The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murid skdls, 2023-08-26 01:34:33

Kura-kura dengan Monyet

Kura-kura dengan Monyet

Kura-kura dengan Monyet


Pada zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-kura suka bercucuk tanam sedang kawannya pula asyik merayau dari pokok ke pokok kerana mencari makanan.


Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura masak dan berusahalah kura-kura untuk memetiknya tetapi gagal. Lalu ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, kesukaan sangatlah monyet mendapat makanan kegemarannya sehingga tidak menghiraukan kura-kura yang asyik


menungggu di bawah pokok bersama kulit-kulit pisang yang dibuang oleh monyet. Hilang sabar menyebabkan kura-kura menanam-menanam duri-duri di bawah pokok pisang untuk mengajar kawannya yang mementingkan diri itu. Sebaik melompat turun dengan kekenyangan, kaki monyet tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitanlah ia.


Dihempaskan kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit. Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet pun memikul kura-kura ke tepi sungai lalu dicampakkan kura-kura ke dalam air.


Hatinya begitu puas melihat badan kura-kura tenggelam. Beberapa ketika kemudian, kurakura timbul semula di hadapannya lalu mengucapkan terima kasih kerana dihantar ke tempat kegemarannya, iaitu air.


Click to View FlipBook Version