The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-10-02 20:28:02

kertas kerja program anak yatim

kertas kerja program anak yatim

KERTAS KERJA
PROGRAM KAMI PRIHATIN

DAN SAYANG
5 JUN 2018

UNIT KEBAJIKAN DAN PIBG
SK PARIT SETONGKAT,
MUAR

KERTAS KERJA PROGRAM KAMI PRIHATIN SAYANG
UNIT KEBAJIKAN DAN PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SETONGKAT, MUAR

1. PENDAHULUAN

Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “ Membangunkan Potensi Individu Melalui
Pendidikan Berkualiti “, Unit Kebajikan dengan Kerjasama PIBG Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat,
Muar mengambil inisiatif melaksanakan Program Kami Sayang bagi menerapkan nilai kasih saying
dan bersyukur pada diri murid Sekolah ini . Program ini disusun bagi menghargai murid yatim dan
kurang berkemampuan dalan meraikan Sambutan Hariraya dengan lebih meriah dan sseronok
seperti rakan rakan lain. Seterusnya membudayakan nilai kasih sayang dan menghargai antara satu
sama lain.

2. OBJEKTIF
a. Meraikan anak-anak yatim dan murid kurang berkemampuan sempena bulan ramadhan

yang mulia.
b. Berkongsi kegembiraan bersama anak yatim dan murid kurang berkemampuan menyambut

aidilfitri dengan gembira.
c. membantu meringankan beban anak yatim dan murid kurang berkemampuan menyambut

aidilfitri.
3. KUMPULAN SASARAN
Murid yatim piatu , yatim dan murid kurang berkemampuan.

4. PELAKSANAAN

Tarikh : 5 Jun 2018
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Cemerlang .

5. JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : En Mohd Azme B.Yusoff (Guru Besar SKPS)

Penasihat : Pn Zahidah Binti Yahya. (GPK HEM)

Pengerusi : Pn Nor Hidayah Abdah

Setiausaha : Pn Noor Yantti Mohd Hnaib.

Penyelaras : Pn Noor Yantti Mohd Hanib

AJK : Cik Siti Khaleedah Bt Abd Kodir

AJK : Aziah Bt Sulaiman

AJK : Abd Wahid B Jamil

6. SUMBER KEWANGAN : Sumbangan dari penyumbang luar, PIBG dan warga SKPS
7. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Majlis Penyampaian Sumbangan
 Sumbangan baju raya.
 Sumbangan duit raya.
 Sumbangan barangan keperluan dan kuih raya.
 Solat Maghrib berjemaah
 Berbuka puasa

8. PENUTUP

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga
mendapat kerjasama padu daripada semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………………………
……………………………………………………
(PN NOOR YANTTI MOHD HANIB)
Penyelaras Program Kami Sayang.
Sek.Keb.Parit Setongkat, Muar.


Click to View FlipBook Version