The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arizahhashim44a, 2023-01-12 22:43:12

Refleksi PBS

Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah

Keywords: Refleksi

7.0 REFLEKSI 7.1 Aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan selama lima hari saya melaksanakan amalan PBS di SK Kempas. Aktiviti tersebut dijalankan adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang diberikan berdasarkan tema “Murid dan Alam Belajar”. Berikut merupakan soalan-soalan yang diberikan bagi memenuhi skop tugasan PBS Fasa 3 kali ini : a. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut kaedah PdP semasa. RAJAH 1.0 : SUSUNAN KELAS ABAD KE-21 Rajah 1.0 tersebut menunjukkan keadaan susunan kelas mengikut pembelajaran abad ke 21. Pembelajaran abad ke-21 lebih memfokuskan keadaan belajar secara berkumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembelajaran secara berkumpulan melibatkan kemahiran komunikasi antara murid. Ini akan meningkatkan keupayaan individu untuk lebih yakin sewaktu melontarkan pandangan. Sebagai contohnya, di dalam rajah 1.0, meja murid diletakkan secara berkelompok. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan


para murid untuk belajar di dalam kumpulan di mana di dalam satu kumpulan juga terdapat gabungan murid yang lemah dan murid yang bijak. Murid yang bijak akan membantu murid yang lemah untuk memahami topik yang dipelajari selain guru bertindak sebagai fasilitator. Pembelajaran abad ke-21 juga menerapkan penggunaan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, seiring dengan arus pemodenisasi yang menggunakan teknologi moden di dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, murid-murid dapat didedahkan dengan kemahiran asas TMK seperti Microsoft Office Words, Excell, Powerpoint dan sebagainya. Secara tidak langsung, aplikasi TMK ini juga dapat mengurangkan kadar buta IT dalam masyarakat generasi muda kini. Justeru, penggunaan papan pintar atau dikenali sebagai smart board sebagai bukti pengaplikasian TMK di dalam PdP yang dalam pada masa sama menarik minat murid untuk meneroka alam belajar dengan lebih seronok. Seterusnya ialah bahagian sudut bacaan, carta organisasi, jadual bertugas, dan sudut mata pelajaran juga merupakan salah satu elemen penting di dalam penyusunan kelas abad ke-21. Sudut bacaan merupakan tempat dimana murid-murid boleh melakukan aktiviti membaca atau pembelajaran kendiri (Independent Self Learning) di luar waktu PdP ataupun sekiranya guru tidak masuk ke dalam kelas. Oleh itu, sesi pembelajaran masih berjalan walaupun tiada guru di dalam kelas. Carta organisasi pula merupakan satu aspek penting dalam setiap organisasi. Pelantikan jawatankuasa kelas perlulah direkodkan dan dipaparkan untuk pengetahuan guru yang masuk ke kelas tersebut. Jadual bertugas pula merupakan satu rutin yang perlu dilaksanakan oleh murid-murid setiap kali sebelum proses PdP bermula. Ini adalah bagi memastikan keadaan kelas sentiasa bersih dan kondusif untuk sesi pembelajaran. Manakala sudut mata pelajaran pula merupakan satu bahagian info penting bagi setiap mata pelajaran yang ditampal dan dikemas kini untuk tujuan pembacaan warga kelas.


b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid. Antara badan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid adalah seperti yang berikut : i. Papan Kenyataan ii. Sudut Bacaan iii. Papan Pintar iv. Sudut Mata pelajaran c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran berasaskan TMK? Ya. Kerana SK Kempas mempunyai kemudahan teknologi komputer dan ICT yang lengkap untuk kegunaan para murid dan guru. Murid-murid juga telah dibekalkan mini komputer riba (Notebook) setiap seorang dan juga diaplikasikan kegunaannya sewaktu kelas ICT di makmal komputer. d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Sewaktu melakukan tinjauan di kelas, saya lihat guru-guru membahagikan murid-murid ke dalam kumpulan untuk melakukan aktiviti. Dari situ, saya dapat melihat murid-murid berkomunikasi sesama rakan mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, saya juga dapat melihat adanya komunikasi dua hala di mana guru-guru memberi peluang kepada murid-murid untuk melontarkan pandangan terhadap topik yang dibincangkan.


Click to View FlipBook Version