The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dinieyah04, 2023-03-01 08:43:51

BMMB1104 : Puisi Tradisional (Pantun)

Tugasan 1 PB Pantun

BMMB1104 Puisi Tradisional : Pantun


kANDUNGAN Pengenalan Pantun Manifestasi Akal Budi Konsep Bentuk dan Ciri-Ciri Fungsi Nilai dan Pengajaran Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.


Pengenalan Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni masyarakat Melayu. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada beberapa jenis termasuklah puisi tradisional, prosa tradisional, puisi moden dan prosa moden. Puisi tradisional ialah genre paling awal bagi semua bangsa di dunia. Antara genre yang difokuskan termasuklah syair, gurindam dan pantun. Dalam perbincangan ini, definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Menurut Mohamad Salleh Rahamad (2020), orang Melayu telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun walaupun belum tahu surat menyurat. Pantun juga ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap (Kamus Dewan Bahasa Melayu, 2017).


Nyaman di gunung suasana harmoni, Tumbuhan di hutan pepohonnya banyak; Pencemaran dibendung alam harmoni, Jauhkan lautan dari minyak. Bermain buaian di atas dahan, Kayunya utuh meskipun lama; Bumi anugerah ciptaan Tuhan, Ayuhlah jaga bersama-sama. Pantun Indah bulan bergemelapan terang, Dihiasi bintang yang berkelipan; Kehijauan hutan akan menghilang, Jika ditebang tanpa kawalan. Video mendeklamasikan pantun : https://youtube.com/shorts/Vx6ckz -ATYg?feature=share


Manifestasi akal budi dalam pantun Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu bulan dan bintang. Akal budi yang tinggi dalam pantun ini jelas cara nasihat disampaikan agar masyarakat memandang tinggi sifat cinta akan alam sekitar dan menjaga alam ini. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya tidak mencemarkan alam sekitar seperti menebang hutan. Justeru, bekerjasama dalam memelihara alam ini.


Konsep Menurut Norazimah Zakaria et. al (2017), pantun ialah sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat baris serangkap. Pantun yang bertemakan alam sekitar di atas terdiri dari empat baris serangkap. Pola akhir pantun ini antaranya ialah na-n-a, yang mempunyai baris pembayang dan maksud. Pembayang "bermain buaian di atas dahan" dan "kayunya utuh meskipun lama" berfungsi sebagai pelengkap rima untuk memudahkan pendengar memahami pantun ini. Bentuk dan ciri-ciri Terdiri daripada tiga rangkap. Setiap rangkap mempunyai empat baris. Ada pembayang dan maksudnya. Bentuknya terikat. Terdiri daripada 4 hingga 5 perkataan dalam satu baris.


Fungsi pantun Pantun yang bertemakan alam sekitar ini berfungsi sebagai alat pendidikan dengan cara memberi nasihat atau pesanan kepada masyarakat untuk menjaga alam sekitar atau bumi. Memberi nilai dan pengajaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan mesej berkaitan kepentingan menjaga dan keburukan tidak menjaga alam sekitar.


Nilai dan pengajaran pantun Bekerjasama Berasional Bermoral Nilai Kita hendaklah bekerjasama menjaga kehijauan alam sekitar. Kita wajarlah bersikap rasional dan tidak menebang pokok sesuka hati. Kita mestilah mengamalkan nilai moral demi kemaslahatan diri, bangsa dan negara. Pengajaran


Rujukan


Click to View FlipBook Version