Seorang Wanita dan Ayamnya
Tidak lama dahulu, tinggal seorang wanita dan ayam betinanya di sebuah ladang. Wanita itu sangat menyayangi ayamnya. Dia memberi ayam betina itu makan barli dan jagung setiap hari. Ayam betina itu juga sangat setia kepada majikannya. Setiap hari, dia akan bertelur
sebiji. Telur ayam itu sangat besar dan berkhasiat. Pada suatu petang, wanita itu pun berfikir, “Setiap hari saya memberi makanan yang cukup untuk ayam saya dan dia bertelur sebiji sahaja. Mungkin jika saya memberi makanan yang lebih, dia akan bertelur lebih daripada
sebiji telur setiap hari.” Maka, dia pun menambahkan makanan ayamnya. Ayam betina itu diberi makanan yang banyak. Walaupun dia tidak mahu makan lagi, wanita itu akan memaksa ayamnya makan dengan banyak. Malangnya, selepas beberapa bulan, ayam betina itu bertambah gemuk dan tidak mahu
bertelur lagi. Wanita yang tamak itu berasa kecewa dengan tindakannya yang merugikan dirinya. Moral: Tindakan yang melampaui batas tidak menguntungkan.