The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENGHARMONIKAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN PERUBATAN MODEN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-4186729, 2021-10-13 10:34:49

MENGHARMONIKAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN PERUBATAN MODEN

MENGHARMONIKAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN PERUBATAN MODEN

MENGHARMONIKAN
PERUBATAN TRADISIONAL
DAN PERUBATAN MODEN

SITI QURRATUAINI BINTI ELLIAS | 5 GIGIH

Perubatan Tradisional

Penggunaan Perubatan

Tradisional Dalam Kehidupan

Tumbuh-tumbuhan menjadi sumber utama dalam
perubatan tradisional. Tumbuh-tumbuhan telah digunakan
untuk tujuan terapeutik sejak zaman dahulu lagi.
Pengetahuan dan pengalaman telah diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi. Selain itu, setiap kumpulan
atau etnik banyak menggunakan tumbuh-tumbuhan herba
sebagai ubat-ubatan dan para pengamal perubatan
tradisional juga berpendapat bahawa sebatian-sebatian
yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan hampir
menyerupai sebatian yang dihasilkan oleh tubuh manusia.

Contoh Dan Khasiat Ubat
Tradisional

1) Halia (Zingiber officinale)
Halia ialah sejenis rempah berakar dengan
rasa pedas, yang memiliki sifat perubatan dan
manfaat kesihatan.
Pada zaman pemerintahan Dinasti China,
mereka telah mencadangkan penggunaan
halia bagi melawan loya, radang,
mengurangkan osteoarthritis, membantu
mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan
haid.
Antara khasiat halia ialah mengurangkan
keradangan, melegakan loya, mengurangkan
kesakitan haid, merendahkan paras kolestrol,
menguatkan imuniti, membantu
penghadaman, mengurangkan berat badan,
mencegah pertumbuhan sel kanser,
melegakan batuk dan sakit tekak dan
mengurangkan sakit kepala.

2) Akar Saga (Abrus precatorius)
Dikenali juga sebagai Rosary
Pea, Jequerity, Crab’s Eye,
Precatory Bean, Gunja dan Ratti.
Berasal dari Indonesia dan
tumbuh di kawasan tropika dan
subtropika.
Bijinya bersifat afrodisiak,
antimikrob, diuretik, expectorant,
julap, purgatif, penyejuk dan
sedatif, manakala akarnya
digunakan untuk rawatan
gonorea dan penyakit kuning.
Minyak yang diekstrak dari
bijinya dikatakan menggalakkan
pertumbuhan rambut manusia.
Benih ini digunakan sebagai
kontraseptif, untuk merawat
kencing manis dan nefritis yang
kronik.

3) Jerangau (Acorus calamus)

Nama lain bagi Jerangau ialah
Sweet flag dan Calamus root.
Digunakan secara meluas
dalam ubat herba moden
sebagai perangsang aromatik
dan tonik ringan.
Jerangau digunakan sebagai
antibakteria, antisawan,
antiseptik dan emetik.
Rizomnya pula digunakan
sebagai ubat untuk kembung
perut, kolik, dispepsia dan
demam sekejap-sekejap,
reumatik, penyakit saraf,
masalah usus, disentri pada
kanak-kanak, jangkitan bronkial
dan asma.

4) Hampedu Bumi (Andrographis paniculata)

Berasal dari Asia Tenggara, China
dan India.
Herba ini telah digunakan selama
berabad-abad dalam beberapa
penawar di negara-negara seperti
China, India dan Jawa.
Herba ini diberikan sebagai ubat
tahan sakit, julap, melegakan batuk,
pencernaan, sakit perut dan juga
digunakan untuk mengubati
diabetes, demam, jangkitan cacing,
bronkitis yang kronik, kusta,
kembung perut, kolik, disentri, dan
penyakit kulit (contohnya luka
terbakar, luka, ulser).
Ia juga merupakan ubat yang baik
untuk merawat kesakitan akibat
patukan ular dan masalah wanita.

5) Kapas Hantu (Abroma augustum)

Nama lainnya adalah Devil’s Cotton. Ia
adalah pohon yang berasal dari Asia
hinggalah ke Australia.
Dalam ayurveda, jus daunnya yang segar
sangat berguna merawat penyakit uterus
perempuan dan haid.
Ia mengawal pengeluaran haid dan
bertindak sebagai tonik uterus. Kulit
akarnya yang segar dan dikeringkan juga
digunakan sebagai tonik uterus dan
mengawal pengeluaran haid.
Jus segar yang diperoleh daripada kulit
akarnya sangat berguna dalam masalah
seperti dysmenorrhoea, amenorrhoea,
masalah kencing dan bronkitis.
Daunnya digunakan dalam masalah
diabetes, sakit reumatik dan sinusitis. Di
Bali, Indonesia, ia digunakan sebagai
tampalan untuk penyakit kudis buta atau
scabies.

Ikhtiar Merawat Penyakit

Menggunakan Ubatan Tradisional

Kira-kira 95 peratus pesakit COVID-19 yang dirawat
menggunakan kaedah perubatan tradisional Cina di
Wilayah Hubei, China sembuh daripada penyakit itu,
kata Ketua Pakar Perubatan dan Naib Presiden
Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah
Guangdong Dr Li Jun.
Perubatan tradisional dapat mengurangkan
penggunaan mesin bantuan pernafasan,
memandangkan ubat tradisional terbukti dapat
melancarkan sistem pernafasan dan pencernaan
pesakit COVID-19 kronik yang terlantar lama di wad

Perubatan Moden

Penggunaan Perubatan Moden

Dalam Kehidupan

Perubatan moden ialah campuran seni merawat
dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai
hubungan langsung dengan sains kesihatan dan
bioperubatan. Bioperubatan adalah bidang-bidang
yang meliputi perubatan klinikal, penyelidikan
perubatan, dan pembedahan dalam merawat
penyakit atau kecederaan. Perubutan moden
menggunakan ubat-ubat moden dalam pelbagai
bentuk seperti pil kapsul, serbuk dan larutan. Ubat-
ubatan ini dihasilkan secara kimia di makmal.

Contoh Ubat Moden, Fungsi

Dan Kesan Sampingannya

1) Ubat Jantung

Digoxin dan Captopril
Fungsinya : Melancarkan
darah dan meningkatkan
fleksibiliti otot jantung.
Kesan sampingannya :
Letih, gangguan
penglihatan, loya muntah-
muntah dan hilang selera
makan.

2) Ubat Antiasma

Albuterol dan Salbutamol
Fungsinya : Mencengah
penyempitan saluran
pernafasan dan mengawal
lelah.
Kesan Sampingannya :
Resah, bimbang,
menggeletar, sakit kepala
dan cirit-birit.

3) Ubat Antibiotik

Ampicilin dan Erythromycin
Fungsinya : Menghentikan
pengembangan bakteria
dan mengelakkan jangkitan
semula penyakit yang
dialami.
Kesan sampingannya :
Masalah kulit, pernafasan,
reaksi alergi, loya dan
muntah-muntah.

Ikhtiar Merawat Penyakit

Menggunakan Perubatan Moden

Dapat merawat pelbagai penyakit tetapi
keberkesanannya sedikit berbeza.
Perubatan moden dapat meningkatkan
jangka hayat manusia berbanding
dahulu.
Dapat melawan pelbagai penyakit yang
dialami oleh setiap orang dengan efektif.

Sekian Terima Kasih | :)


Click to View FlipBook Version