The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SJK ( C ) TIRAM, 2021-04-02 02:18:55

Kisah Pemburu Dan Ibu Rusa

Kisah Pemburu
dan

Ibu Rusa

Pada zaman dahulu
ada seorang pesuruh
raja. Pesuruh raja ini
sangat suka
memburu. Dia
mempunyai seekor
kuda. Dia selalu
menunggang kuda ini
semasa memburu.

Pada suatu hari pemburu itu
pergi ke sebuah hutan. Dia
melihat ke kanan dan ke kiri. Dia
sedang mencari binatang untuk di
buru. Tiba-tiba dia ternampak
seekor anak rusa. "Comel
sungguh anak rusa itu," kata
pemburu. "Tentu anak-anakku
suka padanya." Perlahan-lahan
dia menghampiri anak rusa itu.
Denagn pantas dia menangkap
anak rusa itu untuk di bawa
pulang. Anak rusa itu meronta-
ronta untuk melepaskan diri.
Tetapi pempburu itu
memegangnya dengan kuat. Dia
mengikat anak rusa itu di
belakang kudanya. Setelah itu dia
terus menungggang kudanya
untuk pulang.

Ibu rusa mencari anaknya kesana
dan kemari. Ia sangat sedih
kerana anaknya telah hilang.
Tiba-tiba ia ternampak anaknya di
belakang kuda si pemburu. Ia pun
mengejar pemburu itu tanpa rasa
takut. Ibu rusa menghampiri
pemburu itu. Ia merenung
anaknya dengan sedih. Ibu rusa
inginkan anaknya kembali. Anak
rusa menangis terisak-isak diatas
belakang kuda tanpa dapat
bergerak kerana keempat-empat
kakinya telah di ikat. Pemburu
sangat sedih melihat ibu rusa dan
anaknya.

Akhirnya Si pemburu
melepaskan ikatan pada
anak rusa. Anak rusa
melompat dan terus
berlari mendapatkan
ibunya. Ibuny rusa menjilat
anaknya dengan penuh
kasih sayang. Ibu dan anak
rusa sangat gembira
kerana dapat bersama
kembali.


Click to View FlipBook Version