The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah Luqman Al-Hakim dengan Telatah Manusia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murid skdls, 2023-08-26 00:08:50

Kisah Luqman Al-Hakim dengan Telatah Manusia

Kisah Luqman Al-Hakim dengan Telatah Manusia

Kisah Luqman Al-Hakim dengan Telatah Manusia


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, ada orang pun berkata, “Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”


Setelah mendengar kata-kata daripada orang ramai, maka Luqman pun turun dari keldainya lalu meletakkan anaknya di atas keldai itu. "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya senang hati menaiki keldai itu, sungguh kurang adab anak itu".


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihatlah dua orang itu menaiki seekor keldai, ia menyiksakan keldai itu".


Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari keldai itu. Kemudian, terdengar lagi suara orang berkata "Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki".


Dalam perjalanan pulang, Luqman telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, "Sesungguhnya tidak terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka, orang yang berakal tidaklah ia mengambil peduli melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu perkara".


Nilai 1) Menghormati orang tua 2) Belas kasihan 3) Bertimbang rasa 4) Sabar


Pengajaran 1) Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dan menghormati orang tua. 2) Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat.


Click to View FlipBook Version