PAMERANBAHAN SEJARAH/ARTIFAK/MANUSKRIPSUDUT MERDEKA Sempena SAMBUTANBULANKEBANGSAAN PERINGKATKEMENTERIANTAHUN2023
BUKUPENDIDIKAN/ MANUSKRIP
Buku-buku ini dihasilkan oleh Pegawai Pelajaran Tanah Melayu yang berbangsa British dan digunakan pada peringkat sekolah rendah bermula darjah 1 hingga darjah 6 Buku-buku ini digunakan bagi membantu murid menguasai ilmu kira-kira (matematik) Buku- buku ini merupakan sebuah buku latihan dan bukan buku teks yang digunakan oleh guru-guru bagi memberikan soalan pengiraan kepada murid Kebanyakan latihan-latihan dalam buku ini berkaitan dengan kemahiran asas dalam bidang matematik seperti jual beli barang, pecahan, perpuluhan dan sebagainya BUKUKIRA-KIRA/KITABHISAB
Ditulis oleh tokoh penulisan Tanah Melayu seperti Harun Aminurrashid Digunakan di sekolah-sekolah vernakular Melayu yang ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Kolonial British. Buku-buku teks ini biasanya dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran sebuah negeri ataupun Inspector of School. Buku-buku Ini adalah buku latihan membaca untuk murid-murid di sekolah rendah bagi menguasai kemahiran membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Penulisan buku - buku ini disampaikan dalam bentuk penceritaan BUKUTEKSBACAAN
Buku-buku ini merupakan buku pelajaran membaca bagi sekolah rendah yang digunakan bagi membantu murid-murid menguasai penggunaan tulisan dan bahasa jawi. Penulisan dalam buku-buku ini lazimnya ditulis dalam bentuk penceritaan. Buku-buku tersebut digunakan sebagai buku teks di sekolah-sekolah Melayu sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Tulisan yang digunakan juga adalah tulisan jawi. Hal ini disebabkan Jawi adalah satu tulisan untuk Bahasa Melayu BUKUBACAANJAWI
ARTIFAK/PERALATAN PENDIDIKAN
Guru pelatih Diploma Pendidikan kursus Kemahiran Hidup di IPGK PM pada zaman dahulu telah menghasilkan pelbagai bahan atau alat bantu mengajar bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan Antara alat atau bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan ialah bahan bantu mengajar matematik yang menggunakan papan, kayu dan bahan terbuang BAHANBANTU MENGAJAR
Kamera ini merupakan salah satu alatan yang masih disimpan di IPGK PM dari awal penubuhan institusi tersebut sehingga ke hari ini kamera ini digunakan oleh guru pelatih untuk mengambil imej visual dan menjadikannya gambar dengan menggunakan filem dalam bidang pendidikan seni visual kamera ini lazimnya digunakan secara menegak KAMERA
Mesin taip ini digunakan oleh guru pelatih di IPGK PM sebagai alat untuk menaip surat atau bahan edaran secara manual pada sekitar tahun 50an hingga 90an Mesin taip ini merupakan alat untuk menggunakan huruf pada jalur berdakwat untuk mencetak bentuk huruf yang sepadan pada kertas, muka surat atau bahan edaran secara manual MESINTAIP
Metronom ialah sejenis peranti mekanikal atau elektronik yang menghasilkan rentak boleh dengar yang digunakan untuk tempo sesuatu muzik. Alat ini digunakan oleh guru pelatih bagi membantu mereka memainkan irama dengan tepat dan teratur kerana metronom menghasilkan bunyi (atau rentak) yang stabil METRONOM
Alat ini digunakan oleh guru pelatih bagi melihat keadaan cuaca dan suhu semasa dengan lebih mudah Melalui alat ini, guru pelatih tidak perlu lagi meramalkan cuaca dari corak awan dan juga astrologi Alat ini berfungsi dengan menunjukkan keadaan suhu pada waktu tersebut. Contohnya, bacaan suhu yang rendah akan menunjukkan bahawa hujan akan turun atau cuaca mendung pada hari tersebut. JAM CUACA
Tolok angin digunakan untuk mengetahui kadar kelajuan tiupan angin di luar. Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin Ia dipaparkan dalam bentuk darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara. TOLOKANGIN
Projektor epivisor epidiascope rank aldis 1950 an (Great Britain) Merupakan alat yang digunakan untuk slaid, jalur filem dan juga menayangkan gambar, kertas, objek dan lain-lain. Projektor amat berguna di dalam pembelajaran dan pengajaran guru pelatih kerana memudahkan dari segi komunikasi/pembacaan yang lebih besar selain memudahkan sebarang bahan untuk ditayangkan dapat dilihat atau dipaparkan dengan jelas dan terang PROJEKTOR
Kompas marin adalah instrumen yang paling penting pada sebuah kapal pelayaran bagi menunjukkan arah utara, selatan, timur dan barat Alat ini tidak menggunakan elektrik, isyarat radio atau komunikasi satelit tetapi hanya menggunakan kuasa magnet Dalam bidang maritim, fungsi kompas kapal adalah untuk menentukan arah dalam perjalanan jarak jauh dengan cekap dan selamat, bukannya berpegang pada kedudukan bintang. Iaitu ke arah mana kapal harus belayar, dan arah objek di luar kapal ke arah kapal tempat kita berada, contohnya arah pulau, suar, tanjung dan sebagainya. KOMPAS MARIN
Kukur kelapa ini digunakan untuk memarut isi kelapa bagi pelbagai tujuan dan kegunaan Biasanya kukur kelapa ini dihasilkan dengan menggunakan kayu yang tahan lasak dan tidak mudah patah. Ini seiring dengan penggunaanya yang lasak dimana menuntut untuk pengguna duduk di atasnya sambil memarut kelapa. Ia mempunyai besi pipis, bulat kadang-kadang separuh bulat dan bergigi sebagai mata atau senjata untuk mengeluarkan isi kelapa daripada tempurungnya. Penggunaan alat ini sangatlah efektif kerana ianya merupakan satu penemuan yang sangat berjaya sehingga mampu menghasilkan produk baru iaitu himpunan isi kelapa yang telah diparut dan akhirya diperah menjadi cecair santan yang biasanya digunakan dalam masakan orang Melayu. KUKURKELAPA
Alat tenun digunakan untuk menenun benang menjadi tekstil (kain). Alat ini digunakan oleh guru pelatih di IPGK PM dalam bidang Pendidikan Seni Tenunan Alat tenun ini digunakan untuk menganyam sambil duduk Alat tenun tradisional diperbuat daripada buluh dan kayu, yang hanya berfungsi untuk mengikat benang lunsing. Terdapat dua hujung bilah kayu dan buluh pada alat ini. Hujung pertama dilekatkan pada tiang atau asas rumah, manakala hujung satu lagi dilekatkan pada badan penenun. Semasa menganyam, penenun duduk di atas lantai dan kemudian penenun mula menganyam dengan meletakkan secara berselang-seli benang lungsin dan benang pakan. ALAT TENUNTRADISIONAL
MESINJAHITTRDISIONAL Mesin Jahit tradisional merupakan sebuah mesin yang digunakan oleh guru pelatih untuk menjahit kain dan bahan-bahan lain bersama-sama dengan benang Mesin Jahit ini menggunakan tangan bagi memusingkan roda imbang
SEKIAN TERIMA KASIH