1 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU KUALA SELANGOR 45000 KUALA SELANGOR SELANGOR DARUL EHSAN Mesyuarat Agung Tahunan PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) Tarikh : 12 MEI 2024 (Ahad) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan TN50 SK Bandar Baru Dirasmikan oleh : PUAN ASROLIZA BINTI ALI YEN PENOLONG PPD UNIT PENDIDIKAN KHAS (SEKTOR PEMBELAJARAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) KUALA SELANGOR
2 KATA ALU-ALUAN ATUR CARA PROGRAM JAWATANKUASA PIBG JAWATANKUASA PELAKSANA MINIT MESYUARAT AGUNG KE 27 LAPORAN AKTIVITI PIBG PENYATA KEWANGAN USUL, CADANGAN & MAKLUM BALAS AJK PIBG SESI 2024/2025 PENGHARGAAN
3 Sekapur Sireh Titipan Minda Guru Besar Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana hari ini dapat kita laksanakan satu lagi tugas penting bagi kita semua warga SEBARU dengan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28. Saya mewakili guru-guru SK Bandar Baru Kuala Selangor merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua ibubapa dan waris yang hadir pada hari ini. Sesungguhnya, kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian amat bermakna kepada semua warga sekolah ini. Keprihatinan tuantuan dan puan-puan sekalian pastinya akan menguatkan lagi semangat serta keazaman kami untuk menyemarakkan lagi pencapaian dan kejayaan sekolah ini sekaligus meneruskan visi dan misi kita membangunkan sekolah ini. Sekaligus ini membuktikan bahawa anda semua ibubapa dan waris yang hebat dan terbaik demi kecemerlangan anak-anak khususnya kecemerlangan SEBARU. Persatuan Ibubapa dan Guru merupakan tulang belakang kepada pihak sekolah. Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini, saya menyeru kepada semua yang hadir, pilihlah jawatankuasa yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai AJK PIBG. Saya sedar bahawa tugas ini adalah sukarela, tiada gaji namun demi tanggungjawab kepada anak bangsa, saya yakin dan percaya bahawa barisan jawatankuasa yang akan dilantik nanti bakal menerajui kepimpinan PIBG dengan lebih cemerlang. Jawatankuasa PIBG dapat menyampaikan maklumat serta menjadi penghubung antara sekolah dan pihak waris, sentiasa bertemu dan berbincang untuk mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak-anak. Pemuafakatan seumpama inilah yang akan menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG. Saya meyakini keupayaan 79 orang guru, 12 orang staf sokongan dan 5 orang pekerja swasta akan dapat merealisasikan impian kami menjana modal insan seramai 1360 orang murid ke arah insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Membina kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Bantuan dan sokongan dari semua pihak diharap akan menambah kecekalan kami untuk meneruskan kejayaan demi kejayaan baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Saya yakin dengan adanya Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28 ini akan menjadi platform untuk kita bermusyawarah bagi merialisasikan impian dan cita-cita menjadikan program-program yang akan dirancang terlaksana dengan jayanya.
4 Hasrat kita menjadikan sekolah ini agar terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Sokongan dan bantuan yang diberi selaras dengan Sarana Ibubapa dan sarana sekolah di bawah Pelan Pembangunann Pendidikan Malaysia 2013-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia di mana sarana ibubapa dan sarana sekolah semua pihak yang terlibat akan mempunyai peluang dan peranan dalam membantu membangunkan modal insan agar selaras dengan Hasrat negara untuk mencapai kecemerlangan sistem pembelajaran .Dalam masa yang sama ibubapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah bukan sahaja memberi pelbagai manfaat malah yang paling penting sebagai bukti sokongan moral ibu bapa kepada anak-anak dalam meningkatkan tahap pembelajaran mereka di sekolah. “Anak Nadi Aspirasi Kita – Pendidikan anak Tanggungjawab Bersama” adalah bertepatan dengan situasi perkembangan sistem pendidikan yang menuntut ibu bapa menunjukkan komitmen padu bagi memastikan kejayaan anak-anak. Slogan ABC “Anak Yang Baik Lagi Cerdik” bukan sahaja memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan murid yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yang baik. Melalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan. Program memanusiawikan insan diutamakan. Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) ini juga selari dengan 7 teras utama yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek “Karamah Insaniah” melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam diri seseorang murid. Disiplin menjadi asas kepada kejayaan akademik dan kokurikulum. Biarpun betapa sukar untuk ditafsirkan kita harus berusaha dengan istiqamah, lakukan yang terbaik. ‘Sesuatu yang dibuat secara luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang luar biasa’. Oleh yang demikian saya menyeru semua pihak, guru-guru, staf sokongan, ibu bapa dan seluruh masyarakat membina iltizam untuk menjayakan visi dan misi sekolah agar ianya membuahkan hasil dalam menjana modal insan yang ihsan, berupaya mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negaranya. Ibarat kata pepatah “bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu, marilah kita samasama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Sebagai penutup bicara, saya sekali lagi ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, staff sokongan, pekerja swasta dan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 yang gigih tidak terhingga sama ada dalam bentuk memberi sumbangan tenaga, masa dan juga kewangan sepanjang menjayakan mesyuarat agung PIBG pada kali ini. Semoga mendapat keberkatan dan diredai oleh Allah. “Kita bukan siapa-siapa pada kaca mata sesiapa, namun jadilah akar serabut pengukuh tebing curam, kalaupun tak mampu menjadi akar tunjang yang membelah bumi dan memasak awan”. Salam hormat dan terima kasih. Pn Norzakiah Bt Hj Daud Guru Besar SK Bandar Baru Kuala Selangor
5 Kata-kata aluan Yang DiPertua PIBG SEBARU Assalamualaikum wbt dan Salam Madani. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan izinNya kita dapat bertemu lagi dalam mesyuarat Agung Tahunan PIBG SEBARU pada tahun 2024 ini. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa hadir bagi menyempurnakan dan menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 28 di dewan SK Bandar Baru Kuala Selangor. Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2024 .Perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa pembelajaran dalam kalangan anak-anak SEBARU. Saya berharap mesyuarat Agung PIBG ini dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak memberikan buah pemikiran dan menggembleng tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita.Keprihatinan ibu bapa dan semangat kebersamaan kepada setiap aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah amat diharapkan. Dengan adanya kerjasama yang terjalin antara ibu bapa dengan pihak sekolah, diharapkan akan membantu meningkatkan lagi kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum seperti mana yang diharapkan oleh semua pihak. Harapan saya agar ibubapa/penjaga sekolah ini akan sentiasa menyumbangkan idea, tenaga serta material bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita yang berada di sekolah ini akan terus menempa kejayaan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum dari semasa ke semasa seterusnya menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah Kuala Selangor khususnya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-dua pihak. Ibu bapa /penjaga dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat merealisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada AJK PIBG yang telah memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah dan ibu bapa serta individu yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan murid-murid. Didoakan semoga Tahun 2024 dan tahun-tahun mendatang merupakan tahun terbaik dan cemerlang buat SEBARU untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.Semoga setiap perkara baik yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Encik Mohd Fairus bin Mohamed Noor Yang DiPertua PIBG SK Bandar Baru Kuala Selangor
6 ATUR CARA PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 28 SK BANDAR BARU KUALA SELANGOR Tarikh : 12 MEI 2024 Hari : Ahad Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan TN50 SK Bandar Baru 8.00 pagi : Ketibaan/Pendaftaran ahli PIBG SEBARU 9.00 pagi : Majlis Perasmian • Nyanyian Lagu Negaraku • Bacaan doa • Ucapan Guru Besar SEBARU • Ucapan aluan dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG oleh Pn. Asroliza Penolong PPD Unit P.Khas (sektor pembelajaran) PPD Kuala Selangor. • Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 Pn. Asroliza Binti Ali Yen Penolong PPD Unit P.Khas (Sektor Pembelajaran) PPD Kuala Selangor. • Penyampaian cenderahati kepada wakil PPD Kuala Selangor 9.45 pagi : Mesyuarat Agung PIBG dimulakan 12.00 t/hari : Jamuan makan 12.30 t/hari : Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG 1.0 Ucapan Pengerusi 2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 3.0 Perkara berbangkit 4.0 Perkara-perkara baharu 4.1 Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG Tahun 2023/2024 4.2 Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada Disember 2023/2024 4.3 Membahas Usul/cadangan 4.4 Pembubaran AJK PIBG 2023/2024 4.5 Pelantikan Pengerusi sementara 4.6 Pemilihan AJK PIBG 2024/2025 4.7 Pemilihan Juru Audit Dalaman 5.0 Cadangan kutipan sumbangan PIBG 6.0 Hal-hal lain 7.0 Ucapan penangguhan
7 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 28 AJK INDUK Penaung :Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Penasihat :Pn Norzakiah Bt Hj Daud (Guru Besar SK Bandar Baru) Pengerusi:En Mohd Fairus Bin Mohamed Noor (Yang Dipertua PIBG) Setiausaha : En Nik Amzaiful bin Nik Jait Bendahari : En Mahathir Bin Ismail AJK PELAKSANA SAMBUTAN & KETIBAAN Pn Norzakiah Bt Hj Daud (Guru Besar) Pn Nazatul Zakiah Bt Mohd Nordin (Penolong Kanan Pentadbiran) En Mohamad Ridzuan Bin Ahmad (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) En Mohd Saifulnazril Bin Sharifudin (Penolong Kanan Ko-Kurikulum) Pn Siti Jamilah Bt Aminuddin (Penolong Kanan Pend. Khas) En Mohd Fairus Bin Mohamed Noor (Yang Dipertua PIBG) Pn Hamizah Bt Hj Rosli (Naib Yang Dipertua PIBG) En Nik Amzaiful Bin Nik Jait (Setiausaha PIBG) En Mahathir Bin Ismail (Bendahari PIBG) Semua AJK PIBG FLOOR MANAGER / PENGERUSI SEMENTARA En Abdul Ghani B Kamari PEGAWAI SERANTA / SURAT MENYURAT En Nik Amzaiful Bin Nik Jait P/A SISTEM /TEKNIKAL / SIARAYA En Sokhipol Akmam B Sentat (K)En Mat Harun B Saman MENGIRA DAN MENCATAT UNDI En Mohamad Amirul Shakirin B Mohd Alpushari (K) En Yusman B Muhammad Pn Norliah Bt Mohd Sapuan Pn Nur Aznida Bt Che Hassan Pn Nur Zahrulliza bt Suffian KAIN RENTANG/BANNER En Arsyam B Talip (K) En Mustafa Zainal Bashah B Nomay PERSIAPAN TEMPAT En Nurul Faizal bin Kamarudin (K) En Rosmizam B Mohd Radzi En Arsyam B Talip En Mustafa Zainal Bashah B Nomay En Md Razi B Masri En Mohamad Syahreen Bin Samsuri Pn Kamariah bt Kasrin Pn Roslinda bt Aminuddin BUKU PROGRAM Pn Zahara Wani Bt M. Salleh (K) Pn Fauziah Bt Mohamad Pn Siti Nur Aisyah Bt Mohd Juki Cik Nurul Syafiqah Binti Hairulnizam En Nik Amzaiful Bin Nik Jait PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG Pn Siti Nur Aminah Bt Shafie (K) Cik Sashmitaa A/P Jiwa Pn Nahdatul Sima Bt Mat Kairan PENYAMBUT TETAMU VIP Pn Siti Sumroh Bt Lakimin (K)Pn Sumiati Bt Sarip Pn Noor Afiza Bt Makhtar Pn Nor Suhailawati Bt Ishak Pn Wardiyati Bt Yusof Nurulhafizah Bt Mahmood Pn Eny Anita Bt Zayos@Hj Yasin JAMUAN IBU BAPA / GURU/ STAF / VIP Pn Hjh Seri Banun Bt Ahamad @ Ab. Samad (K) Pn Misslia Bt Sowian Pn Rosni Bt Sulaiman Pn Salina Bt Salleh Pn Rosmah Bt Johari Pn Noorsuhada Bt Sirmom Pn Julaidah Bt Abdul Aziz Pn Norasikin bt Mat Rais
8 PENYEDIAAN SIJIL AJK PIBG DAN CENDERAHATI Pn Nor Azuana Bt Ariffin (K) Pn Nurul Afni Bt Zulkifly Pn Sarulliza Bt Alang Pn Marlini Bt Yusoff HIASAN PENTAS / BACKDROP / TAGGING TEMPAT DUDUK TETAMU Pn Norlela Bt Mat Adnan (K) En Hasrul Shah B Jamil En Md Anshour B Sanuri En Mahathir B IsmailPn Hartini Bt Manan Pn Tn Sh Zuliawaty Bt Tn MudaPn Nor Azizah Bt Abd Hamid Pn Zarina Bt Md Isa Pn Siti Zariah Bt Saring PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN Khaiza Yana Bt Md Shaari (K) Pn Nurliza Bt Mohd Nor Pn Rozi Bt Yah Pn Zulia Bt Mohd Bahar MENGURUS DAN MENGUMPUL USUL Pn Nasirah Binti Azman (K) Pn Haswani Bt Mohammad Morsani TAYANGAN SLIDE Pn Rashidah Bt Zaman (K) Cik Nurul Izzah Binti Mohd Nazir BACAAN DOA En Md Razi B Masri TEKS UCAPAN DAN KATA-KATA Pn Tijah Bt Pardi@Abd Aziz (K) Pn Idayu Bt Ismail FOTOGRAFI / DOKUMENTASI Pn Hjh Nor Aida Bt Ibrahim (K) Pn Siti Amalina Atika Bt Mohamad Yusoff Pn Noor Afiza Bt Abu Bakar
9 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEK KEB BANDAR BARU, 45000 KUALA SELANGOR SELANGOR DARUL EHSAN. TEL/FAX: 03-32894652 KOD SEK: BBA3031 ___________________________________________________________ MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 27 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 2023 (SEL : 871) Tarikh : 10 JUN 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan TN50 SEBARU Kehadiran : Ibu bapa (110 orang) Guru (76 orang) Agenda Mesyuarat Agung Ucapan Pengerusi • Ydp Mohamad Ridzuan bin Naser mempengerusikan mesyuarat PIBG hari ini. • Setiausaha PIBG En. Nik Amzaiful 2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 26 • Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2022 bertarikh 28 Mei 2022. Cadangan - Pn. Nursuliza Binti Md Yunus Sokongan - Pn. Allmahifazita Bt. Waadan 3.0 Perkara berbangkit • Tiada perkara berbangkit. 4.0 Perkara-perkara baharu 4.1 Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG Tahun 2022/2023 • Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang tahun (Rujuk Lampiran) 4.2 Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir pada Disember 2022/2023 • Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan sepanjang tahun 2022/2023 (Rujuk Lampiran) Cadangan : En. Mohd Fairus Bin Mohamed Noor Sokongan : Pn. Hamizah Binti Hj. Rosli
10 4.3 Membahas Usul/cadangan •Rujuk Lampiran Bahagian Usul/cadangan) 4.4 Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 •Pengerusi membubarkan AJK PIBG 2022 / 2023. 4.5 Pelantikan Pengerusi sementara • En Syahreen bin Samsuri dilantik sebagai pengerusi sementara untuk pemilihan AJK PIBG yang baharu. 4.6 Pemilihan AJK PIBG 2023/2024 Yang Dipertua : En. Mohd Fairus Bin Mohamed Noor (undian secara sebulat suara) Naib Yang Dipertua : Pn. Hamizah Binti Hj. Rosli (71 undi) Setiausaha : En Nik Amzaiful bin Nik Jait Bendahari : En Mahathir bin Ismail AJK Wakil Ibu Bapa : Pn. Nur Hasniza Binti Che Ani Pn. NoorHaziawati Binti Mustapha Pn. Nor Suliza Binti Mohd Yunus En. Fathul Fahmi (55 undi) En. Mohd Midzhar Bin Osman (64 undi) AJK Wakil Guru : En. Abdul Ghani Bin Kamari En. Mohamad Syahreen bin Samsuri En. Nurul Faizal Bin Kamarudin Pn. Seri Banun Bt Ahmad Pn. Noor Azuana Bt Ariffin Pn. Siti Sumroh Bt Lakimin Pemilihan Juru Audit Dalaman 1. Pn. Allmahifazita Binti Waadan (Wakil Ibu bapa) 2. Pn. Rashidah Bt Zaman (Wakil Guru) 5.0 Cadangan kutipan sumbangan PIBG • Rm50 PIBG, Rm10 A4, RM10 sukan, Rm10 keceriaan
11 6.0 Penukaran Nama Mandat Penandatangan Cek PIBG • Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk membuat pertukaran nama seperti di bawah. 7.0 Hal-hal lain • Menambah padang bersimen serbaguna untuk semua sukan • Perbanyakkan tiang gol kerana murid-murid lelaki ramai (saiz bola baling) 8.0 Ucapan penangguhan • YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada Mesyuarat Agung pada tahun ini. • Terima kasih juga dan tahniah kepada AJK PIBG bagi tahun 2023/2024 yang telah dilantik. Semohga ahli jawatan kuasa dapat memberi komitmen dan bekerjasama dalam membantu meningkatkan kecemerlangan SEBARU pada masa akan datang. • Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.40 tengahari. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ( NIK AMZAIFUL B NIK JAIT) (PN NORZAKIAH BT HJ DAUD) (MOHD FAIRUS BIN MOHAMED NOOR) Setiausaha PIBG SKBBKS Penasihat PIBG SKBBKS Yang Dipertua PIBG SKBBKS Bil Nama Penandatangan Lama Jawatan 1. En Mohamad Ridzuan Bin Naser Yang Dipertua PIBG 2. En Nik Amzaiful Bin Nik Jait Bendahari PIBG 3. En Mahathir Bin Ismail Setiausaha PIBG Bil Nama Penandatangan Baharu Jawatan 1. En Mohd Fairus Bin Mohamed Noor Yang Dipertua PIBG 2. En Nik Amzaiful Bin Nik Jait Bendahari PIBG 3. En Mahathir Bin Ismail Setiausaha PIBG
12 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 SK BANDAR BARU KUALA SELANGOR Disediakan oleh: Disahkan oleh: (NikAmzaiful bin Nik Jait) (En Mohd Fairus Bin Mohamed Noor) Setiausaha PIBG SEBARU YDP PIBG SEBARU BIL AKTIVITI CATATAN TINDAKAN 1 Mesyuarat Agung PIBG 2023 Telah Dilaksanakan 2 Mesyuarat AJK PIBG Telah Dilaksanakan 3 Program Kecemerlangan Tahun 6 Telah Dilaksanakan 4 Program Keceriaan Sekolah Telah Dilaksanakan 5 Hari Graduasi Pra sekolah Telah Dilaksanakan 6 Hari Graduasi PPKI Telah Dilaksanakan 7 Hari Apresiasi Peringkat Sekolah Telah Dilaksanakan 8 Sukan Tahunan Sekolah Telah Dilaksanakan 9 Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah Telah Dilaksanakan 10 Hari Sukan Negara Telah Dilaksanakan 11 Gotong Royong MADANI Telah Dilaksanakan 12 Program Bersama Alumni Telah Dilaksanakan 13 Sambutan Hari Guru Telah Dilaksanakan 14 Majlis Perpisahan guru dan kakitangan sekolah Telah Dilaksanakan 15 Wakaf dan Infaq untuk Pembangunan Sekolah Telah Dilaksanakan 16 Karnival Pendidikan dan Keusahawanan Telah Dilaksanakan 17 Membantu Mengumpul sumbangan untuk murid sakit kritikal (Adik Ammar) Telah Dilaksanakan 18 Sumbangan peralatan dari AJK PIBG Ibu Bapa untuk penyelenggraan Pondok Menunggu Telah Dilaksanakan 19 Ceramah Buli Peringkat Sekolah Telah Dilaksanakan 20 Progam GNASS Anjuran sekolah Telah Dilaksanakan 21 Inisiatif pihak Ajk PIBG mewujudkan akaun Facebook PIBG SEBARU Telah Dilaksanakan 22 Menebang Poko-Pokok Besar Sekitar Dewan TN50 Sekolah Yg Rapuh & berisiko keselamatan /kerosakkan aset sekolah Telah Dilaksanakan 23 Bumbung & struktur parking kenderaan Telah Dilaksanakan 24 Mengecat Lantai Epoxy Lantai Dewan TN50 Telah Dilaksanakan 25 Sumbangan dari PIBG - PA Sistem & Sound Sistem Dewan dan Tangga Telah Dilaksanakan
13 Penyata kewangan
14
15 BIL USUL DAN CADANGAN NAMA PENGUSUL TINDAKAN KURIKULUM 1 Buat kelas tambahan tahun 6 Nurul Hawina Tidak diadakan kerana tiada peperiksaan awam. Hanya ada Pentaksiran Akhir Sesi Akademik (PASA). Murid-murid akan dibimbing sebelum PASA oleh guru -guru subjek teras (BM, BI, SAINS, MATE, SEJ). Murid-murid juga akan diberikan kerja rumah dan latihan yang berterusan sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang dipelajari. 2. Adakah skop pembelajaran & latihan yang diberikan kepada anak-anak dari kelas Ilmu, Jaya, Maju, Rajin & Tekun adalah sama? Terima kasih. Rozana Binti Abdul Razak Ya, kerana latihan dan PdP yang diberikan adalah mengikut tahap pembelajaran murid yang berbeza, walaupun menggunakan sukatan pelajaran yang sama. HAL EHWAL MURID 1. Bertanya khabar murid tahun 1 mengenai kecurian kerana tahun 1 tidak pandai untuk mengadu atau bersuara. Nooorizan binti Abdul Salim Telah diambil maklum. Tindakan telah diambil dan sedang dalam pemerhatian Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. USUL, CADANGAN & MAKLUM BALAS
16 BIL USUL DAN CADANGAN NAMA PENGUSUL TINDAKAN 2. 1) Mencadangkan diwujudkan tambahan satu slots tabung KEKAL, khusus bagi saluran dana terus buat perbelanjaan kategori pembangunan pendidikan anak-anak sebaru (keperluan dana perlu bagi tujuan kelas tambahan murid tahun 6, murid kelas pemulihan, khas juga buat apa-apa program pendidikan yang dirancang boleh dilaksanakan seawal penggal sekolah dibuka). Contoh seperti tabung yg sedia ada iaitu tabung infaq, sukan, kertas. A4, Keceriaan dan lain-lain 2) Kutipan yuran PIBG boleh dikutip pada setiap awal penggal sekolah mula dibuka mengikut jumlah tahun sebelumnya. Manakala jika ada kutipan tambahan yang diputuskan selepas setiap kali mesyuarat agong PIBG, maka ia akan dikutip pada waktu dan masa beterusan shingha habis penggal persekolahan tahun tersebut. 3) Mencadangkan kutipan RM10 setiap bulan dari setiap keluarga. Satu keluarga hanya perlu bayar RM10. Bagi tujuan menampung serba sedikit keperluan kos perlu dalam menaiktaraf secara berperingkat demi keselesaan serta memenuhi kekurangan fasiliti pendidikan anak-anak SEBARU. Contohnya di bilik komputer, bilik muzik, dewan TN50 keperluan kerusi, alat penghawa dingin, papan carta malumat. Keperluan ict makmal komputer baru/updated, keperluan perpustakaan, bilik media dan keperluan murid dari segi digital visual communication aid Skrin TV Besar dan sound system/speaker dan banyak lagi. Kos update atau membeli Perisian/Software bagi tujuan penyebaran notis atau makluman kepada para ibubabapa dan lain-lain lagi. 4) Cadangan kutipan secara mingguan Rm1 bagi tambahan kos tabung keceriaan contohnya mengecat serba sdikit dinding yang agak kusam/ agak comot atau mencetak dan menampal banner grafik bermaklumat/ informatif buat para pelajar SEBARU. 5) Mencadangkan jika ada para ibubapa yang mempunyai kemampuan yang lebih boleh terus berhubung dengan pihak PIBG atau SEKOLAH. Bantuan dalam bentuk barangan seperti TV skrin atau apa2 alatan pembelajaran yang sesuai. 6) Disiplin serta kerjasama daripada ibubapa demi Keselamatan anakanak melintas ketika hadir atau pulang di pintu A & B. Cadang letak anggota rela Kos agak tinggi, ada yang sudi tanggung kosnya gaji anggota rela tersebut ke? Kita telah memohon bantuan rakan pengawal keselamatan sekolah… hanya kerjasama dari semua ibubapa serta elak sikap pentingkan diri para ibubapa. Jika melibatkan khidmat Pihak Polis trafik saman terus bakal dikenakan bagi yang melanggar peraruran, ini yang kita ingin cuba elakkan. Mohd Fairus Bin Mohamed Noor Pihak sekolah bersetuju. Tindakan : AJK PIBG yang akan dilantik bagi sesi yang baharu Pihak sekolah bersetuju. Tindakan : AJK PIBG yang akan dilantik bagi sesi yang baharu Pihak sekolah bersetuju. Tindakan : AJK PIBG yang akan dilantik bagi sesi yang baharu Pihak sekolah bersetuju. Tindakan : AJK PIBG yang akan dilantik bagi sesi yang baharu Pihak sekolah bersetuju dan amat mengalu-alukan sebarang sumbangan. Tindakan : AJK PIBG yang akan dilantik bagi sesi yang baharu Pihak sekolah mengambil maklum dan akan membawa perkara ini kepada mesyuarat antara guru dan AJK PIBG yang baharu.
17 BIL USUL DAN CADANGAN NAMA PENGUSUL TINDAKAN 3. Pelaksanaan Program Sekolah Tanpa Tunai, di mulai dengan konsep kantin tanpa tunai (cashless canteen). Dapat mengurangkan buli wang saku / meminta wang saku dari rakan-rakan. Dengan adanya konsep ini secara tidak langsung mendidik murid-murid untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih berhemah. Mendidik mereka ini sejak dari usia muda agar mereka lebih berdisiplin dalam berbelanja. Ibu bapa juga dapat mengetahui apa yang dibelanjakan anak-anak, dan tidak risau wang saku yang dibekalkan hilang, cicir atau di ambil orang. Sekolah yang saya tahu telah menggunakan sistem ini adalah SJKC Khai Tee, Pasir Penambang. Nur Atikah Binti Mustaffa Cadangan yang baik dan akan cuba dilaksanakan. 4 1. Murid darjah 1 tidak perlu diasingkan mengikut kelas seperti sebelum-sebelum ini kerana pembelajaran murid di sekolah rendah bukan dinilai berdasarkan peperiksaan, namun kini berfokus kepada kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Kita tidak boleh melabelkan murid 7 tahun cemerlang atau sebaliknya kerana ia terlalu awal. Kita nak ukur murid dari segi pemahaman topik dan aplikasi konsep bagi setiap mata pelajaran. Pada usia yang muda, mereka perlu dididik untuk lebih memahami apa yang dipelajari dan bagaimana ilmu itu boleh dimanfaatkan. Positifnya situasi percampuran murid menjadi pemudah cara PdP berasaskan kaedah pembelajaran koperatif iaitu sistem tolong-menolong iaitu murid lemah diharap akan dibantu oleh rakan yang cemerlang. Cara pengagihan/pengasingan murid di sekolah amatlah diharapkan tidak menyentuh peluang yang sepatutnya sama rata diberikan kepada keperluan murid dalam mendapatkan pendidikan di awal persekolahan serta mencorak budaya dan minat dalam sistem pembelajaran yang sihat dalam persekitaran kondusif. Cadangan yang ingin dipertimbangkan oleh pihak sekolah agar sejajar dengan pelaksanaan dasar Sistem Pengasingan Kelas atau Streaming. 2. Jumlah murid dalam setiap kelas tidak melebihi 30 orang. Ini memudahkan guru memberi tumpuan dan mengajar 3 kelompok berbeza murid di dalam kelas. Nur 'Atikah Binti Mustaffa Pihak sekolah tidak melakukan sebarang pengasingan yang berdasarkan tahap pembelajaran murid, tetapi inisiatif pengelompokan murid diambil untuk mengukur peningkatan kemahiran 3M murid-murid yang masih lemah membaca, menulis, dan mengira. Di luar bidang kuasa pihak sekolah kerana kita mengikut Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dan Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) yang diturunkan KPM, iaitu1 kelas bersamaan 42 orang murid. Tambahan lagi, bilangan kelas di sekolah tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid sedia ada jika 1 kelas dihadkan kepada 30 orang murid sahaja.
18 4 Ini paling penting. Perlu asingkan juga SATU KELAS murid. Satu kelas murid istimewa / murid khas untuk letakkan murid yang dalam kategori pemulihan dan LINUS tegar. Yang langsung tak kenal huruf dan nombor. Pengasingan untuk satu kelas ini, yang mana murid itu murid berkeperluan istimewa/khas, disleksia, autism dan seangkatan dengannya, yang mana ibu bapa mereka tidak akui dan terus dihantar ke kelas aliran perdana. Jika murid sebegini tidak diasingkan, pasti akan menggangu murid lain. Pihak sekolah telah menyediakan aliran PPKI untuk murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Namun, terdapat prosedur yang perlu diikuti seperti murid tersebut perlu bersekolah di aliran arus perdana selama sekurang-kurangnya 6 bulan, sebelum guru mata pelajaran boleh mengulas keadaan murid tersebut dan dirujuk kepada pengamal perubatan di KK. KO-KURIKULUM 1. TIADA USUL DAN CADANGAN PEMBANGUNAN 1. Jika waktu hujan, buat satu laluan kenderaan untuk hantar anak masuk ke sekolah Nurul Farah Husna Binti Azmi Cadangan yang baik. Tetapi pihak sekolah tidak dapat menyediakan fasiliti tersebut oleh sebab kos yang tinggi dan juga keadaan landskap sekolah yang tidak mengizinkan. 2. Saya mohon untuk sediakan tempat khas bagi Ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah menggunakan motosikal ketika hujan. Macam saya sendiri akan hantar anak ke sekolah menggunakan motosikal tidak kira la masa cuaca panas ke, hujan ke, ribut ke. Kalau disediakan tempat berbumbung ke untuk kami turunkan anak-anak dan sekurang-kurangnya baju mereka tidak basah, anak-anak ini selesa untuk belajar. Usul ini hanya khas untuk Ibu bapa yang menggunakan motosikal sahaja. Mohd Hafizie Bin Aseri Pihak sekolah telah menyediakan fasiliti susur gajah di laluan pagar A dan pagar B untuk kemudahan laluan murid. 3. Cat baru bangunan sekolah Mohd.Nizam Bin Mohd.Hamdan Pihak sekolah telah membuat permohonan setiap tahun kepada KPM tetapi belum mendapat jawapan. Walaubagaimanapun, kami berharap AJK PIBG yang baharu boleh mendapatkan sumbangan daripada pihak luar untuk tujuan tersebut.
19 4. Pertambahan aircond dalam kelas Kuana Binti Mohamad Ali Tidak boleh dilaksanakan kerana perlu mendapat kelulusan daripada JKR Negeri dan menelan belanja yang besar. 5. Memasang kipas tambahan di setiap kelas Nur Aznida Binti Che Hasan Pihak sekolah menyokong sepenuhnya dan kami mengharapkan sumbangan daripada pihak ibu bapa/ penjaga. LAIN-LAIN 1 Buku Teks - Masa penerimaan buku teks masih lagi terima buku teks yang koyak dan tidak berbalut, sedangkan sebelum pemulangan pihak sekolah telah memaklumkan kepada pelajar supaya memulangkan buku teks dalam keadaan yang baik, mohon pihak yang berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pembelian buku aktiviti, mohon pihak sekolah menetapkan buku aktiviti yang wajib dibeli dan digunakan sahaja untuk dibeli pada setiap awal sesi persekolahan bagi mengelakkan pembaziran kerana ada buku yang dibeli tapi tak digunakan semasa sesi pembelajaran yang lepas. Hafzan Binti Baharuddin Pihak sekolah memohon ibu bapa berhubung dengan guru SPBT jika menerima buku yang rosak. Pihak sekolah akan mencuba sedaya upaya untuk membekalkan buku teks yang berada dalam keadaan yang baik. Hal ini juga bergantung kepada stok yang diterima daripada KPM. Walaubagaimanapun, kerjasama ibu bapa diharapkan agar dapat menjaga buku teks yang dipinjamkan dengan baik untuk memudahkan semua pihak. Kita mewajibkan pembelian buku aktiviti kepada murid Tahap 2 bagi menerapkan budaya pembelajaran kendiri dalam kalangan murid-murid. 2 1) Ada segelintir guru mengeluarkan perkataan yang tak manis, tak sesuai di hadapan murid. Guru sepatutnya menjaga tutur kata agar tak menjadi contoh kepada murid yg mendengar. 2) Kedua, ada penutup longkang yang tak diselenggara, diperbaiki hingga ada murid-murid yang terperosok jatuh dan cedera luka. Keadaan ni berbahaya, harus segera diperbaiki. Ahmad Murgyatno bin Ngadimun Pihak sekolah telah mengambil maklum dan telah diambil tindakan. Pihak sekolah bersetuju. Tindakan : AJK PIBG yang akan dilantik pada sesi yang baharu 3. Ibubapa/penjaga yang gagal menghadiri mesyuarat agung PIBG sumbangan RM 20 kepada pihak sekolah, Siti Usul ini diterima oleh pihak sekolah dan akan dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan daripada ibu bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG 2024.
20 AJK PIBG SESI 2024/2025 1 2 3 4 5 1. 2 3 4 5 6 1. 2. Pn Norzakiah Bt Hj Daud EN NIK AMZAIFUL BIN NIK JAIT EN MAHATHIR BIN ISMAIL
21 Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada; Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor yang Dipertua PIBG dan AJK PIBG Guru-guru, Anggota Kumpulan Sokongan SEBARU Ibu, bapa dan penjaga Individu Perseorangan Para Penderma Serta , semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 ini.