The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1 - Konsep Asas Pemikiran Komputasional

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iklil5757, 2019-02-20 19:19:38

asas sains komputer

1 - Konsep Asas Pemikiran Komputasional

3

SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 3-2

Berdasarkan hasil kerja dari pengajaran lepas, lengkapkan gambar rajah di bawah dalam ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 3
kumpulan masing-masing untuk menentukan persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiga
masalah alam sekitar tersebut.

Terima jawapan murid yang relevan

Banjir Kilat Jerebu

• Kemusnahan harta benda Punca masalah • Mengakibatkan
seperti cara manusia penyakit paru-paru
• Berlaku disebabkan hujan melupuskan sampah Pembakaran
lebat yang berlaku secara terbuka
berterusan dalam jangka yang tidak terancang

masa yang panjang Menjejaskan

aktiviti manusia,
menjejaskan
Kerosakan tanaman kesihatan
menyebabkan
kekurangan bekalan
makanan

• Boleh berlaku
disebabkan

fenomena Ekuinoks

Cuaca Panas

48
xlviii

PENGAJARAN 4

1.0 KONSEP ASAS PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL

1.1 Asas Pemikiran Komputasional

1.1.4 Membuat keputusan bagi menentukan aspek
penting dalam sesuatu permasalahan.

Kandungan Muka Surat

Rancangan Pengajaran 50

Lampiran 4-1 54

Lampiran 4.2 55

Lembaran Kerja 4-1 56

4

PENGAJARAN 4

BIDANG PEMBELAJARAN

1.0 Konsep Asas Pemikiran Komputasional Masa: 60 minit

Standard Kandungan Penerapan Pemikiran

1.1 Asas Pemikiran Komputasional Komputasional:
• Peniskalaan
ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 4
Standard Pembelajaran (Abstraction)

Murid boleh:

1.1.1 Menerangkan teknik Peniskalaan (Abstraction) dalam pemikiran komputasional

untuk menyelesaikan masalah

1.1.4 Membuat keputusan bagi menentukan aspek penting dalam sesuatu

permasalahan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan untuk kelas
• Lampiran 4-1
• Lampiran 4-2

Bahan untuk setiap murid
• Lampiran 4-1

Prasyarat

• Murid telah mempelajari tentang pemikiran komputasional dan teknik leraian
serta pengecaman corak. Murid juga membawa hasil kerja masalah alam sekitar
dari Pengajaran 3.

Sumber Tambahan

• Computational thinking:
http://primary.quickstartcomputing.org/resources/pdf/comp_thinking.pdf

49

4

RANCANGAN PENGAJARAN



M as a C adan gan Ak tiviti BBM/ Catatan

5 Minit Set Induksi BBM
• Lampiran 4-1
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (4 orang murid (m/s 54)

sekumpulan). Penerapan
Pemikiran
2. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk berjumpa Komputasional:
• Peniskalaan
dengan guru. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 4

3. Guru memberi keratan perkataan- arnab, kereta, meja seperti

dalam Lampiran 4-1 kepada setiap wakil kumpulan.

4. Seorang dari kumpulan dikehendaki untuk melukiskan gambar

yang tertulis dalam keratan supaya ahli kumpulan yang lain

boleh meneka.

5. Setiap kumpulan hanya mempunyai 1 minit untuk meneka objek

yang cuba dilakarkan.

15 Minit Aktiviti 1: Teknik Peniskalaan BBM
1. Guru menunjukkan jadual di bawah. • Lampiran 4-2
(m/s 55)
Objek Ciri yang Ciri yang
diperlukan boleh Penerapan
Pemikiran
ditinggalkan Komputasional:
• Peniskalaan

2. Setiap kumpulan memberitahu ciri-ciri yang dimasukkan dalam
lukisan wakil kumpulan dan ciri-ciri yang tertinggal daripada
gambar asal untuk mengisikan jadual yang ditunjukkan.

50

4



M as a C adan gan Ak tiviti BBM/ Catatan

20 Minit Contoh jawapan jadual:

Objek Ciri yang Ciri yang
diperlukan boleh

ditinggalkan ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 4

Arnab • Telinga panjang • Saiz
• Ekor kecil dan • Warna
bulat • Bulu
• Jambang

3. Guru menanyakan soalan-soalan berikut:

Contoh Soalan Contoh Jawapan Murid

Mengapa anda memilih Ciri-ciri tersebut tidak
untuk tidak memasukkan diperlukan untuk ahli
kumpulan meneka gambar
beberapa ciri yang yang diberi. Ciri-ciri tersebut
terdapat dalam gambar
kurang penting.
asal?
Tidak
Adakah ciri-ciri yang
ditinggalkan daripada
gambar asal penting?

4. Guru menerangkan bahawa kemahiran untuk memilih
maklumat yang penting sahaja dinamakan sebagai peniskalaan
(abstraction).
5. Guru menerangkan bahawa murid telah menggunakan
kemahiran peniskalaan semasa memilih ciri-ciri yang penting
dalam gambar yang diberi apabila ingin melakar semula objek
tersebut. (aktiviti set induksi)
6. Murid dibahagikan kepada kumpulan.
7. Setiap kumpulan diberi satu gambar. (Lampiran 4-2)
8. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menuliskan isi penting
daripada gambar-gambar yang diberi menggunakan teknik
peniskalan di atas kertas mahjong.

51

4

BBM/ Catatan
M as a C adan gan Ak tiviti
ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 4
9. Setiap kumpulan diberi hanya 5 minit untuk melakukan tugasan
yang diberi.
10. Selepas 5 minit, setiap kumpulan membentangkan jawapan
masing-masing.
11. Guru melakukan perbincangan bersama dengan murid tentang
perbezaan dan persamaan isi-isi penting setiap kumpulan.

15 Minit Aktiviti 2: Aktiviti Kumpulan BBM
1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengisikan Lembaran Kerja • Lembaran Kerja
4-1 menggunakan teknik peniskalaan. 4-1 (m/s 56)
2. Setiap kumpulan mempunyai 10 minit untuk melakukan tugasan
tersebut. Penerapan
3. Selepas 10 minit, setiap kumpulan membentangkan jawapan Pemikiran
masing-masing. Komputasional:
4. Guru memberikan ulasan kepada setiap kumpulan terhadap • Peniskalaan
penggunaan teknik peniskalaan masing-masing.

5 Minit Aktiviti Pengukuhan
1. Guru menerangkan bahawa kebanyakkan aplikasi dalam
komputer dihasilkan menggunakan kemahiran peniskalaan.
2. Murid mencuba contoh aplikasi komputer berikut sebagai kerja
rumah.
Contoh: http://www.solarsystemscope.com/
3. Murid mengisikan jadual di bawah menggunakan maklumat
contoh aplikasi yang ditunjukkan sendiri sebagai kerja rumah.

52

4

BBM/ Catatan
M as a C adan gan Ak tiviti

Contoh jawapan:

Item Dimasukkan Ditinggalkan

Animasi Sistem • Matahari • Saiz sebenar ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 4
Solar • Planet Bumi • Bentuk sebenar
• Bulan • Orbit sebenar
• Pergerakkan

Penutup
1. Guru merumuskan pengajaran dan mengingatkan murid untuk
menggunakan teknik peniskalaan jika hendak menyelesaikan
sesuatu soalan dengan cepat. Teknik ini hanya menumpukan
kepada maklumat penting tanpa mempedulikan maklumat
lebihan yang tidak penting.

53

4

LAMPIRAN 4-1

Arahan untuk guru: Potong setiap kad di bawah mengikut garisan. Setiap
kumpulan hanya perlu mendapat salah satu kad di bawah sahaja.

Arnab Kereta Meja ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 4

Arnab Kereta Meja

Arnab Kereta Meja

Arnab Kereta Meja

54

4

LAMPIRAN 4-2

Arahan untuk guru: Cetak dan potong gambar di bawah untuk setiap
kumpulan. (Aktiviti 1)

ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 4

55

4

LEMBARAN
KERJA 4-1

Nama: ________________________________________________ Cetak untuk
Tarikh: ________________________________________________ setiap murid

Arahan: Senaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam kedua-dua gambar berikut. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 4

tompok panas

Gambar 1 Gambar 2

Gambar Isi Penting

Gambar 1

Gambar 2

56

PENGAJARAN 5

1.0 KONSEP ASAS PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL

1.1 Asas Pemikiran Komputasional

1.1.5 Menentukan ciri-ciri kesamaan dalam
sesuatu permasalahan.

Kandungan Muka Surat

Rancangan Pengajaran 59

Lampiran 5-1 62

Lembaran Kerja 5-1 63

Skema Jawapan 66

Lembaran Kerja 5-2 69

5

PENGAJARAN 5

BIDANG PEMBELAJARAN

1.0 Konsep Asas Pemikiran Komputasional Masa: 60 minit

Standard Kandungan Penerapan Pemikiran

1.1 Asas Pemikiran Komputasional Komputasional:
• Pengitlakan
ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
Standard Pembelajaran (Generalisation)

Murid boleh:

1.1.1 Menerangkan teknik Pengitlakan (Generalisation) dalam pemikiran komputasional

untuk menyelesaikan masalah

1.1.5 Menentukan ciri-ciri kesamaan dalam sesuatu permasalahan

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan untuk kelas
• Lampiran 5-1

Bahan untuk setiap murid
• Lembaran Kerja 5-1
• Lembaran Kerja 5-2

Prasyarat

• Murid telah mempelajari tentang pemikiran komputasional dan teknik leraian
serta pengecaman corak. Murid juga membawa hasil kerja masalah alam sekitar
dari pengajaran lepas.

Sumber Tambahan

• Computational thinking:
http://primary.quickstartcomputing.org/resources/pdf/comp_thinking.pdf
• Contoh aktiviti di luar talian: https://studio.code.org/unplugged/unplug2.pdf

58

5

RANCANGAN PENGAJARAN



M as a C adan gan Ak tiviti BBM/ Catatan

5 Minit Set Induksi Penerapan
Pemikiran
1. Guru mengimbas kembali pengajaran lepas tentang pemikiran Komputasional:
• Pengitlakan
komputasional yang melibatkan teknik leraian, pengecaman

corak dan peniskalaan.

2. Sebelum memperkenalkan pengajaran pada hari ini, guru ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5

menulis turutan nombor seperti di bawah.

2, 5, 8, 11, 14, 17…..

Guru tanya soalan seperti berikut:

i) Apakah nombor selepas 17 dalam turutan itu? (20)
ii) Apakah nombor kesepuluh dalam turutan itu? (29)
iii) Apakah nombor kelapan puluh dalam turutan itu?
Murid mungkin tidak dapat menjawab soalan ini.

3. Guru menerangkan bahawa soalan yang melibatkan turutan
seperti ini mempunyai formula untuk menentukan sebarang
nombor dalam turutan. Formula tersebut boleh diperoleh
melalui teknik pengitlakan yang akan menjadi topik
pengajaran ini.
4. Murid diterangkan dengan formula bagi turutan nombor
tersebut iaitu

3n-1, di mana n ialah nombor 1, 2, 3,….dalam turutan

Nombor kesepuluh boleh ditentukan dengan memasukkan 10
dalam ruang n,
3(10)-1 = 30-1 = 29
Nombor kelapan puluh pula ialah,
3(80)-1= 240-1 = 239

59

5

BBM/ Catatan ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
M as a C adang an Ak tiviti
BBM
15 Minit Teknik Pengitlakan • Lampiran 5-1
1. Guru seterusnya memperkenalkan teknik pengitlakan dalam (m/s 62)
konsep pemikiran komputasional.
2. Teknik pengitlakan ialah teknik yang digunakan untuk Penerapan
menentukan ciri kesamaan beberapa jenis masalah bertujuan Pemikiran
untuk mendapatkan cara penyelesaian yang sama. Komputasional:
Pengitlakan juga membolehkan penyelarasan formula dalam • Pengitlakan
matematik, sains dan kejuruteraan.

Contoh:
Dalam penggunaan komputer, ketika mencari sesuatu
perkataan, komputer memaparkan semua maklumat yang
mempunyai kata kunci itu, dengan membuat andaian umum
bahawa kesemua maklumat itu diperlukan oleh pengguna.

3. Guru tunjukkan gambar seperti berikut (Lampiran 5-1):

Guru tanya soalan berikut:

i) Apakah haiwan yang anda lihat dalam gambar di atas? (Itik)
ii) Apakah yang dibuat oleh itik-itik tersebut? (Berenang)

4. Guru menerangkan bahawa satu pernyataan boleh dibuat
menggunakan jawapan yang diberikan oleh murid
menggunakan teknik pengitlakan.

“Semua itik boleh berenang”.

Guru tanya:
i) Adakah pernyataan pengitlakan tersebut benar?

5. Guru terangkan bahawa pengitlakan tentang sesuatu gambar
atau maklumat boleh dibuat berdasarkan fakta yang diketahui.
Tidak semestinya semua pernyataan tersebut boleh menjadi
benar, jika tiada bukti dan fakta yang kukuh. Biasanya,
pernyataan pengitlakan dimulakan dengan perkataan “semua”.
6. Guru membaca pernyataan berikut:
“Semua haiwan boleh berenang”.

Guru tanya:
i) Adakah pernyataan tersebut benar?

60

5

BBM/ Catatan
Masa C adang an Ak tiviti
ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
7. Guru tunjukkan contoh kedua.
i. Ali ialah warganegara Malaysia. Dia memiliki MyKad.
ii. Ming ialah warganegara Malaysia. Dia memiliki MyKad.
iii. Raj ialah warganegara Malaysia. Dia memiliki MyKad.
Guru tanya:
i) Apakah pernyataan pengitlakan yang boleh dibuat
berdasarkan ketiga-tiga pernyataan tersebut?
Jawapan: Semua warganegara Malaysia memiliki MyKad.
8. Murid diterangkan bahawa pengitlakan membolehkan penentuan
ciri-ciri kesamaan antara beberapa perkara, dan dalam konsep
penyelesaian masalah, pengitlakan membolehkan penyelesaian
sesuatu masalah menggunakan penyelesaian yang sedia ada.

Aktiviti Kumpulan 1 BBM
20 Minit 1. Murid dalam kumpulan perlu membuat pengitlakan untuk • Lembaran
beberapa soalan dalam Lembaran Kerja 5-1. Kerja 5-1
2. Setelah selesai, guru dan murid akan membincangkan jawapan. (m/s 63)

Penerapan
Pemikiran
Komputasional:
• Pengitlakan

15 Minit Aktiviti Kumpulan 2 BBM
5 Minit 1. Menggunakan hasil kerja dari pengajaran lepas, murid akan • Lembaran
membuat pengitlakan tentang ketiga-tiga masalah alam sekitar Kerja 5-2
yang telah dipelajari. (Lembaran Kerja 5-2) (m/s 69)
2. Murid juga akan memberi cadangan penyelesaian yang
mampu menyelesaikan ketiga-tiga masalah tersebut. Penerapan
3. Setelah selesai, setiap kumpulan akan membaca hasil jawapan, Pemikiran
dan guru menilai penggunaan teknik pengitlakan. Komputasional:
• Pengitlakan

Penutup
1. Guru merumuskan pengajaran dan mengingatkan murid untuk
menggunakan teknik pengitlakan bagi membuat
kesimpulan tentang sesuatu gambar atau cerita menggunakan
fakta yang sedia ada. Teknik ini membolehkan pelaksanaan
penyelesaian yang sedia ada dan diketahui.

61

5

LAMPIRAN 5-1

Contoh 1:

i) Apakah haiwan yang anda lihat di gambar-gambar di atas? ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
ii) Apakah yang dibuat oleh haiwan-haiwan tersebut?

Contoh 2:
i. Ali ialah warganegara Malaysia. Dia memiliki MyKad.
ii. Ming ialah warganegara Malaysia. Dia memiliki MyKad.
iii. Raj ialah warganegara Malaysia. Dia memiliki MyKad.

Apakah pernyataan pengitlakan yang boleh dibuat berdasarkan
ketiga-tiga pernyataan tersebut?

62

5

LEMBARAN KERJA 5-1

Cetak untuk ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
setiap murid
dalam kumpulan

1. Arahan: Tuliskan pernyataan pengitlakan berdasarkan gambar-gambar tersebut.

1.

Gambar A Gambar B Gambar C
Gambar A:
Gambar B:
Gambar C:

Pernyataan Pengitlakan:

2.

Gambar A Gambar B Gambar C
Gambar A:
Gambar B: 63
Gambar C:

Pernyataan Pengitlakan:

5

3.

Gambar A Gambar B Gambar C ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
Gambar A:
Gambar B:
Gambar C:

Pernyataan Pengitlakan:

2. Semua pernyataan pengitlakan mungkin betul atau salah. Tentukan sama ada pernyataan
pengitlakan di bawah betul atau salah. Tuliskan “betul” atau “salah” pada ruangan jawapan
untuk setiap pernyataan berikut:

Pernyataan Betul/Salah
1. Semua orang akan meninggal dunia pada satu hari nanti.
2. Semua budak kecil suka makan cokelat.
3. Semua burung boleh terbang.
4. Semua jenis bunga berbau wangi.
5. Setiap hari, matahari akan terbit.
6. Semua negara mempunyai raja.
7. Semua komputer menggunakan tenaga elektrik.
8. Semua benda bukan hidup tidak boleh bercakap.
9. Semua jenis kek mempunyai rasa manis.
10. Semua lelaki mempunyai rambut yang pendek.

64

5

3. Tuliskan lima pernyataan pengitlakan yang benar.

ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5

65

5

SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 5-1

1. Arahan: Tuliskan pernyataan pengitlakan berdasarkan gambar-gambar tersebut. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
1.

Gambar A Gambar B Gambar C

Gambar A: Seorang orang tua yang mempunyai kulit berkedut
Gambar B: Seorang orang tua lelaki yang mempunyai kulit berkedut
Gambar C: Seorang orang tua perempuan yang mempunyai kulit berkedut

Pernyataan Pengitlakan: Semua orang akan menjadi tua pada satu hari/ Semua orang tua akan
mempunyai kulit yang berkedut.

2.

Gambar A Gambar B Gambar C

Gambar A: Mengambil gambar permandangan menggunakan telefon pintar
Gambar B: Mengambil gambar perlawanan bola sepak menggunakan telefon pintar
Gambar C: Mengambil gambar permandangan menggunakan telefon pintar

Pernyataan Pengitlakan: Semua telefon pintar mempunyai kamera yang boleh mengambil gambar.

66

5

3.

Gambar A Gambar B Gambar C ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5

Gambar A: Kucing yang memikirkan tentang ikan
Gambar B: Kucing ingin makan ikan
Gambar C: Kucing ingin makan ikan

Pernyataan Pengitlakan: Semua kucing suka makan ikan.

2. Semua pernyataan pengitlakan mungkin betul atau salah. Tentukan sama ada pernyataan
pengitlakan di bawah betul atau salah. Tuliskan “betul” atau “salah” pada ruangan jawapan
untuk setiap pernyataan berikut.

Pernyataan Betul/Salah
1. Semua orang akan meninggal dunia pada satu hari nanti. Betul
2. Semua budak kecil suka makan cokelat. Salah
3. Semua burung boleh terbang. Salah
4. Semua jenis bunga berbau wangi. Salah
5. Setiap hari, matahari akan terbit. Betul
6. Semua negara mempunyai raja. Salah
7. Semua komputer menggunakan tenaga elektrik. Betul
8. Semua benda bukan hidup tidak boleh bercakap. Betul
9. Semua jenis kek mempunyai rasa manis. Salah
10. Semua lelaki mempunyai rambut yang pendek. Salah

67

5

3. Tuliskan lima pernyataan pengitlakan yang benar.
Terima jawapan murid yang relevan

Setiap hari, matahari akan terbit di timur dan terbenam di barat.

Semua burung mempunyai bulu. ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5

Semua reptilia berdarah sejuk.

Semua bencana alam tidak berpunca dari kegiatan manusia.

Bumi mengelilingi matahari.

68

5

LEMBARAN KERJA 5-2

Cetak untuk ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
setiap murid
dalam kumpulan

1. Berdasarkan masalah alam sekitar banjir kilat, jerebu dan cuaca panas yang dipelajari,
tuliskan 3 pernyataan benar tentang ketiga-tiga masalah alam sekitar tersebut.

40˚c

Gambar A: Cuaca Panas Gambar B: Jerebu Gambar C: Banjir

Gambar A:
Gambar B:
Gambar C:

2. Berikan 3 cadangan penyelesaian yang boleh digunakan untuk menyelesaikan ketiga-tiga
masalah itu.

69

5

SKEMA JAWAPAN
LEMBARAN KERJA 5-2

1. Berdasarkan masalah alam sekitar banjir kilat, jerebu dan cuaca panas yang dipelajari, ASAS SAINS KOMPUTER (TINGKATAN 1) PENGAJARAN 5
tuliskan 3 pernyataan benar tentang ketiga-tiga masalah alam sekitar tersebut.

40˚c

Gambar A: Cuaca Panas Gambar B: Jerebu Gambar C: Banjir

Gambar A: Suhu tinggi menjejaskan kesihatan manusia.
Gambar B: Jerebu menjejaskan kesihatan manusia.
Gambar C: Suhu tinggi menjejaskan kesihatan manusia.

2. Berikan 3 cadangan penyelesaian yang boleh digunakan untuk menyelesaikan ketiga-tiga
masalah itu.

Kempen kesedaran alam sekitar. Badan NGO seperti WWF melalui ceramah
dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai
alam sekitar.

Mengawal aktiviti manusia. Contohnya, membuang atau melupuskan sampah
di tempat yang sepatutnya.

Pendidikan alam sekitar. Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi
dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar.

70


Click to View FlipBook Version