The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat Tapak No. 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suratppa, 2020-06-02 23:05:57

BB Merotai

Minit Mesyuarat Tapak No. 4

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek,

Pejabat Wilayah 6

Tingkat 3, Blok C, Bangunan KWSP, Telefon : 088-210153
Jalan Karamunsing,
88000 Kota Kinabalu, Sabah. Fax : 088-210259

Kawat : “MINRUMAH”

Portal Rasmi : www.kpkt.gov.my

SEGERA MELALUI E-MEL & POS Rujukan Tuan :

Rujukan Kami : (22)KPKT/(CPPP)/WSS/600-3/98/1(3)

Tarikh : 29 Mei 2020

SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

CADANGAN PEMBINAAN PROJEK BALAI BOMBA DAN KUARTERS MEROTAI,
SABAH.
Minit Mesyuarat Tapak No.4
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Lanjutan daripada Mesyuarat Tapak No.4 yang telah diadakan pada 16 Mac 2020,
bersama-sama surat ini dilampirkan minit mesyuarat tersebut untuk makluman dan
tindakan tindakan pihak tuan selanjutnya.

3. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“
Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD ARZALEIGH BIN ABD. RAHMAN )
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Pejabat Wilayah 6
Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek
b.p. : Ketua Setiausaha

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

../3

MS ISO 9001 : 2008

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami : (22)KPKT/(CPPP)/WSS/600-3/98/1(3)

Tarikh : 29 Mei 2020

SENARAI EDARAN :

Ketua Zon Tel : 089-774 444
Bomba Dan Penyelamat Tawau Faks : 089-777 444
Jalan Kelapa, Peti Surat Bil. 782, E-mel :
91008 Tawau, Sabah.
(u/p : En. Sukur bin Hatta)

Ketua Balai Tel : 089-774 444
Bomba Dan Penyelamat Tawau Faks : 089-777 444
Jalan Kelapa, Peti Surat Bil. 782, E-mel :
91008 Tawau, Sabah.
(u/p : En. Zulbada bin Alior)

Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) Tel : 089-714 020
Peti Surat 126, Faks : 089-713 919
Jalan Kuhara E-mel :
91007 Tawau, Sabah.
(u/p : Ir. Zahid bin Jamudin )

Arifin Sudin Architect Tel : 088-382 868
Lot 32, 2nd Floor Block D, Faks : 088-381 848
E-mel : [email protected]
Riverside Plaza, Kingfisher Park,

88450 Kota Kinabalu, Sabah.

(u/p : Cik Ayuni Saat)

Perunding Puncak Anugerah Sdn. Bhd. Tel : 088-388 779
Unit 8-2, 2nd Floor, Blok B, Faks : 088-388 260
E-mel : [email protected]
Lorong Kingfisher, Plaza 4,

Kingfisher Plaza,

88450 Kota Kinabalu, Sabah.

(u/p : Ir. Saibi Dikam)

Senie Associates Sdn. Bhd. Tel : 088-210 814
Lot 122, DBKK N-6, Faks : 088-210 714
First Floor, Lorong Plaza Permai 3, E-mel : [email protected]
Alamesra, Sulaman Coastal Highway,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
(u/p : En. Mohammad Faizul)

Jurukos Raihan Sdn. Bhd. Tel : 088-218 137
Blok B, Lot 12, 2nd Floor, Faks : 088-231 042
Kolam Centre Phase II, E-mel : [email protected]
Jalan Lintas, Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
(u/p : Cik Sylvia Voo Siu Kun)

2/3

MS ISO 9001 : 2008

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami : (22)KPKT/(CPPP)/WSS/600-3/98/1(3)

Tarikh : 29 Mei 2020

SENARAI EDARAN : Tel : 010-941 0001
Jayawaris General Contractor Faks : 088-727709
Lot N, Firts Floor, Arked Khidmat, E-mel : [email protected]
Lorong Pokok Seraya 5, Jalan Khidmat,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
(u/p : En. Khairul Azmi Yakof)

Edaran Dalaman :

TSUB(PP1)

KPPK/UPP

KPPK/UKAS

KPPK/UKUB

KPP/USB

KPP/UKM

KPP/UKE

3/3

MS ISO 9001 : 2008

PROJEK CADANGAN PEMBINAAN PROJEK BALAI BOMBA DAN
MESYUARAT KUARTERS MEROTAI, SABAH.

Mesyuarat Tapak No. 4

TARIKH 16hb Mac 2020 ( Isnin )

MASA 02.30 Petang

TEMPAT Secara Aplikasi Skype
(https://join.skype.com/huCLyPgwusdc)

MAKLUMAT KONTRAK KERJA

KONTRAKTOR : Jayawaris General Contractor
NO. KONTRAK : KPKT/CPPP/JBPM/14/12/2019
HARGA KONTRAK : RM 6,850,350.00
TEMPOH KONTRAK : 77 Minggu
TARIKH MULA KERJA : 25hb November 2019
TARIKH SIAP KERJA : 17hb Mei 2021

Pemilik Bangunan / Pengguna: NAMA SENARAI KEHJAABDAIRTAANN/SYARIKAT NO. TEL
Jabatan Bomba & Penyelamat
Negeri Sabah 1. En. Mohd Arzaleigh bin Abd Rahman W6/BPemb/KPKT (KPKT) 088-210153
Jalan Lintas Likas, (Pengerusi) 088-210153
Beg Berkunci 30, 088-210153
88990 Kota Kinabalu, Sabah. 2. En. Md. Riduan bin Awang Amit W6/BPemb/KPKT (KPKT)
088-382868
Agensi Pelaksana : 3. En. Mohd Riza bin Ali W6/BPemb/KPKT (KPKT) 0198610788
Pejabat Wilayah 6, 010-863657
Cawangan Pelaksanaan Projek, 4. En. Sukur Hatta JBPM Tawau 019-8416967
Bahagian Pembangunan Dan 0133814038
Pelaksanaan Projek, 5. En. Zulbada bin Alior JBPM Tawau 088-219137
Kementerian Perumahan dan Kerajaan 0168860142
Tempatan, 6. Ir. Zahid bin Jamudin SESB Tawau
Tingkat 3, Blok C, Bangunan KWSP, Jalan
Karamunsing, 7. Jazli bin Mohd Bakar SESB Tawau
88000 Kota Kinabalu, Sabah
8. Cik Ayuni Saat (Pencatit Minit) Arifin Sudin Architect (ASA)
Kontraktor: 9. Ir. Saibi Dikam Perunding Puncak Anugerah
Jayawaris General Contractor 10. En. Vince Yap Perunding Puncak Anugerah
Lot N, Firts Floor, Arked Khidmat, 11. En. Ahmad Binsul Perunding Puncak Anugerah
Lorong Pokok Seraya 5, Jalan 12. En. Mohammad Faizul Senie Associates Sdn. Bhd.(SASB)
Khidmat,88450 Kota Kinabalu, Sabah. 13. Pn. Sylvia Voo Siu Kun Jurukos Raihan Sdn. Bhd. (JRSB)
14. En. Khairul Azmi Yakof Jayawaris General Contractor (JGC)
Perunding Arkitek:
Arifin Sudin Architect
Lot 32, 2nd Floor Block D,
Riverside Plaza, Kingfisher Park, 88450
Kota Kinabalu,Sabah.

Perunding C&S:
Perunding Puncak Anugerah Sdn. Bhd.
Unit 8-2, 2nd Floor, Blok B,
Lorong Kingfisher, Plaza 4, Kingfisher
Plaza,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Perunding M&E:
Senie Associates Sdn. Bhd.
Lot 122, DBKK N-6,
First Floor, Lorong Plaza Permai 3,
Alamesra, Sulaman Coastal Highway,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Perunding Ukur Bahan:
Jurukos Raihan Sdn. Bhd.
Blok B, Lot 12, 2nd Floor,
Kolam Centre Phase II,
Jalan Lintas, Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.

P a g e 1|7

Bil Perkara Tindakan Tempoh Catatan

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam sejahtera serta berterima kasih kepada

semua yang memberikan komitmen untuk hadir ke mesyuarat.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAKLUMAN

2.1 Minit Mesyuarat Tapak No.3 di sahkkan oleh Ir. Saibi Dikam dan disokong oleh
En. Khairul Azmi Yakof dengan pindaan pada perkara 5.3 Kegagalan cerun
ditukar kepada pengukuhan cerun

3.0 SKOP KONTRAK MAKLUMAN
3.3
3.3.1 TUNTUTAN INTERIM

Perunding QS memaklumkan pengesyoran tuntutan Bayaran Interim No.2
daripada kontraktor sebanyak RM348,000.00 telah dikemukakan kepada Unit
Kontrak dan Ukur Bahan KPKT.

3.3.2 Tuan Pengerusi mengingatkan kepada kontraktor dan Perunding QS bahawa KONTRAKTOR
Tuntutan Interim hendaklah dikemukakan pada setiap bulan walaupun nilai &
4.0 tuntutan adalah sifar.
4.1 PERUNDING
4.1.1 KEMAJUAN FIZIKAL DAN KEWANGAN PROJEK (CPM/Recovery Plan) QS
LAPORAN KEMAJUAN FIZIKAL
Kontraktor melaporkan kemajuan fizikal sehingga 16/03/2020 adalah seperti MAKLUMAN
berikut :

KEMAJUAN FIZIKAL 29/02/20 16/03/20
Jadual Asal 18.00 % 24.00 %
Kemajuan Sebenar 13.00 % 17.00 %
Lewat (-) / Cepat (+) - 5.00 % -7.00 %
Bilangan Hari 23 hari 49 hari

4.1.2 Kontraktor memaklumkan bahawa kelewatan adalah disebabkan menunggu MAKLUMAN
kelulusan arahan tambahan kerja ‘Geotextile’ sebelum kerja tanah dapat
dijalankan serta keputusan menaikkan aras ’platform level’ atau tidak
daripada pihak Majlis Perbandaran Tawau.

4.2 LAPORAN KEMAJUAN KEWANGAN MAKLUMAN

4.2.1 Kontraktor melaporkan kemajuan kewangan sehingga 16/03/2020 adalah
seperti berikut :

KEMAJUAN KEWANGAN 29/02/20 16/03/20
18.57 % 24.46 %
Jadual Asal % 1,272,110.00 1,675,595.61
RM 10.02 % 10.04 %
686,405.07 687,775.14
Kemajuan % -8.55 % 14.42 %
585,704.93 987,820.48
Sebenar RM

Lewat (-) / %

Cepat (+) RM

KERJA-KERJA YANG SEDANG DIJALANKAN
Kontraktor melaporkan kerja-kerja yang sedang dijalankan adalah seperti
berikut:

KERJA-KERJA YANG DIJALANKAN PERATUSAN SIAP
Pembersihan Tapak 100.00 %
Pejabat Tapak 95.00 %
Kerja Tanah 50.00 %

P a g e 2|7

Bil Perkara Tindakan Tempoh Catatan
KONTRAKTOR 19/03/20
4.3 PROGRAM KERJA
4.3.1 Kontraktor memaklumkan akan mengemukakan semula pindaan CPM seperti
ulasan yang diterima daripada Semua Perunding pada 19hb Mac 2020.

4.3.2 Tuan Pengerusi meminta semua perunding memastikan kesemua skop kerja SEMUA

dimasukkan dalam CPM. Manakala Pejabat Wilayah 6 akan membuat PERUNDING &

semakan bagi format CPM. PEJ. WIL.6

4.3.3 Tuan Pengerusi meminta kontraktor melantik ’planner’ bagi menyediakan KONTRAKTOR
CPM tersebut.

4.4 ’TEMPORARY STRUCTURE’ KONTRAKTOR
4.4.1
Kontraktor memaklumkan kerja-kerja pembinaan Pejabat Tapak sudah siap
sebanyak 95 peratus. Kontraktor diminta menyiapkan baki kerja dengan
segera.

4.4.2 Kontraktor memaklumkan alatan tolok hujan bagi merekodkan bacaan hujan MAKLUMAN
telah dipasang di tapak.

4.5 ’SURVEY PLAN’ KONTRAKTOR
4.5.1
Perunding Arkitek dan Perunding C&S memaklumkan telah menerima ’survey
plan’ yang belum ditandatangani oleh Jurukur berlesen. Kontraktor diminta
mengemukakan ’survey plan’ yang telah ditandatangani oleh Jurukur
berlesen.

4.5.2 Tuan Pengerusi mendapati keputusan berkenaan aras ’platform’ belum MAKLUMAN
diputuskan dan ’survey plan’ tersebut boleh digunakan untuk tujuan penilaian
terlebih dahulu.

4.5.3 Perunding Arkitek mengingatkan kepada kontraktor supaya ’survey plan’ yang KONTRAKTOR
ditandatangani oleh jurukur berlesen selepas kerja-kerja tanah siap
sepenuhnya mengikut aras ’platform’ yang diluluskan perlu dikemukakan
kepada Perunding.

5.0 ISU DAN MASALAH (APK/PHK, Aduan Awam, Keselamatan, Lukisan Terbina, MAKLUMAN
Tanah, Kemudahan Awam, Alam Sekitar, dsbnya)
5.1
5.1.1 ARAS PLATFORM
Perunding Arkitek memaklumkan telah menerima surat daripada MPT
berkenaan rayuan untuk pengecualian tambahan aras platform yang
dikemukakan oleh Datuk KSU. MPT memaklumkan seperti yang dinasihatkan
oleh JPS memberi pertimbangan dengan persetujuan bahawa pemilik wajib
menandatangani Surat Akujanji tanggungan risiko khususnya yang berkaitan
dengan isu banjir sebagai jaminan masa hadapan dan Majlis tidak akan
bertanggungjawab di atas pengecualian tersebut. Selain itu sebagai alternatif,
disarankan agar aras platform bangunan dan jalan masuk sahaja ditinggikan 1
meter sekiranya kenaikan keseluruhan platform tidak dapat dibuat. Namun
keputusan akhir adalah tertakluk kepada KPKT.

5.1.2 Perunding Arkitek memaklumkan telah mengemukakan surat daripada MPT UPP, BPemb,
ini kepada Unit Pengurusan Projek, Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan KPKT
Projek, KPKT untuk keputusan selajutnya. Dalam surat tersebut Perunding
Arkitek turut memaklumkan kesan-kesan yang bakal dihadapi sekiranya
kawasan tersebut mengalami banjir.

P a g e 3|7

Bil Perkara Tindakan Tempoh Catatan

5.1.3 Tuan Pengerusi meminta Perunding QS bersedia lebih awal dalam PERUNDING
menyediakan dokumen APK bagi penambahan aras ‘platform’ sekiranya QS
diluluskan oleh Pegawai Penguasa.

5.2 KERJA TANAH MAKLUMAN
5.2.1
Kontraktor memaklumkan bahawa kerja tanah telah dimulakan pada
08/02/2020 dan telah siap sepenuhnya pada 29/02/2020 mengikut
rekabentuk asal aras platform 8.7m dengan tidak mengambil kira kawasan
yang memerlukan ‘geotextile’.

5.2.2 Pengemukaan Borang B tidak diperlukan memandangkan tanah yang diambil KONTRAKTOR
merupakan milik LPPB. Kontraktor diminta berurusan dengan Jabatan Bomba
dan Penyelamat berkaitan mendapatkan surat daripada LPPB yang
menunjukkan pengesahan pemilikna tanah. Surat tersebut perlu dikemukakan
kepada perunding untuk simpanan dan rekod perunding.

5.2.3 Perunding C&S memaklumkan seharusnya ‘Field Density Test (FDT)’ dibuat KONTRAKTOR
bagi setiap 300mm tanah yang ditambak dan yang telah diratakan serta
dimampatkan. Memandangkan kerja tanah 90% telah dibuat tanpa FDT, maka
Kontraktor diminta untuk membuat ‘Test Pit’ dan dihantar ke makmal ujian.
Sebanyak 8 ‘Test Pit’ perlu dibuat, Keputusan 4 ‘Test Pit’ sudah lulus.
Manakala keputusan bagi 4 ‘Test Pit’ belum diperolehi. Kontraktor diminta
menemukakan kesemua keputusan ujian kepada Perunding C&S.

5.2.6 Perunding C&S memaklumkan telah menerima CBR Test daripada kontraktor. MAKLUMAN
Keputusan ‘CBR Test’ diperolehi adalah lulus.

5.3 PENGUKUHAN CERUN PERUNDING
5.3.1 Perunding C&S memaklumkan Unit Kejuruteraan Awam dan Struktur KPKT C&S & UKAS
meminta mengemukakan perincian pengiraan rekabentuk bagi pengukuhan
cerun. Perunding C&S memaklumkan dalam proses menyediakan pengiraan
tersebut.

5.3.2 Perunding C&S memaklumkan telah menerima permohonan kelulusan bahan PERUNDING
bagi ‘Geotextile’ PET 400 daripada kontraktor. Permohonan ini akan C&S
dikemukakan kepada Unit Kejuruteraan Awam dan Struktur selepas
mendapat kelulusan rekabentuk.

5.3.3 Kontraktor memaklumkan akan mengemukakan sebutharga bagi ‘Geotextile’ KONTRAKTOR 20/03/20
PET 400 kepada Perunding QS pada 20hb Mac 2020. Kontraktor diminta
mengemukakan sebutharga tersebut dengan segera untuk penyediaan
dokumen bagi permohonan kelulusan ‘V.O’ kepada Unit Jurukur Bahan KPKT.

5.4 PENGALIHAN UTILITI SEDIADA MAKLUMAN
5.4.1 Perunding M&E memaklumkan kos terkini bagi pengalihan 4 tiang elektrik
sediada berhampiran tapak projek dianggarkan RM 127,000.00. Pengalihan
tersebut akan melibatkan kerja-kerja kabel asal ‘overhead’ ditukar ke
‘underground’.

5.4.2 Perunding M&E turut memaklumkan pada 26hb Mac 2020 pihak SESB akan PERUNDING 26/03/20
mengadakan perbincangan bagi menentukan skop kerja dan harga sebenar M&E & SESB
pengalihan tiang elektrik tersebut.

5.4.3 SESB juga memaklumkan proses untuk pengalihan tiang tersebut mengambil MAKLUMAN
masa lebih kurang satu setengah bulan.

P a g e 4|7

Bil Perkara Tindakan Tempoh Catatan
MAKLUMAN
5.4.4 Tuan Pengerusi memaklumkan dalam RMK-11 kos pengalihan utiliti
ditanggung oleh pihak utiliti. Namun sekiranya kerja-kerja hendak
dipercepatkan pihak pemaju atau kontraktor boleh membuat kerja-kerja
tersebut terlebih dahulu dan akan mengemukakan tuntutan balik kepada
pihak utiliti.

6.0 STATUS KELULUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERUNDING
*Sila rujuk Jadual Status Kelulusan Pelan yang dilampirkan ARKITEK &
6.1 PELAN PEMBANGUNAN (DP)
6.1.1 Perunding Arkitek memaklumkan telah mengemukakan semula Pelan MPT
Pembangunan bagi mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan
teknikal pada 21/01/20 kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Salah satu
ulasan jabatan teknikal adalah daripada JPS berkaitan dengan aras platform.
Perunding Arkitek akan membuat susulan.

6.2 PELAN BANGUNAN (BP) PERUNDING
6.1.2 ARKITEK
Perunding Arkitek memaklumkan telah menerima maklumbalas daripada MPT
pada 06/01/20. MPT akan memproses permohonan kelulusan Pelan
Bangunan (BP) selepas Pelan Pembangunan (DP) diluluskan.

6.3 SESB PERUNDING
6.3.1 M&E
Perunding M&E memaklumkan melalui pemeriksaan tapak bersama wakil
daripada SESB penyambungan elektrik ke tapak projek boleh dibuat secara
’tapping’ daripada ’overhead’ transformer. Memandangkan tidak ada
keperluan sub-station maka ’Sub-lease Agreement’ tidak diperlukan untuk
projek ini. Perunding M&E juga telah mengemukakan pelan penyambungan
bekalan elektrik kepada pihak SESB.

6.4 TELEKOM PERUNDING
M&E
6.5.1 Perunding M&E memaklumkan telah mengemukakan pelan kepada pihak
Telekom. Belum menerima maklum balas daripada pihak Telekom.

7.0 LAPORAN KAWALAN KUALITI (QAQC) MAKLUMAN

7.1 PELAN KUALITI PEMBINAAN KONTRAKTOR / NSC (CQ-PLAN)
7.1.1 Kontraktor memaklumkan telah menyiapkan Pelan Kualiti Pembinaan dan
telah mengemukakan kepada Pejabat Wilayah 6 pada 28hb Februari 2020.

7.2 LAPORAN KAWALAN KUALITI PERUNDING
7.2.1 Kerani Tapak C&S melaporkan seperti berikut:

1. NCR 1: Kegagalan kontraktor membuat FDT test semasa kerja-kerja tanah KONTRAKTOR
dilakukan telah dikemukakan kepada kontraktor.

2. Kelulusan bahan
a. piling – belum dikemukakan
b. mix design – belum dikemukakan

7.2.2 Tuan Pengerusi mengingatkan Perunding C&S menyemak jenis dan spesifikasi PERUNDING

cerucuk yang digunakan samada ‘Class M’ atau ‘JKR Class C’ C&S

7.2.3 Tuan Pengerusi meminta semua perunding menyediakan dan SEMUA
membentangkan Laporan Kawalan Kualiti pada mesyuarat akan datang PERUNDING
memandangkan kerja-kerja di tapak telah dimulakan. Laporan tersebut perlu
dibentangkan setiap Mesyuarat Tapak diadakan dan dikemukakan kepada
Pejabat Wilayah 6.

P a g e 5|7

Bil Perkara Tindakan Tempoh Catatan
KONTRAKTOR
8.0 LAPORAN KETIDAKPATUHAN (NCR & NCP)
8.1 Kontraktor memaklumkan telah menerima NCR No.1 daripada Perunding C&S
dan akan mengambil tindakan pematuhan segera. Sehingga kini belum
menerima sebarang NCP daripada perunding.

9.0 MAKLUMBALAS PELANGGAN
-tiada-

10.0 PERUBAHAN REKABENTUK MAKLUMAN
10.1 Perunding Arkitek memaklumkan terdapat percanggahan lukisan rumah

sampah dari segi saiz bangunan di antara lukisan Arkitek dengan lukisan
Struktur.

10.2 Tuan Pengerusi meminta Perunding QS menyemak harga kontrak merujuk PERUNDING
kepada lukisan Arkitek atau Struktur. Pembinaan di tapak akan dibuat QS
mengikut harga dalam kontrak. Perkara ini perlu dikemukakan kepada HODT
sebagai perubahan rekabentuk.

11.0 HAL – HAL LAIN KONTRAKTOR
11.1 KELULUSAN BAHAN
11.1.1 Perunding C&S meminta Kontraktor mengemukakan Permohonan Kelulusan
Bahan bagi cerucuk dengan segera memandangkan kerja-kerja cerucuk akan
bermula tidak lama lagi.

11.1.2 Perunding Arkitek meminta kontraktor mengemukakan kesemua senarai KONTRAKTOR
bahan untuk kelulusan dengan segera terutama permohonan kelulusan bahan
untuk ‘anti termite’ perlu disegerakan.

11.2 SYARAT PEMATUHAN MPT BERKENAAN PERMOHONAN MEMULAKAN KONTRAKTOR
11.2.1 KERJA TANAH
Kontraktor memaklumkan akan mematuhi syarat yang dikeluarkan MPT
sepertimana surat yang disalinkan kepada kontraktor pada 21hb Februari
2020 oleh Perunding C&S.

11.3 PERMOHONAN LANJUTAN MASA (EOT) MAKLUMAN
11.3.1 Kontraktor memaklumkan akan mengemukakan permohonan lanjutan masa

disebabkan menunggu keputusan aras platform.

11.4 ‘SCHEDULE OF RATE’ & ‘SCHEDULE OF TECHNICAL DATA’ KONTRAKTOR 19/03/20
11.4.1 Kontraktor memaklumkan akan mengemukakan ‘schedule of rate’ kepada
Perunding QS dan ‘schedule of Technical Data’ kepada Perunding M&E pada
19hb. Mac 2020.

11.5 LAPORAN BULANAN
11.5.1 Kontraktor memaklumkan telah mengemukakan laporan bulanan Kontraktor KONTRAKTOR

kepada Pejabat Wilayah 6 pada 13hb Mac 2020.

11.6 PERLANTIKAN ‘SITE AGENT’ PERUNDING
11.6.1 Tuan Pengerusi meminta Perunding QS menyemak kontrak samada lantikan QS &
untuk ‘Site Agent’ atau ‘Project Manager’. Kontraktor diminta mengemukakan
secara rasmi perlantikan ‘Site Agent’ atau ‘Project Manager’ projek ini. KONTRAKTOR

11.7 MESYUARAT TEKNIKAL SEMUA
11.7.1 Tuan Pengerusi meminta perunding mengadakan Mesyuarat Teknikal PERUNDING &
sebelum Mesyuarat Tapak diadakan dan diPengerusikan oleh Perunding KONTRAKTOR
Arkitek.

P a g e 6|7

Bil Perkara Tindakan Tempoh Catatan

11.8 ‘MOBILE GENSET’ PERUNDING
11.8.1 Tuan Pengerusi menasihatkan kontraktor bahawa ‘design trailer mobile M&E &
genset’ memerlukan kelulusan daripada perunding C&S yang dilantik sendiri
oleh pihak kontraktor. Perunding M&E diminta menyemak dengan KONTRAKTOR
PUSPAKOM.

11.9 ‘ROLLER SHUTTER’ KONTRAKTOR
11.9.1 Tuan Pengerusi memaklumkan Kontraktor perlu mengemukakan sistem ‘roller
shutter’ kepada Perunding M&E untuk semakan dan kelulusan. Sekiranya
diluluskan bahan pintu ‘roller shutter’ tersebut perlu dikemukakan kepada
Perunding Arkitek pula untuk semakan dan kelulusan.

11.10 SUB-KONTRAKTOR MEKANIKAL & ELEKTRIKAL
11.10.1 Kontraktor diminta mengemukakan senarai nama Sub-Kontraktor Mekanikal KONTRAKTOR

kepada dan Elektrikal kepada Perunding M&E.

12.0 PENUTUP MAKLUMAN

12.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang dengan ucapan terima kasih
dan salam daripada Tuan Pengerusi.

Dicatat Dan Direkod Oleh ;

.......................................................... Tarikh :
Cik Ayuni Saat
Arifin Sudin Architect

Disemak Oleh ;

……………………......………..................... Tarikh :
En. Md. Riduan bin Awang Amit,
Penolong Pengarah,
Pejabat Wilayah 6,
Cawangan Pelaksanaan Projek,
Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek,
Kementerian Perumahan Dan kerajaan Tempatan

Disahkan Oleh ;

…………………………………….................. Tarikh :
En. Mohd Arzaleigh bin Abd Rahman,
Ketua Penolong Pengarah Kanan, P a g e 7|7
Pejabat Wilayah 6,
Cawangan Pelaksanaan Projek,
Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek,
Kementerian Perumahan Dan kerajaan Tempatan


Click to View FlipBook Version