The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulasmah891, 2021-06-16 02:12:09

Pertandingan Membina Gajet Pengakap

Pertandingan Membina Gajet

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN GAJET PENGAKAP
PERINGKAT SEKOLAH
SK KAMPUNG BAKAM
2021

ANJURAN
BADAN BERUNIFORM PENGAKAP

UNIT KOKURIKULUM

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN GAJET PENGAKAP

PERINGKAT SEKOLAH

SK KAMPUNG BAKAM 2021

1.0 PENGENALAN

Pembinaan gajet merupakan salah satu aktiviti wajib bagi Badan Beruniform
Pengakap terutamanya semasa perkhemahan. Gajet merupakan binaan atau alat
yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum atau
dikukuhkan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah di
tapak perkhemahan. Tujuan gajet dibina ialah untuk dijadikan sebagai tempat
menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat
di tapak perkhemahan.

2.0 RASIONAL
i. Menggalakan ahli pengakap berfikiran lebih kreatif dalam menghasilkan
peralatan yang diperlukan.
ii. Menguji keupayaan ahli pengakap dalam mempraktikkan kemahiran ikatan
dan simpulan yang dipelajari.
iii. Menanam semangat bekerjasama dalam sesebuah kumpulan untuk
menyiapkan gajet dalam tempoh masa yang singkat.
iv. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli pengakap menyertai
perkhemahan.

3.0 MATLAMAT

Memberikan pendedahan tentang gajet dan meningkatkan kreativiti ahli pengakap
dalam membina gajet.

4.0 OBJEKTIF
i. Meningkatkan kemahiran ahli pengakap membina gajet.
ii. Meningkatkan semangat Kerjasama ahli pengakap bersama ahli keluarga.
iii. Meningkatkan keyakinan ahli pengakap semasa menghasilkan gajet.

5.0 MOD PERTANDINGAN
i. Pertandingan peringkat sekolah
ii. Secara dalam talian di tempat kediaman masing-masing.
iii. Penghantaran penyertaan rakaman video dan gambar secara google form
yang disediakan oleh guru penasihat pengakap.

6.0 KUMPULAN SASARAN
i. Semua ahli pengakap tahun 4,5 dan 6.
ii. Pertandingan dijalankan secara individu dan dibantu oleh ahli keluarga.

7.0 SYARAT PERTANDINGAN
i. Pertandingan adalah secara individu.
ii. Setiap peserta perlu menggunakan bahan semulajadi atau bahan
terbuang untuk menghasilkan gajet.
iii. Gajet mestilah mempunyai fungsi dalam kehidupan seharian.
iv. Setiap peserta boleh dibantu oleh ahli keluarga ketika membina gajet
tetapi bukan sepenuhnya dibuat oleh ahli keluarga.
v. Peserta perlu menghantar video semasa proses menghasilkan gajet dan
gambar hasil gajet yang telah siap.
vi. Video proses penghasilan gajet hendaklah berdurasi 2 hingga 3 minit
sahaja.
vii. Peserta hendaklah bercerita berkenaan fungsi gajet di akhir video
tersebut.
viii. Membeli gajet yang sedia ada di pasaran adalah TIDAK DIBENARKAN.

8.0 PERATURAN PEMARKAHAN

i. Peserta akan diadili dari segi kekemasan ikatan, kekukuhan binaan,

kreativiti dan video proses pembinaan gajet yang menarik.

ii. Panduan pemarkahan:

a. Kekemasan ikatan 25 markah

b. Kekukuhan binaan 25 markah

c. Kreativiti 25 markah

d. Video proses 25 markah

Jumlah 100 markah

9.0 GARIS MASA PERTANDINGAN
i. Tempoh pertandingan dijalankan selama 4 minggu.

Tarikh : 16 JUN – 15 JULAI 2021
Tempat : Secara dalam talian

10. HADIAL DAN SIJIL CATATAN
Hadiah dan sijil pencapaian
BIL PERKARA Hadiah dan sijil pencapaian
1. Johan Hadiah dan sijil pencapaian
2. Naib Johan
3. Tempat ke-3

BADAN BERUNIFORM PENGAKAP
SK KAMPUNG BAKAM 2021


Click to View FlipBook Version