ittifaq.

3. Syarikat yang aktivitinya syubhat. Syarikat yang
mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal,
tetapi kadangkala bermuamalah dengan uruniaga yang
haram,
Para fuqaha’ mu’asirin berselisih pendapat tentang
masalah ini kepada 3 pendapat :

i. Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham
syarikat ini selagi mana tidak 100% halal.

ii. Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni
tetapi dengan syarat, berdasarkan kaedah fiqh dan nas yang
terbina di atas asas memudahkan dan mengangkat
kesusahan

iii. Pendapat ketiga : Makruh

Rukun Saham 1. pemegang saham
2. pinjaman
3. kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

Pelaburan Saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba'
Saham Pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat
Menurut atau perdagangan yang berurus niaga dalam perkara-
Pandangan perkara haram
Islam Saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur-
unsur spekulasi.

15

PINJAMAN (AL-‘ARIYAH)

Pengertian Bahasa: Sesuatu yang dipinjam pergi kemudiannya kembali. Ia juga
Hukum bermaksud saling bertukar dan mengganti sesuatu.

Istilah :Mengambil manfaat daripada sesuatu barang tanpa membayar
imbuhan. ‘Ariyah adalah kontrak memberi kebenaran kepada peminjam
untuk menggunakan manfaatnya sahaja dan bukannya untuk tujuan
pemilikan.

Harus

Dalil Al- quran al-Ariyah masih berada dalam konsep tolong menolong yang digalakkan
dalam Islam. Firman Allah s.w.t :

“ Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa
dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran”

(Al-Maidah : 2)

Dalil Hadis Kontrak pinjaman merupakan perintah dan amalan Rasulullah s.a.w.
sendiri semasa hayat baginda. Antaranya, hadis diriwayatkan oleh Jabir
bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Siapa yang mempunyai tanah,hendaklah ini hibah (memberikannya) atau
meminjamkannya.”

(Riwayat Muslim)

Rukun dan a) Peminjam
syarat sah al-
‘Ariyah b) Pemberi pinjaman

c) Barang pinjaman

d) Lafaz pinjaman

Secara amnya,suatu kontrak pinjaman akan tamat jika mengalami salah
satu perkara berikut:

• Peminjam memulangkan barangan pinjamannya
• Pemilik menuntut semula barangnya, walaupun tempoh pinjaman

belum tamat
• Salah satu pihak meninggal dunia
• Salah satu pihak hilang kelayakan seperti muflis, gila atau bodoh

16

HUTANG (AL-QARD)

Pengertia Bahasa : pengasingan sebahagian dari sesuatu. Dalam
n aspek ini, seolah-olahnya si pemberi pinjam telah
mengasingkan sebahagian dari harta miliknya untuk diberi
pinjam kepada si peminjam yang akan mengembalikan
semula kepada si pemberi pinjam dalam tempoh tertentu.

Istilah :Pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan
samada dari wang ringgit atau lainnya yang akan
dipulangkan samada dalam bentuk zat yang sama ataupun
tidak.

Dalil Al- Al-Qard telah disyariatkan melalui al-Quran, al-Sunnah dan
quran al-Ijmak. Selain “Ayat Hutang” di atas masih ada ayat al-
Quran lain yang menyentuh tentang al-Qard, diantaranya
firman Allah swt:

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah,
pinjaman yang baik iaitu dengan mengeluarkan hartanya di
jalan Allah, maka Allah akan melipatgandakan balasan baik
kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah-lah
yang menyempitkan dan melapangkan rezki dan
kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.”

(Al-Baqarah : 145)

Dalil Hadis Nabi Muhammad saw juga banyak menyebut tentang
Hadis al-Qard, diantaranya sabdaan Nabi Muhammad saw:

‫ما من مسلم يقرض مسلما قرضا مرتين إلا كان كصدقتها مرة‬

“...Sesiapa dari kalangan orang Islam yang memberi
pinjaman kepada orang Islam yang lain sebanyak dua kali
maka seolah-olahnya dia telah memberi sedekah satu kali.”

Hukum • Wajib- Memberi pinjam menjadi wajib sekiranya orang
Al-Qard yang hendak meminjam dalam keadaan terdesak
ke Atas untuk menyara hidupnya atau keluarganya dan si al-
Peminja muqrid adalah orang yang mampu untuk memberi
pinjaman.

17

m (Al- • Haram- Haram ke atas al-muqrid memberi pinjaman
Muqrid) kepada orang yang diyakini akan menggunakan
pinjaman tersebut untuk melakukan perkara yang
Hukum haram seperti menggunakan wang pinjaman untuk
Al-Qard berjudi dan sebagainya.
ke Atas
yang • Sunat- Sunat memberi pinjam kerana perbuatan
Meminja tersebut boleh membantu menyelesaikan masalah
m (Al- mereka yang memerlukan.
Muqtarid)
• Makruh- Terjadi dalam urusan memberi pinjaman
sekiranya pinjaman diberi tidak mengikut keutamaan
orang-orang yang ingin meminjam dan juga menjadi
makruh jika diyakini bahawa orang yang meminjam
akan membazirkannya.

• Harus -memberi pinjaman jika urusan tersebut bukan
untuk membantu orang yang berhajat tetapi hanya
sekadar tujuan tertentu seperti memberi pinjaman
semata-mata supaya pinjaman tersebut terjamin
keselamatannya jika diberi pinjam kepada sesiapa
yang boleh dipercayai.

• Wajib- Meminjam sesuatu keperluan menjadi wajib
jika pinjaman tersebut dilakukan untuk
menyelamatkan nyawa seseorang.

• Haram- Haram ke atas seseorang yang ingin
meminjam sesuatu untuk digunakan dalam perkara
yang haram.

• Sunat- Disunatkan meminjam sesuatu keperluan jika
perkara itu boleh mengurangkan bebanan yang
tertanggung.

• Makruh- Makruh hukumnya jika meminjam sesuatu
semata-mata untuk berlebih-lebihan dalam sesuatu
perkara.

• Harus- Diharuskan meminjam sesuatu keperluan
sekiranya berhajat dan hajat tersebut tidak sampai ke
tahap sunat atau wajib.

18

RIBA’

Pengertian Bahasa: Bertambah, lebih atau pertambahan. Apa yang
dimaksudkan sini adalah pertambahan modal.

Istilah :Akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran
barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak
diketahui persamaanya disegi syara’ ketika akad atau diketahui
persamaanya waktu akad dan sama ada menangguhkan kedua
tukaran itu atau salah satunya.

Hukum Haram

Dalil Al- Firman Allah s.w.t
quran
“...Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk
Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa
Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal
Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti
(dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan
perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang
mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Surah al- Baqarah : 275)

Dalil Hadis Hadis yang menunjukkan pengharaman riba’ ialah :
‫ِإن النِ ِ يب َص َّل اَّل هل َع َل ْي ِه َو َس ّل َم َل َع َن آ َك َل ال يرَبا َو هم ْؤِك َل هه َو َكا ِت َب هه َو َشا ِه َد ْي ِه َو َقا َل هه ْم َس َواء‬

“..Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang
memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya.
Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua adalah
sama.”

19

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan Abu
Daud dan Tarmizi)

Hadis lain yang menunjukkan bahaya riba’ ialah :

‫حدثنا عبد العزيز بن عبد الله حدثنا سليمان عن ثور بن زيد عن أبي الغيث عن أبي هريرة عن النبي‬
‫وما هن قال الشرك باالله‬: ‫اجتنبوا السبع الموبقات قالوا يا رسول الله‬: ‫صلى الله عليه وسلم قال‬

‫والسحر وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق وأكل مال اليتيم والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات‬
‫والمؤمنات الغافلات‬.

“...Hendaklah kamu menjauhi tujuh perkara yang
membinasakan,sahabat-sahabat bertanya.Apakah ia wahai
Rasullullah s.a.w? Jawab Baginda: Syirikkan Allah S.W.T.,
melakukan perbuatan sihir, membunuh diri, atau jiwa yang
dilarang oleh Allah S.W.T. kecuali dengan cara yang
sebenar,makan riba,makan harta anak yatim,lari daripada medan
peperangan dan menuduh zina terhadap perempuan-perempuan
yang baik yang tidak ada perasaan untuk melakukannya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jenis- • Riba al-Fadlu
Jenis Riba’ • Riba Nasi’ah
• Riba al-Yady

Anda bolehlah mengimbas
kod QR ini untuk maklumat
tambahan.

20

SEWAAN (AL-IJARAH)

Pengertian Bahasa: Jual beli manfaat. Bayaran atau ganjaran yang
diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja.
ini juga termasuklah upah, sewa atau imbuhan.

Istilah : kontrak untuk mendapatkan manfaat daripada
sesuatu barangan tertentu dengan bayaran tertentu.

Hukum Harus

Dalil Al- Firman Allah s.w.t.:
quran
“jika mereka menyusukan anak untuk kamu, berikanlah
upah kepada mereka.”

(Al-Talaq: 6)

Dalil Hadis Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn. Abbs r.a.

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berbekam dan
memberikan upah kepada pembekamnya“.

(Riwayat al-Bukhari,
Muslim dan Ahmad)

Jenis-jenis 1. Ijarah zimmah: menyewa sesuatu yang belum ada di
Sewaan hadapan mata sewaktu akad. Sewaan jenis ini
diisyaratkan tunai pembayarannya dan menerimanya
pada majlis akad.

2. Ijarah ain: menyewa / mengupah sesuatu yang sudah
ada di hadapan mata sewaktu akad.

Rukun dan 1. Pemberi sewa, mereka dipanggil dengan istilah
syarat sah mu’jir, iaitu orang yang diberi bayaran atau yang
al-ijarah diupah

2. Penyewa, mereka juga dipanggil dengan istilah
musta’jir iaitu orang memberi bayaran atau upah

3. Manfaat atau perkhidmatan

21

4. Bayaran atau upah
5. Sighah iaitu ijab dan qabul

Hikmah- • Memberi kemudahan kepada orang-orang yang
hikmah tidak memiliki sesuatu barang mendapat faedah
daripadanya.

• Menambah kelapangan bagi tuan ampunya barang
dengan beroleh bayaran sewanya.

• Mengeratkan perhubungan di antara satu sama
lain.

• Supaya anggota masyarakat mendapat
kemudahan dan kesenangan hidup.

• Menggalakkan pihak-pihak yang mampu supaya
sentiasa memberi kemudahan kepada pihak-pihak
yang kurang mampu.

22

GADAIAN (AL-RAHN)

Pengertian Bahasa :Kekal, tetap dan berterusan. Kata “rahnum”
dengan kata “gadaian” dalam bahasa melayu.

Istilah :Menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran
kepada sesuatu hutang buat menjelaskan hutang itu
ketika tidak kuasa membayarnya.

Hukum Harus

Dalil Al- Firman Allah s.w.t
quran
“...Jika kamu dalam musafir (lalu kamu berhutang) sedang
kamu tidak memperoleh seorang penulis, hendaklah
diadakan barang gadaian yang dipegang ( pemiutang).


(al-Baqarah : 283)

Dalil Hadis Ulama fiqh Islami bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w.
adalah orang pertama yang terlibat dalam melakukan
gadaian dalam Islam. Ini diceritakan dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

“ ...Rasulullah s.a.w. membeli makanan daripada seorang
Yahudi secara hutang dengan menggadaikan sebuah
perisai besi.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rukun- 1. Al-Rahin (Penggadai) dan al-murtahin (pemegang
rukun gadai). Kedua-duanya hendaklah:
Gadaian
• Keahlian mengurus hartanya (ahliyatut

Tabaru). Dengan syarat ini, penjaga, bapa atau

lainya, tidak boleh menggadaikan harta kanak-

kanak dan harta orang-orang gila kecuali jika

terpaksa atau ternyata ada keuntunganya.

• Akil baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan orang-
orang gila.

23

• Tidak dipaksa:melakukan gadai mestilah dengan
kehendak sendiri.Tidak sah jika dipaksa.

2. Al-Marhun (Barang yang digadai) – barang-barang
yang digadai hendaklah barang-barang yang sah
diperjualbelikan. Barang-barang yang tidak sah
diperjualbelkan, tidak sah ianya digadaikan.
3. Al-Marhun bih (hutang) – bayaran atau barang yang
diberi kepada penggadai itu mestilah hutang
yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak berupa hutang
seumpama benda yang wajib diganti seperti barang yang
dirampas, barang pinjaman atau sebagainya.
4. Sighah (Lafaz kontrak)– tidak sah gadaian melainkan
dengan ijab dan Kabul. Syarat-syaratnya sama dengan
syarat-syarat pada urusan berjualbeli. Maka tidak sah jika
diselangi oleh perkataan lain atau berselang lama. Tidak
sah jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.

24

2.0 KONSEP MUAMALAT
KONVENSIONAL

• Muamalat yang mengandungi unsur-unsur
penipuan seperti manipulasi dan mengandungi
unsur unsur penindasan seperti riba dan
monopoli.

• Muamalat konvensional ini juga mengandungi
unsur-unsur barangan yang tidak suci dan
najis seperti berniaga bangkai, dadah dan
arak.

• Muamalat yang belum pasti barangan jualan
seperti menjual ikan di lautan, anak lembu
yang masih dalam kandungan ibunya dan
buah-buahan yang belum nampak putiknya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Bahawasanya Rasulullah s.a.w melarang
menjual atau membeli anak binatang ternakan
yang masih dalam kandungan ibunya”.
(diriwayatkan oleh al-Bazzar)

25

SISTEM PERBANKAN
KONVENSIONAL & SISTEM

PERBANKAN ISLAM

Sistem Perbankan Konvensional
• Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
• Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan.

Ciri Perbankan Konvensional
1. Memberi faedah atas simpanan
2. Mengenakan faedah atas pinjaman
3. Membuat pelaburan
4. Mengutamakan keuntungan
5. Menjalankan tanggungjawab sosial

Sistem Perbankan Islam
• Berlandaskan prinsip Islam dan mengikut hukum syarak.
• Bertujuan menerapkan penggunaan prinsip dan undang-undang Islam.
• Berprinsipkan keadilan, halal dan perkongsian keuntungan mengikut
perjanjian.

Ciri Perbankan Islam
1. Tiada amalam riba dan faedah
2. Berkonsepkan konngsi untung dan kerjasama (Mudharabah dan
Musyarakah)
3. Bebas daripada unsur maisir (perjudian), gharar (ketidakpastian),
penindasan, pembaziran dan perbuatan yang tidak bermoral.
4. Mementingkan masyarakat dan negara

Anda bolehlah mengimbas
kod QR ini untuk maklumat
26 tambahan.

PERBANDINGAN ANTARA

MUAMALAT ISLAM DENGAN

KONVENSIONAL

Perbezaan Sistem Kewangan Islam dan Konvensional boleh dilihat kepada
konsep dan operasi. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip
syariah yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar
(keraguan), maisir (judi), tadlis (penipuan), penindasan, ketidakadilan,
memonopoli harta dan sebagainya. Manakala konsep sistem kewangan
konvensional pula berlandaskan pemberian faedah(riba) dalam hampir
semua transaksi,baik dalam pinjaman, overdraf,pajakan,sewa beli simpanan
dan kad kredit.

Dari sudut operasi pula, Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan
akad yang telah dipersetujui oleh Syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil (BBA),
Wadi’ah, Mudarabah, Musyarakah dan sebagainya. Manakala sistem
kewangan konvensional pula operasinya adalah tidak berteraskan akad-akad
yang sah dari sudut Syarak dan kebanyakkannya terlibat dalam sistem
pinjaman yang berteraskan riba.

Sistem kewangan Islam pelaburannya bebas dari unsur
ketidakpastian (gharar). Setiap pelaburan adalah mengikut hukum islam dan
dipastikan tidak terlibat dalam aktiviti yang telah diharamkan seperti
perjudian, spekulasi, jualan minuman keras, makanan tidak halal dan
sebagainya. Sistem kewangan konvensional pula memberi
kebebasan melakukan pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan dan
tidak bercanggah dengan undang-undang

Sistem kewangan islam terdiri daripada ulama, ahli akademik dan
pakar perbankan islam. Mereka merupakan ahli majlis penasihat syariah
sepusat yang ditubuhkan untuk mengawal selia dan memastikan perjalanan
operasi intitusi perbankan islam adalah konsisten serta sentiasa mengikut
hukum syarak.Sistem kewangan konvensional pula mereka pakar dalam
urusan perbankan sahaja bagi memastikan bank mencapai keuntungan
maksimum

27

Muamalat Islam Muamalat
konvensional

Persamaan 1. Melicinkan urusan kehidupan seharian manusia
2. Mempunyai keuntungan

Tujuan Tujuan kerana Allah iaitu Tujuan utama ialah
konsep ta’awwun. mengejar keuntungan iaitu
kapitalis dan sosial.

Unsur Tiada unsur riba dan Berasaskan unsur riba dan
Riba penindasan. penindasan.

Harta Harta sebagai sarana untuk Pengumpulan harta adalah
mendekatkan diri kepada matlamat hidup.
Allah.

Matlamat Menggalakkan manusia Lebih mengutamakan
supaya melakukan kebajikan keuntungan semata-mata
kepada masyarakat seperti dan mengabaikan
bersedekah, menderma dan tanggungjawab sosial.
sebagainya.

Sistem Melaksanakan syariat Islam Melaksanakan sistem
dalam urusan perniagaan. ekonomi dan kewangan
berasaskan fahaman
kapitalis dan sosialis.

Anda bolehlah mengimbas
kod QR ini untuk maklumat
tambahan

28

PANDANGAN YANG TIDAK
MENGHARUSKAN

BERMUAMALAT DENGAN
SUMBER YANG HARAM

1. Mengelakkan daripada terjebak dalam perkara yang haram.
Firman Allah SWT:

Terjemahan: ... dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan
dosa (maksiat) dan pencerobohan ... (Surah al-Maidah (5):2).

2. Gesaan Al-Quran supaya sumber pendapatan adalah halal dan baik. Ini
berpandukan kepada firman Allah SWT:

Terjemahan: Wahai sekalian manusia! makanlah apa yang ada di bumi
yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi
kamu. (Surah al-Baqarah (2):168)

3. Bersikap warak dan ihtiyat. Hujah ketiga golongan yang mengharamkan
adalah untuk bersikap wara’ dan ihtiyat, iaitu cuba menjauhi perkara yang
syubhah dan meragukan. Sabda Rasulullah SAW:

Terjemahan: Sesiapa yang menjaga (menjauhi) perkara syubhah
(kesamaran), maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya. Dan
sesiapa yang terjatuh di dalam (melakukan) perkara syubhah, sama
seperti ia terjatuh di dalam (melakukan) perkara yang haram.

29

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya
dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan)
sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah)
yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai
wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta
mereka membelanjakan (sebahagian daripada
harta itu pada jalan Allah) maka tetap beberoleh
pahala yang besar.
(Surah Al-Hadid: 7)

30

MUNAKAHAT

31

2.0 PENGERTIAN MUNAKAHAT

Pengertian dari sudut bahasa: Munakahat berasal dari kata “nikah” yang
bermaksud berkumpul atau bersatu•
Pengertian dari sudut istilah; Nikah bermaksud melakukan suatu akad
atau perjanjian untuk mengikatkan diri antara seorang lelaki dengan
seorang perempuan serta menghalalkan hubungan keduanya untuk
mewujudkan keluarga bahagia yang diredhai oleh Allah swt.

PENGERTIAN FALSAFAH MUNAKAHAT

Suatu ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga
keturunan umat manusia secara sah dan bertanggungjawab.

KONSEP PERKAHWINAN ISLAM

• Merupakan satu ibadat dan perlembagaan yang mengandungi struktur
undang-undang perkahwinan dan kekeluargaan yang lengkap di
dalamnya.

• Nikah dalam Islam dari segi bahasa bererti himpunan, pengumpulan,
percantuman, persetubuhan dan akad.

• Nikah dari segi bahasa diertikan juga sebagai menindas, setubuh dan
senggama.

• Mencegah gejala sosial dan mengembangkan generasi soleh dan
solehah.

TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM

• Memelihara akhlak manusia.
• Melalui perkahwinan, nafsu seks dapat disalurkan dengan baik dan

beradab sopan.
• Memupuk kasih sayang dan hubungan mesra dengan suami isteri.
• Menyekat manusia daripada melakukan maksiat.

32

HUKUM MUNAKAHAT DALAM
ISLAM

1) Wajib
• Kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga
boleh jatuh ke lembah zina sedangkan dia mampu untuk
membayar mahar dan mampu memberi nafkah kepada bakal
isterinya.

2) Sunat
• Mempunyai nafkah, sihat tubuh badan dan berkeinginan
untuk berkahwin tetapi berupaya mengawal nafsu.

3) Harus
• Kepada orang yang tiada galakan dan bantahan untuk
berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

4) Makruh
• Kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah
batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan
kepada isteri sama ada dia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

5) Haram
• Kepada orang yang tidak berkemampuan memberi nafkah
zahir dan batin dan dia juga tiada nafsu yang kuat, tidak
berkeinginan untuk berkahwin serta akan menganiaya isteri
jika berkahwin.

33

PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM

1) Kursus Perkahwinan
• Benda wajib yang paling penting sebelum memohon
kebenaran berkahwin ialah perlu mengikuti atau
menghadiri kursus pra-perkahwinan yang diiktiraf oleh
Jabatan Agama Islam bagi memperoleh Sijil Perkahwinan.

2) Ujian HIV
• Setiap pasangan sebelum berkahwin diwajibkan menjalani
ujian HIV. selain ujian HIV, bakal pengantin perempuan
perlu menjalani ujian talasemia (ujian genetik).

3) Borang Permohonan Nikah
• Kedua-dua pihak perlu isi dan hantar borang permohonan
bernikah disertai dokumen sokongan yang telah ditetapkan
kepada Jabatan Agama Islam.

4) Wali dan 2 Saksi
• Wali dan saksi adalah sangat penting dalam proses
pernikahan dan termasuk dalam salah satu rukun nikah.

5) Mas Kahwin
• Mas kahwin atau mahar wajib diberi oleh pengantin lelaki
kepada pengantin perempuan.

34

Rukun RUKUN NIKAH

Syarat

Bakal suami Islam, lelaki, tidak beristeri empat dalam satu masa, bukan muhrim dan
bukan dalam ihram (haji atau umrah)

Bakal isteri Islam, perempuan, bukan isteri orang, bukan muhrim, bukan dalam
iddah dan dalam ihram.

Wali Islam, lelaki baligh dan berakal, bukan dalam ihram, merdeka dan tidak
ditegah daripada membelanjakan hartanya.

Saksi Islam, dua orang lelaki baligh, adil, memahami lafaz ijab dan kabul serta
sejahtera pancaindera.

Ijab dan Ijab: lafaz yang diucapkan oleh wali bagi wanita
qabul Kabul: jawapan penerimaan yang diucap oleh bakal suami

35

WALI NIKAH
Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2016), wali diambil
daripada perkataan Arab iaitu Al- Waliyah (‫)الوالي‬. Wali dari segi bahasa adalah
kesanggupan mengurus, bertindak atau berkuasa dalam mentadbir sesuatu.
Manakala, dari segi istilah pula adalah orang yang memiliki atau diberikan
kuasa syarak bagi akad nikah. Wali adalah salah satu dari rukun nikah yang
perlu dititikberatkan dalam munakahat. Hal ini bermaksud susunan atau
tertib dalam pemilihan wali sangat penting untuk memastikan perkahwinan
yang bakal dilaksanakan sah di sisi Allah.

WANITA-WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
Perempuan-perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua
bahagian:
i. Haram buat selamanya.
ii. Haram buat sementara waktu.

Sebab-sebab haram dikahwini:
i. Haram dengan sebab keturunan.
ii. Haram dengan sebab susuan.
iii. Haram dengan sebab persemendaan. (Musyaharah)

MAHAR
Mahar juga dikenali sebagai mas kahwin yang berasal daripada perkataan
bahasa Arab iaitu, Mahar. Pemberian atau mas kahwin ini wajib dilakukan
oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai tanda hormat pada pihak
perempuan. Hal ini dibuktikan dalam firman Allah s.w.t:
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka
sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah
(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik
kesudahannya.”

(surah An-Nisaa’: ayat 4)

36

HAK KEWAJIPAN SUAMI ISTERI

Aspek Tanggungjawab

Suami i. Memberi nafkah zahir dan batin
ii. Memberi didikan
iii. Memberi layanan yang baik

Isteri i. Mentaati dan patuh akan arahan suami selagi
tidak melanggar hukum syarak.

ii. Memelihara kehormatan diri dan suami.

iii. Menjaga harta benda

iv. Menjaga kebajikan suami dan memberi layanan
yang baik

v. Tinggal bersama di rumah suami

Bersama i. Memelihara, mendidik dan mengasuh anak-
anak

ii. Merapatkan hubungan silaturahim antara
pasangan

iii. Memenuhi keperluan dan menjaga keaiban
pasangan masing-masing.

iv. Saling menghormati dan menasihati antara satu
sama lain

37

HIKMAH PERKAHWINAN
MENURUT ISLAM

Terdapat banyak manfaat dalam pernikahan termasuklah mendapat
keredhaan Allah. Hal ini dibuktikan dalam hadis Rasulullah dalam portal
Jabatan Mufti Negeri Melaka (2016) iaitu:

“Nikah itu adalah sunnahku, sesiapa yang membencinya maka
dia bukan daripada golonganku.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Menurut Shafiqolbu (2013), sesiapa yang bernikah juga dapat:
i. Menjamin kesihatan fizikal iaitu menghindarkan diri daripada
penyakit kelamin.
ii. Menjaga keturunan bagi keluarga pasangan tersebut.
iii. Memelihara kesucian diri.
iv. Mengelakkan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat.
v. Memperoleh ketenangan dalam hidup serta kasih sayang
antara ahli keluarga.

Manakala, menurut Zawiah dan Rohayati (2009) pula,
perkahwinan bertujuan untuk:
i. Menjalankan amanah Allah pada suami atau isteri, anak-anak
serta ahli keluarga yang lain.
ii. Mendapat kebahagian di dunia serta di akhirat.
iii. Mengembangkan keturunan atau generasi mengikut pertalian
yang sah.

38

HIKMAH PERKAHWINAN MENURUT
ISLAM

1.Menghindarkan 2. Memupuk
diri daripada perasaan kasih
perbuatan sayang antara suami
maksiat isteri dan anak-anak

3. Mengembangkan 4. Melahirkan rasa
zuriat umat Islam bertanggungjawab
dikalangan suami
hasil daripada
keturunan yang sah isteri

39

KONSEP MUNAKAHAT
KONVENSIONAL

• Sebagai satu seruan iaitu panggilan
Tuhan

• Sebagai salah satu daripada tujuh tanda-
tanda kepercayaan kepada anutan

• Menekankan ciri-ciri yang suci di dalam
perkahwinan dan merupakan ikatan
semulajadi yang berkekalan

• Perkahwinan sebagai satu penyatuan
secara sukarela antara seorang lelaki
atau perempuan seumur hidup dengan
mengecualikan semua orang lain

40

CARA PERKAHWINAN
KONVENSIONAL (KRISTIAN)

1) Gambar
• Gambar parti perkahwinan hendaklah bermula sekurang-kurangnya
90 minit sebelum permulaan perkhidmatan dan selesai sekurang-
kurangnya 45 minit sebelum upacara.

2) Perkahwinan Bermula
• Pengantin perempuan dan bapanya masuk. Biasanya ibu pengantin
akan berdiri pada masa ini sebagai isyarat untuk semua tetamu berdiri
atau diumumkan oleh paderi seperti “semua bangkit untuk pengantin
perempuan.

3) Doa Pembukaan
• Doa pembukaan disebut semasa penyerahan perkahwinan. Biasanya
termasuk ucapan syukur dan panggilan untuk kehadiran dan berkat
Tuhan untuk berada dalam perkahwinan tersebut.

4) Penyerahan Pengantin Perempuan
• Ibu atau bapa perlu menyerahkan pengantin perempuan kepada
pengantin lelaki.

5) Caj Pengantin
• Paderi memberikan tuduhan dan mengingatkan beberapa tugas dan
peranan mereka masing-masing dalam perkahwinan dan
mempersiapkan mereka untuk janji yang mereka buat.

6) Ikrar
• Semasa ikrar atau “Betrothal”, pengantin lelaki dan perempuan
menisytiharkan kepada tetamu dan saksi bahawa mereka telah datang
dari kehendak mereka sendiri untuk berkahwin.

7) Pertukaran Cincin
• Pertukaran cicin adalah demonstrasi janji pasangan itu untuk tetap
setia. Cincin mewakili keabadian perkahwinan sepanjang hayat
pasangan, Mereka memberitahu semua orang lain bahawa mereka
komited untuk kekal bersama dan tetap setia.

41

8) Jamuan
• Orang Kristian sering memilih untuk mengundang komuniti ke dalam
majlis perkahwinan mereka.

9) Pewarisan
• Paderi mengisytiharkan bahawa pengantin lelaki dan perempuan kini
suami dan isteri. Tetamu diingatkan untuk menghormati kesatuan
Tuhan yang telah dicipta dan tidak ada yang boleh memisahkan
pasangan itu.

10) Doa Penutupan
• Doa ini biasanya mengucapkan berkat dari jemaah, melalui paderi,
yang menginginkan pasangan itu cinta, kegembiraan dan kehadiran
Tuhan.

11) Ciuman
• Paderi secara tradisinya memberitahu pengantin, “sekarang anda
boleh mencium pengantin anda”.

12) Persembahan pasangan
• Paderi secara tradisinya berkata, “sekarang saya mempunyai
keistimewaan untuk memperkenalkan kepada anda untuk pertama
kali, Encik dan Puan….”

42

PERKAHWINAN AGAMA KRISTIAN
ALIRAN ROMAN KATOLIK

Halangan dalam • Agama Kristian Roman Katolik tidak
perkahwinan membenarkan kahwin berlainan agama atau
sebagai "Holy Order" namun berbeza dengan
agama Kristian aliran Kristan yang lain membenarkan
perkahwinan campur.
Syarat
perkahwinan • Perjanjian (Perpetual Vow) untuk menjadi Sister
atau Father di dalam agama Kristian Katholik
Bentuk yang tidak membenarkan mereka berkahwin dan
perkahwinan mengamalkan Celibacy iaitu membujang. Hal ini
kerana Celibacy dianggap memelihara kesucian
kepaderian yang berasaskan daripada peristiwa
Jesus Christ.

• Berita perkahwinan akan dipampang atau
disiarkan jika ada bantahan terhadap
perkahwinan tersebut maka bantahan tersebut
akan disiasat.

• Adik beradik angkat seperti adik atau abang
angkat adalah tidak dibenarkan berkahwin
menurut Canon Law.

• Pasangan boleh berkahwin walaupun tanpa
persetujuan ibu bapa dengan kerelaan hati
masing-masing.

• Dua orang saksi terdiri daripada seorang lelaki
dan seorang perempuan. Kedua-dua saksi ini
tidak boleh mempunyai hubungan yang begitu
rapat seperti hubungan adik beradik dan
hendaklah berumur dua puluh satu tahun ke
atas.

• Hanya membenarkan bentuk perkahwinan
monogami iaitu hanya seorang isteri sahaja
dalam satu tempoh masa.

43

• Poligami adalah tidak dibenarkan sama sekali di
dalam agama Kristian terutamanya dalam agama
Kristian Roman Katholik.

Penceraian dan • Perceraian adalah tidak dibenarkan sama sekali
pembubaran dalam agama Kristian Roman Katholik atas
dalam agama alasan suami dan isteri telah disatukan oleh
Kristian Tuhan melalui perkahwinan.

• Perceraian merupakan salah satu dosa dan
kesalahan berat yang berlawanan dengan
kemuliaan perkahwinan.

• Tiada apa-apa pun yang dapat memisahkan
mereka selain mati sebagaimana dokumen
Katholik Tahun 1983.

• Antara sebab lain perceraian ialah si suami atau
isteri telah berlaku curang ataupun berzina.

• Suami dan isteri mempunyai hak sama rata
dalam pembubaran perkahwinan.

Anda bolehlah mengimbas
kod QR ini untuk maklumat
tambahan.

44

PERBANDINGAN ANTARA MUNAKAHAT
ISLAM DENGAN KONVENSIONAL

Munakahat Islam Aspek Munakahat Konvensional

Dituntut dalam agama Tujuan Harus dilaksanakan sebagai
islam dan perkahwinan satu amanah Tuhan serta
menggambarkan kasih
menambahkan lagi sayang Tuhan iaitu melalui
kekuatan rohani,
khusyuk beribadah penyatuan suami isteri yang
dan pengabdiaan akrab dan disaksikan
kepada Allah S.W.T
perjanjian perkahwinan itu
dihadapan Tuhan

Dibenarkan bagi kaum Poligami Tidak dibenarkan sama sekali
lelaki dengan syarat
beristerikan 4 wanita
dalam satu masa

Dibenarkan namun Penceraian Tidak dibenarkan sama sekali
tidak digalakkan dan dan penceraian hanya terjadi
antara perbuatan yang dengan kematian kecuali
dibenci terdapat perkara yang
membenarkan seperti curang

Memerlukan dua orang Saksi Memerlukan seorang saksi
saksi lelaki lelaki dan seorang saksi
perempuan

Boleh berkahwin Pertalian Tidak boleh sama sekali
dengan saudara kecuali Persaudaraan berkahwin dengan saudara
saudara rapat seperti walaupun saudara jauh
adik-beradik

45

Tiada konsep Pembujangan Mempunyai konsep
pembujangan yang pembujangan terhadap
khusus dan disuruh golongan tertentu bagi tujuan
pengabdian sepenuhnya
Merupakan titik
permulaan dalam Pertunangan Mengumumkan mengenai
proses perkahwinan pertunangan mereka kepada
bagi calon suami dan orang ramai sekurang-
isteri mengikat tali kurangnya tiga kali hari Ahad
perkahwinan. (tiga minggu).

Tujuan pertunangan Tujuan pengumuman adalah
ialah memberi ruang untuk memohon persetujuan
kepada kedua pihak ramai. Sekiranya tiada
untuk mengenali dan bantahan, perkahwinan akan
membuat persediaan diteruskan.
ke arah menerajui
perkahwinan

Anda bolehlah mengimbas
kod QR ini untuk maklumat
tambahan berkaitan topik
ini.

46

AYAT AL-QURAN

Maksudnya: Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri),
dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada
kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada
perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? (Surah An-
Nahl ayat 72)

Maksudnya: Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat
kebesaran Allah. (Surah Az-Zariyat ayat 49)

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
‫يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم‬

.‫يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء‬
)‫(رواه البخارى و مسلم‬

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah.
Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak
sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

47

RUJUKAN

Chek, R. (2010). KONSEP PERKAHWINAN DALAM AGAMA ISLAM DAN KRISTIAN
ROMAN KATHOLIK : ANALISIS PERBANDINGAN. Retrieved from
http://studentsrepo.um.edu.my/5182/5/BAB_4__The_latest_.pdf
FIQH MUAMALAT (TOPIK 4). (2018, Jun 1). Retrieved from
https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2018/06/fiqh-muamalat-topik-4.html?m=1
Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad, N. A. (2020). Pendidikan Islam Teras. Selangor:
Pustaka Al-Ehsan.
MUHAMMAD, Z. B. (2010). Hukum Bermuamalat Dengan Sumber Yang Haram. Jurnal
Muamalat, 77-93. Retrieved from http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-
muamalat/4_sumber_yang_haram.pdf
PELAJARAN 4: FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM. (n.d.). Retrieved from
https://slideplayer.info/amp/14164331/
Safaee Zakaria, Mohd Zin Daud. (2003). Tasawwur Islam Tingkatan 5. Kota Bharu,
Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.
Syahidah. (2020, Mac 24). Perbezaan Muamalat Islam dan Konvensional. Retrieved from
GPI1083: https://nunugpi.blogspot.com/2020/03/perbezaan-muamalat-islam-dan.html?m=1
Syahidah. (24, Mac 2020). Perbezaan Muamalat Islam dan Konvensional. Retrieved from
https://nunugpi.blogspot.com/2020/03/perbezaan-muamalat-islam-dan.html?m=1
Zakaria, S. B. (2016). Tasawwur Islam Tingkatan 4 & 5 SPM. Bachok, Kelantan: EE Smart
Enterprise.
Shafiqolbu. (5 februari 2016). Perkahwinan Menurut Islam. Dipetik dari
https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/12/22/perkahwinan-menurut-islam/
Zawiah Hassan, Rohayati Bakri. (2009). 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam. Kuala Lumpur:
PTS Millennia sdn. Bhd.

48

GPI
1083

SEKIAN
TERIMA
KASIH

49


Click to View FlipBook Version