Harimau Haiwan Kebangsaan Malaysia
Harimau Malaya diusulkan sebagai subspesies yang berbeza berasaskan mtDNA dan jujukan mikrosatelit yang berbeza dengan harimau Indochina. Dari segi warna bulu dan saiz tengkorak, tidak banyak bezanya dengan harimau Indochina. Tiada rintangan geografi yang nyata antara populasi harimau di
Semenanjung Malaysia utara dan Thailand selatan. Harimau Malaya mendapat pelbagai nama gelaran namun yang paling popular pastinya ‘Pak Belang’.
Harimau Malaya diabadikan dalam lambang rasmi kerajaan Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.
Harimau Malaya dijadikan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melambangkan keberanian.
Harimau Malaya dijadikan lambang kereta nasional Malaysia, PROTON.
Harimau Malaya dijadikan logo Maybank, antara bank utama di Malaysia.
Harimau Malaya turut menjadi lambang dalam logo Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya.
Harimau Muda adalah nama pasukan bola sepak Malaysia bawah 22 tahun sebelum dibubarkan pada tahun 2015.
Maskot dan jersi utama juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada harimau Malaya.
Rimau adalah maskot Sukan SEA ke 29 yang diadakan pada tahun 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia.