The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90325848, 2021-11-28 04:42:14

SAINS TAHUN 4 MANUSIA SIRI 2

SAINS TAHUN 4 MANUSIA SIRI 2

SAINS TAHUN 4

UNIT 4 MANUSIA

Cikgu Hana

PERKUMUHAN

Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan
buangan dari badan.

PENYAHTINJAAN

Penyahtinjaan ialah proses penyingkiran tinja
melalui dubur.

tinja - tahi

ORGAN PERKUMUHAN DAN HASILNYA

Perkumuhan berlaku pada organ perkumuhan. Mari kita kenali organ
perkumuhan dan hasilnya.

KULIT GINJAL PEPARU





Merembeskan peluh Menyingkirkan Membebaskan karbon
air kencing dioksida dan wap air

Makanan yang tidak tercerna semasa proses pencernaan akan menjadi
tinja.
Proses menyingkirkan tinja berlaku melalui dubur dan dinamakan
penyahtinjaan.

dubur

KEPENTINGAN PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN

Untuk mengekalkan kesihatan dengan menyingkirkan
toksik dari badan
Untuk mengawal suhu badan
Untuk mengekalkan kandungan air dan garam mineral
dalam badan
Untuk menyingkirkan makanan yang tidak dicernakan

GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

Rangsangan ialah perubahan keadaan di
persekitaran.

Gerak balas ialah tindakan yang dilakukan
terhadap rangsangan.

Organ deria manusia menerima rangsangan
seperti cahaya, bau, bunyi, rasa dan sentuhan.

CONTOH SITUASI RANGSANGAN DAN GERAK BALASNYA
Situasi 1

Tangan terangkat apabila tersentuh duri



Rangsangan - tersentuh duri



Gerak balas - tangan terangkat

CONTOH SITUASI RANGSANGAN DAN GERAK BALASNYA
Situasi 2

Terkejut apabila terdengar bunyi petir



Rangsangan - bunyi petir



Gerak balas - terkejut

KEPENTINGAN GERAK BALAS MANUSIA TERHADAP
RANGSANGAN

Untuk mengelakkan kecederaan
Untuk menyelamatkan diri
Untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi

TABIAT YANG MENGGANGGU GERAK BALAS MANUSIA

Arak ialah minuman beralkohol yang boleh
menyebabkan seseorang menjadi mabuk.
Gerak balas peminum arak akan menjadi lambat
apabila menerima rangsangan kerana organ
derianya terganggu.

TABIAT YANG MENGGANGGU GERAK BALAS MANUSIA

Gam ialah sejenis bahan kimia yang boleh
menyebabkan seseorang yang menghidunya
akan berkhayal dan ketagih.

Bahan kimia yang terdapat di dalam gam boleh
menjejaskan fungsi organ deria dan otak
seseorang penghidu gam.

TABIAT YANG MENGGANGGU GERAK BALAS MANUSIA

Dadah ialah bahan yang digunakan sebagai
ubat.

Terdapat juga dadah yang disalahgunakan
seperti ubat batuk atau pil ekstasi yang boleh
menyebabkan seseorang berkhayal atau tidak
sedarkan diri dan ketagih.

Gerak balas seorang penagih dadah akan
terganggu apabila menerima sesuatu
rangsangan kerana organ derianya tidak dapat
berfungsi dengan baik.

TKeraismiha

Cikgu Hana


Click to View FlipBook Version