The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SJK ( C ) TIRAM, 2021-03-19 04:34:49

Charlie Berjambul

Suatu masa dahulu, seorang permaisuri

melahirkan seorang bayi lelaki yang hodoh.
Bayi itu mempunyai setompok rambut di
kepala, menyebabkannya digelar Charlie
Berjambul.
Suatu hari, pari-pari muncul. Pari-pari itu
memberitahu permaisuri bahawa dia boleh
memberi kepandaian kepada bayi itu. Putera
itu juga boleh memberi kepandaiannya kepada
orang yang dicintainya.

2



T ahun demi tahun berlalu. Charlie

Berjambul semakin dewasa. Semua orang
sangat sayang kepada Charlie Berjambul.
Dia sangat pintar, petah berkata-kata,
dan selalu melakukan sesuatu dengan
bijaksana.
Setelah dewasa, putera raja itu semakin
pintar walaupun wajahnya tidak setampan
pemuda lain yang sebaya dengannya.

4



Suatu hari, Charlie Berjambul keluar berburu.

Apabila tiba di tengah hutan, dia bertemu dengan
seorang puteri. Puteri itu sangat cantik sehingga
Charlie Berjambul jatuh cinta kepadanya.
Charlie menghampiri puteri yang kelihatan
sedih itu.
“Mengapa puteri secantik kamu bersedih?”
tanya Charlie.
“Saya sedih dengan keadaan saya yang dungu.
Saya lebih rela menjadi seorang yang hodoh
daripada dungu begini,” kata puteri itu.

6



“S aya sangat bodoh dan tidak dapat

melakukan sesuatu dengan baik,” kata puteri
lagi. “Apabila saya minum, air pasti tumpah.
Apabila saya makan pula, tentu ada pinggan
yang pecah. Apabila memakai kasut, saya
selalu keliru antara sebelah kanan dengan
sebelah kiri.”
“Saya boleh membantu tuan puteri
kerana saya telah jatuh cinta kepada tuan
puteri,” kata Charlie Berjambul.

8



“Saya boleh menjadikan puteri seorang

yang pintar jika tuan puteri berkahwin dengan
saya,” kata Charlie lagi.
“Saya terlalu bodoh sehingga tidak tahu
apa yang harus saya katakan,” jawab puteri itu.
“Saya akan memberi kepandaian saya
kepada tuan puteri selama setahun. Tuan puteri
fikirkanlah cadangan saya,” kata Charlie.
“Setahun dari sekarang, kita bertemu lagi di sini.”
Charlie Berjambul pun memberi
kepandaiannya kepada puteri itu dan mereka
pun berpisah.

10



A pabila puteri pulang ke istana, seisi

istana terkejut dengan perubahan dirinya. Dia
kini tidak dungu seperti dahulu. Dia juga dapat
melakukan sesuatu dengan sempurna. Dia tidak
lagi menumpahkan air atau memecahkan
pinggan. Puteri itu juga mulai petah
berkata-kata.
Ramai pemuda jatuh cinta kepada puteri.
Namun tidak seorang pun yang dapat menawan
hati puteri itu.

12



S uatu hari, seorang putera raja datang

ke istana untuk meminang puteri. Puteri
menyukai putera itu kerana dia seorang yang
tampan serta pintar.
Akan tetapi, puteri masih ingat akan
janjinya kepada Charlie Berjambul. Puteri
menjadi serba salah.
Dia tidak dapat membuat pilihan antara
putera itu dengan Charlie Berjambul.

14



Puteri berjalan ke dalam hutan. Dia

hendak mencari tempat yang tenang untuk
memikirkan lamaran putera. Ketika puteri
itu sedang termenung, tiba-tiba dia terdengar
suara dari atas pokok.
“Apa khabar, puteri yang manis?”
“Mengapa kamu berada di sini?” tanya
puteri apabila terpandang Charlie di atas pokok.
“Tuan puteri tidak ingatkah?” tanya Charlie.

16



B arulah puteri teringat bahawa pada hari

itu genaplah setahun dia telah berjanji untuk
memberi jawapan kepada Charlie.
“Saya masih belum membuat keputusan,”
kata puteri itu lagi.
“Saya rasa tuan puteri tidak suka akan rupa
saya yang hodoh ini,” kata Charlie. “Tetapi itu
boleh diatasi.”

18



“B agaimana caranya?” tanya puteri itu.

“Jika tuan puteri menyayangi saya, tuan
puteri boleh memberikan sebahagian kecantikan
tuan puteri kepada saya. Begitulah juga cara
saya memberikan kepandaian saya kepada
tuan puteri. Inilah hadiah pari-pari kepada saya,”
kata Charlie Berjambul.
“Sekarang, tuan puteri hanya perlu
menyintai saya,” sambung Charlie lagi.

20



“J ika benar begitu, saya mencintai kamu.

Saya mahu kamu menjadi putera yang paling
kacak,” jawab puteri itu.
Dengan sekelip mata, Charlie berubah
menjadi seorang pemuda yang paling tampan
pada pandangan puteri. Puteri berasa sangat
gembira. Dia memilih Charlie Berjambul
sebagai calon suaminya. Mereka kemudian
berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.
Cinta sejati memang dapat mengubah
seseorang.

22



A Jawab semua soalan di bawah.

1. Bagaimanakah Charlie Berjambul mendapat namanya?
2. Di manakah Charlie bertemu dengan seorang puteri yang
cantik?
3. Mengapakah puteri itu tidak gembira?
4. Berapa lamakah Charlie memberi masa kepada puteri
itu untuk memikirkan lamarannya?
5. Akhirnya, dengan siapakah puteri berkahwin?

B Rerambut di kepala biasanya dipanggil rambut. Apa pula panggilan bagi
rerambut di bahagian muka yang lain?

janggut kening bulu mata jambang misai


Click to View FlipBook Version