AL-ADL 99 NAMA ALLAH
Allah Al Adl yang Maha Adil yang melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan dan fungsi penciptaan makhluqmakhluqNya.
Sifat keadilan Allah Al Adl terserlah pada alam semesta dan tubuh manusia.
Dia Al Adl meletakkan matahari, bulan dan bumi pada lokasi yang sesuai dengan sifat dan tugas masing-masing.
Dengan sifat keadilan Al Adl, jarak matahari dengan bumi yang begitu jauh adalah kerana kepanasan matahari yang sangat tinggi.
Bulan pula diletakkan sangat dekat dengan bumi kerana ia tidak panas seperti matahari.
Al Adl meletakkan bumi di bawah, air di atas bumi, udara di atas air, awan dan langit di atas udara dgn penuh keadilan mengikut sifat
dan fungsi masing-masing sehingga ia menghasilkan satu keharmonian yang sempurna.
Sifat keadilan Al Adl dapat dilihat dengan jelas pada tubuh manusia dimana kedudukan kepala, mata, hidung, mulut, tangan dan kaki diletakkan sesuai dengan fungsi organ-organ ini.
Sekiranya ia diletakkan tidak sesuai dengan fungsinya, sudah tentu tubuh manusia tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Dalam konteks kemanusiaan, seorang itu hendaklah cuba meniru sifat Al Adl ini mengikut kemampuannya di mana kehidupan manusia hendaklah dipandu dengan
hukum agama yang telah ditetapkan oleh Allah dimana kehidupan akhirat diutamakan dari kehidupan dunia.
Orang yang bersifat adil juga akan meletakkan Allah sebagai tujuan dan matlamat hidupnya, bukanlah keinginankeinginan hawa nafsunya.
Mereka mengutamakan kerja-kerja kebaktian menolong umat yang menghadapi kesusahan dan sentiasa memimpin umat menuju kebahagiaan hidup di akhirat.
rujukan kitab Al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma' Allah al-Husna