The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Harizhiman, 2023-03-05 04:24:34

Pantun sastera

pantun

PANTUN SASTERA BMMB1104 DISEDIAKAN OLEH: HARIZH ANWAR


MUHAMMAD HARIZH IMAN BIN CHAIRIL ANWAR UNIT BMMB1104 KUSUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA BMMB 1 PPISMP AMBILAN JUN 2022 NAMA & KOD KURSUS


Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, pantun bermaksud puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). DEFINISI PANTUN Harun Mat Piah (dalam Wan Kadir Wan Yusof, 1966: 135) menyatakan bahawa pantun adalah representasi manusia Melayu; pemikiran, emosi dan sentimennya yang diserlahkan, baik melalui satu kuplet, serangkap, mahupun keseluruhan repertoire pantun berkenaan.


Daun kari daun pandan, Di dalam masakan menjadi bahan; Biarpun berkecai tulang di badan, Tetapi menyerah bukanlah pilihan. PANTUN 1


Tema : Motivasi Persoalan Jenis pantun Pantun empat kerat. Mempunyai empat baris. Bilangan kata sejumlah 4-5 kata. Bilangan suku kata sejumlah 8-12 suku kata. Rima akhir pantun ini (a-b-a-b). Pentingnya untuk terus berusaha sehingga hembusan nafas yang terakhir.


Gaya Bahasa Hiperbola (penggunaan unsur yang melampau) Biarpun berkecai tulang di badan Repitisi (pengulangan kata pada baris yang sama) Daun kari daun pandan Asonansi (pengulangan vokal e) Tetapi menyerah bukanlah pilihan Aliterasi (pengulangan konsonan m) Di dalam masakan menjadi bahan


Mesej /pengejaran Pantun ini memberitahu kepada kita bahawa berusahalah selagi kita hidup di atas bumi ini kerana usaha tidak mengkhianati hasil. Fungsi Pantun ini berfungsi dalam menegaskan bahawa jangan pernah terfikir untuk berputus asa dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Bentuk Pantun ini berbentuk nasihat kerana pantun ini menasihati pembaca agar tidak putus asa.


Harta dikejar hilang kulasentana, Putus ikatan sombong merajalela; Ilmu pengetahuan seluas buana, Kurang ilmu fikiran tergendala. PANTUN 2


Tema : Pendidikan Persoalan Jenis pantun Pantun empat kerat. Mempunyai empat baris. Bilangan kata sejumlah 4 kata. Bilangan suku kata sejumlah 11-12 suku kata. Rima akhir pantun ini (a-b-a-b). Persoalan mengenai kekuatan ilmu dalam diri akan mempengaruhi cara pemikiran seseorang. BENTUK Pantun ini berbentuk pendidikan kerana pantun ini mengetengahkan ilmu pengetahuan dalam pantun.


Pantun ini memberitahu bahawa ilmu pengetahuan ini penting dan sangat luas, maka carilah ilmu sesungguhnya ilmu akan membantu kita. Gaya Bahasa Imej alam (penggunaan unsur alam) Contoh: buana Mesej /pengejaran Asonansi(pengulangan vokal u) Ilmu pengetahuan seluas buana Fungsi Pantun ini berfungsi untuk mendidik dan menasihati pembaca agar sentiasa menuntut ilmu kerana ilmu itu luas.


Harimau mengaum menyerang rusa, Rusa menyusup ke dalam kampung; Hormati kaum berbilang bangsa, Agar hidup sentiasa dibendung. PANTUN 3


Tema : Menghormati Persoalan Persoalan mengenai kepentingan menghormati kaum berbilang bangsa dalam masyarakat. Pantun empat kerat Mempunyai empat baris Jumlah kata : 4-5 kata Jumlah suku kata : 10-11 Rima akhir : a-b-a-b Jenis Pantun Bentuk Pantun ini berbentuk nasihat kerana pantun ini menasihati pembaca agar menghormati antara satu sama lain .


Gaya Bahasa Aliterasi (pengulangan konsonan m). Harimau mengaum menyerang rusa Mesej/Pengajaran Kita hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada kaum berbilang bangsa kerana kita memerlukan antara satu sama lain dalam masyarakat. Asonansi (pengulangan vokal a). Agar hidup sentiasa dibendung. Fungsi Pantun ini berfungsi dalam memperingatkan masyarakat untuk menghormati kaum berbilang bangsa kerana setiap kaum mempunyai peranan yang tersendiri dalam memajukan negara kita.


Pergi ke taman melihat rerama, Pergi ke sungai dibaham buaya; Menjaga solat tiang agama, Matlamat tercapai hidup berjaya. PANTUN 4


Tema: Agama Persoalan Persoalan mengenai pelaksanaan solat menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan hidup. Jenis Pantun Pantun empat kerat/empat baris Jumlah kata: 4-5 kata setiap baris Jumlah suku kata: 10-11 suku kata setiap baris Rima akhir: a-b-a-b Bentuk Pantun ini berbentuk keagamaan kerana pantun ini mengingatkan pembaca untuk menunaikan solat.


Gaya Bahasa Anafora (pengulangan kata pada awal baris) Pergi ke taman melihat rerama Pergi ke sungai dibaham buaya Asonansi (pengulangan vokal e) Pergi ke taman melihat rerama Aliterasi (pengulangan konsonan t)) Matlamat tercapai hidup berjaya Imej alam (penggunaan unsur alam) Sungai Mesej/pengajaran Kita hendaklah memelihara solat supaya kehidupan yang kita lalui tidak terbeban. Fungsi Pantun ini berfungsi untuk memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya menjaga solat kerana ibadah solat merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh umat Islam.


Nakhoda kapal bersama teropong, Mencari harta turun temurun; Hidup ini janganlah sombong, Nanti terkena nasibnya Qarun. PANTUN 5


Pantun empat baris/empat kerat Jumlah kata: 4 kata pada setiap baris Jumlah suku kata: 9-11 pada setiap baris Rima akhir: a-b-a-b Tema: Nasihat Persoalan mengenai kesombongan yang akhirnya akan memakan diri. Jenis pantun Persoalan Bentuk Pantun ini berbentuk nasihat kerana pantun ini menyebut tentang jauhi sifat sombong.


Gaya Bahasa Asonansi (pengulangan vokal a) Nakhoda kapal bersama teropong Aliterasi (pengulangan konsonan n) Nanti terkena nasibnya Qarun Mesej/pengajaran Kita hendaklah menjauhi sifat sombong ini kerana kita memerlukan masyarakat sekeliling untuk menjalani kehidupan. Fungsi Pantun ini berfungsi dalam memberi peringatan kepada pembaca untuk meninggalkan sifat sombong yang ada dalam diri kerana sifat sombong merupakan sifat yang keji.


Rujukan Amirul Zaidi. (2012, August 9). Kesusasteraan Melayu Komunikatif. https://ku-nor-amirulzaidi.blogspot.com/2012/08/gaya-bahasa-fumgsinya.html Nurul Idayu. (2009, October 22). Tiada Kata Secantik Bahasa. http://cikgu-idayu.blogspot.com/2009/10/gaya-bahasadalam-komsas.html Zurinah Hassan. (n.d.). Bahasa dalam Pantun dan Panduan Menulis Pantun. http://zurinah1306.blogspot.com/2017/12/bahasa-dalam-pantun-danpanduan menulis.html#:~:text=Gaya%20bahasa%20dalam%20pantun%20yang,a sal%20atau%20makna%20yang%20literal. Zairul Fakhri Zainal Abidin. (2022, August 8). Bicara Pantun Melayu. https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/08/08/5049/


Click to View FlipBook Version