Bunga Pakma
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs).
Rafflesia arnoldii Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.
Rafflesia arnoldii
Ciri-ciri: • Mengeluarkan bau yang teramat busuk apabila kembang. • Tumbuhan ini juga agak berat. • Tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. • Tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein.
• Sejenis parasit yang ia tidak perlu menghasilkan nutrisinya sendiri. • Mempunyai tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. • Ia hanya perlu menyerap nutrisi daripada perumahnya, yang mana perumahnya juga ialah tumbuh-tumbuhan lain.