6 PETUA LEGAKAN TUBUH TIDAK SIHAT
Minum air kosong dengan banyak boleh mengelakkan tekak menjadi kering dan sakit. Dalam cuaca panas, air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi atau kekeringan pada badan. Selain itu, ia juga boleh membuang toksin dalam badan dan memudahkan proses melawan penyakit. 1.Minum air kosong
Minuman berkafein tidak digalakkan ketika demam kerana kandungannya boleh menyebabkan badan dehidrasi atau hilang air. Orang yang demam memerlukan air dalam badan dengan banyak untuk membantu proses pemulihan. 2.Elak mengambil kafein
Jika demam, anda boleh mandi dengan menggunakan air panas kerana ia dipercayai boleh membantu menghilangkan demam. Selain itu, anda juga boleh wapkans eluruh muka bagi memulihkan selsema dan hidung tersumbat. 3.Mandi air panas
Sup mampu meredakan keradangan dalam badan semasa sakit. Sup ayam sangat baik sebagai ubat antikeradangan dan untuk menyembuhkan penyakit. Sup ayam juga dipercayai boleh meredakan batuk dan selsema dikala badan diserang demam. Hirup sup panas ketika badan tidak sihat untuk sedapkan tekak dan selesakan badan anda. 4.Hirup sup ayam
Orang demam memerlukan masa rehat yang secukupnya. Badan yang cukup rehat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Baring tenang tanpa memikirkan sebarang masalah. Hayati masa rehat tersebut. Rehatkanlah fizikal dan mental anda. 5.Istirehat yang secukupnya
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. 6.Kawal pemakanan